MEMBUAT MIKROORGANISMA EFEKTIF (EM) BAGI PENGURANGAN PENCEMARAN MELALUI KITAR SEMULA SISA-SISA DAPUR
1. PENGENALAN Mikroorganisma Efektif (EM) tidak mengandungi mikrob yang khusus. la merupakan campuran mikroorganisma yang terpilih yang berupaya memberi pelbagai faedah. Semua mikrob ini boleh didapati dalam alam semula jadi. la berkebolehan melupus bahan organik dan seterusnya mengeluar bahan larutan yang berfaedah seperti asid amino, gula, alkohol, hormon dan sebatian organik
2. KAEDAH MEMBUAT MIKRO- ORGANISMA EFEKTIF (EM) Nisbah 1. Gula merah / molasses : 1 2. Sisa makanan ( contoh sisa sayur, kulit buah ) : 3 3. Air : 10
a) Campur gula merah dengan air dan diikuti sisa makanan dalam bekas b) Tinggal 1/3 ruang dalam bekas untuk fermentasi c) Membuka penutup bekas setiap hari bagi pengeluaran gas d) Mengacau bahan-bahan terapung e) Cecair EM boleh diguna selepas 3 bulan
3. KAWALAN KUALITI EM i) pH : di bawah 3.5 ii) bau : Masam harum (tidak boleh diguna jika ia berbau busuk)
4. KEGUNAAN EM a) Dalam Rumah - Mengurang bau busuk serta menjadi sisa dapur sebagai bagi organik - Menghilangkan bau busuk, dapur dan comot dalam dapur dan bilik mandi - Membantu menghalau serangga - Membasuh lantai
b) Pertanian - Mengurang penggunaan bahan kimia yang berlebihan - Memelihara ladang bebas dari penyakit dan serangga - Sebagai baja untuk tanaman - Memulih tanah yang• bermasalah - Tahi haiwan yang dirawat dengan EM akan mengurang bau dan meningkatkan kualiti baja kompos
c) Longkang / Sungai - Membersihkan longkang / sungai supaya tidak berbau busuk
EM-1 merupakan teknologi dari Jepun yang dirintis & dimajukan oleh Prof Dr. Teruo Higa. Ianya dipatenkan oleh EMRO ( EM Research Organisation ). Terdiri daripada mikrob berfaedah / ProBioTic terutamanya Lactic Acid Bacteria, Yeasts ( Ragi ) & Phototrophic ( Photosynthetic ) Bacteria. Dalam konteks pertanian & penternakan, EM-1 mempunyai pelbagai manafaat dalam apa jua sistem yang digunakan.
Penggunaan EM-1 telah terbukti di seluruh dunia dalam pelbagai senario. Di Malaysia - EM digunakan dalam sektor penternakan, pertanian, perikanan dan penjagaan Alam Sekitar.
EM-1 perlu melalui proses pengaktifan menjadi EM Activated Solution ( EMAS ) sebelum boleh digunakan. EMAS perlu dicairkan dengan air bersih pada kadar nisbah tertentu bergantung kepada tujuan penggunaan.
EM adalah 'versatile produk' yang menggunakan mikroorganisma yang terdapat dalam ekosistem. Ia tidak bermaksud untuk memperkenalkan mikrob daripada Jepun atau negara lain. Ia sentiasa menggunakan mikrob setempat. Ia tidak mengandungi spesis daripada kejuruteraan genetik.
Prinsip EM ialah perubahan bahan buangan yang mengandungi mikrob yang merbahaya kepada sesuatu yang produktif dan mengandungi mikroorganisma berguna. Prinsip yang mudah ini menjadi asas kepada teknologi EM didalam pertanian dan pengurusan alam sekitar.
Jadi, penggunaan EM akan memastikan perusahaan pertanian menjadi produktif, alam sekitar menjadi bersih dan hasil yang lebih kepada petani. EM juga digunakan dalam;
Dalam Rumah
Mengurang bau busuk serta menjadi sisa dapur sebagai bagi organik
Menghilangkan bau busuk, dapur dan comot dalam dapur dan bilik mandi
Membantu menghalau serangga
Membasuh lantai
Pertanian
Mengurang penggunaan bahan kimia yang berlebihan
Memelihara ladang bebas dari penyakit dan serangga
Sebagai baja untuk tanaman
Memulih tanah yang· bermasalah
Tahi haiwan yang dirawat dengan EM akan mengurang bau dan meningkatkan kualiti baja kompos
Lonkang/Sungai
Membersihkan longkang / sungai supaya tidak berbau busuk
Penggunaan EM pada pokok Gaharu :
# Mempercepatkan pertumbuhan # Mengawal serangga perosak semasa anak pokok masih kecil # Anti Kulat # Mengawal selia kesuburan tanah.
PROSES MENGAKTIFKAN EM-1
Bahan-Bahan Yang Diperlukan :
i. EM-1 ii. Gula Merah / Molases iii. Air Bersih ( Bebas Klorin ) iv. Tong / Botol Plastik Berpenutup
Nisbah Bancuhan - 1 liter EM-1 : 1 liter Gula Merah / Molases : 20 liter Air Bersih
Langkah 1
Tong plastik dicuci bersih bagi menanggalkan sebarang sisa terutamanya sisa kimia.
Langkah 2
Isikan 10 liter air bersih ( suam ) ke dalam tong plastik & campurkan 1 liter molases. Goncangkan tong plastik untuk sebatikan campuran.
Langkah 3
Tambahkan 10 liter air bersih ( suam ) ke dalam tong & goncangkan bagi sebatikan campuran.
Biarkan selama lebih kurang 30 minit sehingga suhu campuran turun.
Langkah 4
Campurkan 1 liter EM-1 ke dalam tong. Goncang sekali sahaja & tutup tong plastik dengan kemas. Simpan di tempat gelap bersuhu bilik 30 C - 40 C.
EM-1 dicampur diperingkat akhir bancuhan sahaja.
Langkah 5
Selepas hari ke-3, buka penutup secara perlahan-lahan untuk melepaskan sedikit gas yang terkumpul di dalam tong yang terhasil dari tindak balas mikrob & tutup tong dengan kemas.
Langkah 6
Selepas hari ke-7 atau pH turun melebihi 3.7 menunjukkan EM Actived Solution ( EMAS ) telah sedia untuk digunakan.
Semua air yang digunakan untuk EM-1 & EMAS mestilah air bersih ( bebas klorin ).
Nisbah campuran EMAS : Air Bersih seperti berikut :
1:50 bagi tujuan pereputan 1:100/200 bagi tujuan nyah bau.
EMAS seelok-eloknya digunakan dalam masa 14 hari selepas pengaktifan. Maksima sehingga 30 hari. Elakkan terdedah kepada cahaya matahari & suhu tinggi.
EM-1 yang bertutup & tidak tercemar & tidak terdedah kepada cahaya matahari / suhu tinggi boleh digunakan sehingga 1 tahun.
MyAgro-Vet Trading menawarkan 1 set Efektif Mikrob ( EM.1 ) berharga RM 38.00 yang mengandungi :
i. 1 liter EM.1 ii. 1 liter molases iii. 1 unit botol penyukat 100 ml. iv. Nota Penggunaan EM.1. v. CD Panduan Aplikasi EM dalam Penternakan, Pertanian, Perikanan & Penjagaan Alam Sekitar
Penggunaannya mewujudkan pesekitaran alam semulajadi yang stabil (neutral) sesuai kepada semua kehidupan.
Probac / biotik @ Effective Microorganisms (EM) ‘bakteria baik’ hasil kultur campuran dari mikroorganisma hidup yang membantu merencatkan pertumbuhan bakteria patogen/bakteri jahat yang ada dalam sistem tumbesaran. Probac @ EM adalah kultur campuran Bakteria asid laktik, Bakteria fotosintetik, Kulat penapaian dan Yis yang baik digunakan dalam sektor pertanian, perternakan, perikanan, pengomposan, rawatan bau, rawatan air, kegunaan isirumah, produk kesihatan, rawatan sisa buangan, rawatan tanah, pembersihan dan lain-lain.
Penggunaan Probac @ EM ini membawa kepada wujudnya pesekitaran alam semulajadi yang stabil (neutral) dan sesuai kepada semua kehidupan.
Fungsi dan kebaikan Bakteria
Mengikat nitrogen di atmosfera.
Penguraian/pereputan bahan organik dan bahan buangan
Menghalang patogen-patogen jahat yang ada dalam tumbesaran
Mengitar semula dan menambah kehadiran nutrient dalam tanaman
Mengurai dan Memusnahkan sisa-sisa toksik dari penggunaan racun rumpai dan serangga
Pengeluaran antibiotik dan bahan-bahan bioaktif lain
Menukar/Mengeluarkan molekul organik yang ringkas dan mudah diambil oleh tanaman
Complexation of heavy metals to limit plant uptake
Melarutkan bahan tak larut untuk sumber nutrien
Pengeluaran polisakarida untuk menyuburkan tanah dan memperbaiki struktur tanah
Contoh: Kebaikan EM dalam bidang pertanian
Menggalakkan pertumbuhan, pembungaan,buah,dan kemasakan dalam tanaman
Memperbaiki secara fizikal,kimia dan biologikal persekitaran tanah dan menghalang patogen-patogen tanah dan serangga.
Memperbaiki aktiviti fotosintesis pada tanaman
Memastikan pertumbuhan pucuk dan tanaman
Meningkatkan kecekapan bahan organik sebagai baja
Membina ketahanan tanaman dari penyakit dan serangga perosak
Berdasarkan kepada perkara-perkara diatas dan kesan kebaikan EM,hasil dan kualiti tanaman adalah bertambah baik. EM bukan hanya untuk pertanian malahan lebih luas dari itu dan contoh diatas sekadar menyebutkan kebaikan EM dalam bidang pertanian.
