Saturday, March 6, 2010

CILI PALING PEDAS DI DUNIA DAN BERKHASIAT

Cili Bhutjolokia paling pedas, berkhasiat

Oleh Mohd Azis Ngah


AB Rahman bersama spesies cili terpedas dunia Bhutjolokia yang dibawa dari India.

Baka dari Assam, India sesuai ditanam secara komersial di negara ini

ANDA sukakan pedas? Apa kata cuba makan cili Bhutjolokia masak yang dikatakan cili merah paling pedas di dunia dan kini sudah mula berada di Malaysia untuk diusahakan secara komersial.

Cili berasal dari Assam, India ini mempunyai saiz matang sebesar ibu jari tangan lelaki dewasa dengan warna merah garang dan kulit menggerutu seakan-akan menggambarkan penangan

Walaupun belum diiktiraf secara saintifik, tetapi berdasarkan kajian sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di Amerika Syarikat yang menguji tahap pedas cili di seluruh dunia, mereka mendapati baka Bhutjolokia paling pedas.

Kajian itu berdasarkan ujian ke atas deria rasa manusia yang memakannya dan melalui pertandingan pada 2007, cili Bhutjolokia diakui peserta pertandingan sebagai paling pedas di dunia.

Pertandingan itu berdasarkan status bintang yang diberikan peserta dan majoriti daripadanya memberikan status lebih 10 bintang, iaitu melebihi tahap pedas maksimum.

BHUTJOLOKIA digunakan sebagai ubat antimerokok dengan mencampurkan cili ke dalam tembakau rokok.

Baka cili Bhutjolokia yang dibawa masuk ke Malaysia sejak tiga tahun lalu belum lagi ditanam secara komersial tetapi pengusaha The Queen's Garden, Akademi Kembara Nusantara Sdn Bhd sudah menjalankan kajian dan mendapati baka itu sesuai ditanam di negara ini.

Pengarah Urusannya, Dr Razali kemp Mohamad Rais, berkata cili itu boleh ditanam melalui pembiakan biji dan melalui proses kahwin sesama baka bagi memastikan keaslian serta rasa pedasnya tidak berubah.

"Pokok ini boleh membiak dan berbuah sendiri tanpa perlu melalui proses pendebungaan pokok lain. Jadi, kami kahwin sesama baka untuk kekalkan kualitinya kerana jika dibiarkan berbuah sendiri, kualiti dan tahap pedasnya menurun.

"Sudah tiba masa cili ini dikomersialkan di Malaysia kerana kaedah tanamannya hampir sama dengan cili tempatan," katanya.

Soal perbezaan suhu di tempat asalnya di Assam, India yang mempunyai purata antara 16 hingga 18 darjah Celsius boleh diatasi kerana suhu sebenarnya cuma mempengaruhi pertumbuhan pokok, bukannya pembiakan buah.

The Queen's Garden menggunakan pendekatan dengan memastikan tanah yang digunakan sentiasa lembap tanpa air bertakung dengan menggunakan tanah campuran 'fortified medium' mengandungi tanah jenis perlite untuk membolehkan akar hidup subur.

Pokok induk mampu hidup selama beberapa tahun dan membesar sehingga satu meter tinggi dengan setiap pokok mampu mengeluarkan buah sehingga enam kilogram.

Bagi memastikan pokok induk hidup lama dan sentiasa berbuah, dahan atas akan dipotong beberapa kali untuk dikahwinkan bagi menggalakkan daun dan batang baru tumbuh.

Menariknya, cili jenis ini digunakan penduduk India sebagai rempah ratus dalam masakan mereka tetapi di Amerika yang dikatakan tidak gemarkan makanan pedas, mereka menggunakan untuk tujuan perubatan.

Satu daripadanya digunakan sebagai campuran dalam minyak urut panas yang dipercayai boleh mengurangkan sengal badan dan sakit urat.

Bahkan, ia juga digunakan sebagai ubat antimerokok dengan mencampurkan cili ke dalam tembakau rokok.

Perokok yang menghisap rokok campuran cili itu akan mengeluarkan banyak lendir dari paru-paru sekali gus menyebabkan keinginan untuk merokok semakin berkurangan.

Bak kata pengusaha Tanameraku Resources, AB Rahman Baba yang turut mengusahakan pembiakan cili itu, sudah tiba masa pengusaha tanaman cili di Malaysia mencuba sesuatu yang baru dan mereka bersedia memberi khidmat nasihat mengenai kaedah tanaman hasil kajian selama tiga tahun.

"Benihnya cukup sukar didapati di Malaysia. Saya percaya jika ada yang memilikinya, mereka mungkin tidak tahu cili itu adalah baka Bhutjolokia yang mempunyai banyak khasiat," katanya.

yang bakal dinikmati kepada sesiapa yang memakannya.

No comments:

Post a Comment