Monday, March 8, 2010

MPOB-HIE & MPOB-Q-PKC (MAKANAN TERNAKAN)

Teknologi: MPOB-HIE dan MPOB-Q-PKC makanan asas lengkap ternakan

Oleh Habsah Dinin
ecah@nstp.com.my

MPOB-HIE dan MPOB-Q-PKC adalah satu kejayaan kepada hasil penyelidikan dan pembangunan EPC yang bakal menjadi jenama produk buatan Malaysia yang terkenal di serata dunia.

Dr Osman Atil berkata, rangsum ternakan ini pada awalnya diformulasi untuk menggantikan penggunaan minyak sawit mentah dalam rumusan rangsum ternakan terutama kepada ayam pedaging, ayam penelur, ikan dan haiwan tenusu.

Katanya, kajian EPC mendapati ayam pedaging yang memakan rangsum ternakan MPOB-HIE ini berada dalam keadaan yang sangat baik dan memuaskan kerana MPOB-HIE adalah makanan

“Ia satu-satunya makanan asas ternakan yang dihasilkan di negara ini dan ini adalah satu kejayaan besar kepada MPOB.

“Dari segi nilai, rangsum ternakan MPOB-HIE mengandungi 7.6 kcal/sen berbanding 1.6 kcal/sen bagi jagung dan ini sangat menjimatkan pengusaha ternakan seperti ayam, ikan dan binatang tenusu,” katanya.

Dr Osman memberitahu, bagi setiap 1,000 kilogram atau satu metrik tan MPOB-HIE dijual dengan harga RM1,176 manakala harga pasaran jagung untuk makanan ternakan ialah RM2,400 satu metrik tan.

Ini bermakna bagi setiap gram rangsum ternakan MPOB-HIE mengandungi 9kcal berbanding 4kcal jagung.

“MPOB-HIE memberi dua kali lebih nilai dari segi penjimatan wang, dua kali ganda kandungan tenaga dan protein berbanding produk makanan ternakan yang diimport,” katanya.

Kelebihannya memilih MPOB-HIE selain faktor jimat dan kandungan khasiatnya, penternak juga boleh mendapatkan produk yang segar dan dalam tempoh yang singkat. Ini kerana sejumlah 47 kilang makanan ternakan di seluruh negara kini sedang menghasilkan lima juta metrik tan rangsum ternakan MPOB-HIE untuk kegunaan pasaran ternakan.

“Kami mendapati, ayam pedaging yang memakan rangsum ternakan MPOB-HIE juga membesar lebih cepat, kadar kematian yang rendah kerana jarang dihinggapi penyakit berikutan tahap ketahanan tubuhnya lebih tinggi.

“Telur yang dihasilkan pula kaya dengan Vitamin E dan tokotrienol yang tinggi. Kedua-dua bahan ini sangat bagus bertindak sebagai anti kanser, mengurangkan penebalan saluran darah, mengurangkan penyakit kardiovaskular selain awet muda,” katanya.

Sementara itu satu lagi kejayaan EPC iaitu produk makanan ternakan MPOB-Q-PKC didapati sangat baik untuk membekalkan sumber protein tinggi kepada ternakan.

Dr Osman berkata, MPOB-Q-PKC mengandungi protein sebanyak lebih kurang 20 peratus dan 19.6 kandungan asid amino di dalamnya.

Ia dalam bentuk dedak yang terhasil daripada bahan sampingan akibat proses pengekstrakan minyak daripada isirung sawit sama ada melalui pengekstrakan pelarut ataupun secara mekanikal.

MPOB-Q-PKC berbentuk serbuk digunakan sebagai sumber protein kepada ternakan ayam, itik dan ikan.

“Ini membantu negara mengurangkan import dedak kacang soya iaitu sejumlah 800,000 hingga sejuta metrik tan setahun untuk kegunaan makanan ternakan,” katanya.

Menerusi kedua-dua produk ini, Malaysia boleh menjadi pengeluar makanan ternakan bermutu tinggi setanding pengeluar dan pengeksport dunia sedia ada.

ternakan yang serba lengkap mengandungi protein dan tenaga yang tinggi.

No comments:

Post a Comment