JENIS
KEKERAPAN
KADAR
Rawatan biji benih
Rendam sehari sebelum tanam
1:10000
Rawatan bau
2x seminggu
1:50
Rawatan tanah
4@8 rawatan setahun
5 gelen per ekar atau 465ml / 1000 kps 3
Semburan tanaman musim/tahunan (foliar spray)
Setiap 2@6 minggu
1:500-750
Semburan tanaman pokok
Setiap 2@6 minggu
1: 100 – 1: 250
Tanaman penutup bumi/turf
Sebelum tanaman
3 gelen se ekar atau 1:100
Rumah kaca/tanaman pasu(potting)
Tiap penyediaan
60ml/20kg tanah atau 1:250
Kompos
Semasa penyediaan
1.5 gelen/30kps3
Pad penyejukan(closed system)
Semasa penggunaan
1:1000
Semburan kandang/reban ternakan
setiap 7@10hari
1:50-100
Minuman ternakan ayam
setiap 7@10hari
1:200
Hidupan air/ikan (kolam)
Mingguan/Sepusingan
1:7000 -10000
Tanaman cendawan
Bancuhan media
1:500
Keterangan lebih lanjut tentang B EMS
EM (efektif mikrob) adalah campuran bakteria semulajadi yang dihasilkan dari proses penapaian semulajadi yang terkawal.Tiada pengubahsuaian dari segi genetik ataupun kimia. EM selamat digunakan dan diakui 100% organik oleh OMRI dan sekarang ianya digunakan di lebih 120 buah negara. Tiga genera mikrob tersebut(LAB, Psb,yeast) secara semulajadi bekerjasama dan menghasilkan sebatian bermanafaat seperti vitamin, hormon, enzim, asid organik,mineral,bioaktif dan bermacam2 antioksidan apabila ia bertemu bahan2 organik.Kunci dalam larutan EM adalah Fototropik bakteria iaitu Rhodopsuedomonas palustris—kumpulan bermanafaat dalam memecahkan molekul dan mencerna sebatian toksik. Campuran mikrob yang unik ini menghasilkan antioksidan yang antaranya inositol, ubiquinon, saponin, polisakarida(lowmolecularpolysaccharides), polyphenol, dan mineral-mineral. Antioksidan ini menbantu sistem pertahanan semulajadi yang boleh menghalang pertumbuhan bakteria2 yang tak bermanafaat. EM di temui oleh Dr. Teruo Higa iaitu seorang hortikultur biologist Ia mula dipasarkan di Jepun pada tahun 1982 untuk pertanian organik. Kini EM dihasilkan di 54 buah negara dan digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang.
EM dalam tasik, kolam, air pancuran dan akuarium.
Kolam buatan, tasik dan air pancuran memang banyak dibina di taman-taman reakrasi sebagai daya penarik selain untuk menenangkan minda ianya juga dapat menaikkan nilai perniagaan. Kolam ini bagaimanapun akan membina ekosistemnya sendiri dan ianya dengan mudah keluar dari kstabilannya(balance). Jika air terbiar statik dalam jangkamasa yang lama, jentik-jentik akan mulai mendominasi, alga mula wujud dalam air dan bau yang tak menyenangkan akan terhasil seterusnya mulai busuk. Menambah pengudaraan(water circulate) boleh mengurangkan masalah ini namun ianya bergantung pada kualiti air tersebut, kalsium dan alga tetap terbentuk.
Penggunaan EM aktif secara berkala akan menjadikan kehadiran mikrob bermanafaat mencukupi dan seterusnya mengawal alga dengan mengurangkan kehadiran nutrien dan sentiada mengawalnya pada paras yang rendah. EM aktif juga berkebolehan meneutralkan air(neutralizesalts)—dimana bertindak sebagai klorinator semulajadi dan menghalang pembentukan lapisan kristal di permukaan air.
Kadar dos adalah 1:10000, iaitu satu bahagian EM(probac) bagi setiap 10000 bahagian air. Dos ini disarankan diberikan bagi setiap minggu. Penggunaan Mudball juga disarankan. Biarkan beberapa hari/minggu untuk EM(probac) bekerja untuk anda. Jika tinggi bahan organik(sludge), kemungkinan akan terhasil suatu lapisan di permukaan dan ianya akan beransur-ansur hilang.Proses Bioremediation semulajadi terjadi dan hanya biarkan EM bekerja. EM adalah lowcost teknologi yang bertindak dengan cepat, berkesan dan secara signifikan menjimatkan wang anda jika diberikan dengan aplikasi yang betul.
Labels: air pancuran, akuarium, rawatan air, rawatan kolam, rawatan tasik
Konsep EM dan bagaimana EM bekerja
Konsep EM iaitu kumpulan kultur bakteria yang berfaedah, digunakan untuk tujuan mengawal mikroflora persekitaran bagi mengoptimumkan hasil,menghalang penyakit dengan merencatkan pertumbuhan bakteria patogen/tak berfaedah, meningkatkan kecekapan pengambilan bahan organik dan seterusnya meningkatkan biodiversiti mikrobiologi persekitaran. Bakteria aerobik(oksigen),heterotropik(oksigen/tanpa oksigen) dan anaerobik(tanpa oksigen) cenderung bertindakbalas dgn persekitaran dan menghasilkan bahan2 yang tertentu melalui proses PENGURAIAN dan SINTESIS.Bakteria Penguraian terbahagi kpd 2 iaitu Penapaian(fermentation/oxidative) atau Pembusukan (putrefaction). Penapaian yang baik oleh bakteria aerobik/heterotropik/anaerobik akan menghasilkanmolekul ringkas seterusnya menghasilkan haba,tenaga,asid amino,air,oksigen,karbondioksida yang semuanya berpengaruh baik. Berbanding kepada proses pembusukan(putrefaction) oleh bakteria heterotropik/anaerobik yang menghasilkan sisa toksik kepada persekitaran seperti gas ammonia ataupun Hidrogen Sulfida yang busuk. Bakteria Sintesis mengikat Nitrogen/oksigen dari udara dan menukarkannya kepada asid amino, oksigen, protein dan karbohidrat. Bakteria sintesis berkebolehan mengikat karbondioksida menjadi molekul organik. Bakteria sintesis juga berkebolehan memecahkan ammonia dan menukarnya kepada gas tak berbahaya. EM terdiri dari aerobik, heterotropik dan anaerobik bakteria yang berpengaruh baik.Apabila di dalam media, EM akan mengeluarkan hasil2 tindakbalas dan akan menghalang pembentukan tindakbalas kimia daripada bakteria tak berfaedah.Kebanyakan bakteria yang mendatangkan masalah adalah jenis heterotropik dan anaerobik. Setelah mikroflora bertukar, banyak molekul organik, tenaga, karbohidrat, oksigen, karbondioksida dsb terbentuk seterusnya meningkatkan kecekapan pengambilan nutrien dan memelihara persekitaran. Mikrobiologi persekitaran akan meningkat dan secara tak langsung membantu ke arah persekitaran yang sihat.
Selain daripada buat sendiri, kebiasaan rakyat Malaysia membeli EM1 daripada pengedar-pengedar. Apa yang anda boleh lakukan ialah mencairkannya kepada Em activated solution ataupun EMAS. EMAS banyak sekali kegunaannya dalam kehidupan seharian.
dengan sebotol EM1, anda boleh menghasilkan 20L EMAS. tujuannya untuk memperbanyak populasi EM dan ia lebih menguntungkan pengguna.
Kaedahnya mudah, larutkan EM1 kedalam air dan tambahkan gula merah sama banyak dengan EM1. Formulanya ialah 1:1:18, yakni nisbah untuk 1liter EM1 : 1 liter molasses/gula merah : 18 liter air. Peram selama seminggu sebelum digunakan.
Cara penggunaannya amat mudah dan menguntungkan. Cuma larutkan 1:1000, iaitu 1 bahagian EMAS kepada setiap 1000 bahagian air. Boleh terus sembur kepada tumbuhan. atau diberi minum kepada ternakan. boleh spray pada tandas. atau mandikan haiwan peliharaan.
Untuk membuat insect repellant/EM5, tambahkan bahan aktif seperti halia, bawang, serai wangi, neem dalam 1:10. satu bhgn bahan aktif kepada setiap 10 bhgn EMAS.
Beberapa Cara Aplikasi BIOFAST/ EM Dalam Penternakan antara lain : 1. Air Minum Campuran EM dengan konsentrasi ½ - 1% dalam air minum ternak, diberikan setiap hari. Hindari penggunaan antibiotika melalui minum agar EM tidak mati. Bersihkan bekas air minum dan tempat minum ternak setiap hari. Pathogen dalam saluran pencernaan dan ada pada tempat minum akan tertekan, ternak menjadi lebih sehat.
2. Makanan/Dedak Semburkan EM pada makanan/Dedak yang segera akan diberikan, EM akan meresap dalam makanan/dedak dan masuk kesaluran pencernaan makanan bersama makanan.
3. Semburan Kandang Sembur kandang, kotoran termasuk haiwan ternak perliharaan. Untuk menghindari bau busuk, menekan berbagai pathogen yang ada pada bulu dan kulit ternak, bulu atau kulit ternak akan lebih cerah dan bersih
4. Ubat Ternak EM dapat dipergunakan untuk membuat Ubat ternak. Pada ternak ayam dan itik Ubat tenak dapat diberikan setiap hari dengan konsesntrasi 1 %, bila telah menggunakan Ubat ternak pemberian EM pada air minum tidak diperlukan lagi, peternak ayam dan itik membuat ubat sendiri dengan ramuan tradisional yang terdiri dari jahe, halia, kunyit, serai, bawang putih dan daun sirih. Bahan-bahan ini dipotong halus direndam/fermentasi dengan EM dan molase. Setelah seminggu ubat sudah siap dipakai. Bila diperhatikan dengan ubat ternak dari EM, kuning telur lebih tebal, bau amis berkurang sehingga sangat baik digunakan untuk telur asin. Orang - orang yang biasanya alergi telur, dengan telur EM tidak alergi lagi.
