Showing posts with label RUMPUT. Show all posts
Showing posts with label RUMPUT. Show all posts

Monday, September 2, 2013

PENYELESAIAN MAKANAN TERNAKAN


JAWAPAN KEPADA MASALAH MAKANAN TERNAKAN ANDA”




PENGENALAN KEPADA SUMBER ALTERNATIF MAKANAN YANG BERKUALITI DAN TERJAMIN



Fodder Solutions merupakan teknologi terkini bagi penyelesaian masalah sumber makanan ternakan (konsentrat dan rumput) yang berkualiti tinggi dan menjimatkan kos operasi ladang ternakan.

Konsep Fodder Solutions adalah penyemaian biji benih barli, gandum dan lain-lain menggunakan sistem hidroponik secara tertutup dan terkawal dimana hasil dapat dituai dalam masa 6 hari sahaja dimana membolehkan penternak mengeluarkan makanan ternakan sepanjang tahun iaitu 365hari/thn tanpa mengira cuaca serta dapat mengeluarkan makanan yang segar dan bersih, bebas dari pencemaran, racun serangga dan racun rumpai.

FODDER SOLUTION


Teknik fodder sollution berjaya menghasilkan rumput ternakan dalam tempoh yang singkat.
DALAM industri ternakan, beban utama pengusaha dalam kos operasi selain gaji pekerja ialah sumber makanan. Kos makanan seringkali menjadi rungutan kepada mereka.
Masakan tidak, peningkatan harga makanan ternakan saban tahun menjadi satu beban dan kadangkala penternak terpaksa gulung tikar kerana masalah tersebut.
Sebab itu, selain masalah kekurangan baka bermutu yang cuba ditangani menerusi kacukan dan juga masalah penyakit, ramai penyelidik mencari jalan bagaimana menghasilkan makanan alternatif menerusi kajian mereka.
Satu daripada usaha tersebut ialah menanam rumput yang dikenali sebagai rumput barli atau sprout barli.
Rumput barli merupakan sumber makanan ternakan terkini yang dihasilkan melalui kaedah fodder solution (FS) iaitu teknik penanaman secara hidroponik dalam sistem yang terkawal dari segi suhu, air, pencahayaan dan boleh dikeluarkan sepanjang tahun.
Selain mempunyai kadar protein dan tenaga yang tinggi, ia juga mempunyai kandungan vitamin, garam galian dan enzim untuk ternakan ruminan seperti lembu, kambing, biri-biri dan lain-lain.
Dengan isu kenaikan harga bahan makanan ternakan dan tenaga buruh yang semakin dirasai ketika ini, kaedah FS amat relevan kerana mampu menyelesaikan masalah tersebut.
Ini kerana ia berkemampuan menghasilkan rumput dengan kos lebih murah selain lebih selamat dan bersih kerana penanamannya tanpa baja, racun serangga dan bebas habuk.
Malah, dengan ruang yang kecil iaitu sebesar sebuah kontena, penternak sudah boleh menghasilkan rumput tersebut dalam tempoh enam hari sahaja bagi kegunaan sepanjang tahun tanpa masalah kualiti tanah, penyakit, isu keluasan tanah, cuaca atau banjir.
Di negara ini, kaedah FS masih baru apabila ia diketengahkan oleh syarikat MTG Agritrade. Kini penggunaannya dipelopori oleh syarikat ternakan, Kandang Fidlot Cahaya (KFC) yang dimiliki oleh Koperasi Alumni Bestari UM (M) Berhad.
Pengurus projek itu, Yuhanif Mohd. Salleh berkata, ladang ternakan kambing dan lembu yang terletak di Pekan Tunjang, Jitra, Kedah dengan keluasan dua hektar telah menggunakan FS sejak tiga bulan lepas.
Sejak ternakannya diberikan makanan barli yang dihasilkan FS, katanya, berat haiwan-haiwan itu menunjukkan peningkatan menakjubkan.
''Misalnya seekor lembu dapat ditambah berat sekitar 1.3 hingga 1.5 kilogram sehari manakala seekor kambing naik 200 gram sehari," katanya sambil menambah ketika ini ladangnya mempunyai 207 ekor kambing pelbagai jenis dan 15 ekor lembu.
Sementara itu, ahli lembaga koperasi itu, Datuk Akmar Hisham Mokhlesberkata, FS adalah satu resolusi dan inovasi yang cukup penting untuk mengatasi krisis harga makanan ternakan.
Ini kerana ia tidak memerlukan tanah yang luas untuk menanam rumput, mudah diuruskan dan kos juga jauh lebih murah berbanding membeli makanan ternakan seperti dedak dan rumput napier.
"Di sini tidak perlu pakai rumput napier atau dedak. FS terbukti boleh menjimatkan kos makanan ternakan sebanyak 30 peratus tetapi mempunyai nutrisi yang tinggi untuk ternakan," jelasnya.
Bagi seorang lagi ahli lembaga koperasi itu, Nordin Mat, kaedah FS dapat mengurangkan pergantungan kepada jumlah pekerja yang ramai, lebih organik dan mengurangkan kos ubat-ubatan untuk ternakan kerana haiwan-haiwan diberi makanan berkualiti dan sihat.
"Disebabkan teknologi ini masih baru di negara ini maka Koperasi Alumni Bestari kami turut menyediakan pakej memulakan ladang ternakan untuk memperkenalkan penggunaan teknologi FS kepada penternak," katanya.
Menurut beliau, syarikatnya bukan sahaja menternak lembu dan kambing tetapi juga menjual ternakan tersebut untuk tujuan akikah dan korban.
Justeru, beliau berkata, orang ramai yang berminat untuk menggunakan kaedah yang sama dipakai oleh Kandang Fidlot Cahaya boleh menghubunginya di 012-3791239 atau Yuhanif di 0192784074 untuk maklumat lanjut.
Dalam pada itu kajian menunjukkan ternakan ruminan seperti lembu, kambing, biri-biri dan lain-lain merupakan penyumbang kepada lebih 18 peratus pengeluaran gas CH4 (metana) di dunia melalui proses ruminasi.
Dengan rumput barli, proses penghadaman menjadi lebih cepat dan ia dapat mengurangkan pengeluaran gas tersebut untuk menjadikan dunia lebih selamat untuk didiami.


