Wednesday, July 24, 2013
CILI PALING PEDAS DI DUNIA
Monday, July 15, 2013
TEKNIK TANAM CILI
Teknik penanaman cili merah
Varieti ini mengeluarkan hasil 10 minggu selepas ditanam ke ladang dan berterusan sehingga musim berakhir. Sifat pembuahan yang berterusan menyebabkan buah-buah cili dipetik setiap dua hari. Sehingga musim berakhir lebih kurang 30 pemetikan dilakukan. Varieti ini sesuai ditanam dan berupaya mengeluarkan hasil yang tinggi di pelbagai persekitaran dengan jarak tanaman 60 cm x 100 cm.
Varieti MC 12 sangat produktif, mempunyai dua puncak pengeluaran dan berupaya mengeluarkan hasil sehingga 4 bulan dengan sistem pengairan yang cekap. sifatnya yang cepat matang (7 minggu selepas ditanam) dan pemetikan hasil dilakukan selang 5-6 hari. Ini membolehkan buahnya dipetik sebelum diserang oleh penyakit. Dalam tempoh 2 bulan penghasilan, hasil yang diperolehi antaa 20-29 tan/ha. Pokoknya yang rendah dapat mengatasi masalah pokok rebah, oleh itu pancang-pancang tidak diperlukan. Buahnya yang panjang, padat dan menarik sesuai untuk kegunaan segar dan pemprosesan.
Varieti ini dibiakkan oleh MARDI. Saiz sederhana panjang, rasa kurang pedas. Jangkamasa pengeluaran adalah pendek. Pungutan hasil adalah selama 8-18 minggu selepas menanam. Sederhana tahan pada penyakit antraknos, rentan pada virus. Hasilnya ialah 12-20 tan/hektar. Sesuai untuk ditanam secara besar-besaran.
Varieti ini dibiakkan oleh MARDI, saiz buah 10-15 sm, 10-15 g/biji, variasi dari segi bentuk buah kurang, tinggi pokok 100-200 sm, sangat pedas dan ianya sentiasa berbunga. Jangkamasa pungutan adalah panjang (5 bulan). Pungutan hasil selama 12-32 minggu selepas menanam. Rentan pada virus antraknos dan virus. Hasil adalah sebanyak 15-25 tan/hektar.
Saiz buahnya 12-15 sm, tirus, mesocap tebal, tinggi pokok adalah 60-180 sm, rasanya sangat pedas. Hasil buah sebanyak 10-15 tan/hektar.
- Antraknos (MC 11 & 12 : rentan)
Rawat biji benih dengan Thiram. Sembur racun kulat Mancozeb.
- Kerekot Daun dan Mozek Daun (Leaf curl and mosaic virus)
MC 11 rentan ; MC 12 escape. Penyakit-penyakit disebarkan oleh Kutu Daun. Musnahkan pokok yang berpenyakit.
- Hawa Reput/PucukChoanephora (MC 11: sedikit tahan; MC 12: rentan)
Sembur racun kulat Benomyl (Benlate).
PENANAMAN
Penyediaan Tanah:
- Di Ladang
Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm (6-19 inci). Sediakan batas berukuran 1.2m (4 kaki) lebar dan 22 hingga 30 cm (9-12 inci) tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah 45 cm (1.5 kaki). Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25 kg bagi 50 meter persegi (500 kaki persegi) kawasan.
- Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain
Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm (2 inci) dari permukaan pasu.
- Di Ladang
Anak benih yang berumur 6 minggu boleh diubah terus ke batas. Sebelum mencabut, basahkan kotak semaian supaya anak benih senang digali. Kemudian, gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas. Jarak tanaman ialah 90 cm (30 inci) antara pokok dan 150 cm antara baris
- Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain
Semai terus 3 atau 4 biji benih ke dalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm (1 inci). Tinggalkan hanya sepokok.
MENDAPATKAN POKOK CILI YANG RIMBUN
Menyiram
Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali hari hujan.
Membaja
Tabur baja NPK Blue Special (12:12: 17:2) di keliling pokok dengan kadar 1 sudu besar atau 10 gm sepokok setiap dua minggu.
Tabur sebanyak 1 sudu teh atau 5 gm baja NPK Blue Special (12:12 17:2) sepasu di keliling pokok setiap minggu.
Sungkupan
- Di Ladang - Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan
- Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain -Gunakan rumput-rumput kering.
Merumput
CILI KULAI
21 Mei 2013

Setiap hari Arshad memeriksa tanamannya agar tidak diserang makhluk perosak.
Justeru, dengan pengalaman yang dikutip menerusi pemerhatian dan tunjuk ajar daripada Jabatan Pertanian, Arshad Mohkri, 41, tekad untuk ‘terjun’ ke dalam bidang berkenaan kerana menyedari potensi keuntungannya.
Arshad memilih untuk mengusahakan tanaman cili merah Kulai varieti tempatan yang berbentuk panjang dan pedas. Terdapat tujuh jenis cili kulai iaitu CA 905 F1 Cili Kulai 905, CA 907 F1 Cili Kulai 905, CA 910 Kulai Tempatan, CA 914 F1 Cili Kulai Pedas, CA 915 F1 Cili Kulai Kering, CA 908 Cabai Kulai Kerinting dan 8338 Kulai King.
“Permulaannya, saya hanya menanamnya secara kecil-kecilan di 30 batas di Sekinchan, Sungai Leman, Kuala Selangor,” katanya pada InfoAgro ketika ditemui di ladangnya, baru-baru ini.
Menurutnya, walaupun diusahakan secara kecil-kecilan, namun, ia ternyata berbaloi kerana projek yang dimulakan pada 2008 itu, menunjukkan kejayaan apabila pokok cili yang ditanam menerusi tanaman konvensional membuahkan hasil berkualiti tinggi.
“Walaupun ada sesetengah pengusaha yang menanam cili menerusi kaedah konvensional biasanya akan merungut kerana ‘kepayahan’ dan tekniknya yang agak menyukarkan, tetapi saya agak bernasib baik kerana percubaan pertama kali terus berjaya seterusnya mendapat hasil buah berkualiti,” katanya.
Menurutnya, cili ialah sejenis sayuran berbuah yang popular di kalangan penduduk Malaysia. Ia dipercayai berasal dari Mexico dan America Selatan, tetapi kini ditanam di semua negeri beriklim tropika.
“Cili sesuai ditanam di dataran rendah dengan suhu di antara 22 hingga 40 darjah Celcius selain taburan hujan sederhana,” katanya.
Dia mengusahakan tanaman terbabit di atas bekas tanah sawah yang merupakan tanah gambut di Sekinchan, Sungai Leman, Kuala Selangor.
“Iklim paling baik ialah yang mempunyai suhu 28 hingga 29 darjah Celcius dan ditanam di atas jenis tanah gambut atau tanah berpasir,” katanya.
Bagaimanapun, jelasnya, keterlibatannya secara tidak langsung dengan Program Ladang Kontrak di bawah naungan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) pada 2009, menyebabkannya menambah keluasan tanaman tersebut kepada 0.4 hektar.
