Tuesday, December 1, 2009

TUKAR JANTINA

Dilema tukar jantina

Sesiapa yang mahu menukar jantina mesti hidup sebagai ‘wanita’ sekurang-kurangnya selama setahun, mengambil kursus mengenai hormon wanita dan mendapatkan kelulusan daripada dua pakar psikiatri.

PUNLOP TONGCHAI tersenyum puas di katil hospital selepas berjaya menjalani pembedahan tukar jantina di Poliklinik Pratunam, Bangkok.

AKHIRNYA selepas dua jam menjalani pembedahan, penantian Punlop Thongchai untuk merealisasikan impiannya sewaktu kecil tercapai jua.

Kini, dia sudah boleh digelar wanita 'sejati' apabila pembedahan menukar jantina yang dilakukan di sebuah klinik di Bangkok berjalan lancar.

Penari kabaret berusia 27 tahun itu sempat bersembang dengan jururawat sepanjang menjalani pembedahan yang hanya melibatkan pemberian ubat pelali di bahagian alat sulitnya sahaja.

Membesar di Thailand, iaitu salah sebuah daripada negara yang mempunyai populasi tertinggi di dunia dalam kes transgender serta mempunyai teknik pantas mengubah jantina, semangat Punlop sentiasa berkobar-kobar. Dengan kos serendah AS$2,000 (RM6,743), Punlop kini bergelar wanita.

Bagaimanapun, keputusan kerajaan mengetatkan prosedur menukar jantina seperti membuktikan keadaan psikologi individu tersebut kuat ke arah wanita sebelum dibenarkan berbuat demikian menyukarkan individu seperti Punlop.

Ini kerana baru-baru ini, kerajaan memutuskan sesiapa yang mahu menukar jantina di Thailand mesti hidup sebagai wanita sekurang-kurangnya selama setahun, mengambil kursus mengenai hormon wanita dan mendapatkan kelulusan daripada dua pakar psikiatri.

Namun, Punlop menegaskan permintaan itu amat melampau dan terlalu sukar untuk dipenuhi.

"Sebenarnya ia tidak perlu. Saya benar-benar tidak mahu melalui proses tersebut, jadi saya membuat keputusan untuk menjalani pembedahan sebelum undang-undang ini dikuatkuasakan," katanya kepada AFP sebelum melakukan pembedahan pada awal November lalu.

Perubahan jantina diharamkan sepenuhnya di Thailand sebelum seseorang itu berusia 18 tahun dan bagi lelaki, mereka mestilah berusia di antara 18 hingga 20 tahun, selain mendapat persetujuan daripada ibu bapa.

Aktivis gay Thailand, Nathee Teerarojanapong berkata, perlindungan undang-undang secara sah amat penting untuk mengawal kes pertukaran jantina secara meluas di mana kemudian hari ia sering kali dikesali oleh mereka yang terlibat.

"Saya mendapat banyak panggilan di mana mereka mengakui kesilapan yang dilakukan kerana menjalani pembedahan menukar jantina.

"Ia satu kesilapan besar dan mereka mahu kembali seperti sediakala tetapi perkara ini sudah tidak boleh diubah. Mustahil untuk mereka kembali menjadi lelaki sejati," tegasnya.

PAKAR bedah Thep Vedusit (tengah) sedang melakukan pembedahan menukar jantina ke atas Punlop Tongchai.



Sama seperti kesan psikologi terhadap perubahan jantina dan pemulihan selepas pembedahan, terdapat juga kesan sampingan daripada hormon yang harus diambil untuk mempercepatkan proses transformasi daripada lelaki kepada wanita. Ini termasuklah berpeluh pada waktu malam, keletihan, kenaikan berat badan, kehilangan otot lelaki dan libido.

Sehari sebelum pembedahan, Punlop memberitahu bahawa ketika masih kecil, dia gemar memakai pakaian wanita berbanding pakaian tradisional lelaki.

Justeru, menjelang usia 19 tahun, dia sudah mula mengambil pil hormon wanita dalam usaha untuk mengubah bentuk fizikal badannya.

"Saya tidak suka 'bahagian tubuh' ini kerana saya tidak menggunakannya," kata Punlop sambil menunjukkan ke arah kemaluannya.

"Saya sendiri tidak tahu mengapa saya memilikinya. Jika saya mempunyai vagina, sudah tentu saya akan menggunakannya,"tambahnya.

Untuk mencapai impiannya, Punlop bertemu dengan Dr. Thep Vedusit, seorang pakar bedah di Bangkok yang mampu mengendalikan pembedahan pantas mengubah jantina tanpa penggunaan ubat bius yang biasa. Bagaimanapun, Thep percaya peraturan baru yang akan digubal boleh menjadi penghalang utama untuk seseorang menukar jantina.