Sunday, March 7, 2010

PANDUAN MENANAM RUMPUT FODDER

Menanam

Menanam rumput sebaik-baiknya dilakukan pada awal musim hujan. Oleh itu
taburan hujan di satu-satu kawasan perlu di ketahui sebelum penanaman dilakukan. Kelembapan yang mencukupi/sesuai diperlukan untuk pencambahan atau pertumbuhan yang berkesan. Pengairan mengunakan " Irrigator" dan "sprinkler" juga sangat membantu untuk mendapatkan kelembapan yang baik tanpa terlalu bergantung kepada hujan. Bagi kawasan yang terlalu berair, saliran pula perlu untuk mengalirkan keluar air yang berlebihan.

Kadar kuantiti biji benih sehektar ataupun jarak menanam perlu diberi perhatian kerana faktor ini akan menentukan pertumbuhan dan kepadatan yang baik serta mengelakkan pertumbuhan rumpai yang tidak diingini.

Ada 2 cara menanam :-

  • Mengunakan biji benih
  • Menanam secara tampang/keratan batang

Menanam Mengunakan Biji Benih

Kuantiti biji benih yang diperlukan bagi sehektar bergantung kepada jenis, kualiti dan cara menanam. Jika peratus percambahan baik, kadar yang digunakan adalah kurang dan begitulah sebaliknya.

Berikut adalah kadar kuantiti biji benih beberapa jenis rumput dan kekacang (sekiranya kualiti biji benih digunakan adalah baik serta telah disimpan dengan sempurna) :-

Benih rumput

Biji benih rumput

Kadar semaian (kg/hektar)

Rumput Kuda/Guinea 2 - 6
Rumput Para 2 - 6
Rumput Setaria 2 - 5
Rumput Brachiaria decumben 3 - 6
Rumput Brachiaria humidecola 5 - 7

Kadar di atas adalah sesuai jika biji benih tersebut betul-betul bermutu tinggi dimana peratus percambahannya lebih kurang 60 % . Jika percambahan rendah iaitu kurang daripada 30 % maka lebih baik kadar diatas diberi 2 kali ganda.

