Monday, September 2, 2013

HERBA TERPILIH


KEMAMAN - Seorang pesara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini memiliki 1,000 pokok mahkota dewa serta berjaya melakar nama sebagai usahawan tanaman herba yang berjaya di Terengganu, khususnya di Kemaman.
Syed Yasin Tuan Kecik, 60, berkata mahkota dewa, atau nama saintifiknya "Phaleria Papuana" yang dipercayai berasal dari pulau Papua New Guinea, didakwa boleh mengubati pelbagai penyakit.
Antaranya, katanya ialah barah, darah tinggi, kencing manis dan sakit sendi, jika diambil secara berterusan.
Pokok-pokok mahkota dewa itu disemai di tapak semaian di Kampung Pasir Minal di sini sejak beliau memulakan operasi kira-kira 10 tahun yang lalu, bersama-sama lebih 50 jenis tumbuhan herba di tapak semaian itu.   
"Biasanya, saya menjual pokok mahkota dewa ini yang sudah siap diproses bagi  memudahkan pembeli merebus untuk meminum airnya," katanya.
Katanya ada juga pembeli membeli pokok mahkota dewa dalam bentuk segar untuk ditanam di kawasan rumah dengan harga RM10 hingga RM300 satu pokok, yang bergantung kepada saiz.
Pokok-pokok herba yang lain yang ditanam di tapak semaian itu diperolehi dari hutan-hutan di sekitar daerah Kemaman.
Antaranya, pokok kacip fatimah, janggut adam, gandar rusa, susur atap, cekur  manis gajah, tongkat ali hitam, pokok ajaib, nenas batu, kenerak, binjai manis, hempedu  bumi, lempayang, halia kesing, mali berduri, lebu kayu dan belimbing buluh.
Syed Yasin percaya herba-herba berkenaan sedang mengalami kepupusan dan beliau mengambil daya usaha untuk menyelamatkannya untuk keperluan generasi akan datang.
"Saya meredah hutan untuk mencari pokok-pokok herba untuk dibiak di nurseri seluas lebih kurang 0.4 hektar supaya pokok-pokok itu tidak pupus pada masa akan datang," katanya.
Beliau juga pernah membekalkan benih-benih pokok herba kepada Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) untuk menghiasi taman herba di Zoo Kemaman.
Syed Yasin berkata, pasar tani Kemaman merupakan salah satu tempat beliau menjual pokok-pokok herba berkenaan selain pembeli datang sendiri ke nurseri atau menempah melalui telefon.
"Harga tanaman herba tempatan biasanya saya jual RM20 sepokok, yang bergantung kepada kecil besar pokok tersebut," katanya.
Dalam usaha membesarkan tapak semaiannya, Syed Yasin berkata, beliau akan memohon daripada kerajaan kawasan seluas lebih kurang 4.0 hektar untuk meningkatkan lagi pengeluaran.
Bekas peserta kursus teknologi herba di Institut Perhutanan Kepong itu berkata buat masa ini beliau tidak menggunakan tenaga pekerja, sebaliknya dibantu isteri dan anak-anak menguruskan nurseri itu.
Katanya, beliau menceburi bidang tanaman herba selepas ditimpa kemalangan dan sembuh dengan menggunakan herba.
Syed Yasin berkata pendapatan kasar bulanannya ialah antara RM800 hingga RM1,000 dari hasil jualan pokok-pokok herba.
Bermula dengan modal kira-kira RM15,000, beliau berkata nilai keseluruhan pokok herba yang ada di nurseri itu kini melebihi RM100,000

1 comment:

  1. Jumba Casino - Harrahs Joliet - KTM Hub
    Jumba Casino in Joliet, MS 충청북도 출장샵 is a premier entertainment destination in Joliet. With 포커 a 전라북도 출장마사지 50000 square foot casino floor, 이천 출장샵 you'll be steps from 원주 출장안마 Jumba

    ReplyDelete