“Setelah menambah keluasan tanaman menjadi 0.4 hektar, saya memulakan projek penanaman tanaman tersebut bagi kali kedua, hasil tuaiannya mencecah sehingga RM5,000 ke RM7,000,” jelasnya.
Jelasnya, semua orang boleh berjaya jika memberi sepenuh tumpuan dan bersungguh-sungguh dalam mengusahakan projek seumpama ini.
“Selain itu, mereka juga perlu sentiasa mendapatkan tunjuk ajar daripada pihak yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini seperti Jabatan Pertanian dan Fama,” katanya.
Tambahnya lagi, ketika itu, dia masih lagi dalam proses pembelajaran dan ‘berkenal-kenalan’ dengan projek tanaman cili merah yang diusahakannya itu.
Bagi meneruskan projek penanaman kali ketiganya itu, Arshad banyak mengikuti kursus kemahiran yang disediakan oleh pelbagai agensi di bawah naungan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Katanya, sejak projek tanaman kali ketiganya itu dijalankan, dia dibimbing secara berterusan dan memberitahu bahawa tanpa bimbingan terbabit, sukar bagi dia berada pada tahap sekarang.
“Ini kerana, projek kali ketiga yang diusahakan, ia berjaya mengeluarkan hasil yang begitu membanggakan sehingga mampu mencecah jualan sehingga RM25,000,” katanya.
Menurutnya, dia bukan sahaja mendapat khidmat nasihat tetapi turut dibantu dari segi teknologi dalam menghasilkan cili bermutu tinggi.
Dalam usahanya mempertingkatkan lagi hasil tanamannya, Jabatan Pertanian menyarankan agar dia menggunakan konsep pertanian semula jadi (natural farming) bagi menghasilkan cili merah yang bermutu tinggi.
“Saya sahut cabaran tersebut dan mula menggunakan konsep tersebut dalam tanaman cili merah bagi penanaman kali keempat,” jelasnya.
Seperti yang diketahui, konsep pertanian semula jadi ialah satu kaedah pengeluaran yang menggunakan sumber semula jadi termasuk mikroorganisma setempat, baja berasaskan tumbuhan dan haiwan serta faktor persekitaran (air, udara, cahaya matahari dan tanah).
Faktor-faktor tersebut dapat membantu meningkatkan populasi dan aktiviti hidupan. Hanya mikroorganisma setempat sahaja digunakan kerana ia sesuai dengan keadaan tempat tersebut.
Mikroorganisma yang dibawa dari luar berkemungkinan tidak sesuai dan mungkin mengganggu sistem hidupan yang sedia ada.
“Jabatan Pertanian memberitahu saya bahawa konsep itu dapat mengurangkan kos penanaman dengan menukarkan baja dan racun kimia dengan bahan yang diperbuat daripada sumber semula jadi.
“Oleh itu, konsep yang sihat itu lebih memberikan jaminan kesihatan kerana kurang daripada penggunaan racun kimia yang mengancam kesihatan,” katanya.
Tambahnya lagi, projek berkenaan dijangka mengeluarkan hasil yang tinggi apabila hasilnya dituai sekali gus memberi pulangan keuntungan berlipat ganda.
“Ini terbukti apabila musim tersebut, hasil pendapatan saya meningkat sehingga RM70,000 ditambah dengan keluasan tanah sebanyak 0.6 hektar lagi,” katanya.
Menurutnya, jumlah pendapatan itu bukanlah mustahil kerana harga cili sekarang boleh mencapai sehingga RM10 sekilogram sekiranya sesuatu bencana alam seperti banjir terjadi.
“Jadi, fikirkan berapa yang mampu seseorang itu berjimat jika menanamnya daripada membeli di pasar,” katanya.
Kaedah fertigasi
Mengenai perancangan masa depan, Arshad berkata, dia bercadang untuk menukar tanaman konvensionalnya itu kepada kaedah tanaman secara fertigasi.
“Kaedah atau teknologi fertigasi bukanlah satu perkara baru bagi golongan petani tempatan. Oleh sebab itu, ia mendapat sambutan memberangsangkan berikutan mudah dilaksanakan berbanding kaedah konvensional lain,” katanya.
Sesuai dengan namanya fertigation digabungkan dengan pengairan iaitu irrigation dan pembajaan iaitu fertilizer yang disalurkan serentak kepada tanaman khususnya yang bernilai tinggi.
Katanya, pertukaran cara penanaman itu adalah sebagai satu anjakan paradigma terhadap kaedah penanaman yang diusahakannya itu.
“Selain mudah dan cepat, kaedah tersebut juga tidak memerlukan ruang yang luas kerana medium tanaman fertigasi hanya memerlukan sebuah beg plastik berisi medium dengan baja diagihkan melalui sistem pengairan,” katanya.
Friday, April 9, 2010
CONTOH PENYAKIT CILI

Simptom : Daun kelihatan bertompok-tompok.
Penyakit : Serangan Kulat
Tindakan : Asingkan polybag yg mempunyai daun bermasalah ini kerana penyakit ini cepat merebak. Jika serangan masih baru, buangkan semua daun yg dijangkiti.
Rawatan : Sembur dengan racun kulat yang mengandungi 'Cooper' seperti Cupraxat. JANGAN campur racun kulat 'cooper' ini dengan racun lain.
Cara pencegahan : Kena sembur dengan racun kulat (selain racun kulat 'Cooper') selepas hujan dan sebelum transfer anak pokok ke polybag. Pastikan kandungan media tidak terlalu lembab.
ANTRANOKS
Simptom : Buah cili rosak berair.
Penyakit : Serangan Kulat
Tindakan : Buang semua buah cili yang rosak.
Cara Pencegahan : Selalu terjadi pada musim hujan. Jika hujan panas lagi cepat pembiakan kulat. Sembur racun kulat Mancozeb di selang seli dengan racun kulat "TopSin M" setiap 3 hari sekali di musim hujan, jika tidak seminggu sekali. Atau setiap kali lepas hujan.DAUN KUNING
Simptom : Daun-daun kelihatan berwarna kuning terutama di bahagian atas.
Penyebab : Pokok kekurangan baja.
Tindakan : Spray air baja dengan kepekatan yang rendah (mengikut umur pokok) pada waktu pagi selama beberapa hari . 1/2 dos kepekatan air baja yg diberikan.
Cara Pencegahan :
- Selalunya simptom ini berlaku pada media yang menggunakan sekam bakar 100% kerana sekam bakar tidak menyimpan air baja dengan lama, tidak seperti media cocopeat.
- Tambah kekerapan siraman air baja atau mencampur media sekam bakar dengan cocopeat.

Simptom : Batang anak pokok cili di dalam tray semaian seperti mengecut dan menyembah bumi.
Penyakit : Serangan Kulat
Tindakan : Buang anak pokok yang bermasalah
Cara Pencegahan :
- Pastikan biji benih direndam dalam bancuhan racun kulat Thiram 5 - 10 minit sebelum menyemai. Walaupun biji benih itu daripada varieti hybrid spt F1 568.