PASTURA CAMPUR KEKACANG

Tujuan menanam kekacang bersama dengan rumput bermutu:

1. Mengurangkan kos membaja,
Kekacang mempunyai bintil-bintil akar yang boleh mengikat nitrogen diudara iaitu anggaran 50-250 kg/hektar/tahun.

2. Protein kasar (crude protin) kekacang adalah lebih tinggi daripada pastura. Dengan adanya kekacang didalam pastura dapat meningkatkan peratus nilai protin kasar, bererti menambah kelazatan dan ini akan menambahkan pengambilan bahan kering oleh ternakan.

Ada beberapa cara menanam rumput bermutu bercampur kekacang. Jika kedua-duanya ditanam dengan biji benih:-

1. Kekacang boleh ditanam bersama rumput dalam baris yang sama

2. atau, kekacang boleh ditanam diantara baris rumput.

Setiap 2-3 tahun mengikut keadaan, biji benih kekacang perlu ditabur dipetak campuran untuk memperbaiki peratus kandungan kekacang. Ini kerana kadar pertumbuhan kekacang adalah lambat berbanding dengan rumput dan kesuburan rumput boleh menyekat perkembangan kekacang, malah boleh menghapuskan sama sekali sekiranya tiada usaha dibuat untuk memperbaiki keadaan.

Rumput MARDI digit (Digitaria setivalva)
Berasal dari Afrika Selatan, sejenis rumput yang bersetolon .
Tumbuh bertompok-tompok dan batang yang tegak seperti serai, buku ruas mempunyai sedilit bulu halus
Stolon pada mulanya tumbuh tegak tetapi kemudian rebah dan menjalar seperti stolon biasa.
Batang dan daunnya lembut dan bolih tumbuh setinggi 30 -50 cm
Hasil bahan kering 16 – 23 tan/ha/tahun
Protein kasar 9.0 % Sesuai untuk ragutan
Sesuai dibiak dengan keratin rumpun walaupun terdapat sedikit biji benih yang subur.
Sesuai ditanam pada semua jenis tanah terutamanya jenis tanah gambut.

Rumput Kuda / Guinea (Panicum maximum)

Tingginya diantara 1.5 – 2 m
Terdapat beberapa jenis : Rumput kuda biasa, green panic, hamil, coloniao, dan makuaene.
Di Malaysia jenis yang biasa ditanam ialah guinea biasa dan hamil, kerana hasil yang tinggi sepanjang tahun.
Bolih menghasilkan bahan kering sebanyak 20 – 26 tan/ha/tahun (dengan jarak pemotongan 6-8 minggu )
dengan kadar pembajaan 200-400 kg N/ha/tahun
Protein kasar 11.9 %
Tahan pada musim kemarau yang panjang, memerlukan iklim yang lembab untuk hidup subur.
Tahan naungan seperti dibawah kawasan tanaman kelapa dan tanaman utama yang masih muda
Tidak sesuai dikawasan air bertakung.



Rumput signal (
Brachiaria decumbens
Rumput signal tumbuh menjalar, cepat membiak dan sesuai dengan iklim lembabseperti Malaysia
Buku ruas pada batang mengeluarkan akar dan cabang membolihkannya membiak dengan cepat.
Tumbuh setinggi 30 – 50 cm, daunnya pendek, tirus dan tajam dihujung
Berwarna hijau dan mempunyai sedikit bulu halus. Walaupun berbunga tetapi biji benih kurang subur
Cara yang paling baik untuk menanam ialah dengan keratan tunggul
Kadar penanaman dengan biji benih ialah antara 3 – 5 kg/ha
Bolih hidup dalam keadan kemarau, tidak sesuai kawasan air bertakung
Kombinasi kekacang yang sesuai ialah desmodium dan epil-epil
Tahan serangan serangga dan penyakit
Hasil bahan kering ialah 14 – 26 tan/ha/tahun,
Protein kasar 8.5 %
dengan kadar pembajaan 200-400 kg N/ha/tahun
Sesuai untuk ternakan ruminant besar, ia tidak disyorkan pada kambing da biri-biri
Kerana mengakibatkan fotosensitiviti dan jaundis
Hasil susu dari lembu yang merabut rumput campuran dengan petai belalang atau baja N ialah 6-8 kg/ekor/hari


