Waktu pemotongan/ragutan pertama bergantung kepada beberapa faktor seperti jenis dan kesuburan pastura. Pemotongan/ragutan yang terlalu awal akan merosakan pertumbuhan rumput kerana sistem akar belum cukup kukuh. Secara umumnya ia boleh dilakukan beberapa hari sebelum berbunga. Ragutan awal secara terkawal (light garzing) selalunya digalakkan bagi rumput yang berstolon seperti Brachiaria decumbens dan rumput Setaria. Pijakan ternakan boleh membantu stolon masuk kedalam tanah dan boleh mengalakkan pertumbuhan.
Bagi rumput yang berumpun pula seperti guinea, pangola ragutan awal tidak digalakan. Jika ragutan awal dibuat ternakan akan mencabut keluar rumput bersama-sama dengan akarnya sekali dari tanah. Biasanya bagi rumput guinea, ternakan mula dibenarkan meragut selepas 3 bulan ditanam. Pada ketika ini rumput tersebut telah mulai kuat akar-akarnya dan biji benih telah mula gugur.
   
   
Keadaan ini dapat dijangka dengan  pemerhatian apabila sebahagian kecil rumput dikawasan tersebut mula berbunga.  Pada ketika ini peratus kandungan bahan kering adalah ditahap tertinggi dan  peratus kandungan protein kasar juga tinggi.
Kandungan protein kasar rumput berkurangan mengikut  umur, tetapi kandungan protein kasar rumput yang optima boleh didapati untuk  rumput pada umur seperti dibawah ini :-
 
| Jenis Rumput | Umur (hari) | 
| Brachiaria decumbens | 18 - 21 | 
| Para | 18 - 21 | 
| Guinea | 18 - 21 | 
| Setaria | 18 - 21 | 
| Napier | 35 - 42 | 
Tinggi Pemotongan
Umumnya untuk semua jenis pastura,  ketinggian pemotongan dari paras tanah ialah antara  10 - 15 cm dari paras  tanah, manakala ketinggian bagi rumput Napier ialah 7 cm dari paras tanah.
   
   
Pemotongan seterusnuya.
Kadar pertumbuhan semula (selepas dipotong) adalah  lebih cepat mencapai takat optima berbanding dengan rumput yang baru ditanam.  Pembungaan adalah penunjuk yang baik untuk menentukan masa pemotongan/ragut.  Melaluai kajian dan pengalaman, berikut adalah jangka masa rehat  atau jangka waktu diantara setiap pemotongan atau ragutan beberapa jenis pastura/foder  yang dianggap sesuai untuk diamalkan bagi memudahkan pengurusan;
 
| Jenis pastura/foder | Jangk masa rehat (minggu) | 
| Rumput Signal (Brachiaria decumben) | 4 - 5 | 
| Rumput Para (Brachiaria mutica) | 3 - 4 | 
| Rumput Kud/Guinea (Panicum maximum) | 4 - 5 | 
| Rumput Setaria | 4 - 5 | 
| Rumput Napier | 5 - 6 | 
Selain dari faktur baja yang disyorkan secara umum kepada kebanyakan jenis  pastura dan kekacang yang tumbuh mengalak ialah 10-15 cm. dari paras tanah.  Untuk Napier, pemotongan pertama adalah 7 cm. dari paras tanah, untuk  membolehkan lebeh banyak tunas baru tumbuh. Pemotong berkuatnya boleh dilakukan  setiggi 10-15cm. dari paras tanah.
   
   
Hasil Bahan Kering
Berikut adalah purata hasil bahan kering (tan/hektar/tahun)  beberapa jenis pasture/foder yang dipotong setiap 6 minggu dari dua siri tanah;
 
| Rumput Pastura/FoderPurata | DM (tan/hektar/tahun) | 
| Rumput Signal | 25.5 | 
| Rumput Para | 12.1 | 
| Rumput Star | 16.2 | 
| Rumput Guinea - | - | 
| cv. Colonio | 18.6 | 
| cv. Hamil | 17.6 | 
| Rumput Napier - Local | 23.2 | 
| - Uganda | 16.9 | 
| Rumput Splendida | 17.6 | 
| Rumput Kazungula | 18.2 | 
(Lapuran MARDI No.76.P.13)
  
ZAT PEMAKANAN TUMBUHAN
Terdapat lebih kurang 17  zat pemakanan yang perlu untuk tumbuhan zat-zat tersebut ialah karbon (C),  Hidrogen (H), Oksigen (O), Nitrogen (N),  Posforus (P), Kaliam (K), Kalsium (Ca),  Magnesium (Mg), Sulfur (S), Ferum (Fe),  Mangganan (Mn), Kuperum (Cu), Kobalt (Co),  Zingkom (Zn), Boron (Bo), Kloran (Cl)  dan Molibdenum (Mo). Zat pemakanan ini dibekalkan oleh tanah,  air dan udara.
Melalui proses fotosintesis zat  pemakanan seperti Karbon, Hidrogen dan Oksigen dibekalkan udara dan air kepada  tumbuhan.
Zat pemakanan selain dari Karbon, Hidrogen dan  Oksigen dibekalkan oleh tanah.
 
 
 

No comments:
Post a Comment