- Atau biji benih dicampur dengan racun 'Rizolex' dgn nisbah 5g Rizolex utk 10g biji benih (dlm 1600 biji benih) atau racun Thiram sebelum menyemai.
- Rendam tray semaian yg kosong (samada yg baru atau telah digunakan) ke dalam bancuhan racun kulat Thiram sebelum meletak peat moss.
- Jika terlupa langkah 1-3, dan anak pokok telah dijangkiti dan setelah dibuang pokok yg bermasalah, rendamkan tray semaian berserta anak pokok di dalam bancuhan racun kulat Thiram / Rizolex 1/2 dos dari yang disyorkan. Dan pastikan air baja juga diberi melalui kaedah rendaman try semaian. JANGAN spray anak pokok kerana daun yang lembab akan mempercepatkan pembiakan kulat dan menarik serangga.
- Sebelum pindah anak pokok ke polybag, sembur racun kulat Rizolex / Thiram / Previcur N ke media (sekam bakar/cocopeat) dan polybag sehingga lembab. Jika menggunakan bekas polybag dari musim yang terdahulu, pastikan peralatan dan juga polybag di rendam dengan larutan anti-bakteria/anti-septik seperti Chlorox (murah) atau Dettol
Chemical Pest Control Without Poisons / Pengawalan Perosak Tanpa Racun Kimia
Peel garlic 1 piece + 1 liter water
* Garlic ground, take the water.
* Spray in the morning and Redo after 3 days if there are attacks
Lice leaves Afid / Aphids
* 200g soap brand axe / labor + 20 liters of water and cook until dissolved
* Use of soap 400ml water for 1 sparger pump (18 liter)
* If the attack is repeated, threat with 400ml water soap + 1:300 natural vinegar for 18 Liter of water
Hamama (Mites) and Flea Trip (Thrip)
* 10-12 seeds chili ground fire in 1 liter of water
* Spray under the leaves at noon. When sprayed insects will not come
* If the attack is repeated, threat with saccharin 30 g to 20 liters of water

PENYAKIT CILI


Dahan dan ranting pokok pun dia blasah gak
Penyakit Pokok Cili (6) —> Hawar Pucuk

Penyakit Pokok Cili (5) —> Lecur Anak Benih

Penyakit Pokok Cili (4) —> Bintik Daun

Bintik Daun yang dikenali sebagai cercospora leaf spot @ bacterial leaf spot yang berpunca dari kulat Xanthomoas.Nama saintifik penyakit nie adalah Cercospora capsici… Kulat nie akan bermati2 an menghisap cecair dari daun pokok cili sehingga daun pokok cedera parah…Kekadang petani tu comfius gak…adakah sbb kena lebihan racun maka pokok jadi lubang2 cam nie…. Kalu jumpa atas daun berbentuk bulat atau berbintik2 kecil perang..mmg x syak laie…nie le punca dia…Apabila daun dah cedera parah…bintik2 semakin besar dan bahagian tengahnya akan menjadi kelabu..Akibatnya daun2 akan gugur w/pun kelihatan warna hijau..
Kulat nie juga serang pada tangkai daun dan tangkai buah…Penanam pokok cili tok sah risau….kalu pokok nie kena penyakit nie…pokok nie masih dianggap “Pesakit Luar”…bahasa simple dia…masih boleh sembuh bila di rawat…
Perosak Pokok Cili (2) —> Hamama (Mites)
Nie le hamama (Polyphagotarsonemus latus)…patut le die ni gemuk gedempol…kalu cite star wars die leh ganti watak Jabba The Hutt…Pokok cili kalu kena serangan dia..terus maut..
Antara ciri2 pokok cili yg kena serang penyakit nie adalah daun jadi kerekot, kerinting, mengecil dan pokok leh terbantut.Daun yang kerekot tu akan melengkung ke bawah..Daun akan bertukar warna menjadi perak dan luruh…waktu yg paling digemari oleh makhluk nie ialah masa cuaca panas..Pokok ni kalu dah kena serang makhluk nie…maka pokok nie cam kena Aids r…tiada ubat…hanya tunggu ajal bila2 masa je…Sape penanam cili yg pokok die kena serang penyakit nie…harap jangan le kechewa ye…
**artikel sumbangan nagaliar**
Mula mulanya kecewa jugak, tapi apakan daya mungkin cubaan dari Allah. Tapi aku tetap tidak akan berputus asa.. Tetap aku akan tanam cili. Aku punya jiran masa tanam dulu dapat banyak jugak la cili yang dia harvest, tapi sekarang ni jadi macam aku jugak. Jadi aku boleh agak yang serangan makhluk ni bermusim, dapat la jugak pengalaman nak handle menatang ni.. Dah nasib, aku tanam ketika datang serangan hamama ni. Kalau tanam setahun sebelum tu meungkin dapat tuai sekali dua kali, tapi elok-elok dah berbuah tetiba musim serangan… Nak wat cam ne tawakal jaer la.. Ujian ni Allah nak bagi tengok aku sabar ke tidak.
Saturday, March 6, 2010
CILI PALING PEDAS DI DUNIA DAN BERKHASIAT
Cili Bhutjolokia paling pedas, berkhasiat
Oleh Mohd Azis Ngah
AB Rahman bersama spesies cili terpedas dunia Bhutjolokia yang dibawa dari India. |
Baka dari Assam, India sesuai ditanam secara komersial di negara ini
ANDA sukakan pedas? Apa kata cuba makan cili Bhutjolokia masak yang dikatakan cili merah paling pedas di dunia dan kini sudah mula berada di Malaysia untuk diusahakan secara komersial.
Cili berasal dari Assam, India ini mempunyai saiz matang sebesar ibu jari tangan lelaki dewasa dengan warna merah garang dan kulit menggerutu seakan-akan menggambarkan penangan
Walaupun belum diiktiraf secara saintifik, tetapi berdasarkan kajian sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di Amerika Syarikat yang menguji tahap pedas cili di seluruh dunia, mereka mendapati baka Bhutjolokia paling pedas.
Kajian itu berdasarkan ujian ke atas deria rasa manusia yang memakannya dan melalui pertandingan pada 2007, cili Bhutjolokia diakui peserta pertandingan sebagai paling pedas di dunia.
Pertandingan itu berdasarkan status bintang yang diberikan peserta dan majoriti daripadanya memberikan status lebih 10 bintang, iaitu melebihi tahap pedas maksimum.
BHUTJOLOKIA digunakan sebagai ubat antimerokok dengan mencampurkan cili ke dalam tembakau rokok. |
Baka cili Bhutjolokia yang dibawa masuk ke Malaysia sejak tiga tahun lalu belum lagi ditanam secara komersial tetapi pengusaha The Queen's Garden, Akademi Kembara Nusantara Sdn Bhd sudah menjalankan kajian dan mendapati baka itu sesuai ditanam di negara ini.
Pengarah Urusannya, Dr Razali kemp Mohamad Rais, berkata cili itu boleh ditanam melalui pembiakan biji dan melalui proses kahwin sesama baka bagi memastikan keaslian serta rasa pedasnya tidak berubah.