Rumput setaria (Setaria sphacelata kultivar Kazungula
Berasal dari kawasan tropika dan subtropika Afrika
Mengeluarkan tiler yang banyakdan membiak dengan mengunakan umbisi yang pendek.
Daunnya panjang dan tirus berwarna hijau tua dan tidak mempunyai bulu
Tumbuh setinggi 1.5 – 2.0 m
Bunga berbentuk seperti ekorberukuran 20 – 25 cm panjang, berwarna perang kehijau-hijauan
Tahan terhadap serangan penyakit atau perosak
Sesuai ditanam pada semua keadaan jenis tanah dan memerlukan hujanyang serdahana banyak
Bolih ditanam dengan mengunakan tiler berakar atau biji benih pada kadar 2 – 5 kg/ha
Setanding dengan rumput lain dari segi mutu dan hasil
Pertumbuhan atau respon yang baik dengan baja N
Tahan pada musim kemarau
Hasil bahan kering ialah 16 – 18 tan/ha/tahun
Protein kasar 10.5 %
Prestasi ternakan tidak sebaik jika meragut rumput guinea tau MARDI digit
Dilapurkan ia mempunyai kandungan karbohidrat terlarut yang rendah
Daunnya yang segar mempunyai keasasidan yang tinggi
Kandungan asid organic yang tinggi seperti asid oksalik yang bolih memudaratkan ternakan seperti kuda.

Rumput setaria (Setaria sphacelata variety splendida)

Berasal dari kawasan tropika dan subtropika Afrika kemudian dibawa ke Asia dan Australia
Mengeluarkan tiler yang banyak dan membiak dengan mengunakan umbisi
Daunnya panjang, tirus dan berwarna hijau dan kurang mempunyai bulu
Rumput boleh tumbuh setinggi 3.0 m dan bunga berbentuk seperti ekor berukuran
10 – 15 cmpanjang dan berwarna perang kehijau-hijauan
Tidak diserang penyakit atau perosak
Sesuai ditanam pada semua jenis tanah dan memerlukan air yang banyak
Kandungan airnya tinggi berbanding denga jenis rumput yang lain
Rumput ini juga mengandungai oksalat dan akan bertambah dengan pertambahan baja N
Oksalat tidak menjadi masalah pada ruminant yang biasa dengan rumput ini tetapi akan menyebabkan masalah penyakit tulang “osteodystrophiafibrosa” bagi kuda
Bolih ditanam dengan menggunakan bahan tampang.
Sesuai untuk system potong angkut atau ragutan
Hasil bahan kering 16.6 – 18.6 tan/ha/tahun (jarak pemotongan setiap 6 minggu)
Protein kasar 12.4 %

Rumput Gajah (Pennisetum pupureum)

Ditanam dinegara ini sejak tahun 1950 –an
Menanam dengan keratin batang, hasil bahan kering tinggi
Hasil berkurangan pada musim kemarau
Rumput ini adalah rumput tahunan yang tegap menyerupai tebu dan balih tumbuh setinggi 2 – 5 m, mempunyai umbisi yang mudah membiak dan mengeluarkan tiler
Daunnya lebar, nipis dan mempunyai tulang daun
Bunga berbentuk silinder, berwarna kuning keemas-emasan
Memerlukan tanah yang subur untuk membiak, tanah yang sesuai ialah tanah yang peroi
Memerlukan baja yang banyak terutamanya baja N
Bolih ditanam ditanah berpasir dengan memberi baja najis ternakan
Ternakan gemar rumput gajah yang muda kerana batangnya lembut
Jarak pemotongan antara 4 – 6 minggu
Hasil bahan kering ialah 20 – 30 tan/ha/tahun
Protein kasar 10 %
Boleh ditanam bersama centro dan puero.

