Wednesday, December 9, 2009

BURUNG WALET

Burung Walit

burung Walit Industri walit bukan satu industri yang baru di Malaysia, namun sejak kebelakangan ini, penuaian sarang burung ini telah diusahakan secara besaran-besaran dan memberi pulangan yang menguntungkan. Dalam tempoh lebih sedekad ini, pengusaha-pengusaha telah menerokai kaedah-kaedah dan teknologi-teknologi baru dalam industri ini untuk mempertingkatkan pengeluaran. Ianya perladangan yang mesra alam dan berkonsepkan industri hijau.

FAKTA BURUNG WALIT

Burung Walit seringkali disalahertikan sebagai Burung Layang-Layang. Berikut perbezaan antara Burung Layang-Layang dan Burung Walit :

BURUNG WALIT BURUNG LAYANG-LAYANG


Famili Apodidae Famili Hirudininae


Tidak boleh bertenggek Bertenggek


Sarang boleh dimakan Sarang tidak boleh dimakan, dibuat dari rumput dan batu


Terdapat 8 spesies Terdapat 74 spesies

Burung walit adalah dari keluarga menghasilkan sarang yang boleh dimakan. Terdapat 8 spesis yang mana sarangnya boleh dimakan dan mempunyai kasiat yang tinggi.

Spesies-spesies ini banyak di temui di negara-negara Asia Tenggara. Kehidupan burung ini pada asalnya adalah di dalam gua-gua, namun kini ia mula bermigrasi ke kawasan-kawasan bandar dan menghuni di bangunan-bangunan terbiar yang dianggap sebagai satu habitat yang sama seperti tempat asalnya.

burung Walit burung Walit burung Walit burung Walit

Kesemua aktiviti burung ini seperti makan, minum dan mengawan dilakukan semasa terbang. Ia hidup berpasang-pasangan betina dan jantan. Lazimnya ia hanya akan pulang ke sarang pada waktu senja.

INDUSTRI SARANG BURUNG

Burung walit membuat sarang dari cecair yang dikeluarkan dari kalenjar yang terdapat bersebelahan kalenjar saliva. Cecair ini akan menjadi keras apabila terdedah kepada udara.

Terdapat empat warna sarang burung iaitu putih, kuning, merah dan hitam. Dari kajian yang dilakukan ke atas nutrisi sarang burung, ia mengandungi karbohidrat, asid amino dan garam galian. Glikoprotein di dalam karbohidrat menjadi bahan utama. Sarang burung kaya dengan asid sialic yang dikatakan banyak membantu perkembangan saraf (neurologi) dan daya intelek pada bayi. Asid amino dan garam galian juga adalah antara komponen penting dalam sarang burung. Tiga asid amino yang ditemui adalah asid amino tidak perlu (non-essential) iaitu asid aspartik, glutamik dan praline manakala dua lagi adalah asid amino perlu (essential) iaitu threonin dan valine. Ia membantu memudahkan fungsi normal badan seperti daya pertahanan dan pembaikan tisu.

Di Malaysia, sarang Burung Walit telah menjadi antara eksport komoditi utama pertanian. Sehingga akhir tahun 2007 dianggarkan terdapat lebih dari *20,000 premis burung ini di Malaysia. Adalah dijangka angka ini bertambah seiring dengan pertambahan pengetahuan pengusaha dan orang ramai tentang industri ini. Anggaran harga sarang burung mentah sekilo dipasaran adalah diantara RM3000.00 - RM7500.00 dan boleh mencapai harga antara RM10,000-RM18,000 untuk yang telah siap diproses. Penuaian sarang burung ini juga kini menjadi antara yang terbesar di kalangan negara-negara Asia Tenggara selain Indonesia. Permintaan bagi pasaran sarang burung banyak diterima dari negara-negara asia seperti Taiwan, China, Hong Kong dan Singapura.

*merujuk kepada laporan tahunan Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Perbandingan Industri Sarang Burung Walet Secara Konvensional Dan Komersial


A) Secara Konvensional (Gua-Gua)

  • Di gua-gua habitat asal
  • Ada bnyak musuh
  • Sarang di bina di langit-langit gua di tempat sesuai


B) Secara Komersial (Rumah Burung)

  • Pembinaan lebih cepat dan sempuna
  • MUTU SARANG lebih bersih dan seragam kerana sarang di pungut secara terpilih sahaja oleh pengusaha
  • Reka bentuk yang sesuai
  • Bagunan kukuh dan tahan lama
  • Kalis musuh(binatang,serangga,unggas dan manusia)
  • Burung walet emas akan rasa selamat dan selesa


C) Diantara harga burung walet di pasaran iaitu:

  • Pasaran tempatan:
  • MENTAH – RM 4,500.00 – RM 5,500.00

    PROSES - RM 6,000.00 - RM 8,000.00

  • Pasaran Antarabangsa;

    MENTAH - RM 8,000.00 – RM 12,000.00

    PROSES - RM 12,000.00 – RM 24,000.00


D) Lebih dari RM 100 Billion nilai permintaan dunia

E) 20% sahaja dapat dipenuhi
1) INDONESIA 1
2) THAILAND 2
3) MALAYSIA 3




Perkembangan Industi Sarang Burung Di Malaysia


1) Perusahaan Secara Konvensional

  • Burung Layang (walet) ini hidup secara semulajadi di habitat asalnya di gua-gua batu kapur di semenanjung Malaysia,Sabah,dan Serawak.


2) Proses Perubahan perusahaan sarang burung layang-layang (walet) dari cara konvensional kepada secara komersial.

3) Terdapat 7 jenis Burung Layang- layang (walet) Di Malaysia

  • Collocalia esculenta cyanoptila
  • Collocalia Linci Dodgie
  • Aerodramus Fuciphagus Vestitus
  • Aerodramus Fuciphagus amechanus
  • Aerodramus Fuciphagus fuciphagus
  • Aerodramus maximus lowi
  • Aerodramus maximus tichelmani


4) Di antara Burung Layang- layang yang popular dan di kenali umun;

  • Swalow ( kopinis)
  • Burung Seriti
  • Burung Walet
  • Burung Walet merupakan spesis yang terbaik,sarangnya boleh dimakan,mempunyai permintaan yang tinggi di seluruh dunia dan harga yang amat tinggi antara RM 4,500-RM 5,500 tiap satu kilo (yang belum di bersihkan)



Pembiakan/Mengawal Sambil Terbang Atau Semasa Bergantung Didalam Rumah Burung (Gua)


1) Bertelur – biasanya tidak lebih dari 2 biji
2) Menbina sarang - dengan lendir (air) dari lelengit dari dalam mulut
3) Anak burung jenis berbulu pahat bukan macam anak ayam atau anak burung puyuh , anak burung walet tidak boleh berdikari
4) Anak burung itu akan dewasa dan matang dan mengulangi pusingan pambiakan , mencari pasangan dan mengawan




Sikap Psikologi burung walet

1) Sensitif Pada Bunyi:

  • Bunyi koloni burung termasuk burung tiruan
  • Selesa tingl secara koloni
  • Tertarik dengan bungi koloni dalam rumah (walaupun tiruan)


2) Mengunakan Bunyi (ekolokasi) untuk bergerak ditempat gelap samada dalam gua atau rumah burung walet

3) Sensitif dengan bau koloni


Potensi Industri Sarang Burung Walet

i. Kelulusan Pihak Kerajaan
ii. Pengeluaran Lesen
iii. Penglibatan Agresif Pihak Swasta
iv. Permintaan Melebihi Penawaran
v. Harga Sarang Burung Sangat Mahal
vi Modal Sekali : Untung Selama-Lamanya
vii. Tambah Nilai Hartanah (Rumah Burung Walet)
viii.Terdapat Di Kawasan Asian Sahaja
ix. Pembiakan Secara Semulajadi
xi. Daya Saing Sama Antara Bumiputera Dan Bukan
Bumiputera
xii. Komitmen Paling Minima
xiii.Risiko Hampir ’O’
xiv.Keuntungan 90% Dari Perolehan


Reka Bentuk Rumah Burung Walet Emas

1) Pendapat Umum Bahan Binaan
2) Rasionalnya Rumah Dari Kayu
3) Gem Mencadangkan Rumah (Bangunan) Batu
4) Reka Bentuk Rumah Burung Juga Mempunyai Berbagai Pendapat

  • Dari Segi Saiznya
  • Dari Segi Tingkat
  • Dari Segi Ketinggian Antara Tingkat
  • Longkang Berair Di Keliling Bangunan Kalis Musuh.
  • Tambahan Ciri-Ciri Keselamatan

5) Hasil Penyelidikan (R&D) Gem Mencadangkan

  • Saiz Lebar Dan Panjang (Tiap Tingkat)
  • Ketinggian Antara Lantai Setiap Tingkat Yang Sesuai
  • Bumbung Lebih Baik Di Perbuat Daripada Konkrit Selap Di Aras Disediakan Air
  • Dinding Rumah Burung Walet

-Biasanya Diperbuat Dari Batu Bata Yang Di Lepa Dalam Dan Luar
-Terbaru Digunakan Batu Bata Khas

6) Bangunan Kalis Musuh


AGROBIZ

ARKIB : 08/12/2009

JPV terajui industri burung walet negara

PUTRAJAYA 7 Dis. - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) yang menerajui industri burung walet negara menyasarkan lebih ramai pengusaha menceburi perniagaan yang mempunyai nilai tinggi di pasaran tempatan dan antarabangsa itu.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Abdul Aziz Jamaluddin berkata, kekurangan bekalan menyebabkan Malaysia hanya mampu memenuhi 10 peratus nilai eksport sarang burung walet ke China iaitu RM1 bilion.