"Pokok ini boleh membiak dan berbuah sendiri tanpa perlu melalui proses pendebungaan pokok lain. Jadi, kami kahwin sesama baka untuk kekalkan kualitinya kerana jika dibiarkan berbuah sendiri, kualiti dan tahap pedasnya menurun.
"Sudah tiba masa cili ini dikomersialkan di Malaysia kerana kaedah tanamannya hampir sama dengan cili tempatan," katanya.
The Queen's Garden menggunakan pendekatan dengan memastikan tanah yang digunakan sentiasa lembap tanpa air bertakung dengan menggunakan tanah campuran 'fortified medium' mengandungi tanah jenis perlite untuk membolehkan akar hidup subur.
Pokok induk mampu hidup selama beberapa tahun dan membesar sehingga satu meter tinggi dengan setiap pokok mampu mengeluarkan buah sehingga enam kilogram.
Bagi memastikan pokok induk hidup lama dan sentiasa berbuah, dahan atas akan dipotong beberapa kali untuk dikahwinkan bagi menggalakkan daun dan batang baru tumbuh.
Menariknya, cili jenis ini digunakan penduduk India sebagai rempah ratus dalam masakan mereka tetapi di Amerika yang dikatakan tidak gemarkan makanan pedas, mereka menggunakan untuk tujuan perubatan.
Satu daripadanya digunakan sebagai campuran dalam minyak urut panas yang dipercayai boleh mengurangkan sengal badan dan sakit urat.
Bahkan, ia juga digunakan sebagai ubat antimerokok dengan mencampurkan cili ke dalam tembakau rokok.
Perokok yang menghisap rokok campuran cili itu akan mengeluarkan banyak lendir dari paru-paru sekali gus menyebabkan keinginan untuk merokok semakin berkurangan.
Bak kata pengusaha Tanameraku Resources, AB Rahman Baba yang turut mengusahakan pembiakan cili itu, sudah tiba masa pengusaha tanaman cili di Malaysia mencuba sesuatu yang baru dan mereka bersedia memberi khidmat nasihat mengenai kaedah tanaman hasil kajian selama tiga tahun.
"Benihnya cukup sukar didapati di Malaysia. Saya percaya jika ada yang memilikinya, mereka mungkin tidak tahu cili itu adalah baka Bhutjolokia yang mempunyai banyak khasiat," katanya.
yang bakal dinikmati kepada sesiapa yang memakannya.
Wednesday, March 3, 2010
TANAMAN CILI JANA PULANGAN LUMAYAN
Tinggal gaji RM1,500, siswazah kutip RM40,000 tanam cili
26-04-2007 06:20:08 PM
PASIR PUTEH: Pengorbanan seorang siswazah yang sanggup berhenti kerja dengan gaji RM1,500 sebulan semata-mata ingin menceburi sektor pertanian tidak sia-sia apabila tanaman yang diusahakannya mula mengeluarkan hasil yang dijangka mencecah RM40,000.
Alimin Muhamed, 24, lepasan Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur dan pernah bekerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat swasta, berkata tanaman cilinya sebanyak 3,000 pokok yang diusahakan secara projek perintis Fertigasi bermula 18 Januari lepas kini mula memperoleh hasil peringkat pertama sebanyak RM3,000.
“Tidak mustahil dalam tempoh tiga bulan lagi saya akan mendapat hasil sebanyak RM40,000 sebaik sehaja kesemua cili habis dipetik,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di ladangnya di Kampung Kuala Air Jernih, Bukit Awang di sini, hari ini.
Beliau berkata Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bukit Awang yang menaja tanaman itu telah membeli hasilnya dengan harga RM2.40 sen sekilogram bagi keperluan Syarikat Nestle Bhd untuk mengeluarkan sos cili dan tomato bagi memenuhi permintaan domestik dan luar negara.
Alimin berkata masalahnya sekarang beliau tidak mampu memungut tanaman berkenaan dua kali seminggu sebagai mana yang dikehendaki PPK secara bersendirian kerana pokoknya berbuah terlalu lebat dan di luar jangkaan.
Bagi mengatasi masalah itu, beliau terpaksa mengupah penduduk kampung memetiknya dengan kadar upah 30 sen sekilogram.
Alimin berkata beliau juga terpaksa mengikat kebanyakan pokok itu pada batang anak kayu bagi mengelakkan tanaman itu tumbang akibat ditiup angin.
Dengan kejayaan tanaman itu, beliau bercadang menambah tanaman itu sehingga mencapai 10,000 pokok pada musim akan datang.
“Saya mahu melipatgandakan pendapatan dalam usaha saya ini bagi memberi galakan kepada penduduk kampung mengenai potensi sektor pertanian sekiranya diusahakan mengunakan teknologi moden,” katanya.
Beliau berkata melalui sistem fertigasi, pokok cili yang ditanam dalam polibeg ternyata memberi hasil yang cukup lumayan berbanding tanaman mengikut kaedah biasa. BERNAMA
CILI HIBRID
MC 11
-Tinggi pokok 80-110 cm,
-panjang buah 8-10 cm, 7-10g/biji
MC 12
-Tinggi pokok 60-80 cm,
-panjang buah 10-13 cm, 12 – 14 g/biji,
hybrid F1 469
-180 biji sepokok
-ketinggian pokok 35 cm
hybrid 833
-ketinggian pokok 2- 6 kaki
-55 biji berat utk 1 kg buah bagi sepokok
s469
- amat pedas, bukan plastik, besar mencecah 20cm.
-amat besar, maka ia kurang sesuai untuk tanaman secara komersial
- kurang digemari pengguna.
-1gm (140-150biji)
568
- kurang pedas, bukan plastik, rupa dan saiz = Kulai.
Kulai tempatan
-amat sesuai untuk tanaman secara komersial
-lebih pedas dan mudah dihancurkan tidak liat mudah dibuat sos
hybrid 568
-Buah pertama 40-90 biji (40-45 biji/kg)
-setiap pkk leh menghasilkan 2-2.5 kg.
-Tinggi pkk 4 kaki
-buah kurang pedas
-sambil berbuah sambil berpucuk @ berbunga..
-Pasaran tiada masalah langsung.
Perbandingan Kulai Tempatan, Kulai 568, F1 469
- Kulai Tempatan pokoknya terlalu besar, 568 kecik, 469 sangat kecik
- Kulai Tempatan bunga sangat mudah gugur, 568 gugur sikit, 469 sangat sukar gugur
- Kulai Tempatan buahnya ringan, 568 dan 469 lebih berat 1.5 kali ganda kerana lebih besar dan lebih tebal
- Kulai Tempatan sangat amat pedas, 568 tak pedas, 469 pedas.
- Kulai Tempatan pemborong terima, 568 sangat diterima, 469 sukar diterima (bergantung kepada tempat)
- Kulai Tempatan ada 60 biji pada bulan pertama, 568 80-120 biji, 469 80 biji.
- Kulai Tempatan sangat mudah kena kerinting, 568 mudah, 469 sukar sikit, kalau kena pun kerinting peringkat pertama sahaja.