Rumput humidicola
(Bracharia humidicola)

Berasal dari Afrika Selatan dan diperkanalkan di Australia, Fiji, Papua New Guinea,
Dan Asia Tenggara
Nama komersial bagi biji benih rumout ini ialah B. humidicola kultiver Tully,
Sesuai pada semua jenis tanah terutamanya tanah berpasir
Tahan terhadap pemotongan dan hasil bahan kering tinggi
Tidak menyebabkan fotosensitiviti kepada ruminant
Sesuai ditanam di lading kelapa bertanah bris
Tahan pada musim kemarau dan kawasan air bertakung
Rumput ini tumbuhan saka yang berstolon dengan daun berbentuk lanseolat, kurang berbulu dan rimbun
Bolih dibiak denga biji benih atau tampang
Sesuai dipotong setiap 4 – 6 minggu
Hasil bahan kering 11 – 18 tan/ha/tahun
Protein kasar 10.2 % (pada tanah bris, asid sulfat dan pendalaman)
Kekacang yang sesuai ialah epil-epil

Rumput para (Brachiaria mutica)


jenis menjalar dan mudah mengeluarkan akar pada setiap ruas


Daun berbulu berukuran kira-kira 30 cm panjang
Sistem akarnya cetek


Bolih tumbuh setinggi 2.5 m dan mudah dibiakkan dengan biji benih atau keratin batang.
Berasal dari Afrika tetapi amat sesuai dengan keadaan setempat
Hidup dengan subur jika mendapat air yang banyak dan mengalir seperti parit


Pertumbuhan terjejas pada musim kemarau



Untuk mendapat hasil yang tingi perlu di porong atau diragut hingga paras tanah



Tidak bagitu tahan ragutan berbanding dengan rumput signal
Kekacang yang sesuai ialah centro dan puero
Hasil bahan kering 15 – 20 tan/ha/tahun (bergantung pada kesuburan tanah & pengurusan)

Protein kasar 8.1 %


Rumput parit
(Axonopus compressus) (berdaun leber sedikit)

Tahan lasak membiak dengan mengunakan umbisi
Berasal dari Mexico, Amerika Tengah dan Carribean
Membiak subur pada kawasan tanah liat
Paling sesuai pada kelembapan tinggi
Rumput ini disyorkan pada system menternak yang inputnya rendah
Samada dikawasan naungan atau kawasan kurang subur.
Tanpa memerlukan pembajaan dan tahan naungan
Hasil bahan kering 6 – 10 tan/ha/tahun
Protein kasar 7.5.%
Berupaya mengeluarkan biji benih yang banyak
Biasanya ditanam dengan mengunakan tompokan berakar
Rumput ini lebih dikenali sebagai hiasan halaman

Rumput kerbau
(Paspalum conjugatum)

Rumput tahunan yang mempunyai stolen
Stolon dan batang yang tegak setinggi 20 – 60 cm
Daunya tirus berukuran 4 – 20 cm panjang dan 5 – 10 cm lebar
Berasal dari kawasan Amerika dan hidup segar pada kawasan beriklim lembab,
tanah berasid dan juga di kawasan yang bernaung
Hasil bahan kering 6 – 12 tan/ha/tahun
Kandungan Protein kasar dan penghadaman in-vitronya lebih tinggi dibandingkan dengan rumput yang lain
Protein kasar 13.6 %

PEMULIHAN PEDOK DAN PENANAMAN SEMULA
Padang Ragut atau pedok juga memerlukan pemerhatian yang khusus. Dalam jangkamasa yang lama biasanya sesuatu pedok perlu dibuat pemuliharaan atau penanaman semula.
Pemulihan (renovation) dan penanaman semula (recultivation) adalah dua kerja yang berbeza. Pemulihan ialah melibatkan kerja-kerja pemulihan tanah samada untuk memulihkan sifat fizikal tanah atau kesuburan tanah itu sendiri. Manakala penanaman semula ialah melibatkan kerja-kerja penyediaan tanah secara keseluruhan seperti plough, Harrow dan rotovate.

