Saturday, March 6, 2010

IKAN KETUTU

Nama saintifik ikan ketutu adalah oxyeleotris marmoratus. Ia juga di kenali sebagai ikan ubi di negeri pantai timur dan bagi masyarakat cina ia di kenali dengan nama "Sun Hok".Harga ikan ketutu hidup mencecah RM 70.00- RM 90.00 sekilogram.Harga Ikan ini boleh mencecah sehingga RM 400.00 apabila ia siap di masak dan dihidangkan di restoran terkemuka. Mengikut kajian keperluan pasaran bagi ikan ketutu adalah 20 tan sebulan. Masyarakat cina percaya ikan ini mempunyai banyak khasiat terutamanya untuk melancarkan pengaliran darah. Masyarakat cina mengemarinya kerana isinya manis dan lazat serta tekstur dagingnya halus dan berwarna putih. Ikan ini mengambil masa setahun untuk mencapai berat yang di kehendaki oleh pasaran antara 800-1200g seekor. Ikan ketutu merupakan spesies ikan air tawar yang mempunyai harga yang tinggi di pasaran.

No comments:

Post a Comment