Sunday, March 7, 2010

PELET MAKAKO

04 Feb - Makako Boleh Percepat Tumbesaran Ternakan

cocoa_chocolate

MACHANG: Sekumpulan penyelidik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Machang di sini, berjaya menghasilkan makanan ternakan daripada kulit koko dan hampas kenaf dikenali sebagai Makako, yang mampu mengurangkan tekanan

haiwan serta mempercepatkan tumbesaran ternakan. Pelet Makako diperoleh hasil penyelidikan enam pensyarah UiTM sejak dua tahun lalu dengan matlamat meringankan beban dan bagi menambah pendapatan sampingan penternak. Ketua Unit Jaringan UiTM Machang, Prof Madya Dr Mohd Zaki Zakaria, berkata Makako dihasilkan daripada kulit koko yang dikeringkan dan diproses menjadi debu, sementara kenaf pula diambil empulurnya juga bahan buangan sebelum digabungkan untuk makanan lembu dan kambing serta kuda.

Menurut nya,di dapati empulur kenaf yang dibuang itu mengandungi 70 peratus protein jika diproses sebagai makanan ternakan, begitu juga kulit koko yang mempunyai protein sangat baik sekitar sembilan peratus. Beliau berkata, protein dalam kulit koko tidak cukup kerana setiap haiwan memerlukan 12 peratus protein. Penjimatan ini memberi keuntungan kepada penternak, pada masa sama penanam koko mendapat pendapatan sampingan menerusi jualan kulit koko.

Beliau berkata, kajian pihaknya juga mendapati Makako yang dihasilkan itu juga mampu mengekalkan berat badan lembu terutama ternakan yang diimport dari Thailand yang mudah hilang berat akibat tekanan.

Mohd Zaki berkata, lebih penting negara akan mendapat untung kerana kalau dibangunkan secara besar-besaran, harga daging boleh turun ekoran kos makanan ternakan murah. Penternak biasanya membeli pelet makanan ternakan pada harga sekitar 60 sen sekilogram, tetapi Silaj Pro Biotic mampu dijual pada harga 35 hingga 40 sen sekilogram kerana penghasilannya berasaskan rumput Napier boleh dibeli pada harga 10 sen sekilogram. Beliau berkata, selain pelet, rumput Napier pula mampu memberi pulangan RM3,000 di kawasan 0.4 hektar sebelum dituai.


Berita disunting daripada sumber : Berita Harian

2 comments:

  1. Świetnie napisane. Pozdrawiam serdecznie.

    ReplyDelete
  2. Salam..dedak ni dah dihasilkan atau pun dah ada dalam pasaran.. Saya berminat

    ReplyDelete