Pemulihan Pedok
Pemulihan pedok dibuat bila kualiti pertumbuhan rumput tidak lagi elok. Pertumbuhan yang tidak baik ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti peringkat kepadatan tanah oleh traktor, kekurangan pembajaan dan pertambahan pertumbuhan rumpai.

Baikpulih (renovation) kawasan pastura dibuat beberapa cara:-

  • Pembajakan ringan (Light/lenient total area 'tillage') - diikuti dengan penaburan biji benih

  • Pembajakan ringan terpilih sepenuhnya (Full/complete spot tillage) - diikuti dengan penaburan biji benih

  • Pembajakan ringan sepenuhnya (Full/complete strip - tillage) - diikuti dengan penaburan biji benih

  • Menabur biji benih tanpa penyediaan tanah - Overseeding without tillage

Cara diatas sesuai bagi rumput yang senang bercambah atau merebak seperti rumput Brachiaria decumbens atau rumput guinea.
Tillage atau bajak ringan dibuat dengan mengunakan Harrow, biasanya kerja-kerja ini dibuat pada awal musim hujan.

Penanaman semula
Penanaman semula dibuat bila pemulihan tidak lagi boleh dibuat. Bila kuantiti rumput kurang dari 35 % , maka penanaman semula perlu dibuat. Penanaman semula melibatkan kos yang tinggi, kerana pembajaan atau penyediaan tanah dibuat pada keseluruhan kawasan.

Stylo Alfafa

Note: Rujukan dari Unit Pemakanan Ternakan
Ibu Pejabat Perkhidmatan Haiwan & Institut Haiwan (Panduanpasture&Foder.html)

PENUAIAN RUMPUT TERNAKAN

Pemotongan Pertama
Waktu pemotongan/ragutan pertama bergantung kepada beberapa faktor seperti jenis dan kesuburan pastura. Pemotongan/ragutan yang terlalu awal akan merosakan pertumbuhan rumput kerana sistem akar belum cukup kukuh. Secara umumnya ia boleh dilakukan beberapa hari sebelum berbunga. Ragutan awal secara terkawal (light garzing) selalunya digalakkan bagi rumput yang berstolon seperti Brachiaria decumbens dan rumput Setaria. Pijakan ternakan boleh membantu stolon masuk kedalam tanah dan boleh mengalakkan pertumbuhan.

Bagi rumput yang berumpun pula seperti guinea, pangola ragutan awal tidak digalakan. Jika ragutan awal dibuat ternakan akan mencabut keluar rumput bersama-sama dengan akarnya sekali dari tanah. Biasanya bagi rumput guinea, ternakan mula dibenarkan meragut selepas 3 bulan ditanam. Pada ketika ini rumput tersebut telah mulai kuat akar-akarnya dan biji benih telah mula gugur.

Keadaan ini dapat dijangka dengan pemerhatian apabila sebahagian kecil rumput dikawasan tersebut mula berbunga. Pada ketika ini peratus kandungan bahan kering adalah ditahap tertinggi dan peratus kandungan protein kasar juga tinggi.
Kandungan protein kasar rumput berkurangan mengikut umur, tetapi kandungan protein kasar rumput yang optima boleh didapati untuk rumput pada umur seperti dibawah ini :-

Jenis Rumput Umur (hari)
Brachiaria decumbens 18 - 21
Para 18 - 21
Guinea 18 - 21
Setaria 18 - 21
Napier 35 - 42


Tinggi Pemotongan

Umumnya untuk semua jenis pastura, ketinggian pemotongan dari paras tanah ialah antara 10 - 15 cm dari paras tanah, manakala ketinggian bagi rumput Napier ialah 7 cm dari paras tanah.