Ujar Thep, dia telah menjalankan lebih daripada 500 pembedahan perubahan jantina dan setiap minggu, dia mempunyai dua atau tiga kes. Separuh daripada jumlah itu terdiri daripada pelancong asing yang datang untuk mengambil kesempatan di atas kelemahan undang-undang Thailand berhubung isu tersebut.

"Saya fikir pakar bedah boleh membuat keputusan siapakah transeksual. Setiap daripada mereka sudah mempunyai tekad yang tinggi untuk melakukan pembedahan dan saya tidak fikir pakar psikiatri memberi apa-apa faedah kepada mereka," ujar Thep.

Pada hari pembedahan, Punlop berjalan masuk ke sebuah klinik yang terletak di sebatang jalan yang sibuk di Bangkok.

PUNLOP Tongchai meninggalkan Poliklinik Pratunam di Bangkok selepas membuat temujanji untuk pembedahan tukar jantina.


Tanpa sebarang solekan, Punlop yang berpakaian ringkas dengan dres tanpa lengan paras lutut, baju panas dan sandal diiringi masuk ke bilik pembedahan yang kecil dan suram. Dindingnya ditampal dengan helaian keratan akhbar mengenai bintang kabaret transeksual.

Thep mengambil satu jam lebih untuk 'membentuk' vagina menggunakan kulit organ genital lelaki miliknya. Punlop dibenarkan keluar pada hari yang sama selepas pembedahan dan dalam masa empat minggu, Thep telah menyempurnakan semua rawatan susulan yang ditetapkan ke atas Punlop.

"Ia tidak terlalu sakit. Saya boleh mengatasinya. Bagaimana perasaan saya sekarang? Sudah tentu saya amat gembira. Sepanjang hidup saya, inilah perubahan yang diinginkan. Ia impian saya sejak kecil lagi," kata Punlop. - AFP

DUNIA

Pondan Malaysia disunting warga Britain


MOHAMMED FAZDIL MIN BAHARI (kiri) bersama Ian Young pada satu majlis sivil di London pada Mei lalu.


LONDON - Seorang lelaki Britain, Ian Young menyunting seorang mak nyah warga Malaysia yang dikenali sebagai Fatine untuk menjadi 'isterinya', lapor sebuah akhbar semalam.

Ian, 30, yang memiliki sebuah syarikat penyelenggaraan hartanah berkahwin dengan Fatine, 36, dalam satu majlis sivil di sini Mei lepas.

Dia berkenalan dengan Fatine di sebuah kafe Starbucks di Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur pada Ogos 2006 ketika dia bekerja sebagai pegawai keselamatan di Malaysia.

Terpegun dengan kejelitaan mak nyah tersebut, Ian yang pada mulanya menyangka Fatine seorang wanita, cuba memikatnya.

Lelaki itu berkata, keserasian antara mereka menimbulkan bibit cinta dan dia berasa bertuah dapat bertemu dengan kekasih yang mengambil berat dan pandai menjaga hatinya.

"Saya tidak peduli sama ada dia seorang mak nyah. Saya mencintai keperibadiannya. Bagi saya Fatine seorang wanita yang cantik dan menawan," kata Ian yang sebelum ini mempunyai seorang teman wanita berbangsa Inggeris.

Fatine atau nama sebenarnya Mohammed Fazdil Min Bahari mengambil hormon wanita sejak berusia 17 tahun.

Jurusolek itu tidak mahu melakukan pembedahan penukaran jantina kerana takut pada risiko di samping gembira dengan keadaan dirinya yang sedia ada.

Pada Disember 2008, Ian membawa Fatine ke Britain dengan menggunakan visa pelawat tetapi 'isterinya' itu kini bakal dihantar pulang Malaysia kerana tinggal di negara itu melebihi tempoh enam bulan. - Agensi

(foto: DC)

Persoalannya, apakah status jantina sebenar jejaka yang bernama Mohammed Fazdil Min Bahari? KHUNSA atau LELAKI? Jika lelaki, memanglah akan dilaknat oleh Allah SWT. Tiada kompromi, kecuali dia bertaubat, dan mudah-mudahan taubatnya diterima oleh Yang Maha Pencipta. Jika khunsa, status itu tidak mewajarkan dia bertindak sedemikian, membelakangi hukum agama dan nilai budaya masyarakat demi memenuhi rasa cinta mendalamnya kepada lelaki Inggeris yang kini dikatakan sebagai "suaminya". Bukankah ada prosedur yang perlu dipatuhi?