5. Silaj Lembu, kerbau kambing telah biasa diberikan silaj larutan pada musim kemarau saat rumput juga sukar didapat. Em dapat digunakan sebagai probiotik pembuatan silaj, rumput kering, jerami, pohon jagung kering dan lain-lain dapat diolah menjadi makanan ternak dengan dipotong kecil-kecil terlebih dahulu, potongan rumput kering ini ditaruh dalam bekas drum atau tempat lain, ditaburi dedak halus dan disiram dengan EM sampai lembab dan dipadatkan. Pembuatan silaj dilakukan secara berlapis lapis, dengan cara seperti diatas. Adunan ini kemudian ditutup rapat agar suasananya anaerob, setelah 5 hari adunan sudah berbau masam dan siap diberikan pada ternak. Kerana proses fermentasi, kandungan gizi silaj lebih tinggi dari asalnya dan dapat disimpan lebih lama untuk memenuhi seluruh bekas pada saat musim kemarau.
6.Dedak terpakai Dedak terpakai dapat dilakukan pada peternakan ayam petelur, cara ini sangat membantu penternak pada saat harga telur menurun dan harga dedak naik. Pembuatanya cukup sederhana. Kotoran ayam dijemur kering, digiling dan dicampur dengan dedak, disiram dengan EM dan molase lalu difermentasikan dalam keadaan anaerob. Fermentasi hanya diperlukan 24 jam dan dedak ini dicampur dengan konsentrat lagi pada saat pemberian. kesan dapat dilihat sampai dengan 28 % dengan kesehatan dan produktifitas seperti semula.
Effective Microorganism merupakan bakteria semulajadi yang terdapat pada alam. Ia juga dikenali sebagai “Bakteria baik” hasil kultur campuran dari mikroorganisma hidup dimana membantu merencatkan pertumbuhan pathogen (bakteria jahat) yang ada dalam sistem tumbesaran. Kandungan EM terdiri daripada:
i. Asid Laktik Bakteria Mengubah gula termasuk laktosa dan karbohidrat lain menjadi asid laktik.
ii. Yeast @Ragi Yis mengeluarkan hormon dan enzim sebagai bahan bioaktif.
iii. Actinomycetes & Fermenting fungi Bertindak sebagai agen fermentasi dan menjaga jangka hayat proses campuran bakteria- bakteria lain.
iv. Phototropic Bakteria Bakteria Phototropic yang wujud dalam EM berperanan menguraikan gas yang berbahaya seperti Gas Ammonia dan Hidrogen sulfat, kemudian menukarkannya kepada gas-gas yang tidak berbahaya dan tidak berbau. Selain itu, campuran EM dengan tinja kambing boleh menghasilkan Gas Metane.
Antara fungsi-fungsi EM ialah : - Bakteria asid laktik bertindak sebagai pendinding dan menghalang pembiakan patogen dalam tumbesaran. - Membina ketahanan tanaman dari serangan penyakit dan serangga perosak. - Pengurai bahan buangan seperti tinja kambing. - Pelbagai kebaikan yang diperolehi melalui penggunaan EM dalam pertanian. Antaranya: - Bebas daripada kesan-kesan sampingan dan mesra alam. - Tingkatkan tumbesaran ternakan dan tanaman. - Menghilangkan bau ammonia. - Mengurangkan pembiakan lalat. - Mempercepatkan Kadar Tukaran Makanan (FCR). - Penghasilan baja organik atau kompos. - Menjimatkan kos ubatan dengan mengurangkan penggunaan antibiotik.
Penggunaan EM boleh diaplikasikan pada penternakan dan pertanian. Aplikasi kepada penternakan contohnya kambing boleh dilakukan melalui : - Air minuman kambing - Menyembur pada bahagian badan dan juga kandang kambing. - Menyembur tinja kambing yang lembap dan basah. - Silaj kambing
Antara kebaikan yang diperolehi melalui penggunaan EM pada penternakan kambing ialah : i. Penghadaman yang baik Ini kerana bakteria baik’ bertambah dan menyebabkan selera makan meningkat dan mempercepatkan proses penghadaman.
ii. Bulu yang cantik dan berkilat EM membentuk proses pemakanan yang elok dan bersih.
iii. Berat badan bertambah Kehadiran bakteria ini akan mempercekapkan kadar pertukaran makanan (FCR) dan menyebabkan pertambahan berat badan meningkat dari kadar biasa.
iv. Kambing menjadi tenang Membaiki sistem penghadaman seterusnya dapat meningkatkan tumbesaran dan ketahanan terhadap penyakit.
v. Mengurangkan bau kambing dan kandang Bakteria tidak boleh membiak dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
vi. Tinja tidak berbau busuk Kadar lalat untuk menghurung tinja berkurangan dan menghidupkan suasana yang bersih dan cantik.
vii. Menghasilkan baja organik Penguraian gas-gas tersebut menjadikan tinja lebih berkesan dan berkualiti kepada tumbuh-tumbuhan.
Berikut merupakan graf yang menunjukkan perbezaan berat antara kambing yang diberi minum EM dengan yang tidak diberi minum EM.
FCR adalah satu nisbah di antara jumlah berat makanan yang dimakan dan berat badan yang diperolehi.
Sebelum EM 0.75 kg : 0.05 kg Selepas EM 0.75 kg : 0.25 kg
Harga dedak = RM0.80 per kilo
RM 0.80 x 0.75 = RM 0.60 0.05kg x RM18 = RM 0.90 Untung bersih = RM 0.30
RM 0.80 x 0.75 = RM 0.60 0.25kg x RM 18 = RM 4.50 Untung bersih = RM 3.90
Nisbah penggunaan EM untuk :
- Minuman kambing
i. Nisbah 1 Liter EM : 700 Liter air
EM/Air = 1/700 x 40 = 0.057 ml EM per 40 L air
Kos = RM10 per Liter
= RM10/1000 ml = RM0.01 per ml = RM0.01 x 0.057 = RM0.00057 per 40 L air
10 ekor kambing memerlukan 40 Liter air Kos kambing untuk 1000 ekor kambing ialah RM 0.057
- Semburan badan dan kandang kambing
Nisbah = 1 Liter : 200 Liter air
EM / Air = 1/200 x 20 = 0.1ml EM/20 L air
Kos = RM10 per Liter = RM10/1000ml = RM0.01 per ml = RM0.01 x 0.1 = RM0.001 per 20 Liter air
Isipadu = 3.3/12 x 20 L = 5.5 L Luas :
Kos = 0.001/20 Liter x 5.5 Liter = RM0.000275 per 672 kaki persegi
100 kali semburan = RM 0.0275 @ 28 tong semburan
- Semburan tinja kambing
Nisbah = 1 Liter EM : 100 Liter air
1 pam = 20 Liter 1 Liter = 1000ml EM /Air = 1/100 x 20 = 0.2ml EM / 20 L air
Kos = RM10 per Liter = RM10/1000ml = RM0.01 per ml = RM0.01 x 0.2 = RM0.002 per 20 Liter air
Isipadu = 6”/12” x 20 L = 10 L
Luas = 672 kaki persegi
Kos = 0.002/20 Liter x 10 Liter = RM0.001 per 672 kaki persegi
10 kali semburan = RM 0.01 @ 5 tong semburan
- Semburan silaj (daun kelapa sawit yang diperam)kambing
Nisbah = 1 L EM : 1 L Molasses : 50 L air
1 pam = 20 Liter 1 Liter = 1000ml EM/Air = 1/50 x 20 = 0.4ml EM / 20 Liter Air
Kos EM= RM10 per Liter = RM10/1000ml = RM0.01 x 0.4ml = RM0.004 per 20 L air
Kos EM = 0.004/20 L x 60 L = RM0.012
Isipadu = 3 x 20 L = 60L
Kos Molasses = RM1.40 per Liter Penggunaan 1 tong = 0.1 Liter Kos Molasses 1 tong = RM1.40 x 0.1 Liter = RM0.14 per tong semburan = RM0.14 x 3 = RM0.42 per tong silaj
26 beg silaj (daun kelapa sawit yang diperam) boleh diberi kepada 800 ekor kambing.
Dibancuh bersama bahan-bahan mentah seperti molasses dan Magnesium Sulfate. Disembur cendawan dengan bancuhan EM.
Kelebihan EM untuk cendawan
• Hasil keluaran meningkat sehingga 15%. • Kurang jangkitan kulat dan serangan serangga • Jumlah tuaian meningkat sehingga 7-8 kali untuk satu beg cendawan • Rasa lebih kenyal dan cantik. • Tahan lebih lama selepas tuaian.
Aplikasi EM pada pokok limau nipis
Kaedah yang digunakan adalah dengan menyembur EM pada pokok limau nipis. Semburan tersebut perlulah pada buah, bunga dan juga daun pokok limau tersebut. Semburan pada pokok buah limau bertujuan mengelak dan merawat pokok limau nipis daripada fungus hitam. Semburan ini juga bertujuan menggalakkan pengeluaran bunga dan buah.
Nisbah = 1 liter EM : 100 Liter air
1 pam = 20 Liter 1 Liter = 1000ml EM / Air = 1/100 x 20 = 0.2 ml EM / 20 L Air Kos = RM 10 per Liter = RM 10 / 1000ml = RM 0.01 per ml = RM 0.01 x 0.2 = RM 0.002 per 20 Liter Air
Satu tong boleh digunakan untuk 40 pokok limau nipis.