- Kulai Tempatan langsung tak ada lalat buah kerana amat pedas, 568 dan 469 ada sedikit bergantung kepada tempat.
* Oleh kerana Kulai Tempatan sangat besar maka ia tak dapat ditanam rapat-rapat maka hasil kurang, di samping itu air dan racun harus banyak sebab pokok besar, pancang pun kena kuat.
* 469 amat sesuai bagi ‘penanam baru nak belajar’/'penanam amatur’
kerana ia amat mudah berbuah lebat dan besar (pada bulan pertama), bagaimanapun buahnya amat sukar diterima pasaran (bergantung kepada tempat) dan harganya juga lebih murah.
* 568 sederhana mudah untuk dijaga, pokok yang kecil tapi buah yang lebat dan berat
memungkinkan hasil yang tinggi di samping ia amat mudah diterima pasaran walaupun tak pedas.
Kos operasi/kos bulanan/kos tidak tetap yang meliputi :
1)benih
2)peatmoss
3)baja AB
4)racun+baja foliar
5)bil air
6)bil elektrik
7)tali rafia
Anggaran kos tanaman cili dengan fertigasi keperluan asas fertigasi bagi 1000pk cili
1.polytank 400 gallon =RM400.00
2.pam 0.75hp =RM250.00
3.main pipe poly 32mmx100m =RM120.00
4.poly tubing 13 mmx300m =RM120.00
5.dripper(putih)1000 =RM80.00
6.nipple 1000 =RM100.00
7.media cocopeat 70 bag =RM315.00
8.media sekam bakar 70 bag =RM175.00
9.polybag 15 x 15 x 40kg. =RM300.00
10.tong baja a/b x 2 =RM70.00
11.tubing 4 mm 9 roll x 80m =RM198.00
12.silver shine 0.035mm x 250m=RM70.00
13.fitting lump sum =RM200.00
14.timer digital 1 minit cutoff =RM60.00
15.tray semai anak benih 10kpg.=RM30.00
16.benih 10 gm. =RM30.00
17.baja a/b 1 set 50kg. =RM240.00
18.disk filter 1′ =RM55.00
JUMLAH DI ATAS SEMUA = + – RM2813.00
Kos luar jangka dan operation cost spt. racun, baja ulangan dll.
Musuh tanaman cili
-ulat ratus
-kutu daun/afid
-kutu trip
-hama merah
-hama kuning
-lelompat daun
-pelombong daun
-lalat putih
-ulat pengorek buah
-lalat buah
-ulat pangkas
Tips untuk mengawal serangan lalat buah:
- lalat buah ni serang buah cili yang masak dan muda.
- kerosakan boleh mencapai 60-80%
- tanda kerosakan buah ialah buah menjadi berair lembik,busuk dan gugur. jika koyak =-larva (ulat) dalam buah yang berwarna kuning. luar buah ada tanda
bintik kena cucuk. - rupa lalat buah ni warna kuning belang hitam. sayap dia lut sinar.
- serangan boleh di kesan 3 minggu selepas putik keluar.
- cara kawalan
-kutip semua buah yang kena serang dan masukkan dalam plastik.
-guna sebatian methyl eugenol untuk menarik dan memerangkap lalat
jantan. cara ini akan kurangkan kadar pensenyawaan.
cara buat perangkap
-ambil botol air mineral dan potong buat tingkap (W 2 inci dan H 1 inci).
-campur methyl eugenol dengan air kedalam botol tu dan gantung di kawasan pokok
cili. lalat buah akan masuk dalam botol dan hisap cecair lalu mati.
atau:
-botol warna kuning terang (attract serangga).
-sembur dengan NEOPACE (gam) pada permukaan botol kuning tu
-gantung pada kawasan pokok cili.
-lalat buah akan melekat pada permukaan botol tu sebab NEOPACE tu ada gam.
Jangka hayat pokok cili
-semai benih hingga mula tuai 2.5-3 bulan
-petik hasil maksimum 6 bulan.
-jangka hayat 8 bulan dari mula semai (max. yield)
-Jangka Hayat cili sehingga 12 bulan dimana bulan ke-4 memberikan hasil.
-Buahnya sederhana besar. Hasilnya mencapai sehingga 10kg sehari bagi 100 pokok (purata)
-jangka hayat pokok berbuah utk 6 bulan = 30 kali tuai…
-anggaran sebiji cili 7 gram
5 bijiX7gram = 35 gram
Friday, December 25, 2009
CILI
ARKIB : 11/09/2009
Waiz Kashifi puas ceburi pertanian
![]() |
Waiz Kashifi menunjukkan pokok cilinya yang setinggi 12 kaki. |
MEMPUNYAI pendapatan tetap sebagai juruteknik di bahagian pembangunan dan kajian Power Train, Proton selama 17 tahun belum dapat memberi kepuasan kepada Waiz Kashifi Abdul Rauf, 34 tahun.
Jiwa lelaki ini nampaknya lebih cenderung ke arah pertanian, mendorongnya berhenti kerja.
Namun demikian, pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki dalam bidang automotif tidak dipersia-siakan apabila dia membawa ilmu tersebut ke dalam bidang pertanian.
''Dengan penggunaan teknologi seperti yang terdapat dalam sistem automotif, bdang pertanian dapat dipertingkatkan,'' katanya bersemangat semasa ditemui di kebun kajiannya di Tabika Kemas, Seksyen 17, Shah Alam yang dijadikannya tempat latihan para belia dalam bidang pertanian.
Waiz Kashifi yang mengakui mempunyai sedikit pengetahuan dalam asas pertanian ketika itu sanggup mencuri masa mempelajari tentang pertanian ketika dihantar berkursus di luar negara oleh syarikatnya bekerja waktu itu.
''Apabila dihantar bertugas di luar negara seperti Australia, Sweden dan sebagainya, saya akan mengambil cuti untuk melawat ladang-ladang pertanian di sana.
''Saya tertarik dengan teknologi yang mereka gunakan dan ingin mempelajari agar disesuaikan dengan negara kita,'' katanya yang pernah ke Jepun pada 2004 untuk mempelajari bidang biologi.
Di kebun, kajian ini yang hanya sebesar sekangkang kera atau pun sebesar kawasan tepi rumah teres biasa, Waiz Kashifi dilihat sibuk mengajar seramai kira-kira 20 orang belia daripada seluruh negara mengenai kaedah penanaman yang dapat memberikan hasil yang di luar jangkaan.
Lebih menarik ialah melihat sepohon pokok cili merah yang setinggi 12 kaki dan menjulang tingginya.
Pokok cili yang lebat berbuah ini menjadi tarikan sesiapa sahaja yang ke situ. Jika ingin memetik buahnya, terpaksalah anda berdiri di atas kerusi.
Selain cili tinggi itu, terdapat banyak lagi tanaman seperti cili api, rock melon, tomato, kobis, peria, limau nipis, limau kasturi, mangga, cili benggala dan pokok sayur kambas yang telah berusia lapan bulan namun masih berbuah lebat.