Semoga tuan empunya badan tidak berselindung di balik status khunsa untuk meraih simpati masyarakat. Hal ini sudah nampak jelas melalui komen-komen yang diberikan oleh Muslim yang berfikiran liberal yang boleh dibaca di laman-laman sesawang yang menyiarkan cerita ini. Mereka seolah-olah geram dengan sikap ahli agama dan masyarakat Islam yang marah akan tindakan Fazdil. Agak sedih apabila pemberi komen yang menggunakan nama Muslim menyokong tindakan Fazdil atas nama hak asasi manusia, kebebasan, dan cinta sejati. Mereka kini sudah mula menerima istilah gay dan lesbian sebagai suatu hak yang perlu dipertahankan. GILA!

Jika benar dia dilahirkan sebagai lelaki sejati, maka tindakan Fazdil wajar ditentang kerana sudah menjadi kewajipan kita untuk membetulkan kesilapan yang dilakukan. Saya dengan tegas menyatakan: "Binatang pun tahu lubang yang betul" jika dia masih meneruskan perlakuan yang jauh-jauh menyimpang daripada norma manusia dan mewarisi tabiat kaum Nabi Luth yang ditimpa bala yang amat dashyat oleh Allah SWT. Hukuman perlu dikenakan sebagai pengajaran kepada manusia yang lain, sebelum kita dihukum kerana membiarkan perkara ini berlaku di depan mata demi memenuhi kehendak hak asasi manusia walaupun tindakan itu melampaui norma manusia dan sudah tentu bertentangan dengan ajaran agama!

Dalam "usaha" mahu membantu si Fazdil seperti yang dicanangkan oleh YB Zul, selain jantina, persoalan lain yang perlu difikirkan termasuklah: Apakah agama si "suami"? Bagaimana pula dengan hukum kehidupan seks mereka sekarang? Halalkah mereka berbuat "tut"? Bagaimana dengan status perkahwinan mereka? Diandaikan si "suami" beragama Islam dan majlis mengikut akad yang ditetapkan, namun jika si "isteri" itu lelaki, bukankah terbatal perkahwinan mereka? dll....

[MSTAR]- Fatine Min Baharin, seorang khunsa yang mencetuskan kontroversi kerana menikahi
lelaki Inggeris melalui cara sivil di United Kingdom, telah mendapat sokongan moral daripada orang yang tidak mungkin terlintas pun di fikiran kita semua iaitu ahli parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin dari PKR.

Zulkifli, yang sentiasa dilihat sebagai seorang yang berpendirian tegas dalam soal-soal dasar agama dan syariah berkata, adalah tidak wajar untuk sesiapa sahaja termasuklah pihak berkuasa seperti Jabatan Imigresen menuduh Fatine memalukan negara ini.

“Sebenarnya soal Fatine tidak perlu dijadikan isu kerana syariah memberi pengiktirafan kepada tiga jenis atau kategori seks dengan jelas.

"Jika benar dia seorang khunsa, Fatine tidak perlu takut untuk kembali ke Malaysia malah jika beliau hendak pulang, kita akan membantu dia,” kata Zulkifli dalam satu temuramah dengan laman portal Malaysian Insider di lobi Parlimen, Khamis.

Zulkifli menjelaskan seorang khunsa adalah berbeza dengan seorang pondan kerana seorang yang dilahirkan sebagai khunsa adalah merupakan kejadian semulajadi manakala pondan terjadi akibat perbuatan atau tindakan seseorang itu.

Beliau juga menyeru Majlis Fatwa menjelaskan kepada masyarakat mengenai perbezaan ini agar orang-ramai lebih memahami situasi seperti ini.

Malah beliau berkata, seseorang yang dilahirkan sebagai khunsa yang mempunyai dua alat kelamin perlu diberikan hak untuk memilih dia hendak menjadi wanita atau lelaki dan apabila mereka telah membuat pilihan, kita patut memberi pengiktirafan ke atas kewujudan mereka dan ini termasuklah dalam soal perkahwinan dan sebagainya.

Fatine, 36, mengaku dirinya khunsa dan dilahirkan sebagai Mohammed Fazdil Min Bahari.

Setelah berkenalan dengan seorang lelaki Inggeris di Kuala Lumpur, Fatine telah mengikut lelaki tersebut ke England dan baru-baru ini telah melangsungkan perkahwinan secara sivil di
negara tersebut.

Perkahwinan mereka telah mendapat liputan meluas oleh media massa negara tersebut. Bagaimanapun, permohonan visanya untuk melanjutkan lawatannya telah ditolak atas sebab-sebab teknikal.

Fatine kini berhadapan dengan kemungkinan didepot balik ke Malaysia dan dia kini bimbang
akan berhadapan dengan pelbagai masalah termasuklah dikecam oleh masyarakat sendiri dan juga berkemungkinan berhadapan dengan tindakan oleh Jabatan Imigresen sendiri.