Contoh lain aplikasi EM
- Perikanan - Pengomposan - Rawatan bau - Rawatan tanah - Pembersihan - Kegunaan isi rumah - Produk kesihatan - Rawatan sisa buangan
Diasaskan oleh Professor Dr.Teruo Higa di University Ryukyus, Okinawa, Jepun. Beliau terkenal sebagai Professor HORTIKULTOR DiJepun. Beliau adalah Hortikultor terlatih yang banyak mengunakan Bahan Kimia ke dalam tanaman sebelumnya. Lantas menyedari bahaya dan kerosakan kepada MANUSIA DAN ALAM SEKITAR. Beliau kemudianya mengusahakan campuran MICROORGANISMS YANG BERGUNA secara kebetulan dan diteruskan dengan kajian mendalam untuk meningkatkan product dari system Organik. Penyelidikan beliau mengambil masa selama 12 tahun.
PELBAGAI KEGUNAAN YANG DAPAT DIMANFAATKAN DENGAN MENGGUNAKAN EM
umpamanya Racun Serangga, Baja Organik daripada sisa rumah, Habuk papan, Tinja Kambing, Sekam bakar/padi, dan banyak lagi sumber sumber dimuka bumi ini.
BAHAN BAHAN SEMULA JADI
Disekeliling kita banyak terdapat bahan bahan semulajadi yang mana apabila kita perhatikan umpama daun kari, serai, halia, bunga kantan, bawang, cili dll tidak dirosakan olih serangga, Jadi semua tumbuhan ini dijauhi olih serangga kerana mempunyai bau atau bahan yang tidak disukai. Ini adalah contoh bahan semula jadi yang bolih dijadikan racun serangga semulajadi.
APA ITU EM
EM mengandungi 3 jenis bakteria baik:
Bakteria Asid Laktik : bahan organik tapaian dan menghasilkan asid organik yang menyekat pathogenik. Ia digunakan unutk membuat yogurt dan jeruk. Yis atau Ragi : Bahan Organik tapaian dan mengandungi vitamin dan asid aminio. Ia digunakan untuk membuat roti. Bakteria Fototropik : Bertindak sebagai kunci kompenan EM. Ia membantu mengekalan keseimbangan mikroorganisma bermanfaat yang lain, menwujudkan kerjasama di antara satu dengan yang lain.
KELEBIHAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI EM-1 "Effective Microorganisms"
Effective Microorganisms™ digunakan secara meluas dalam bidang penternakan, pertanian dan akuakultur.
FAEDAH
1. Menghapuskan minyak tumbuhan pada habuk kayu serta bau tinja untuk penyedian medium cacing.
2. Mempercepatkan transformasi menjadi baja kompos.
3. Mengurangkan bau tinja / sisa ladang ternakan kambing, lembu dan ayam.
4. Meningkatkan/menstabilkan pertumbuhan ternakan dari segi daging (~12%), susu dan kualiti telur.
5. Mengurangkan ancaman penyakit di ladang (tanaman dan ternakan).
6. Penyedian tanah untuk pertanian - Membaiki dan meningkatkan nutrisi NPK tanah.
KANDUNGAN:
1 Liter
SELATAN
ARKIB : 03/10/2008
Teknologi EM hilangkan bau busuk ternakan
Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
Abdul Hamid Khairuddin melihat kambing ternakannya di Melaka yang sihat dan tidak mengalami masalah bau busuk setelah menggunakan EM. - Gambar ABDUL RAZAK LATIF
MELAKA 2 Okt.- Mikro-organisme berkesan (EM) adalah satu teknologi yang telah terbukti berjaya menyelesaikan masalah pencemaran bau busuk dari ladang ternakan sejak sekian lama.
Ia menggunakan kaedah sejenis mikro-organisma yang 'baik' yang akan menguraikan bau gas amonia yang busuk dihasilkan daripada najis binatang ternakan kepada gas yang tidak berbau.
Bagaimanapun, beberapa penternak yang telah menggunakan teknologi tersebut mendapati EM bukan sahaja berjaya menyelesaikan masalah bau busuk dari ladang ternakan, malah secara tidak langsung turut meningkatkan hasil ternakan mereka.
Pengusaha ternakan puyuh, Mohd. Khairul Izwan Selamat, 29, yang mula mengunakan EM pada awal tahun ini berkata, dia bersyukur kerana EM bukan sahaja membantunya mengatasi masalah pencemaran, tetapi juga meningkatkan hasil pendapatannya.
''Sejak menggunakan EM, reban puyuh saya tidak lagi berbau busuk dan ternakan juga semakin cepat membesar.
''Kebiasaannya, seekor puyuh akan dijual selepas 35 hari menetas, tetapi dengan mengunakan EM, ia sudah boleh dijual pada umur 28 atau 29 hari dan menjimatkan kos makanan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dari segi penjimatan kos makanan puyuh, Mohd. Khairul yang memulakan ternakannya pada 2003 berkata, secara anggaran, satu reban yang mengandungi kira-kira 7,000 ekor puyuh memerlukan makanan 150 kilogram (kg) hingga 200 kg sehari dengan kos setiap kampit 50 kg dedak ialah RM105.
Ini bermakna, jika satu reban puyuh dapat dijual dua hari lebih awal berbanding tanpa menggunakan EM, saya sudah dapat jimat kos manakan sebanyak kira-kira RM820 sedangkan kos belanja EM tidak sampai pun RM60 sebulan untuk ternakan 35,000 ekor puyuh.
''Dengan menggunakan EM juga, tumbesaran puyuh juga meningkat 20 hingga 30 peratus pada umur 28 atau 29 hari berbanding tanpa mengunakan EM yang memerlukan masa 35 hari untuk mencapai berat tersebut," katanya.
Jelas beliau, kadar kematian puyuh juga dapat diturunkan kepada lapan peratus berbanding 15 hingga 18 peratus tanpa mengunakan EM.
Tambahnya, penggunaan teknologi EM juga mudah digunakan iaitu dengan mencampurkan 354 liter air hujan (tanpa klorin) dengan 3.6 liter cecair teknologi EM.
''Ia mudah digunakan sama ada mencampurkannya ke dalam dedak atau disembur ke dalam reban secara terus kepada puyuh kerana ia tidak akan memberikan kesan sampingan.
''Mikro-organisme yang terkandung dalam cecair teknologi EM yang disemburkan ini seterusnya akan bertindak menguraikan gas-gas amonia yang berbau busuk dan panas ini kepada gas yang tidak berbau," tambahnya.
Disebabkan faktor persekitaran yang tidak panas dan berbau busuk katanya, ternakan puyuh akan tinggal dalam suasana selesa, sekali gus cepat membesar kerana selera makan yang meningkat.
Tambahnya, najis puyuh tersebut juga boleh digunakan secara terus sebagai baja tanaman kerana telah diproses di peringkat awal menggunakan EM untuk menjadikannya baja kompos.
''Biasanya, tanpa menggunakan EM, najis tersebut perlu diproses dahulu menggunakan EM, tetapi disebabkan telah diproses sebelum ia menjadi najis, ia boleh digunakan secara terus.
''Ia secara tidak langsung memudahkan dan memberi pendapatan sampingan kepada pekerja saya kerana baja kompos ini dijual pada harga runcit antara RM3 dan RM4.80 untuk setiap 40 kilogram," katanya.
Bagi Abdul Hamid Khairuddin, 44, yang mengusahakan ternakan kambing di Institut Teknologi Pertanian Sungai Udang, di sini, berkata, kambingnya tidak mengeluarkan bau busuk seperti kebanyakan kambing peliharaan penternak yang tidak menggunakan EM.
''Pernah sekali dulu saya menyertai satu ekspo dan orang ramai yang datang terkejut melihat kambing saya yang sihat dan bertanya mengapa kambing saya tidak berbau seperti kambing lain.
''Kemudian saya cakap, inilah kelebihan menggunakan EM dan mereka terkejut kerana ia betul-betul berkesan walaupun harganya yang murah di pasaran," katanya sambil menambah najis haiwan tersebut juga tidak mengeluarkan bau.
Menurutnya lagi, semua penternak di Melaka tidak perlu menunggu masa yang lama dan berfikir panjang untuk menggunakan teknologi EM kerana ia terbukti sangat berkesan dan memudahkan urusan seharian mereka.
''Ada sekali dulu, saya cuba buat ujian, biarkan najis haiwan ini di kandang selama sebulan, tetapi ia masih tidak mengeluarkan bau yang ketara malah lalat pun tidak banyak.
''Hendak bersihkan najis di kandang pun tidak susah, kerana ia tidak berbau dan tidak perlu lagi risau terkena bahan kimia kerana EM ini bebas kimia," katanya yang telah mempunyai kira-kira 300 ekor kambing hasil menggunakan EM.
EM diasaskan oleh Prof. Dr. Teruo Higa di UNIVERSITI Ryukus, Okinawa, Jepun. Beliau terkenal sebagai Profesor HORTIKULTUR di Jepun. Beliau adalah Hortikulturis terlatih yang banyak menggunakan bahan kimia dalam tanaman sebelumnya. Lantas menyedari bahaya dan kerosakkannya kepada MANUSIA dan ALAM SEKITAR. Dia kemudiannyan mengusahakan campuran MICROORGANISM YANG BERGUNA secara kebetulan dan diteruskan dengan kajian mendalam untuk meningkatkan produk dari SISTEM ORGANIK.
KEUNTUNGAN PENGGUNAAN EM DALAM PERTANIAN
1. EM menggalakkan pertumbuhan, pembesaran, penghasilan dan keranuman (ripening) 2. EM meningkatkan kapasiti fotosintesis tumbuh-tumbuhan 3. EM menambahkan kebolehann bahan organik sebagai baja 4. EM menambahkan ketahanan tumbuhan dari serangan serangga dan penyakit 5. EM memperbaiki keadaan fizikal, kimia dan biologi tanah 6. EM mengurangkan kuman, serangga dan perosak dari tanah
Jenis Tanaman
Cara Penggunaan
Pokok Kelapa Sawit, Pokok Getah Dan Pokok Kelapa
1) Tebuk tanah sedalam 3 inci diantara jarak 1 kaki dari pangkal pokok kiri dan kanan. 2) Tuangkan 100ml baja cecair pada setiap kiri dan kanan lubang.(Lakukan 3 bulan ... sekali) 3) Pembajaan baik dibuat pada waktu pagi atau selepas hujan.