Menurutnya lagi, di kebun itu, belia yang datang belajar di situ akan diajar cara membuat baja, penggunaan enzim, penguraian mikro, kaedah tanaman cara sihat dan sebagainya.
''Pada masa ini terdapat seramai 60 orang pelajar daripada sekitar Selangor yang belajar di sini. Selain belia, ramai juga warga emas yang belajar di sini.
''Di sini kami mengamalkan sikap hak bersama yang mana masalah akan dikongsi bersama. Contohnya ladang adalah milik belia sementara saya mengajar mereka daripada segi teknikal.
''Selain itu adalah penting mempelajari keperluan pokok dan kita yang menanam boleh menentukan atau merancang hasil yang diingini seperti sebatang pokok cili boleh berbuah sehingga empat kilogram. Sebab itu di sini ada pokok paling tinggi dan paling rendah kerana kita boleh menentukannya.
''Di sini juga saya merawat pokok-pokok sakit yang dihantar oleh pelanggan seperti pokok anggur, cili dan sebagainya. Setelah pokok-pokok itu subur, pemiliknya akan datang mengambilnya semula,'' katanya yang banyak mendapat jemputan mengajar di seluruh negara termasuk daripada institusi pengajian tinggi awam.
Katanya lagi, apa yang dilakukannya ini adalah untuk membantu belia dalam bidang pertanian agar mereka memperoleh pendapatan lumayan.
Cuma apa yang diharapkan agar usaha mereka ini mendapat sokongan daripada pihak kerajaan.
ARKIB : 31/10/2008
Semerah cili varieti baru
![]() |
Abdullah Ahmad Badawi mengisytiharkan cili varieti baru dinamakan Semerah pada majlis Perhimpunan Warg Tani 2008 di Serdang baru-baru ini sambil diperhatikan oleh Mustapa Mohamad (kiri) dan Dr. Abd. Shukor Abdul Rahman. |
Bagi masyarakat Malaysia tidak lengkap rasanya sekiranya makanan yang disajikan tidak ditambahkan dengan kepedasan dan keenakan rasa cili merah atau cili padi.
Ini kerana, rata-rata rakyat di negara ini, tidak mengira bangsa memang sudah ‘biasa’ dengan makanan pedas.
Ini satu senario yang menunjukkan adanya peningkatan dari segi permintaan individu mahupun pembukaan industri perusahaan produk berasaskan cili yang kian banyak diusahakan, sebagai contoh industri sos cili.
Namun, tahukah anda bahawa negara terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang besar bagi tujuan mengimport cili demi memenuhi keperluan permintaan cili padi tempatan.
Pada 2001, Malaysia membelanjakan RM39 juta bagi tujuan mengimport cili dari Thailand.
Di samping itu, berdasarkan maklumat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) 2004, kemasukan cili padi dari Thailand mencecah 100 tan metrik seminggu.
Ini berlaku berpunca daripada kekurangan pengusaha tempatan untuk menceburi serta mengusahakan sektor penanaman cili padi atau lebih dikenali dengan cili kampung ataupun dipanggil burung di negara ini.
Pada masa yang sama, faktor varieti atau benih yang kurang berkualiti menjadi punca utama mengapa produktiviti cili tempatan tidak dapat berkembang maju.
Menerusi benih yang biasa dan tidak berkualiti, tempoh matang menjadi panjang, hasil produktiviti juga berkurangan, mudah terdedah kepada jangkitan penyakit dan virus selain berbuah tidak menentu masa.
Maka ini jelas membantutkan sektor perusahaan cili padi tempatan sekali gus mempengaruhi hasil pengeluaran cili bagi memenuhi keperluan dan permintaan cili negara.
Faktor tersebut juga mempengaruhi perusahaan tersebut hanya dijalankan di ‘belakang rumah’ dan kecil-kecilan sekali gus menyebabkan ia tidak dikelolakan secara komersial oleh masyarakat.
Oleh yang demikian, selari dengan tanggungjawabnya, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah mengambil inisiatif dalam menjalankan penyelidikan yang komprehensif terhadap pembangunan varieti atas cili padi.
Penyelidikan
Hasil usaha dan penat lelah sekumpulan tenaga penyelidik MARDI selepas menjalankan penyelidikan selama 17 tahun ke atas pembangunan varieti cili padi.
Satu varieti cili padi baru yang diberi nama Semerah itu telah berjaya dihasilkan dan keputusannya amat membanggakan.
Penghasilan Semerah itu juga telah meletakkan revolusi pertanian negara untuk maju setapak lagi sekali gus membawa banyak kelebihan dan juga impak ekonomi yang positif bukan sahaja kepada para petani malah kepada kerjaan kita sendiri.
Menurut Penyelidik Prinsipal Biak Bakaan Pusat Penyelidikan dan Hortikultur MARDI, Dr. Melor Rejab, hasil pembangunan varieti cili terbaru itu jelas berupaya untuk membangunkan serta mempertingkatkan pengeluaran hasil cili padi tempatan kerana dari varieti tersebut ia mendatangkan banyak kelebihan dan keistimewaan.
“Antara keistimewaan Semerah adalah seperti ia berkemampuan untuk mendatangkan hasil yang lebih banyak, mempunyai tempoh matang yang lebih singkat dan mampu berbuah secara serentak.
“Cili padi (Semerah) ini adalah hasil pembangunan varieti bagi menghasilkan cili baru dari genotip yang berasal dari luar negara,’’ katanya ketika ditemui di Perhimpunan Warga Tani 2008 yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor, baru-baru ini.
Cili varieti baru itu diisytiharkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan disaksikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed dan Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr. Abdul Shukor Abdul Rahman.
Jelas Dr Melor, varieti Semerah dibangunkan melalui kaedah pemilihan baka sepokok (SSD) daripada bahan genetik dari Mexico.
Berdasarkan morfologi buah dan bunga, cili Semerah tergolong dalam spesies Capscium annuum.
Tambah beliau lagi, pewujudan varieti cili Semerah nyata boleh dimanfaatkan oleh para pengusaha dan juga negara dari segi kualiti dan kuantiti yang mampu dihasilkannya selain dijamin mutunya.
Menariknya, varieti Semerah itu mampu menghasilkan produktiviti lebih dua atau tiga kali ganda berbanding varieti cili padi biasa.
Lebih membanggakan, cili Semerah ini juga berbuah secara serentak dan ini secara pastinya menjimatkan masa peladang dan pengusaha daripada perlu memetik cili yang pada kebiasaannya berbuah secara tidak menentu.
Seterusnya, kos perladangan dari segi wang ringgit dan masa dapat dikurangkan.
Tahan penyakit
Selain itu, salah satu kelebihan cili Semerah ini, ia juga mampu menghasilkan cili walaupun dijangkiti penyakit ataupun virus.
Dengan pengenalan varieti Semerah itu, boleh dikatakan satu hasil yang boleh dibanggakan kerana ia bukan sahaja mampu menampung keperluan cili tempatan.
Ciri-cirinya yang menarik itu juga diharap dapat meningkatkan pembangunan terutamanya industri penanaman cili tempatan.
