Friday, December 11, 2009

EFEKTIF MIKROORGANISMA




SERBA RINGKAS KEWUJUDAN EM

Diasaskan oleh Professor Dr.Teruo Higa di University Ryukyus, Okinawa, Jepun. Beliau terkenal sebagai Professor HORTIKULTOR DiJepun. Beliau adalah Hortikultor terlatih yang banyak mengunakan Bahan Kimia ke dalam tanaman sebelumnya. Lantas menyedari bahaya dan kerosakan kepada MANUSIA DAN ALAM SEKITAR. Beliau kemudianya mengusahakan campuran MICROORGANISMS YANG BERGUNA secara kebetulan dan diteruskan dengan kajian mendalam untuk meningkatkan product dari system Organik. Penyelidikan beliau mengambil masa selama 12 tahun.

PELBAGAI KEGUNAAN YANG DAPAT DIMANFAATKAN DENGAN MENGGUNAKAN EM

umpamanya Racun Serangga, Baja Organik daripada sisa rumah, Habuk papan, Tinja Kambing, Sekam bakar/padi, dan banyak lagi sumber sumber dimuka bumi ini.

BAHAN BAHAN SEMULA JADI

Disekeliling kita banyak terdapat bahan bahan semulajadi yang mana apabila kita perhatikan umpama daun kari, serai, halia, bunga kantan, bawang, cili dll tidak dirosakan olih serangga, Jadi semua tumbuhan ini dijauhi olih serangga kerana mempunyai bau atau bahan yang tidak disukai. Ini adalah contoh bahan semula jadi yang bolih dijadikan racun serangga semulajadi.

APA ITU EM

EM mengandungi 3 jenis bakteria baik:

Bakteria Asid Laktik : bahan organik tapaian dan menghasilkan asid organik yang menyekat pathogenik. Ia digunakan unutk membuat yogurt dan jeruk.
Yis atau Ragi : Bahan Organik tapaian dan mengandungi vitamin dan asid aminio. Ia digunakan untuk membuat roti.
Bakteria Fototropik : Bertindak sebagai kunci kompenan EM. Ia membantu mengekalan keseimbangan mikroorganisma bermanfaat yang lain, menwujudkan kerjasama di antara satu dengan yang lain.

KELEBIHAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI EM-1 "Effective Microorganisms"

Effective Microorganisms™ digunakan secara meluas dalam bidang penternakan, pertanian dan akuakultur.

FAEDAH

1. Menghapuskan minyak tumbuhan pada habuk kayu serta bau tinja untuk penyedian medium cacing.

2. Mempercepatkan transformasi menjadi baja kompos.

3. Mengurangkan bau tinja / sisa ladang ternakan kambing, lembu dan ayam.

4. Meningkatkan/menstabilkan pertumbuhan ternakan dari segi daging (~12%), susu dan kualiti telur.

5. Mengurangkan ancaman penyakit di ladang (tanaman dan ternakan).

6. Penyedian tanah untuk pertanian - Membaiki dan meningkatkan nutrisi NPK tanah.


KANDUNGAN:

1 Liter


SELATAN

ARKIB : 03/10/2008

Teknologi EM hilangkan bau busuk ternakan


Abdul Hamid Khairuddin melihat kambing ternakannya di Melaka yang sihat dan tidak mengalami masalah bau busuk setelah menggunakan EM.
- Gambar ABDUL RAZAK LATIF


MELAKA 2 Okt.- Mikro-organisme berkesan (EM) adalah satu teknologi yang telah terbukti berjaya menyelesaikan masalah pencemaran bau busuk dari ladang ternakan sejak sekian lama.

Ia menggunakan kaedah sejenis mikro-organisma yang 'baik' yang akan menguraikan bau gas amonia yang busuk dihasilkan daripada najis binatang ternakan kepada gas yang tidak berbau.

Bagaimanapun, beberapa penternak yang telah menggunakan teknologi tersebut mendapati EM bukan sahaja berjaya menyelesaikan masalah bau busuk dari ladang ternakan, malah secara tidak langsung turut meningkatkan hasil ternakan mereka.

Pengusaha ternakan puyuh, Mohd. Khairul Izwan Selamat, 29, yang mula mengunakan EM pada awal tahun ini berkata, dia bersyukur kerana EM bukan sahaja membantunya mengatasi masalah pencemaran, tetapi juga meningkatkan hasil pendapatannya.