Pokok Buah-buahan : Jambu, Betik, Rambutan, Limau, Pisang, Buah Naga Dan Lain-lain.
1) Tebuk tanah sedalam 3 inci diantara jarak 1 kaki dari pangkal pokok kiri dan kanan. 2) Tuangkan 100ml baja cecair pada setiap kiri dan kanan lubang.(Lakukan 3 bulan ....sekali) 3) Gunakan 1 liter baja cecair campur dengan 500 liter air.Semburkan secara terus ... kepada akar,pangkal pokok,daun dan buah. (Lakukan 1 minggu 1 kali) 4) Pembajaan baik dibuat pada waktu pagi atau selepas hujan.
Sayur-sayuran: Cili,Tomato,Timun,Tembikai, Semua Jenis Sayuran Berdaun, Kekacang Dan Lain-lain
1) Rawatkan tanah dengan menggunakan bokhasi. (1 ekar 250kg ~ 300kg) 2) Gunakan 1 liter baja cecair campur dengan 1000 liter air.Semburkan secara terus ... kepada tanah,akar,daun sayur dan buah. (Lakukan 1 minggu 1 kali) 3) Semburan baik dibuat pada waktu pagi atau selepas hujan.
Bunga Lanskap
1) Gunakan 1 liter baja cecair campur dengan 1000 liter air.Semburkan secara terus ....kepada akar,daun dan bunga.(Lakukan 1 minggu 1 kali)
Padi
1) Rawatkan tanah dengan menggunakan bokhasi. (1 ekar 250kg ~ 300kg) 2) Rawatkan air dengan menggunakan baja cecair (1:1000) 3) Minggu ke 4,gunakan 1 liter baja cecair campur dengan 1000 liter air.Semburkan ... secara terus kepada tanah,akar dan daun. (Lakukan 1 minggu 1 kali) 4) Semburan baik dibuat pada waktu pagi atau selepas hujan.
Bokashi EM
Pengenalan Bahan asas baja organik, baik dalam bentuk kompos maupun baja kandang dapat berasal dari hasil pertanian, seperti jerami, dan sekam padi, kulit kacang tanah, hampas tebu, batang jagung, dan bahan tumbuhan hijau yang lain. Bahan buangan/tinja ternakan yang banyak dimanfaatkan adalah tinja lembu, kerbau, kambing, ayam dan itik.
Bokashi adalah suatu kata dalam bahasa Jepun yang bererti “bahan organik yang telah difermentasikan”. Baja bokashi dibuat dengan melalui proses fermentasi bahan-bahan organik (dedak, hampas kelapa, tepung ikan, dsb) dengan EM (Efektif Microorganism). Biasanya bokashi didapati dalam bentuk serbuk atau butiran. Bokashi sudah digunakan para petani Jepun dalam memperbaiki tanah secara tradisional untuk meningkatkan kepelbagaian mikrob dalam tanah dan meningkatkan persediaan unsur bagi tanaman. Secara tradisional bokashi dibuat dengan cara menfermentasikan bahan organic seperti dedak dengan tanah dari hutan atau gunung yang mengandungi berbagai jenis mikroorganisma.
Kini lebih dikenali sebagai Bokashi EM iaitu bokashi dengan bahan organik yang difermentasikan dengan mikroorganisma efektif, bukan dengan tanah dari hutan atau gunung. EM yang digunakan dalam pembuatan bokashi adalah suatu kultur campuran berbagai mikroorganisme yang bermanfaat (terutama bakteria fotosintetik dan bakteria asid laktik, ragi dan actinomycetes) dan dapat digunakan sebagai inokulan untuk meningkatkan kepelbagaian mikrob tanah. Penggunaan EM dalam pembuatan bokashi selain dapat memperbaiki strukutur dan kualiti tanah juga bermanfaat memperbaiki pertumbuhan serta jumlah dan mutu hasil tanaman.
Idea tentang penggunaan mikroorganisma efektif ini dikembangkan oleh Prof. Teruo Higa dari Jepun. Teruo telah menemui mikroorganisma yang dapat hidup secara bersama dalam kultur campuran dan secara fisiologi dapat bergabung satu dengan yang lain. Menurutnya, bila kultur ini dimasukkan dalam persekitaran semulajadi, maka pengaruh baik masing-masing akan lebih berlipat ganda secara sinergik. Menurutnya juga, kultur EM tidak mengandungi mikroorganisma yang telah dimodifikasi secara genetik, tetapi kultur ini merupakan campuran berbagai spesies mikrob yang terdapat dalam persekitaran semulajadi dunia. Bokashi dalam Pertumbuhan dan penghasilan Tanaman
Pada prinsipnya, peranan baja bokashi hampir sama dengan baja organik lainnya seperti kompos, namun bokashi EM pengaruhnya dipercepatkan dengan adanya penambahan mikroorganisma efektif (EM). Bokashi dapat digunakan 3-14 hari setelah perlakuan (fermentasi). Kebaikan penggunaan Bokashi ialah untuk meningkatkan pertumbuhan dan penghasilan tanaman meskipun bahan organiknya belum terurai seperti pada kompos. Bila bokashi dimasukan ke dalam tanah, bahan organiknya dapat digunakan sebagai substrat oleh mikroorganisma efektif untuk berkembangbiak dalam tanah, sekaligus sebagai tambahan persediaan unsur bagi tanaman.
EM yang digunakan dalam pembuatan bokashi sangat berguna sekali dalam memperbaiki sifat fizik, kimia dan biologi tanah, juga dapat menyekat pertumbuhan hama dan penyakit yang merugikan tanaman. Dengan demikian penggunaan bokasi EM baik secara langsung maupun tidak, sangat memberi kesan terhadap pertumbuhan tanaman pertanian termasuk padi , buahan dan sayuran.
Kesan Penggunaan bokasi EM dalam pertanian: - Peningkatan nutrisi tanaman yang sedia ada - Aktiviti hama dan penyakit/patogen dapat dikurang atau dihapuskan - Peningkatan aktiviti mikroorganisma indogenus yang menguntungkan, seperti Mycorhiza, Rhizobium, bakteria pelarut fosfat, dll. - pengikatan Nitrogen - Mengurangkan keperluan baja dan racun kimia.
Penggunaan baja bokashi merangkumi prinsip ekologi berikut: - Memperbaiki struktur tanah sehingga menguntungkan pertumbuhan tanaman terutama pengelolaan bahan organik dan meningkatkan kehidupan biologi tanah - mengoptimunkan bahansedia dan keseimbangan unsur mineral tanah, melalui pengikatan nitrogen, penyerapan mineral, penambahan dan baja dari hasil usaha tani. - Mengurangkan kehilangan hasil tani akibat aliran panas, udara dan air dengan cara mengelola iklim mikro, pengelolaan air dan pencegahan hakisan Mengurangkan kehilangan hasil tani akibat hama dan penyakit dengan melaksanakan usaha pencegahan melalui perlakuan yang mesra alam
Mencari sesuatu yang bermakna dalam hidup merupakan impian semua orang, meskipun adakalanya terpaksa mengharungi liku-liku cabaran yang menghampiri puncak putus asa. Mengubah nasib perlu dilakukan dengan pelbagai cara, namun tidak semua mampu melakukannya dalam masa singkat, manakala kegigihan, masa dan sedikit nasib atau tuah mungkin boleh membantu. Senario itu barangkali sesuai untuk menceritakan bagaimana seorang anak warga Felda, Azmi Sahar yang berjaya memajukan syarikatnya, Bio Vision Resources yang mengedarkan produk penggalak tanaman berdasarkan teknologi mikroorganisme berguna (EM). Syarikat yang beroperasi di Kota Tinggi, Johor ini menjadi platform bagi Azmi membuktikan bagaimana anak Felda sepertinya ingin menyumbang dan membuat jasa kepada program tanah rancangan tempatnya membesar. Azmi diperkenalkan kepada produk tersebut semasa sedang mencongak apakah yang beliau boleh lakukan untuk Felda Bukit Aping Timur, Kota Tinggi, kira-kira tiga tahun lalu. Produk baja cecair itu diperkenalkan kepadanya oleh seorang rakan dan beliau pula mencadangkan penggunaannya kepada seorang rakan lain. “Saya mulanya tidak tahu apakah usaha untuk menambah pendapatan tetapi apabila diperkenalkan dengan baja ini, segala kepayahan terpaksa diharungi untuk memperkenalkannya kepada orang lain. “Ini termasuk mempromosikannya dari rumah ke rumah dan ramai memberi kata-kata sinis bahawa, mereka (pengguna) telah banyak mencuba baja seumpamanya tetapi tidak berhasil,’’ ujar beliau ketika ditemui di Sekinchan, Selangor, baru-baru ini. Beliau berkata, baja cecair tersebut menggunakan bakteria asid laktik dengan campuran yis atau ragi dan sejenis bakteria lain yang masing-masing mempunyai peranan untuk tumbesar tumbuhan. Teknologi baja EM diperkenalkan oleh seorang profesor dari Kolej Pertanian University of Ryukyus, Jepun, Dr . Teruo Higa yang menekankan ciri-ciri pertanian organik. Antara ciri kebaikan teknologi tersebut, ialah menggalakkan pertumbuhan, pembesaran, penghasilan dan kemasakan buah. Teknologi baja seumpama itu juga mampu meningkatkan kapasiti fotosintesis pokok, menambah kebolehan bahan organik sebagai baja, meningkatkan ketahanan tumbuhan terhadap penyakit, memperbaiki keadaan fizikal tanah. Menurut Azmi, sebagai permulaan ketika itu, baja berkenaan digunakan pada kelapa sawit dan juga tanaman sayuran. Selepas mendapat maklum balas positif, beliau melangkah setapak lagi apabila menjadi pengedar kecil-kecilan dan bagi mencapai matlamat itu, Azmi membuat pelaburan awal RM5,000. Hasratnya ketika itu ialah, menjadi anak Felda seakan tidak bermakna apa-apa tanpa membuat sumbangan. Maka, dengan menjadikan baja sebagai bahan produk perniagaan, Azmi berpendapat, ia kenapa pada masa dan tempatnya. Apatah lagi