Friday, March 12, 2010

PRODUK LINTAH

AGROBIZ

ARKIB : 12/03/2010
Produk daripada lintah

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar RASHID MAHFOF



Lintah merupakan haiwan daripada kelompok cacing yang dipanggil sebagai Filum Annekida dalam kategori Hirudinea. Para saintis telah menemui lebih kurang 300 jenis lintah.

Kebaikan lintah telah lama ditemui dan digunakan dalam perubatan tradisional. Ia terbukti berkesan bagi membantu merawat banyak jenis penyakit seperti sakit kepala, darah tinggi, kudis, jerawat, masalah batin dan sebagainya.

Air liur lintah boleh memulihkan tisu yang rosak. Justeru lintah banyak digunakan sebagai bahan campuran dalam pembuatan kosmetik.

Kini pakar perubatan di Barat turut mengiktiraf kebaikan khasiat lintah. Di Amerika, lintah telah diiktiraf sebagai ubat dan disahkan oleh Pentadbiran Ubat dan Makanan Amerika.

Menyedari kebaikan khasiat lintah, JelitaSari Spa & Beaute telah mengeluarkan dua jenis produk yang berasaskan lintah, iaitu JelitaSari White Pearl dan JelitaSari Black Pearl.

JelitaSari White Pearl yang ditujukan kepada wanita berkesan bagi membantu:

# Mengurangkan rekahan dan kesan parut lama.

# Membentuk dan menganjalkan pinggul.

# Menghilangkan selulit serta kesan rekahan dan melembutkan kulit.

# Mengurangkan kesan bengkak, lenguh dan sakit sendi.

# Menghilangkan kesan jeragat.

Sementara itu, JelitaSari Black Pearl yang khusus untuk lelaki membantu:

# Melegakan sakit pinggang atau lenguh sendi.

# Mengurangkan kesan bengkak atau sakit akibat gout.

# Melancarkan perjalanan darah.

Kepada yang ingin mencuba, bolehlah melayari www.jelitasari.com

No comments:

Post a Comment