Jika dia didapati bersalah dan didepot balik ke Malaysia ada kemungkinan Jabatan Imigresen akan mengenakan tindakan mengharamkannya ke luar negara selama dua tahun.

Pada masa yang sama, Fatine juga khuatir dia akan dikenakan tindakan oleh Jabatan Agama kerana perkahwinan sesama seks adalah diharamkan di Malaysia.

Model tukar jantina akan kahwin
[Image: du_06.1.jpg]
LISA dan tunangnya. Wajah Lisa ketika kecil. (gambar kecil)

LONDON - Model pakaian dalam, Lisa Du Preez yang berumur 35 tahun mendedahkan dia sebenarnya seorang lelaki sebelum menjalani pembedahan untuk menukar jantina bagi menjadi seorang wanita, lapor sebuah akhbar semalam.

Lisa yang menjalani pembedahan itu sepuluh tahun lalu berkata: "Saya membiarkan orang ramai berfikir bahawa saya merupakan seorang wanita yang sejati bagi tempoh yang lama.
"Namun, saya kini bersedia untuk memberitahu dunia siapakah sebenarnya diri saya. Saya ingin memberitahu dunia bahawa pondan dan transeksual bukan semuanya pelik."

Pembedahan untuk menukar jantina itu dianggap cukup sempurna sehingga tunangnya, John Ward tidak mengetahui identiti sebenar Lisa sehinggalah dia membuat pengakuan di telefon.

[Image: du_06.2.jpg]
Lisa

Tunang Lisa itu berkata: "Saya tidak dapat berkata sepatah pun perkataan selepas dia membuat pengakuan. Namun, saya menerima Lisa seadanya dan kami dalam percintaan dan akan berkahwin."
Lisa menyedari dia tidak akan menjadi lelaki sejati selepas berkenalan dengan seorang pondan.

Ketika berumur 22 tahun, dia mula mendapatkan suntikan hormon wanita iaitu estrogen dan menahan perkembangan hormon lelaki yang dikenali sebagai testosterone. - Agensi

Monday, August 17, 2009

Telan pil perancang jadi wanita


KUALA LUMPUR 14 Jun – Obses untuk menjadi ‘wanita’, golongan lelaki lembut dan mak nyah kini cenderung makan pil pencegah hamil kerana terpengaruh dengan dakwaan kononnya ia boleh merealisasikan impian mereka menjadi wanita.

Mereka beranggapan, amalan pil perancang boleh merubah tubuh menjadi seperti ‘wanita’. Payu dara membesar umpama gadis. Kulit yang kasar akan menjadi halus dan gebu. Suara parau boleh bertukar merdu serta lunak. Otot-otot sasa pada badan bakal pula hilang lalu bertukar menjadi seksi.

Trend mengambil pil pencegah hamil sebagai alternatif ‘bajet murah’ untuk memiliki tubuh seperti ‘wanita’ ini dikatakan sudah menjadi amalan golongan itu sejak lima tahun lalu.

Ubat-ubat tersebut bukan sahaja diambil oleh golongan mak nyah dan lelaki lembut berusia lebih 40-an tetapi sudah menular di kalangan mak nyah yang masih menuntut..
Mereka tidak takut ‘mempertaruhkan nyawa’ serta menjadikan tubuh sendiri umpama ‘bahan uji kaji’ dengan mencuba pelbagai jenis pil pencegah hamil.

Pemantauan Utusan Malaysia mendapati terdapat lebih 50 jenis ubat pencegah kehamilan jenama popular yang dijual secara bebas di farmasi dan kedai runcit.
Antaranya ialah Nordette, Microgynon 30, Gynera, Marvelon,Nordiol, Rigevidon, Minutet, Mercilon dan Jasmine.
Harga ubat-ubatan tersebut cukup murah iaitu cuma RM9.90 untuk 30 kapsul.
Ada juga menggunakan ubat pencegah hamil yang dijual di pasar malam dan kaki lima oleh warga asing.
Walaupun belum ada perangkaan terkini jumlah mak nyah di negara ini, namun pada Julai 2005, Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chew Mei Fun ada menyatakan jumlahnya kira-kira 10,000 orang.
Bilangan tersebut diperoleh daripada kajian yang pernah dibuat oleh seorang pensyarah Universiti Utara Malaysia.

Ekoran sikap ..terbuka’ masyarakat terhadap mak nyah, golongan tersebut kini dilaporkan semakin meningkat dan mereka semakin teruja untuk memiliki tubuh wanita bagi melengkapkan lagi penampilan supaya mudah mencari pasangan hidup.