''Sejak menggunakan EM, reban puyuh saya tidak lagi berbau busuk dan ternakan juga semakin cepat membesar.

''Kebiasaannya, seekor puyuh akan dijual selepas 35 hari menetas, tetapi dengan mengunakan EM, ia sudah boleh dijual pada umur 28 atau 29 hari dan menjimatkan kos makanan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dari segi penjimatan kos makanan puyuh, Mohd. Khairul yang memulakan ternakannya pada 2003 berkata, secara anggaran, satu reban yang mengandungi kira-kira 7,000 ekor puyuh memerlukan makanan 150 kilogram (kg) hingga 200 kg sehari dengan kos setiap kampit 50 kg dedak ialah RM105.

Ini bermakna, jika satu reban puyuh dapat dijual dua hari lebih awal berbanding tanpa menggunakan EM, saya sudah dapat jimat kos manakan sebanyak kira-kira RM820 sedangkan kos belanja EM tidak sampai pun RM60 sebulan untuk ternakan 35,000 ekor puyuh.

''Dengan menggunakan EM juga, tumbesaran puyuh juga meningkat 20 hingga 30 peratus pada umur 28 atau 29 hari berbanding tanpa mengunakan EM yang memerlukan masa 35 hari untuk mencapai berat tersebut," katanya.

Jelas beliau, kadar kematian puyuh juga dapat diturunkan kepada lapan peratus berbanding 15 hingga 18 peratus tanpa mengunakan EM.

Tambahnya, penggunaan teknologi EM juga mudah digunakan iaitu dengan mencampurkan 354 liter air hujan (tanpa klorin) dengan 3.6 liter cecair teknologi EM.

''Ia mudah digunakan sama ada mencampurkannya ke dalam dedak atau disembur ke dalam reban secara terus kepada puyuh kerana ia tidak akan memberikan kesan sampingan.

''Mikro-organisme yang terkandung dalam cecair teknologi EM yang disemburkan ini seterusnya akan bertindak menguraikan gas-gas amonia yang berbau busuk dan panas ini kepada gas yang tidak berbau," tambahnya.

Disebabkan faktor persekitaran yang tidak panas dan berbau busuk katanya, ternakan puyuh akan tinggal dalam suasana selesa, sekali gus cepat membesar kerana selera makan yang meningkat.

Tambahnya, najis puyuh tersebut juga boleh digunakan secara terus sebagai baja tanaman kerana telah diproses di peringkat awal menggunakan EM untuk menjadikannya baja kompos.

''Biasanya, tanpa menggunakan EM, najis tersebut perlu diproses dahulu menggunakan EM, tetapi disebabkan telah diproses sebelum ia menjadi najis, ia boleh digunakan secara terus.

''Ia secara tidak langsung memudahkan dan memberi pendapatan sampingan kepada pekerja saya kerana baja kompos ini dijual pada harga runcit antara RM3 dan RM4.80 untuk setiap 40 kilogram," katanya.

Bagi Abdul Hamid Khairuddin, 44, yang mengusahakan ternakan kambing di Institut Teknologi Pertanian Sungai Udang, di sini, berkata, kambingnya tidak mengeluarkan bau busuk seperti kebanyakan kambing peliharaan penternak yang tidak menggunakan EM.

''Pernah sekali dulu saya menyertai satu ekspo dan orang ramai yang datang terkejut melihat kambing saya yang sihat dan bertanya mengapa kambing saya tidak berbau seperti kambing lain.

''Kemudian saya cakap, inilah kelebihan menggunakan EM dan mereka terkejut kerana ia betul-betul berkesan walaupun harganya yang murah di pasaran," katanya sambil menambah najis haiwan tersebut juga tidak mengeluarkan bau.

Menurutnya lagi, semua penternak di Melaka tidak perlu menunggu masa yang lama dan berfikir panjang untuk menggunakan teknologi EM kerana ia terbukti sangat berkesan dan memudahkan urusan seharian mereka.

''Ada sekali dulu, saya cuba buat ujian, biarkan najis haiwan ini di kandang selama sebulan, tetapi ia masih tidak mengeluarkan bau yang ketara malah lalat pun tidak banyak.

''Hendak bersihkan najis di kandang pun tidak susah, kerana ia tidak berbau dan tidak perlu lagi risau terkena bahan kimia kerana EM ini bebas kimia," katanya yang telah mempunyai kira-kira 300 ekor kambing hasil menggunakan EM.

No comments:

Post a Comment