''China, Hong Kong dan Taiwan lebih berminat dengan sarang burung walet dari Malaysia berbanding Indonesia, selatan Thailand dan selatan Vietnam kerana negara ini telah disahkan bebas dari wabak selesema burung.

''Hanya sekitar 50,000 rumah dijadikan tempat perusahaan sarang burung walet di seluruh negara dan kita memerlukan lebih ramai pengusaha untuk memenuhi permintaan dari China," katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Ketika ini Malaysia hanya mampu menyumbang 10 peratus kadar pengeluaran sarang burung walet untuk pasaran antarabangsa berbanding Indonesia (70 peratus) dan Thailand (20 peratus).

Abdul Aziz berkata, setakat ini pihaknya menerima tiga permohonan sehari daripada orang ramai yang berminat untuk menceburi industri sarang burung walet.

Menurutnya, JPV juga bekerjasama rapat dengan Persekutuan Persatuan Pedagang Sarang Burung Malaysia untuk mengendalikan kursus-kursus penternakan burung walet.

JPV juga berjaya menangani isu-isu berkaitan perladangan walet seperti di bangunan warisan, berdekatan lapangan terbang dan premis tertutup di kawasan bandar.

''Kos termurah untuk memulakan perusahaan ini ialah RM10,000 dan sarang burung walet boleh mencecah RM4,000 sekilogram bagi yang belum dibersihkan dan RM7,000 jika sudah dibersihkan.

Jelas beliau, masih ramai yang tidak mengetahui burung walet berbeza dengan burung layang-layang walaupun fizikalnya hampir sama.

Burung layang-layang membuat sarang daripada bahan seperti rumput atau daun tetapi burung walet membuat sarangnya daripada air liur.

Sarang yang dibuat bukan untuk burung berkenaan tinggal di situ sebaliknya untuk bertelur dan anaknya membesar sahaja.

Abdul Aziz menambah, JPV telah mewujudkan laman web burungwalit.com.my untuk pendaftaran premis burung walet sebagai langkah pemantauan, pengawalseliaan dan pendaftaran.

5 comments:

  1. kawasan getah sesuai atau tidak bagi pembinaan bangunan burung walit

    ReplyDelete
  2. dari mana nak dapat benih burung walet

    ReplyDelete
  3. ASKUM.... KITA TAK PAYAH BELI BENIH BURUNG WALET KALU NAK TERNAK.
    KITA HANYA PERLU SEDIA RUMAH BURUNG DAN ALATAN UNTUK PANGGIL BURUNG BERSARANG DALAM RUMAH BURUNG KITA JE

    ReplyDelete
  4. JIKA KAWASAN GETAH ITU MEMPUNYAI SUMBER AIR IA SESUAI UNTUK DIRIKAN RUMAH BURUNG.....
    YANG PALING PENTING ADAKAH IA MENJADI HABITAT BURUNG WALET.
    PERHATIKAN KAWASAN GETAH ENCIK SELEPAS HUJAN.
    ADAKAH ADA BURUNG WALET BERTERBANGAN

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas infor berkaitan dengan perbezaan walit dgn layang2.
    Akan tetapi perbezaan itu adalah terlalu umum.
    Sekiranaya tuan dapat menyenaraikan perbezaan yang lebih detail seperti perbezaan saiz burung, cara terbang, ataupun memberi gambar burung walit dar jarak dekat. Ia akan memberi gambaran yang lebih jelas.
    Saya juga sebenarnya berminat untuk menceburi bidang ni, Rumah burung walit. Kebetulan tanah saya tu di tumbuhi pokok getah yang tua dan ada anak sungai yang mengalir. Masalahnya, saya tak tahu adakah burung2 yang terbang di tanah saya tu adalah rurung walit atau burung layang2. Bunyi untuk testing walit pun saya tak ada dan tak tahu di mana untuk mendapatkannya. Sekiranya membeli dari internet takut pula bunyi untuk testing walit tu adalah bukan bunyi sebenar. Lagi pun bunyi burung walit adalah berlainan mengikut kawasan kan..?
    Car Injury Claim

    ReplyDelete