Tukar Jantina
Demi Tuntutan Hati

PESONA magazine (Nov 2000)oleh Mohd Taha Yaacob


Sejak kecil lagi Ishak Zainal Abidin merasakan prubahan ketara pada dirinya. Dia gemar bermain dengan kawan-kawan perempuan serta suka memakai pakaian perempuan. Bukan itu saja, suaranya semakin halus diikuti pergerakan badannya semakin lembut.

Pada usia remaja, perubahan pada dirinya semakin menurus kepada perempuan. Setiap kali bebola matanya terpandang baju kebaya pelbagai warna bergantung di butik-butik terkenal, pasti fikirannya melayang mengimpikan betapa cantik dirinya jika dapat memakainya.

Malah, jika dia menatap wajah seorang lelaki kacak atau bertubuh sasa, pastinya hatinya berdebar-debar.

Namun, apabila menilik dirinya, Ishak hampa dan kecewa. Hasratnya menjadi seorang gadis jelita pastinya tidak kesampaian memandangkan hakikat sebenarnya dia adalah seorang remaja lelaki.

Demi tuntutan naluri kewanitaan, mendesak Ishak melakukan pembedahan menukar jantina seorang lelaki menjadi wanita. Pembedahan itu dilakukan di Hospital Universiti Kuala Lumpur (HU) kira-kira 20 tahun lalu. Selepas itu segala-galanya berubah. Namanya turut ditukar. Kini kad pengenalannya tertera nama Liza binti Zainal Abidin, 57. Dia bukan lagi IShak, nama yang diberi sejak lahir.

Ketika kecil, Ishak lebih dikenali sebagai sebagai Atan membuat secara terbuka kepada PESONA mengenai perubahan hidupnya. Sehubungan itu satu pertemuan diatur di rumah Liza di Kuala Lumpur baru-baru ini.

"Saya mula perasan perubahan pada diri saya ketika berusia sembilan tahun. Waktu itu saya tinggal di Ampang dengan emak saudara, "jelas Liza menceritakan detik-detik perubahan dalam hidupnya.

Tambahnya lagi, sebelum tinggal dengan ibu saudaranya di Kuang, Selangor hingga darjah dua. Manakal di Kuala Lumpur dia belajar di Pasar Road School hingga tamat tingkatan tiga.

Perubahan pada dirinya semakin ketara. Dia mulai tidak gemar lagi berkawan dengan lelaki. Sebaliknya Ishak lebih senang berkawan dengan anak gadis. Begitu juga dengan permainan, dia gemar dengan aktiviti yang digemari kaum wanita.

Selepas berhenti sekolah Ishak membawa diri ke Singapura. Dia ingin mencari pengalaman baru di sana. beberapa tahun disana dia pulang semula ke Kuala Lumpur dengan satui matlamat mencari kerja tetap. Kebetulannya rezekinya murah. Dia diterima bekerja sebagai Pembantu Am Rendah di Hispital Kuala Lumpur (HKL).

Pada usia 18 tahun, lumrahnya seorang remaja lelaki sedang rancak 'mengintai' gadis dijadikan kekasih hati. Namun berbeza dengan Ishak. Dia langsung tidak mempunyai nafsu melihat perempuan. Sebaliknya jantungnya berdegup-degup jika melihat lelaki tampan dan segak.

Justeru itu, dalam curi-curi Ishak mengambil kesempatan memakai pakaian perempuan selepas waktu kerja, terutamanya pada waktu malam. Dia terasa puas serta merasakan dirinya begitu anggun jika berpakaina sebagai wanita.

"Waktu pejabat , saya tetap berpakaian lelaki, tapi selapas itu saya pakai pakaian perempuan pula," cerita Liza.

Ujar Liza lagi, ibu serta adik beradiknya begitu marah dengan perlakuannya. Namun dia terpaksa menerangkan rasa hatinya kerana apa yang berlaku bukan direka-reka tetapi ia berlaku secara semula jadi.

"Saya tidak pinta ia jadi begini. Ia terjadi dengan sendiri sedangkan hakikatnya saya sendiri sukar menerimanya," tegas Liza.

Satu hari pada tahun 1971, Ishak dikejutkan dengan permintaan ibunya yang meminta dia berkahwin dengan gadis pilihan ibunya. Segala urusan perkahwinan termasuk emas kahwin telah ditetapkan.

Ishak yang begitu kecewa dengan permintaan ibunya itu terpaksa berlakon seolah-olah bersetuju dengan rancangan itu. Bagaimanapun pada saat-saat akhir, dia melarikan diri kerana tidak boleh menerima hakikat itu.