Secara tidak langsung, ia membantu para pengusaha tanaman cili dan sayur dalam peningkatan pendapatan tahunan mereka disebabkan unjuran yang lebih panjang (11 bulan semusim) berbanding varieti cili padi biasa.
Selain itu juga, peningkatan dalam pengeluaran hasil seterunya akan membantu menjadikan harga cili lebih stabil dan penyediaan bekalan cili yang lebih konsisten.
Ini akan membuatkan lebih ramai individu tempatan untuk mengusahakan tanaman cili padi secara besar-besaran dan komersial.
Pewujudan varieti Semerah ini turut membuka peluang kepada negara untuk bersaing dengan negara jiran iaitu Thailand yang berupaya untuk menghasilkan cili pada kos yang lebih rendah selain mampu mengurangkan kadar import cili dari negara berkenaan.
ARKIB : 13/05/2008
Tanaman cili hibrid beri pulangan lumayan petani
MUAR 12 Mei - Kegigihan tiga pen- duduk Kampung Paya Panjang, Pagoh de- kat sini mengusahakan tanaman cili hibrid sejak beberapa bulan lalu nyata memberi pulangan lumayan apabila ia berjaya di- komersialkan sejak dua bulan lalu.
Setiap pokok cili hibrid itu yang dikenali sebagai hibrid S223 oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), mampu menghasilkan tiga kilo- gram (kg) cili selepas dua bulan ditanam dan kini dipasarkan di sekitar mukim tersebut.
Salah seorang pengusaha, Jamain Rahmat, 56, berkata, cili tersebut mampu mencapai saiz sehingga 20 sentimeter (sm) panjang serta berwarna hijau tua dan merah apabila masak dan dijual antara RM8 dan RM10 sekilogram.
"Saya memulakan tanaman cili hibrid ini kira-kira dua bulan lalu selepas menantu lelaki saya, Mohd. Nizam Daros mengikuti bengkel tanaman cili secara komersial di Kedah.
"Bersama seorang lagi penduduk, Jasmee Mohd. Noor, kami mengusahakan tanaman cili hibrid di sebuah kawasan bersebelahan rumah menantu saya di kampung ini dan alhamdulillah, ia membuahkan hasil," katanya ketika ditemui di Kampung Paya Panjang, dekat sini hari ini.
Menurut Jamain, dia dan menantu serta rakan sekampungnya itu mula menanam sebanyak 1,000 pokok cili dan selepas dua bulan, tanaman cili itu mula mendapat permintaan daripada penduduk kampung.
Katanya, hasil daripada tanaman itu, ada antara penduduk yang membeli pokok cili hibrid itu untuk ditanam di rumah mereka dan kisah tanaman cili itu juga mula tersebar di kampung-kampung berdekatan.
Pada permulaan, katanya, mereka hanya berhasrat menjual hasil tanaman itu di pa- sar-pasar berdekatan namun kehadiran sekumpulan pegawai Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) ke tapak tanaman itu baru-baru ini telah mengubah segal-galanya.
"Salah seorang daripada pegawai FAMA itu mencadangkan supaya tanaman cili itu dikomersialkan dengan dipasarkan di peringkat yang lebih luas.
"Antaranya ialah memasarkannya kepada penduduk setempat secara meluas kerana tanaman cili ini boleh ditanam oleh sesiapa sahaja dengan menggunakan bekas kecil," jelasnya.
Sementara itu, Mohd. Nizam berkata, mereka bercadang mengadakan promosi selama tiga hari mulai 17 Mei depan dengan menawarkan baja percuma untuk setiap belian satu unit pokok cili itu.
Menurutnya, tanaman cili hibrid itu mempunyai jangka hayat kurang daripada setahun dan ketika ia mula mengeluarkan hasil yang semakin mengecil, pokok cili yang baru perlu disemai.
"Selain itu, orang ramai perlu tahu bahawa asap rokok berhampiran tanaman itu akan menyebabkan tanaman itu kurang mengeluarkan hasil," jelasnya.
JANA PENDAPATAN LUMAYAN
ARKIB : 06/03/2009
Hasil cili lumayan
Walaupun pernah gagal mengusahakan tanaman cili merah sebelum ini, Abd. Latif Mohd. Yusof, 48, tidak pernah kenal erti putus asa.
Sebelum ini, tanaman cili yang diusahakan di Paya Kangsar, Jerantut, Pahang diserang dengan pelbagai jenis penyakit yang menyebabkan cili yang tidak dihasilkan tidak bermutu dan terpaksa dimusnahkan.
Biarpun gagal buat kali pertama, Abd. Latif tetap dengan usaha terus mengusahakan ladang cili kulai merah di tanah seluas lima ekar secara sambilan di Kampung Perian, Jerantut, Pahang.
Beliau yang membeli benih cili merah kulai di sekitar Jerantut mengusahakan ladang cili buat kali kedua memilih tanaman ini kerana harga cili yang tinggi dan permintaan yang semakin meningkat.
Walaupun baru enam bulan ditanam, cili merah yang ditanam telah mula mengeluarkan hasil kira-kira 500 kilogram cili sehari.
Beliau memasarkan cili merahnya kepada pemborong yang datang dari pasar Jerantut, Pasar Tani dan Pasar Borong Selayang, Selangor.
Bekerja sepenuh masa sebagai pemborong getah, Abd Latif berkata, tanaman cili merah memerlukan penjagaan yang rumit.
Katanya, tanaman cili merah amat terdedah kepada pelbagai risiko penyakit akibat hama, kulat, virus dan serangan pelbagai jenis serangga perosak.
"Sejak mula ditanam sehingga berbuah selepas empat bulan, pokok cili merah memerlukan kos penjagaan yang tinggi sekitar RM40,000 sehingga mengeluarkan hasil," katanya semasa ditemui di ladangnya, baru-baru ini.
Pokok cili memerlukan penjagaan dan pengurusan yang rapi dengan semburan racun serangga dilakukan setiap tiga hari.
Beliau yang mempunyai enam pekerja, menjalankan tugas pembajaan setiap minggu selain penyiraman setiap petang.
Ketika ditanya mengapa tidak mempelbagaikan tanaman dengan cili padi, Abd Latif berkata, cili padi memerlukan tenaga pekerja yang lebih banyak untuk tugas-tugas memetik cili.
"Walaupun harga cili padi lebih tinggi tetapi masa memetik cili lebih lama berbanding cili merah," katanya.
Beliau berhasrat untuk membesarkan lagi keluasan ladang cili merahnya kerana mengeluarkan hasil dalam tempoh lebih lama.
Pokok cili, kata Abd Latif, boleh mengeluarkan hasil sehingga setahun sebelum ditanam semula.
"Selepas ini, saya akan tetap terus menanam cili merah sehingga saya boleh dikatakan penanam cili merah yang berjaya di daerah Jerantut, Pahang.
"Saya akan berusaha mengawal semua jenis penyakit dan serangga yang menyerang pokok cili merah," katanya.
