Monday, March 8, 2010

BAJA KOMPOS

JOHOR

ARKIB : 14/01/2010

FBFE bekal 20 tan baja kompos sebulan kepada pengedar

KULAIJAYA 13 Jan. - Dari semasa ke semasa, pengusaha baja, Kamal Bahrin Salim sentiasa meningkatkan kualiti produknya supaya terus menepati keperluan sektor pertanian.

Sehubungan itu, Kamal Bahrin, 40, sering membuat perbandingan antara baja buatannya dengan baja keluaran syarikat lain bagi mengesan kelemahan produknya.

Sejak lebih setahun menceburi bidang berkenaan, kini Kamal Bahrin selaku Pengarah Urusan Five Before Five Enterprise (FBFE) boleh menarik nafas lega kerana baja kompos yang dihasilkannya semakin mendapat tempat dalam pasaran.

Setakat ini beliau mempunyai 81 kolam menternak cacing bagi mendapatkan sisa buangan haiwan itu untuk dijadikan baja.

"Cacing-cacing ini saya peroleh daripada beberapa pengusaha kecil yang bermasalah dengan projek mereka. Justeru, saya tidak perlu mengeluarkan modal besar untuk membeli cacing.

"Menternak cacing ini mudah kerana ia makan najis kambing dan serat kelapa sawit sebelum menghasilkan air kencing untuk dibuat baja," katanya ditemui di rumahnya di Taman Anjaria di sini hari ini.

Kamal Bahrin memberitahu, baja kompos yang dihasilkan daripada sisa buangan cacing yang bercampur dengan najis kambing, serat kelapa sawit dan mikroorganisma efektif (EM) membantu tanaman menjadi lebih subur.

"Tanaman yang menggunakan baja kompos akan menghasilkan buah yang lebih manis dan cili terasa lebih pedas," jelasnya.

Katanya, baja kompos itu juga bukan sekadar menyubur, membaik pulih tanah atau pokok, malah ia akan mengaktifkan akar pokok serta memelihara alam sekitar.

Selain itu, baja kompos yang sesuai untuk semua jenis tanaman itu akan menambah kesuburan daun dan bunga serta tahan serangan penyakit.

Kamal Bahrin berkata, pada awalnya dia sukar untuk memasarkan baja kompas itu kerana produk yang dihasilkan dalam jumlah yang kecil.

"Apabila saya buat secara kecil-kecilan susah nak memasarkannya sebab pengedar mahu banyak. Jadi saya pun memberanikan diri buat secara besar-besaran.

"Alhamdulillah, sekarang ini sebulan saya dapat membekalkan kira-kira 20 tan baja kepada pengedar. Ada juga peladang yang datang terus kepada saya untuk membelinya," katanya.

Baja-baja tersebut dijual pada harga RM10 bagi sebotol yang mengandungi cecair satu liter dan RM6 untuk satu kilogram (serbuk).

Antara pengedar terbesar baja kompos buatannya adalah Kita Teguh Resources dan Balkish Agrotech.

Bagi yang berminat untuk menjadi pengedar boleh menghubunginya di talian 016-7170256

No comments:

Post a Comment