Ishak sedar sifatnya lebih kepada seorang perempuan sehingga nafsunya lagsung tidak ada pada seorang perempuan. Dia juga sedar dia tergolong dalam golongan yang sering disebut sebagai mak nyah.

Hari demi hari, hati kecilnya semakin memberontak. Dia terlalu ingin menjadi seperti seorang perempuan yang sentiasa dibelai oleh lelaki. Satu hari dia mendapat maklumat di surat khabar tempatan menyebut pembedahan menukar jantina boleh dilakukan di Malaysia.

Gembira bukan kepalang Ishak membaca berita ini. Dia lantas berpakat dengan rakan karibnya, Rosli yang juga mak nyah pergi mendaftar diri di hospital yang didakwa boleh melakukan penukaran jantina itu.

Usaha menukar jantina itu rupa-rupanya bukan mudah sebagaimana yang disangkakan. Ishak perlu menjalani beberapa proses temuduga terlebih dulu termasuk mengambil sample air liur.

Hasil kajian air liur itu, doktor pakar mendapati hanya Ishak yang layak memandagkan ada lebih hormon wanita di dalam tubuhnya. Manakala Rosli pulang dengan hampa kerana dia mengandungi lebih hormon lelaki.

Jelas Liza lagi, arawatan awalnya dia diberi ubat khas untuk mengubah bentuk fizikal tubuhnya. Beberapa jenis ubat diberikan termasuk ubat mengecilkan kemaluan, mencegah pertumbuhan bulu (misai, janggut, bulu betis), menaikkan buah dada dan beberapa ubat lain.

"Proses untuk tukar jantina itu memakan masa lima tahun. Dalam tempoh itu doktor masih memberi peluan gkepada saya agar mengubah fikiran tidak tukar jantina. Bagaimanapun saya sudah nekad taknak ubah lagi," cerita Liza.

Dalam masa lima tahun pelbagai ujian dilakukan oleh doktor bagi memastikan Ishak benar-benar boleh bersifat seperti wanita apabila dibedah nanti.

Pada 5 Mei 1980, tibalah masa menjalani pembedahan. Sebelum itu, Ishak berpesan kepada doktor, sekiranya dia mati skibat pembedahan itu dia minta pihak hospital menguruskan pengebumiannya.

Bermula pada 10.00 pagi, Ishak mula dibedah beberapa doktor pakar berbangsa Melayu dan Cina. Set kelamin lelaki Ishak yang sudah mengecil kesan memakan ubat khas dipotong sepenuhnya. Kira-kira pukul 3.00 petang brulah selesai pembedahan yang menelan belanja RM8000.00 itu.

Setelah sedar Ishak mendapati bahagian kemaluannya berbungkus diikuti dengan rasa sakit yang amat sangat. Selama satu bulan 21 hari dia terlantar di dalam wad perempuan hospital itu sebelum dia dibenarkan keluar.

Sepanjang berada disitu, sekali lagi jantinanya diubah suai untuk menghasilkan kemaluan perempuan pula. Selesai kerja-kerja itu Ishak begitu gembira dengan kejayaan pembedahan itu. Dia dengan rasminya menjadi seorang wanita.

Dakwa Liza, dia adalah orang kesembilan melakukan pembedahan menukar jantina di hospital itu. Malah, dia juga adalah orang yang terakhir.

Pihak hospital dan mahkamah mengeluarkan dokumen khas mengesahkan Ishak telah bertukar sebagai perempuan. Sehubungan itu Ishak terpaksa meminda beberapa dokumen penting berkaitan dirinya seperti meukar nama dalam kad pengenalan. Bermula detik itu ishak bertukar Liza dan terus menjalani hidup sebagai wanita. Segala pekerjaan harian juga dilakukan atas 'tiket' seorang wanita. Dia ke tandas wanita dan bersalat dalam kelompok jemaah wanita. Niat salat juga dilakukan sebagai wanita.

Malahan, dia besikap lebih sensitif dari wanita sejati seperti lebih cemburu, terlalu penyayang dan gemar mengemas rumah.

Bagi ibunya pula, selepas mendapat tahu mengenai menukaran jantina tiu begitu marah dengan tindakan Liza. Bagaimanapun dia terpaksa akur dengan kehendak anaknya.

Dendam kesumat dalam hati untuk memiliki teman lelaki sebelum ini perlu diusahakan segera. Liza mula mencari pemuda sesuai yang mampu menjadi teman hidupnya untuk bermadu kasih.

"Dalam pencarian itu, saya berjumpa seorang pemuda Melayu dalam satu majlis di Kuala Lumpur. Pertemuan kami membenih bibit cinta. Dia suka pada saya walaupun dia tahu saya bukan original," cerita Liza lagi.