ARKIB : 20/06/2008
Cili fertigasi beri hasil lumayan
![]() |
Mohd Nasir Ibrahim, (dari kiri) Fakharudin Mat Ali, Mohd Sallehuddin Ibrahim, Suhaimi Latif, Mohammad Ibrahim, Nazri Abdul Majid berjaya menghasilkan purata setan sehari mengutip cili fertigasi di Kampung Hujung Bandar, Sik, Kedah. |
“Daripada merempit di luar sana lebih baik anak muda menceburi bidang pertanian yang boleh memberi hasil yang lumayan.’’ Itulah nasihat daripada ketua projek teknologi penanaman cili secara fertigasi, Mohd. Nasir Ibrahim, 29, yang tidak mahu melihat anak-anak muda terus hanyut dan leka membuang masa tanpa melakukan perkara yang boleh mendatangkan manfaat.
Justeru , dia bersama dua saudara, Salehuddin Ibrahim, 26, Mohd. Ibrahim, 32, beserta tiga sahabatnya iaitu Shuhaimi Latef, 40, Fakharudin Mat Ali, 30, dan Nazri Abdul Majid, 39, mengambil keputusan untuk menceburkan diri dalam bidang penanaman cili secara sambilan kerana mahu meningkatkan pendapatan melalui bidang pertanian.
Jika dahulu purata pendapatan mereka hanya di bawah RM1,000 setiap bulan, namun setelah menyertai projek perintis dalam kawasan pembangunan pertanian daerah Sik pendapatan setiap daripada mereka menjangkau RM3,000 sebulan dan purata setahun keuntungan yang diperoleh hasil penjualan cili boleh mencecah RM16,000.
Menurut Nasir yang juga menjalankan kerja-kerja pendawaian di sekitar Sik, sebelum menyertai projek teknologi penanaman cili secara fertigasi, dia hanya menanam cili dengan menggunakan kaedah penanaman tradisional dan hasilnya kurang memuaskan.
“Setelah mengikuti projek ini kami dapati hasil pengeluaran cili bertambah dari semasa ke semasa dan hasilnya semakin baik.
“Kini dalam sehari, kami boleh mengutip sehingga satu tan cili bagi setiap lot tanah dan cili itu dijual terus kepada pemborong,” katanya ketika ditemui di ladang mereka di Kampung Hujung Bandar, Sik, Kedah, baru-baru ini.
Menurut Nasir, projek ini adalah kerjasama daripada agensi-agensi yang berada di bawah Kementerian Perindustrian dan Asas Tani seperti Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di bawah MoA Inc.
Sebagai contohnya, MARDI memberikan khidmat nasihat dan input seperti baja, racun dan sebagainya dan membantu dari segi teknologi bagaimana mahu menghasilkan cili yang bermutu tingi.
Ujar Nasir, mereka memilih cili kerana menyedari ia merupakan sayuran jenis berbuah yang popular dan mendapat permintaan yang tinggi di pasaran walaupun harganya sentiasa turun dan naik kerana kemasukan cili daripada luar negara seperti daripada Thailand.
Katanya, sewaktu memulakan projek ini pada tahun 2004, harga cili mengalami kemerosotan yang teruk sehingga jatuh kepada RM1 sekilogram akibat lambakan cili daripada luar.
“Pada waktu itu, memang kami rasa sedih kerana pulangan yang diperoleh tidak berbaloi dengan kudrat kami kerana ia begitu sedikit sehingga kami terfikir untuk menarik diri.
“Namun kerana minat yang mendalam kami tetap teruskan dan semakin lama, harga cili semakin baik dan kini ia mencecah RM5.80 sekilogram dan ini boleh membuatkan kami tersenyum lebar kerana kesabaran kami tidak sia-sia,” katanya.
Projek yang memasuki fasa ketiga ini sedang dituai hasilnya setelah pokok cili variati 568 ditanam pada Di“sember tahun lalu.
“Setiap daripada kami diberi lot tanah masing-masing yang mana setiap seorang menjaga 3000 pokok iaitu 800 beg di bawah struktur pelindung hujan dan 2,200 beg secara terbuka tanpa pelindung hujan.
“Kaedah penanaman cili secara fertigasi memudahkan kerja kami di ladang dan memendekkan waktu kami di ladang kerana sistem pengairan dan pembajaan dilakukan melalui mikro tiub dan dijalankan secara automatik," ujarnya.
Katanya, mereka menggunakan medium tanaman yang terdiri daripada sekam wap yang diperoleh daripada kilang padi di sekitar Alor Star dan sekam bakar tersebut ternyata baik bagi pembesaran anak pokok cili.
Nasir memberitahu, pihak MARDI menggalakkan mereka untuk menanam cili jenis variati 568 kerana ia mempunyai bentuk buah seperti kulai dan mudah dipasarkan.
Selain itu, katanya, buah itu sangat pedas serta pokok mengeluarkan buah yang berterusan dan mula masak di peringkat empat pengeluaran buah iaitu 70-75 hari selepas dipindahkan ke ladang.
Tambahnya lagi, pokok cili varieti 568 juga mempunyai bentuk yang tegap dengan sistem pendahanan yang banyak, seimbang, kuat dan tidak mudah patah selain tidak memerlukan sokongan pada setiap dahan.
“Pokok yang sederhana tinggi dan mudah dipetik menjadikan varieti ini menjadi pilihan penanam dan jangkamasa pemetikan adalah panjang iaitu sehingga tiga bulan,” ujarnya.
Jelas Nasir, mereka menjalankan pemasaran cili sendiri di sekitar Kedah, Pulau Pinang hingga ke sekitar Lembah Klang.
Setakat ini katanya, hasil daripada penjualan cili tidak pernah menghampakan mereka dan tahun ini mereka menjangkakan akan beroleh keuntungan sekitar RM18,000 kerana harga cili meningkat di pasaran.
“Kami hanya memperuntukkan masa selama dua hingga tiga jam di ladang kami untuk memantau pokok-pokok cili.
“Masa yang selebihnya boleh digunakan untuk melakukan pekerjaan lain kerana masa muda inilah kita perlu bekerja kuat untuk masa depan,” katanya.
Menurut Timbalan Pengarah Program Pembangunan Usahawan MARDI, Khadzir Darus, pihaknya sentiasa mengalu-alukan sesiapa sahaja yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian dan keusahawan kerana ia boleh mendatangkan hasil yang lumayan kepada pengusahanya.
“Lihat sahaja enam anak muda di Sik yang mengusahakan tanaman cili secara fertigasi, mereka membuktikan anak kampung juga boleh berjaya dengan usaha sendiri.
“Malah mereka juga memberi peluang pekerjaan kepada penduduk kampung yang mengambil upah memetik cili di ladang mereka," katanya ketika melawat ladang Nasir dan rakan-rakannya di Sik baru-baru ini.
Menurut Khadzir, pihak MARDI juga sedang berbincang dengan Nasir dan rakan-rakan untuk memberikan peluang kepada mereka supaya mengikuti kursus dalam pembuatan sos cili supaya kepakaran mereka dalam tanaman cili boleh diperluaskan lagi.