Friday, March 19, 2010

APA ITU GENKIMO ?

Apa itu GENKiMO dan Fungsinya?

GENKiMO adalah olahan daripada maksud "mikro organisma setempat yang sihat". Merupakan sejenis produk probiotik yang mengandungi mikro organisma hidup yang kebanyakannya terdiri daripada jenis bakteria yang kecil dan bersel satu seperti lactobacillus, yis dan bakteria fotosintetik. Produk GENKiMO dihasilkan melalui proses fermentasi dan pemencilan secara semulajadi yang menggunakan 100% bahan daripada persekitaran tempatan. Kandungan bakteria berfaedah/efektif, enzim dan asid organik membantu dalam meningkatkan kesihatan dalaman ternakan, meningkatkan kualiti persekitaran, meningkatkan daya tumbesaran tumbuhan dan ketahanan penyakit, mempercepatkan daya pereputan bahan organik, mengembalikan kesuburan tanah dan lain-lain.



GENKiMO-bio (Produk Berteknologi)

Makanan Aditif Ternakan yang mengandungi bahan probiotik dan enzim.

Kegunaan:

* Kos efektif
* Boleh digunakan dengan selamat dan tidak mengandungi bahan toksik
* Berupaya meningkatkan metabolik asas, meningkatkan tahap kesihatan, menjamin peningkatan pada penambahan berat badan harian, meningkatkan kecekapan kadar pertukaran makanan (FCR)
* Mengurangkan bau busuk, mengurangkan kos rawatan dan mengurangkan stres pada ternakan



GENKiMO-1

Kebaikan GENKiMO-1 (Dalam Penternakan)

* Mengurangkan bau busuk dalam kandang dan kolam
* Mengurangkan lalat, kutu dan serangga berbahaya
* Meningkatkan kesihatan dan daya tahan ternakan
* Meningkatkan kualiti produk dan kesegaran
* Menjadi bahan makanan tambahan kepada ternakan dan mengurangkan bau busuk dari bahan buangannya
* Mengurangkan kos ubatan dan rawatan ternakan


Kebaikan GENKiMO-1 (Dalam Pertanian)

* Menggalakkan percambahan, pembesaran, penghasilan dan keranuman dalam produk tanaman
* Meningkatkan keupayaan proses fotosintesis tanaman
* Menukar bahan organik kepada baja dengan cepat
* Menambah daya ketahanan tumbuhan terhadap serangan serangga dan penyakit
* Mampu memulih dan menambah baik keadaan fizikal, kimia dan biologi tanah

GENKiMO-compossed

Kandungan:

Mengadungi koloni bakteria terpilih pengurai bahan organik dan pengaktif mikrobial tanah.

Kebaikan:

* Mampu menghasilkan baja organik yang tinggi mutunya
* Mengembalikan mikrob yang efektif yang mampu memperbaiki kerosakan dan meningkatkan kembali kesuburan fizikal, kimia serta biologi tanah
* Mampu merangsang pertumbuhan yang baik serta meningkatkan daya ketahanan penyakit
* Menyegarkan tanah
* Memperbaiki agregat tanah

1 comment:

  1. Bgaimana cara mendaptkan genkimo ni?.
    kdai /stokis d sabah

    ReplyDelete