Tidak lama selepas berkenalan, ternyata lelaki itu bersetuju berkahwin dengannya. Ibu Liza yang diberitahu mengenai hajatnya untuk berkahwin pergi bertanya kepada kadi Kuala Kubu. Dia begitu gembira apabila diberitahu boleh berkahwin dengan pemuda itu mengikut prosedur biasa.

Meskipun begitu Liza dikehendaki hadir ke Hospital Kuala Lumpur terlebih dahulu untuk mengesahkan jantinanya. Seorang doktor telah memeriksa jantinanya dan melaporkan kepada kadi yang ikut serta ke hospital itu.

Pada 1991 selamatlah Liza diijab kabul dengan pemuda itu di Masjid Kuala Kubu. Bapa saudaranya bertindak sebagai wali yang dinikahkan dengan wali di sana. Apabila selesai majlis itu hiduplah mereka sebagai suami isteri.

Namun perkahwinan mereka hanya bertahan tiga tahun. Suaminya yang lebih muda itu tiba-tiba meninggalkannya dan berkahwin lain dengan perempuan sebenar. Akibatnya Liza dilanda tekanan perasaan hebat memaksa dia memakan ubat untuk mengatasi masaalah itu.

Sejak peristiwa hitam dalam hidupnya. Liza tidak berkahwin lagi. Bagaimanapun perasaan ingin dikasihi oleh lelaki terus membara di sudut hatinya.

Liza bersara daripada HKL pada tahun 1993. Kini dia melakukan beberapa kerja sambilan di Kuala Lumpur demi menampung keperluan hidup harian.

Dalam pada itu Liza sedar apa yang telah dilakukannya selama ini. Dia beserah kepada Allah untuk menentukan nasibnya kelak.

"Apa yang penting kini saya perlu berbuat baik dan beramal sebagai seorang wanita bagi menghabiskan usia ini, "Kata Liza bernada sayu.

hati- hati .. maknyah lagi power

Post by lanlara on Thu 26 Apr 2007, 4:53 pm

ni nak bagi tau ni ...
ader sorang maknyah .. bgtau ...

nak besar payu dara meraka amik regividon
nak block hormon testosteron mereka amik spironolactone - ada effect anti androgenic

dan cyproterone acetate - androqur..

sama - sama lah kita mengawl ubat ini yer..

DUNIA

Sekolah khas untuk mak nyah


MARYANI berdoa di sekolah khas untuk golongan mak nyah di Yogyakarta, Indonesia.



SEORANG mak nyah menunggu pelanggannya di sebuah stesen kereta api di Yogyakarta, Indonesia.


YOGYAKARTA - Rumah seorang mak nyah, Maryani menjadi sekolah pendidikan Islam untuk golongan transeksual pertama di Yogyakarta, Indonesia.

Sekolah itu diberi nama Senin-Kamis dan dalam tempoh dua kali seminggu, kira-kira 20 mak nyah yang memakai seluar jeans ketat dan skirt mengunjunginya.

Mereka mengunjunginya untuk belajar membaca al-Quran dan memahami dengan lebih mendalam mengenai agama Islam.

Di negara itu, golongan mak nyah dikenali dengan gelaran waria.

"Waria (mak nyah) adalah juga manusia, kami mahu menjadi orang yang beriman.

"Kami turut mempunyai satu hak untuk pergi ke syurga dan kami mempunyai hak untuk pergi ke neraka.

"Kami perlu mengingati Tuhan kerana kami sudah diberikan kehidupan," kata Maryani.

"Saya bersyukur kepada Tuhan kerana diberikan takdir ini dan saya menjalani hidup seperti ini," jelasnya.

Maryani yang berumur 48 tahun dilahirkan sebagai seorang lelaki dan dibesarkan sebagai penganut agama Kristian Katholik.

Dia menghabiskan masa bertahun-tahun meminum minuman keras dan menawarkan perkhidmatan seks di jalanan sebelum menganut Islam dan kini mempunyai seorang anak angkat perempuan, Rizky Aryani berumur lapan tahun.

Menurut Maryani, kini adalah menjadi tugasnya untuk membawa Islam kepada rakan-rakan mak nyahnya.

Waria di Indonesia juga membawa maksud lelaki yang memilih untuk hidup sebagai wanita.

Sebahagian mereka menjalani pembedahan atau mengambil hormon untuk meningkatkan penampilan kewanitaan termasuk menanam implan bagi memiliki payu dara.


MARYANI melayani kerenah anak angkatnya di rumahnya yang menjadi sekolah khas untuk golongan mak nyah di Yogyakarta, Indonesia.


Bagaimanapun, mereka tidak melakukan operasi pembedahan untuk menukar jantina.