Pemotongan seterusnuya.
Kadar pertumbuhan semula (selepas dipotong) adalah lebih cepat mencapai takat optima berbanding dengan rumput yang baru ditanam. Pembungaan adalah penunjuk yang baik untuk menentukan masa pemotongan/ragut. Melaluai kajian dan pengalaman, berikut adalah jangka masa rehat atau jangka waktu diantara setiap pemotongan atau ragutan beberapa jenis pastura/foder yang dianggap sesuai untuk diamalkan bagi memudahkan pengurusan;

Jenis pastura/foder

Jangk masa rehat (minggu)

Rumput Signal (Brachiaria decumben) 4 - 5
Rumput Para (Brachiaria mutica) 3 - 4
Rumput Kud/Guinea (Panicum maximum) 4 - 5
Rumput Setaria 4 - 5
Rumput Napier 5 - 6


Selain dari faktur baja yang disyorkan secara umum kepada kebanyakan jenis pastura dan kekacang yang tumbuh mengalak ialah 10-15 cm. dari paras tanah. Untuk Napier, pemotongan pertama adalah 7 cm. dari paras tanah, untuk membolehkan lebeh banyak tunas baru tumbuh. Pemotong berkuatnya boleh dilakukan setiggi 10-15cm. dari paras tanah.

Hasil Bahan Kering
Berikut adalah purata hasil bahan kering (tan/hektar/tahun) beberapa jenis pasture/foder yang dipotong setiap 6 minggu dari dua siri tanah;

Rumput Pastura/FoderPurata

DM (tan/hektar/tahun)

Rumput Signal

25.5

Rumput Para

12.1

Rumput Star 16.2
Rumput Guinea - -
cv. Colonio 18.6
cv. Hamil 17.6
Rumput Napier - Local 23.2
- Uganda 16.9
Rumput Splendida 17.6
Rumput Kazungula 18.2

(Lapuran MARDI No.76.P.13)

ZAT PEMAKANAN TUMBUHAN
Terdapat lebih kurang 17 zat pemakanan yang perlu untuk tumbuhan zat-zat tersebut ialah karbon (C), Hidrogen (H), Oksigen (O), Nitrogen (N), Posforus (P), Kaliam (K), Kalsium (Ca), Magnesium (Mg), Sulfur (S), Ferum (Fe), Mangganan (Mn), Kuperum (Cu), Kobalt (Co), Zingkom (Zn), Boron (Bo), Kloran (Cl) dan Molibdenum (Mo). Zat pemakanan ini dibekalkan oleh tanah, air dan udara.

Melalui proses fotosintesis zat pemakanan seperti Karbon, Hidrogen dan Oksigen dibekalkan udara dan air kepada tumbuhan.
Zat pemakanan selain dari Karbon, Hidrogen dan Oksigen dibekalkan oleh tanah.

Sunday, February 28, 2010

CARA TANAM RUMPUT NAPIER INDIA


MANUAL PENANAMAN RUMPUT NAPIER IKN 091

BIL

TINDAKAN

GAMBAR

CATITAN

1

Gali lubang pada tanah sedalam 5cm

Baca BismilLah & seelok-eloknya benih ditanam pada waktu awal pagi atau petang.

Bagi keadaan biasa, tanah perlu dibajak. Batas wajib dibuat bagi tanah yang tengelam bila waktu hujan.

2

Letak 150g baja bio-organik

Baja bio-organik/ baja khas adalah wajib diletakkan di dalam lubang sewaktu tanam kedalam tanah.

3

Letak benih yang sudah bercambah

Benih diletakkan dalam keadaan mendatar. Sekiranya benih dipacak ia akan meninggikan % kematian anak benih.

4

Timbuskan dengan tanah

Timbus dengan kedalaman - tidak tengelam sepenuhnya mata tunas

5

Siraman air yang secukupnya. Terutamanya waktu musim panas.

Siap dan siraman air perlu dilakukan sewaktu cuaca panas.

6

Rumput subur dengan baja yang cukup

Rumput Napier IKN 091 yang berumur 3 minggu yang subur dengan baja khas. Sudah mampu mengeluarkan 4 mata tunas.

7

Rumput tidak subur tanpa pembajaan.

Rumput Napier IKN 091 tanpa baja (kawalan). Daun halus, pucat dan tiada mata tunas baru yang keluar pada umur 3 minggu.