dengan kelulusan hingga setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Azmi perlu mengerah tulang empat keratnya dengan keringat dan satu ketika, air matanya tertumpah mengenangkan saat-saat kepayahan membuat promosi. Namun, bagi membuktikan generasi kedua Felda sepertinya mampu berjaya, segalanya diharungi dengan tabah. Dalam tempoh beberapa bulan, beliau mampu memperoleh kira-kira 500 pengguna di sekitar Perak dan Selangor yang kebanyakannya pekebun kecil sawit. Selain itu, terdapat kalangan pengguna produk tersebut merupakan penanam-penanam sayur dan buah-buahan. Jenis tanaman yang sesuai untuk menggunakan baja tersebut termasuk tanaman komoditi, buah-buahan seperti betik, rambutan, jambu, lima buah naga dan pisang. Beliau juga mengesyorkannya untuk tanaman lain seeperti tomato, tembikai dan semua sayuran berdaun, bunga serta padi. Menurut salah seorang pengguna dari Sekinchan , Mohd. Salim Kaim, 59, beliau telah mencuba baja organik tersebut sejak beberapa bulan lepas ke atas pokok pisang dan kunyit di halaman rumahnya. “Saya dapati ada perbezaan apabila melihat pokok pisang tersebut iaitu tandannya semakin panjang dan pokok lebih tinggi,’’ katanya Seorang lagi pengguna, Azman Sahudin,44, dari Sungai Manik, Perak mencuba baja tersebut pada pokok kelapa dan mendapati ia sudah berbuah walaupun sebelum ini tidak ada tanda-tanda akan mengeluarkan hasil. Dengan maklum balas positif itu, Azmi semakin yakin, beliau mampu menjadikannya baja tersebut sebagai produk yang boleh dibanggakan. Malah , beliau bercadang meningkatkan jaringan pemasaran dengan membuka lebih banyak outlet yang pada masa ini terdapat di Keratong, Kerteh, Jeli, Seremban dan Sekinchan selain di Kota Tinggi. Beliau juga telah menghantar sampel ke Kalimantan, Indonesia untuk dicuba oleh pengguna di sana. Lebih penting bagi bapa kepada lima anak ini, beliau berharap akan dapat mempromosikan baja tersebut di kalangan peneroka Felda dengan bantuan dan sokongan daripada pengurusan syarikat tanah rancangan itu. Bagaiamanapun, beliau perlu meningkatkan pengeluaran dari 30 tan sebulan kepada sekurang-kurangnya 80 tan sebulan untuk mencapai sasaran tersebut. Azmi juga akan menjalankan kajian lanjut mengenai kemungkinan baja tersebut dikeluarkan dalam bentuk serbuk. Pada masa sama, produk tersebut yang telah pun menjalani analisis di Loji Pepandu Kejuruteraan Kimia (CEPP) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) boleh membantu sektor pertanian ke arah lebih sihat dan mesra alam. Ketika ini baja tersebut dikeluarkan dalam bentuk cecair isipadu satu liter berharga RM200 sebotol dan 10 liter berharga RM200. Beliau bertuah kerana dengan moto ingin Membasahkan Bumi Malaysia dengan Baja Organik itu, Azmi mendapat sokongan daripada pekerjanya di semua peringkat termasuk menjualnya dari rumah ke rumah. Mereka yang berminat boleh menghubungi 07-8838251 atau 017-7566550 atau emel di contact@biovisionresources.com
ARKIB : 27/04/2008 Menjamu selera depan kandang kambing
BATU PAHAT 26 April - Menjamu selera di hadapan kandang kambing? Mungkin ramai yang akan menolak pelawaan itu kerana ia nyata bukan 'lokasi' sesuai untuk menjamu selera. Namun orang ramai yang melawat ladang buah naga atau lebih popular dengan panggilan buah pitaya milik usahawan tani, Abdul Khalid Baba di Kampung Chamek, Kluang dekat sini, akan dijemput untuk menjamu selera di hadapan sebuah kandang kambing. Situasi ini boleh dianggap 'istimewa' kerana tetamu dijemput menikmati hidangan di hadapan kandang yang mempunyai 86 ekor kambing Boer. Antara yang turut dijemput menikmati hidangan di situ ialah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Johor, Abd. Aziz Kaprawi dan Pengarah Pertanian Johor, Adnan Mat Kassim ketika mengadakan lawatan ke ladang berkenaan baru-baru ini. Menurut Pegawai Pertanian Kluang, Samat Mohd. Yusuf, lokasi itu sengaja dipilih untuk menjamu selera bukan bertujuan menghina tetamu, sebaliknya untuk membuktikan keberkesanan kaedah Efektif Mikroorganisma (EM) yang dipopularkan dalam sektor pertanian di Johor sejak dua tahun lalu. Katanya, kaedah itu amat baik untuk digunakan dalam sektor pertanian, perikanan dan penternakan kerana mampu mengurangkan kos serta meningkatkan hasil kepada 20 peratus. "Yang penting penggunaan kaedah EM mampu mewujudkan alam sekitar yang sihat dan bersih. "Ternakan kambing dan ladang buah pitaya milik Abdul Khalid ini menggunakan kaedah EM dan sebab itulah ia bersih dan langsung tidak berbau hingga kita boleh menikmati hidangan tanpa rasa jijik dan risau akan dikerumuni lalat," katanya. Menurutnya, walaupun telah terbukti berkesan masih ramai petani merasa ragu-ragu dan enggan menggunakan kaedah berkenaan. Beliau berkata, kaedah yang sedang dipopularkan J-Biotec tersebut sebenarnya lebih murah dan mampu memperbaiki keadaan tanah dan keadaan sekeliling termasuk mutu air parit dan sungai. Katanya, ia murah kerana ia tidak menggunakan racun dan baja kimia, tetapi memadai dengan baja organik serta kompos yang boleh dihasilkan daripada najis ternakan, buah-buahan dan sayuran yang rosak dan dibuang di ladang itu.
Bokashi EM
PengenalanBahan asas baja organik, baik dalam bentuk kompos maupun baja kandang dapat berasal dari hasil pertanian, seperti jerami, dan sekam padi, kulit kacang tanah, hampas tebu, batang jagung, dan bahan tumbuhan hijau yang lain. Bahan buangan/tinja ternakan yang banyak dimanfaatkan adalah tinja lembu, kerbau, kambing, ayam dan itik. Bokashi adalah suatu kata dalam bahasa Jepun yang bererti “bahan organik yang telah difermentasikan”. Baja bokashi dibuat dengan melalui proses fermentasi bahan-bahan organik (dedak, hampas kelapa, tepung ikan, dsb) dengan EM (Efektif Microorganism). Biasanya bokashi didapati dalam bentuk serbuk atau butiran. Bokashi sudah digunakan para petani Jepun dalam memperbaiki tanah secara tradisional untuk meningkatkan kepelbagaian mikrob dalam tanah dan meningkatkan persediaan unsur bagi tanaman. Secara tradisional bokashi dibuat dengan cara menfermentasikan bahan organic seperti dedak dengan tanah dari hutan atau gunung yang mengandungi berbagai jenis mikroorganisma. Kini lebih dikenali sebagai Bokashi EM iaitu bokashi dengan bahan organik yang difermentasikan dengan mikroorganisma efektif, bukan dengan tanah dari hutan atau gunung. EM yang digunakan dalam pembuatan bokashi adalah suatu kultur campuran berbagai mikroorganisme yang bermanfaat (terutama bakteria fotosintetik dan bakteria asid laktik, ragi dan actinomycetes) dan dapat digunakan sebagai inokulan untuk meningkatkan kepelbagaian mikrob tanah. Penggunaan EM dalam pembuatan bokashi selain dapat memperbaiki strukutur dan kualiti tanah juga bermanfaat memperbaiki pertumbuhan serta jumlah dan mutu hasil tanaman. Idea tentang penggunaan mikroorganisma efektif ini dikembangkan oleh Prof. Teruo Higa dari Jepun. Teruo telah menemui mikroorganisma yang dapat hidup secara bersama dalam kultur campuran dan secara fisiologi dapat bergabung satu dengan yang lain. Menurutnya, bila kultur ini dimasukkan dalam persekitaran semulajadi, maka pengaruh baik masing-masing akan lebih berlipat ganda secara sinergik. Menurutnya juga, kultur EM tidak mengandungi mikroorganisma yang telah dimodifikasi secara genetik, tetapi kultur ini merupakan campuran berbagai spesies mikrob yang terdapat dalam persekitaran semulajadi dunia.Bokashi dalam Pertumbuhan dan penghasilan Tanaman Pada prinsipnya, peranan baja bokashi hampir sama dengan baja organik lainnya seperti kompos, namun bokashi EM pengaruhnya dipercepatkan dengan adanya penambahan mikroorganisma efektif (EM). Bokashi dapat digunakan 3-14 hari setelah perlakuan (fermentasi). Kebaikan penggunaan Bokashi ialah untuk meningkatkan pertumbuhan dan penghasilan tanaman meskipun bahan organiknya belum terurai seperti pada kompos. Bila bokashi dimasukan ke dalam tanah, bahan organiknya dapat digunakan sebagai substrat oleh mikroorganisma efektif untuk berkembangbiak dalam tanah, sekaligus sebagai tambahan persediaan unsur bagi tanaman. EM yang digunakan dalam pembuatan bokashi sangat berguna sekali dalam memperbaiki sifat fizik, kimia dan biologi tanah, juga dapat menyekat pertumbuhan hama dan penyakit yang merugikan tanaman. Dengan demikian penggunaan bokasi EM baik secara langsung maupun tidak, sangat memberi kesan terhadap pertumbuhan tanaman pertanian termasuk padi , buahan dan sayuran.