Setakat ini dianggarkan terdapat 300 mak nyah dalam komuniti di Yogyakarta.

Golongan mak nyah menjual tubuh sebagai salah satu daripada punca pendapatan.

Mereka mencari pelanggan pada waktu malam di jalanan dan di landasan kereta api.

Namun, sekolah Senin-Kamis yang ditubuhkan pada Julai lalu mempunyai polisi untuk tidak memberi khutbah dan mengelak desakan kepada mak nyah supaya menjadi lelaki sejati atau wanita.

Maryani turut menyatakan dia gembira dengan kehidupannya sekarang dan tidak merancang untuk menjalani pembedahan menukar jantina.

"Saya tidak mahu menjalani pembedahan kerana saya bersyukur kepada Tuhan berhubung apa yang diberikan kepada saya.

"Jika saya telah menjalani pembedahan, saya sebenarnya melanggar kehendak Tuhan," katanya.

Guru-guru di sekolah itu adalah terdiri daripada 25 ustaz dari sebuah sekolah agama yang dikendalikan oleh Hamrolie Harun dan terletak berdekatan rumah Maryani.

Seorang guru, Heri Suchaeri yang sudah berkahwin dan mempunyai anak berkata, pada mulanya dia mengajar di sekolah Senin-Khamis dengan diselubungi dengan perasaan bimbang.

"Tetapi, apabila kami pergi kesana dan kami mengikuti kehidupan mereka, mereka turut mempunyai perasaan, mahu bersolat dan mempunyai Tuhan," katanya.

"Sasaran kami adalah dengan tidak menyatakan anda perlu menjadi seorang lelaki, kami tidak mempunyai hak untuk menyatakan sedemikian," jelas Heri.

Bagi pelajar-pelajar di sekolah itu, terdapat perasaan bersalah dan tentangan dalam sebuah masyarakat.

"Jika anda bertanya kepada saya bahawa keluar pada waktu malan adalah tidak baik, tetapi itu merupakan satu-satu caranya untuk kami memperoleh pendapatan untuk keperluan seharian," kata seorang mak nyah, Tika Aurora.

Dia yang berumur 26 tahun menyatakan demikian berhubung bayaran sebanyak AS$1.86 (RM6.67) bagi mendapatkan khidmat seksnya.

"Prinsip saya adalah jika saya menjalani kehidupan seperti ini pada masa depan,apabila tua, saya masih seperti ini," katanya.

"Kami turut mempunyai harapan seperti wanita lain. Kami berharap untuk hidup dengan seseorang bersama saya, berharap mendapatkan anak lelaki. Hidup seperti manusia biasa," kata Tika.

Bagi pelajar-pelajar itu, sekolah itu memberikan mereka peluang untuk mengikuti ajaran Islam.

- AFP



NEGARA

'Saya masih tunggu visa'


Fatine


KUALA LUMPUR - Jurusolek kontroversi kelahiran Malaysia, Mohammed Fazdil Min Bahari atau Fatine masih menunggu jawapan daripada pihak berkuasa United Kingdom (UK) mengenai permohonan visa kali ketiga yang dibuatnya minggu lalu.

"Masih menunggu jawapan," kata Fatine yang menjawab pertanyaan kenalannya mengenai status terkini visa itu dalam laman sosial Facebook semalam.

Fatine yang berkahwin dengan pemilik syarikat hartanah, Ian James Young, 30, di London pada Mei lalu bagaimanapun tidak cepat putus asa.

"Saya akan berjuang sampai ke akhir garisan,'' tegasnya.

Fatine, 36, memasuki Britain pada Disember 2008 dengan menggunakan visa pelawat dengan had tempoh lawatan enam bulan.

Sejak itu, dia dilaporkan sudah dua kali memohon lanjutan visa tetapi ditolak.


2 comments:

  1. HAI NAMA SAYA SATISH FROM SUNGAI SIPUT PERAK MALAYSIA.SAYA ADA MASALAH HORMON WANITA UNTUK BERTUKAR JANTINA LELAKI KE PEREMPUAN.SYA TIDAK SUKA HIDUP MENJADI LELAKI SAYA SUKA MENJADI HIDUP SEORANG PEREMPUAN.

    ReplyDelete
  2. MEMAKANKAN BAGAIMANA MENDAPATKAN SUAMI EX ATAU KEMAHIRAN EKAT? RAHARI LEBIH LANJUT DI SINI ADALAH PELUANG ANDA ANDA EMAIL YAKAYATEMPLE@GMAIL.COM ATAU PANGGIL +2347050270227 Saya GOT MINYAK DENGAN SPELL LOVE SANGAT KUASA.

    ReplyDelete