Monday, March 15, 2010

POKOK KARAS/DEPU MENJADI UBAT

NEGARA

Teh karas ubat kencing manis, darah tinggi

Oleh MANIRAH OTHMAN
manirah.othman@kosmo.com

RAZANI menyiram pokok karas yang ditanam di Pusat Penyelidikan Karas, Hutan Simpan Merchang, Marang semalam.

MARANG - Pokok karas yang dikomersialkan untuk mendapatkan gaharu bagi tujuan penghasilan minyak wangi rupa-rupanya mempunyai khasiat lain iaitu sebagai ubat kepada pelbagai jenis penyakit.

Atas keistimewaan itu, Jabatan Perhutanan negeri telah pun membangunkan projek tanaman pokok tersebut di atas tanah seluas 47 hektar di Merchang dekat sini bagi memproses dan mengeluarkan sejenis minuman herba yang dinamakan teh karas.

Menurut Pengarah Perhutanan negeri, Akhirudin Mahmud, bagi menambah khasiat minuman herba yang dikatakan boleh mengubati penyakit kencing manis dan darah tinggi, ramuan minuman itu turut dicampur beberapa herba lain.

No comments:

Post a Comment