Kesan Penggunaan bokasi EM dalam pertanian:
Peningkatan nutrisi tanaman yang sedia ada
Aktiviti hama dan penyakit/patogen dapat dikurang atau dihapuskan
Peningkatan aktiviti mikroorganisma indogenus yang menguntungkan, seperti Mycorhiza, Rhizobium, bakteria pelarut fosfat, dll.
pengikatan Nitrogen- Mengurangkan keperluan baja dan racun kimia.
Penggunaan baja bokashi merangkumi prinsip ekologi berikut:
mineral, penambahan dan baja dari hasil usaha tani.
Mengurangkan kehilangan hasil tani akibat aliran panas, udara dan air dengan cara mengelola iklim mikro, pengelolaan air
Memperbaiki struktur tanah sehingga menguntungkan pertumbuhan tanaman terutama pengelolaan bahan organik dan meningkatkan kehidupan biologi tanah
mengoptimunkan bahansedia dan keseimbangan unsur mineral tanah, melalui pengikatan nitrogen, penyerapan dan pencegahan hakisanMengurangkan kehilangan hasil tani akibat hama dan penyakit dengan melaksanakan usaha pencegahan melalui perlakuan yang mesra alam
ARKIB : 12/09/2008 Pengusaha ternakan diwajibkan guna teknologi EM MELAKA 11 Sept. - Kerajaan negeri akan mewajibkan kesemua pengusaha ladang ternakan ayam, itik dan puyuh menggunakan teknologi mikro-organisme berkesan (EM) dalam tempoh setahun dari sekarang. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan berkata, penggunaan teknologi EM itu bagi mengatasi masalah pencemaran hasil kegiatan ternakan tersebut. Menurut beliau, kira-kira 175 pengusaha berkenaan sama ada berskala besar atau kecil akan menggunakan teknologi tersebut secara berperingkat-peringkat mulai bulan depan. ''Teknologi ini telah pun digunakan sekarang tetapi tidak menyeluruh dan bermula setahun dari sekarang, kita akan mewajibkan penggunaannya dalam industri penternakan. ''Penggunaan teknologi mesra alam ini akan dijadikan salah satu syarat wajib untuk memperbaharui lesen bagi memastikan semua penternak menggunakannya," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. NajisTambah beliau, jika ia berjalan lancar, Melaka akan menjadi negeri kedua yang mewajibkan penggunaan teknologi EM dalam usaha mengatasi pencemaran bau busuk serta pembiakan lalat disebabkan najis ternakan. Sebelum ini, penggunaan teknologi EM telah diwajibkan oleh kerajaan Johor sejak tahun 2005. Mohamad Hidhir berkata, keberkesanan teknologi EM telah terbukti dapat mengatasi pencemaran bau ternakan di Johor dan pada masa yang sama berjaya meningkatkan produktiviti ternakan. ''Respons yang diterima daripada penternak yang telah menggunakan teknologi ini, ladang ternakan mereka tidak lagi berbau busuk atau dicemari lalat. ''Hasil ternakan mereka juga semakin sihat dan selamat dikendalikan kerana tidak mengandungi bahan kimia," jelas beliau. Tambah beliau, penggunaannya cukup mudah iaitu mencampurkannya dengan makanan ternakan atau untuk mencuci kawasan kandang dengan skala satu liter cecair EM bagi setiap 100 liter air. Katanya, penggunaan teknologi itu juga menjimatkan kos kerana harga bagi setiap botol cecair EM sebanyak lima liter dijual pada harga RM25 sahaja.
EM
EM-1 merupakan teknologi dari Jepun yang dirintis & dimajukan oleh Prof Dr. Teruo Higa. Ianya dipatenkan oleh EMRO ( EM Research Organisation ). Terdiri daripada mikrob berfaedah / ProBioTic terutamanya Lactic Acid Bacteria, Yeasts ( Ragi ) & Phototrophic ( Photosynthetic ) Bacteria. Dalam konteks pertanian & penternakan, EM-1 mempunyai pelbagai manafaat dalam apa jua sistem yang digunakan.Penggunaan EM-1 telah terbukti di seluruh dunia dalam pelbagai senario.
Di Malaysia - EM digunakan dalam sektor penternakan, pertanian, perikanan dan penjagaan Alam Sekitar. Selain mempercepatkan penguraian / pereputan sisa buangan organik & menyahbau tinja ternakan, kehadiran EM-1 berupaya merencatkan / menghapuskan pembiakan bakteria parasit.
EM-1 perlu melalui proses pengaktifan menjadi EM Activated Solution ( EMAS ) sebelum boleh digunakan. EMAS perlu dicairkan dengan air bersih pada kadar nisbah tertentu bergantung kepada tujuan penggunaan.EM adalah 'versatile produk' yang menggunakan mikroorganisma yang terdapat dalam ekosistem. Ia tidak bermaksud untuk memperkenalkan mikrob daripada Jepun atau negara lain. Ia sentiasa menggunakan mikrob setempat. Ia tidak mengandungi spesis daripada kejuruteraan genetik.Prinsip EM ialah perubahan bahan buangan yang mengandungi mikrob yang merbahaya kepada sesuatu yang produktif dan mengandungi mikroorganisma berguna. Prinsip yang mudah ini menjadi asas kepada teknologi EM didalam pertanian dan pengurusan alam sekitar. Jadi, penggunaan EM akan memastikan perusahaan pertanian menjadi produktif, alam sekitar menjadi bersih dan hasil yang lebih kepada petani.
EM juga digunakan dalam; Dalam Rumah Mengurang bau busuk serta menjadi sisa dapur sebagai bagi organik Menghilangkan bau busuk, dapur dan comot dalam dapur dan bilik mandi Membantu menghalau serangga Membasuh lantai
Pertanian Mengurang penggunaan bahan kimia yang berlebihan Memelihara ladang bebas dari penyakit dan serangga Sebagai baja untuk tanaman Memulih tanah yang· bermasalah Tahi haiwan yang dirawat dengan EM akan mengurang bau dan meningkatkan kualiti baja kompos
Lonkang/Sungai Membersihkan longkang / sungai supaya tidak berbau busuk
Penggunaan EM pada pokok Gaharu :
# Mempercepatkan pertumbuhan
# Mengawal serangga perosak semasa anak pokok masih kecil
# Anti Kulat
# Mengawal selia kesuburan tanah.
PROSES MENGAKTIFKAN EM-
Bahan-Bahan Yang Diperlukan :
i. EM-1
ii. Gula Merah / Molases
iii. Air Bersih ( Bebas Klorin )
iv. Tong / Botol Plastik Berpenutup
- 1 liter EM-1 : 1 liter Gula Merah / Molases : 20 liter Air Bersih
Langkah 1 Tong plastik dicuci bersih bagi menanggalkan sebarang sisa terutamanya.Nisbah Bancuhan a sisa kimia.
Langkah 2 Isikan 10 liter air bersih ( suam ) ke dalam tong plastik & campurkan 1 liter molases. Goncangkan tong plastik untuk sebatikan campuran.
Langkah 3 Tambahkan 10 liter air bersih ( suam ) ke dalam tong & goncangkan bagi sebatikan campuran.Biarkan selama lebih kurang 30 minit sehingga suhu campuran turun.
Langkah 4 Campurkan 1 liter EM-1 ke dalam tong. Goncang sekali sahaja & tutup tong plastik dengan kemas. Simpan di tempat gelap bersuhu bilik 30 C - 40 C.EM-1 dicampur diperingkat akhir bancuhan sahaja.
Langkah 5 Selepas hari ke-3, buka penutup secara perlahan-lahan untuk melepaskan sedikit gas yang terkumpul di dalam tong yang terhasil dari tindak balas mikrob & tutup tong dengan kemas.
Langkah 6 Selepas hari ke-7 atau pH turun melebihi 3.7 menunjukkan EM Actived Solution ( EMAS ) telah sedia untuk digunakan.Semua air yang digunakan untuk EM-1 & EMAS mestilah air bersih ( bebas klorin ).
Nisbah campuran EMAS :
Air Bersih seperti berikut :1:50 bagi tujuan pereputan
1:100/200 bagi tujuan nyah bau.
EMAS seelok-eloknya digunakan dalam masa 14 hari selepas pengaktifan. Maksima sehingga 30 hari. Elakkan terdedah kepada cahaya matahari & suhu tinggi.EM-1 yang bertutup & tidak tercemar & tidak terdedah kepada cahaya matahari / suhu tinggi boleh digunakan sehingga 1 tahun.
ARKIB : 03/10/2008
Teknologi EM hilangkan bau busuk ternakan
Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
Abdul Hamid Khairuddin melihat kambing ternakannya di Melaka yang sihat dan tidak mengalami masalah bau busuk setelah menggunakan EM
- Gambar ABDUL RAZAK LATIF
MELAKA 2 Okt.- Mikro-organisme berkesan (EM) adalah satu teknologi yang telah terbukti berjaya menyelesaikan masalah pencemaran bau busuk dari ladang ternakan sejak sekian lama.
