staevia' alternatif kepada tebu..
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Pokok stevia atau "sweet honey leaf"masih belum disyorkan untuk penanaman secara komersial di negara inimeskipun ia menghasilkan bahan yang lebih sihat berbanding gula, kataMenteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar. Katanya ini kerana varieti stevia yang benar-benar sesuai belum ditemuisungguhpun enam aksesi berpotensi daripada 68 aksesi yang dibawa masukdari serata dunia telah disenaraipendekkan. Stevia tidak mengandungi kalori sungguhpun 300 kali lebih manis berbanding gula. "Masalah utama penanaman stevia di Malaysia iaitu tanaman ini berbungaterlalu awal dalam keadaan waktu siang yang kurang daripada 13 jamseperti di Malaysia. "Ini menyebabkan stevia terpaksa dituai sehingga 12 kali setahunberbanding satu ke dua kali di negara-negara iklim sederhana. Penuaianyang kerap ini menyebabkan pengeluaran stevia di Malaysia tidakkompetitif dari segi kos," katanya dalam jawapan bertulis kepada FuziahSalleh (PKR-Kuantan) di Dewan Rakyat Rabu. Noh berkata akibat kutipan hasil yang awal kandungan bahan pemanisdalam pokok stevia juga didapati kurang, selain teknologi bagipembiakan tanaman yang efektif masih sedang diperkemaskan. Beliau berkata Mardi telah menjalankan penyelidikan ke atas tanamantersebut yang berasal dari Paraguay, Amerika Selatan di mana orang asliGuarani di situ telah lama menggunakannya untuk memaniskan minumanubatan yang pahit. Noh berkata stevia mungkin selamat diguna oleh pesakit diabetes, untukmengurangkan berat badan dan tidak akan menyebabkan kerosakan gigiselain ia merupakan satu pemanis semulajadi tidak seperti pemanisrekaan seperti aspartame dan saccharine kerana tidak menyebabkan kesansampingan yang buruk. "Mardi telah memulakan penyelidikan yang mendalam ke atas tanaman inimulai tahun 2004, di mana penyelidikan itu memberi fokus kepadateknologi huluan kerana dari segi pemprosesan, kilang yang berkenaantelah wujud di Malaysia," katanya. Beliau berkata antara aspek penyelidikan utama ialah pemilihan varieti,amalan agronomi, kawalan musuh dan penyakit, mekanisasi ladang danpengendalian lepas tuai. "Sungguhpun banyak teknologi telah diwujudkan, stevia masih belumdisyorkan untuk penanaman secara komersial di masa sekarang," katanya. *bagus stevia ni..300 kali lebih manis dari gula dan kos amat murah sampai kerajaan takut tak balik modal. |
No comments:
Post a Comment