Ia menggunakan kaedah sejenis mikro-organisma yang 'baik' yang akan menguraikan bau gas amonia yang busuk dihasilkan daripada najis binatang ternakan kepada gas yang tidak berbau.
Bagaimanapun, beberapa penternak yang telah menggunakan teknologi tersebut mendapati EM bukan sahaja berjaya menyelesaikan masalah bau busuk dari ladang ternakan, malah secara tidak langsung turut meningkatkan hasil ternakan mereka.
Pengusaha ternakan puyuh, Mohd. Khairul Izwan Selamat, 29, yang mula mengunakan EM pada awal tahun ini berkata, dia bersyukur kerana EM bukan sahaja membantunya mengatasi masalah pencemaran, tetapi juga meningkatkan hasil pendapatannya.
''Sejak menggunakan EM, reban puyuh saya tidak lagi berbau busuk dan ternakan juga semakin cepat membesar.
''Kebiasaannya, seekor puyuh akan dijual selepas 35 hari menetas, tetapi dengan mengunakan EM, ia sudah boleh dijual pada umur 28 atau 29 hari dan menjimatkan kos makanan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dari segi penjimatan kos makanan puyuh, Mohd. Khairul yang memulakan ternakannya pada 2003 berkata, secara anggaran, satu reban yang mengandungi kira-kira 7,000 ekor puyuh memerlukan makanan 150 kilogram (kg) hingga 200 kg sehari dengan kos setiap kampit 50 kg dedak ialah RM105.
Ini bermakna, jika satu reban puyuh dapat dijual dua hari lebih awal berbanding tanpa menggunakan EM, saya sudah dapat jimat kos manakan sebanyak kira-kira RM820 sedangkan kos belanja EM tidak sampai pun RM60 sebulan untuk ternakan 35,000 ekor puyuh.
''Dengan menggunakan EM juga, tumbesaran puyuh juga meningkat 20 hingga 30 peratus pada umur 28 atau 29 hari berbanding tanpa mengunakan EM yang memerlukan masa 35 hari untuk mencapai berat tersebut," katanya.
Jelas beliau, kadar kematian puyuh juga dapat diturunkan kepada lapan peratus berbanding 15 hingga 18 peratus tanpa mengunakan EM.
Tambahnya, penggunaan teknologi EM juga mudah digunakan iaitu dengan mencampurkan 354 liter air hujan (tanpa klorin) dengan 3.6 liter cecair teknologi EM.
''Ia mudah digunakan sama ada mencampurkannya ke dalam dedak atau disembur ke dalam reban secara terus kepada puyuh kerana ia tidak akan memberikan kesan sampingan.
''Mikro-organisme yang terkandung dalam cecair teknologi EM yang disemburkan ini seterusnya akan bertindak menguraikan gas-gas amonia yang berbau busuk dan panas ini kepada gas yang tidak berbau," tambahnya.
Disebabkan faktor persekitaran yang tidak panas dan berbau busuk katanya, ternakan puyuh akan tinggal dalam suasana selesa, sekali gus cepat membesar kerana selera makan yang meningkat.
Tambahnya, najis puyuh tersebut juga boleh digunakan secara terus sebagai baja tanaman kerana telah diproses di peringkat awal menggunakan EM untuk menjadikannya baja kompos.
''Biasanya, tanpa menggunakan EM, najis tersebut perlu diproses dahulu menggunakan EM, tetapi disebabkan telah diproses sebelum ia menjadi najis, ia boleh digunakan secara terus.
''Ia secara tidak langsung memudahkan dan memberi pendapatan sampingan kepada pekerja saya kerana baja kompos ini dijual pada harga runcit antara RM3 dan RM4.80 untuk setiap 40 kilogram," katanya.
Bagi Abdul Hamid Khairuddin, 44, yang mengusahakan ternakan kambing di Institut Teknologi Pertanian Sungai Udang, di sini, berkata, kambingnya tidak mengeluarkan bau busuk seperti kebanyakan kambing peliharaan penternak yang tidak menggunakan EM.
''Pernah sekali dulu saya menyertai satu ekspo dan orang ramai yang datang terkejut melihat kambing saya yang sihat dan bertanya mengapa kambing saya tidak berbau seperti kambing lain.
''Kemudian saya cakap, inilah kelebihan menggunakan EM dan mereka terkejut kerana ia betul-betul berkesan walaupun harganya yang murah di pasaran," katanya sambil menambah najis haiwan tersebut juga tidak mengeluarkan bau.
Menurutnya lagi, semua penternak di Melaka tidak perlu menunggu masa yang lama dan berfikir panjang untuk menggunakan teknologi EM kerana ia terbukti sangat berkesan dan memudahkan urusan seharian mereka.
''Ada sekali dulu, saya cuba buat ujian, biarkan najis haiwan ini di kandang selama sebulan, tetapi ia masih tidak mengeluarkan bau yang ketara malah lalat pun tidak banyak.
''Hendak bersihkan najis di kandang pun tidak susah, kerana ia tidak berbau dan tidak perlu lagi risau terkena bahan kimia kerana EM ini bebas kimia," katanya yang telah mempunyai kira-kira 300 ekor kambing hasil menggunakan EM.
VARIA
Bebola pembersih sungai
Oleh AZELI ALI mohdazeli.ali@kosmo.com.my
Bagaimanakah bebola yang diperbuat daripada lumpur menjadi bahan pemusnah pencemaran yang amat berkesan?
MEMBALING bebola lumpur ke dalam Sungai Emas di Batu Feringghi, Pulau Pinang.
SEPERTI bermain pondok-pondok. Itulah yang dilakukan oleh 15 pelancong asing yang menginap di Golden Sands Resort (GSR) dekat Batu Feringghi, Pulau Pinang yang menyertai pertandingan membuat bebola lumpur.
Hakikatnya, ia adalah satu acara tanggungjawab sosial hotel itu untuk menyediakan bebola lumpur yang akan digunakan sebagai bahan pembersih sungai.
Bebola tersebut dibuat daripada tanah liat yang dicampur dengan cecair effective microorganism (EM) dan bahan buangan dapur seperti kulit buah-buahan dan sayur-sayuran.
Menurut Ketua Pentadbiran EM Admins, Soo Lee Choo, bebola lumpur yang dipenuhi EM itu boleh diaplikasi di tasik, kolam atau sungai sebagai bahan pemusnah pencemaran yang amat berkesan.
"Sebanyak 1,407 biji bebola lumpur telah dihasilkan dan digunakan pada pelancaran kempen Pencemaran Kepada Penyelesaian anjuran Golden Sands pada 11 Mac lalu," jelasnya.
Lee Choo memberitahu, teknologi EM bola lumpur itu amat sesuai digunakan sebagai bahan membersihkan sungai yang tercemar kerana ia akan pecah perlahan-lahan seterusnya meningkatkan kualiti air.
"Konsep EM dibangunkan oleh Prof. Teruo Higa dari Universiti Ryukyus, Okinawa, Jepun yang mampu meningkatkan kualiti tanah serta perkembangan benih tanaman.
SEBANYAK 1,407 biji bebola lumpur dihasilkan oleh pelancong asing yang menginap di Golden Sands Resort, Batu Feringghi, Pulau Pinang.
"Ia mengandungi bakteria asid laktik, yis dan bakteria fotosintetik, actinomycetes dan beberapa jenis organisma lain.
"Malah hasilnya juga dapat dilihat dalam masa yang singkat iaitu kira-kira tiga hari selepas bebola itu dicampakkan ke dalam sungai," katanya.
Selain bebola lumpur untuk pembersihan sungai, EM juga boleh digunakan dalam bidang ternakan sama ada menghindarkan lalat atau meningkatkan pengeluaran tanaman serta pengurusan sisa industri.
Dalam pertandingan tersebut, Elizabeth Bannerman dari England muncul juara dengan menghasilkan 231 biji bebola lumpur.
"Saya cukup teruja dan terhibur. Ia seperti kembali ke zaman kanak-kanak bersama rakan-rakan. Cuma, bezanya saya menghasilkan sesuatu untuk disumbangkan kepada kebersihan alam.
"Percutian ke Batu Feringghi ini cukup meninggalkan kesan kepada saya apabila dapat menyumbang sesuatu kepada alam sekitar," jelasnya.
George Lewis, 73, yang menduduki tempat ketiga pula berkata, usaha pihak pengurusan GSR ini wajar dipuji kerana menjadi peneraju kepada kempen seumpama itu.
"Biarpun seolah-olah bermain dengan lumpur tetapi sebenarnya ada sumbangan yang diberikan terhadap penjagaan alam sekitar dan mencegah pencemaran sungai.
"Saya harap banyak lagi hotel di Malaysia mengikut jejak langkah seperti ini agar sungai dan laut di Malaysia terpelihara," katanya.
Dalam pada itu, GSR turut mencatat rekod tersendiri apabila menjadi hotel pertama di negara ini yang mewujudkan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Effective Microorganism (EM) melalui penghasilan ciptaan pertamanya, bebola lumpur.
Menurut Pengurus Besarnya, Bruno Cristol, bebola lumpur ini dianggap ajaib kerana keupayaannya membersihkan sungai dalam masa yang singkat.
"Sebagai tanggungjawab sosial korporat GSR, kami berhasrat menggunakan bebola lumpur ini sebaik mungkin dengan menjadikan Sungai Emas dekat sini sebagai sungai angkat kami untuk dipulihkan.
"Atas sebab itu jugalah, kami mewujudkan pusat penyelidikan dan pembangunan EM sebagai usaha menjadikan bebola lumpur sebagai alat pembersihan yang menjaga kebersihan sungai, selain murah dan amat berkesan," katanya.
Beliau menyeru agar usaha yang sama dimainkan oleh pelbagai pihak termasuk pengusaha tempatan yang berniaga di pesisir pantai Batu Feringghi bagi memastikan kebersihan pantai di situ.