Effective Microorganism merupakan bakteria semulajadi yang terdapat pada alam. Ia juga dikenali sebagai “Bakteria baik” hasil kultur campuran dari mikroorganisma hidup dimana membantu merencatkan pertumbuhan pathogen (bakteria jahat) yang ada dalam sistem tumbesaran. Kandungan EM terdiri daripada:
i. Asid Laktik Bakteria
Mengubah gula termasuk laktosa dan karbohidrat lain menjadi asid laktik.
Yis mengeluarkan hormon dan enzim sebagai bahan bioaktif.
iii. Actinomycetes & Fermenting fungi
Bertindak sebagai agen fermentasi dan menjaga jangka hayat proses campuran bakteria- bakteria lain.
iv. Phototropic Bakteria
Bakteria Phototropic yang wujud dalam EM berperanan menguraikan gas yang berbahaya seperti Gas Ammonia dan Hidrogen sulfat, kemudian menukarkannya kepada gas-gas yang tidak berbahaya dan tidak berbau. Selain itu, campuran EM dengan tinja kambing boleh menghasilkan Gas Metane.
Antara fungsi-fungsi EM ialah :
- Bakteria asid laktik bertindak sebagai pendinding dan menghalang pembiakan patogen dalam tumbesaran.
- Membina ketahanan tanaman dari serangan penyakit dan serangga perosak.
- Pengurai bahan buangan seperti tinja kambing.
- Pelbagai kebaikan yang diperolehi melalui penggunaan EM dalam pertanian. Antaranya:
- Bebas daripada kesan-kesan sampingan dan mesra alam.
- Tingkatkan tumbesaran ternakan dan tanaman.
- Menghilangkan bau ammonia.
- Mengurangkan pembiakan lalat.
- Mempercepatkan Kadar Tukaran Makanan (FCR).
- Penghasilan baja organik atau kompos.
- Menjimatkan kos ubatan dengan mengurangkan penggunaan antibiotik.
Penggunaan EM boleh diaplikasikan pada penternakan dan pertanian. Aplikasi kepada penternakan contohnya kambing boleh dilakukan melalui :
- Air minuman kambing
- Menyembur pada bahagian badan dan juga kandang kambing.
- Menyembur tinja kambing yang lembap dan basah.
- Silaj kambing
Antara kebaikan yang diperolehi melalui penggunaan EM pada penternakan kambing ialah :
i. Penghadaman yang baik
Ini kerana bakteria baik’ bertambah dan menyebabkan selera makan meningkat dan mempercepatkan proses penghadaman.
ii. Bulu yang cantik dan berkilat
EM membentuk proses pemakanan yang elok dan bersih.
iii. Berat badan bertambah
Kehadiran bakteria ini akan mempercekapkan kadar pertukaran makanan (FCR) dan menyebabkan pertambahan berat badan meningkat dari kadar biasa.
iv. Kambing menjadi tenang
Membaiki sistem penghadaman seterusnya dapat meningkatkan tumbesaran dan ketahanan terhadap penyakit.
v. Mengurangkan bau kambing dan kandang
Bakteria tidak boleh membiak dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
vi. Tinja tidak berbau busuk
Kadar lalat untuk menghurung tinja berkurangan dan menghidupkan suasana yang bersih dan cantik.
vii. Menghasilkan baja organik
Penguraian gas-gas tersebut menjadikan tinja lebih berkesan dan berkualiti kepada tumbuh-tumbuhan.
Berikut merupakan graf yang menunjukkan perbezaan berat antara kambing yang diberi minum EM dengan yang tidak diberi minum EM.
FCR adalah satu nisbah di antara jumlah berat makanan yang dimakan dan berat badan yang diperolehi.
Sebelum EM 0.75 kg : 0.05 kg
Selepas EM 0.75 kg : 0.25 kg
Harga dedak = RM0.80 per kilo
RM 0.80 x 0.75 = RM 0.60
0.05kg x RM18 = RM 0.90
Untung bersih = RM 0.30
RM 0.80 x 0.75 = RM 0.60
0.25kg x RM 18 = RM 4.50
Untung bersih = RM 3.90
Nisbah penggunaan EM untuk :
- Minuman kambing
i. Nisbah 1 Liter EM : 700 Liter air
EM/Air = 1/700 x 40
= 0.057 ml EM per 40 L air
Kos = RM10 per Liter
= RM10/1000 ml
= RM0.01 per ml
= RM0.01 x 0.057
= RM0.00057 per 40 L air
10 ekor kambing memerlukan 40 Liter air
Kos kambing untuk 1000 ekor kambing ialah RM 0.057
- Semburan badan dan kandang kambing
Nisbah = 1 Liter : 200 Liter air
EM / Air = 1/200 x 20
= 0.1ml EM/20 L air
Kos = RM10 per Liter
= RM10/1000ml
= RM0.01 per ml
= RM0.01 x 0.1
= RM0.001 per 20 Liter air
Isipadu = 3.3/12 x 20 L = 5.5 L
Luas :
Kos = 0.001/20 Liter x 5.5 Liter
= RM0.000275 per 672 kaki persegi
100 kali semburan = RM 0.0275 @ 28 tong semburan
- Semburan tinja kambing
Nisbah = 1 Liter EM : 100 Liter air
1 pam = 20 Liter
1 Liter = 1000ml
EM /Air = 1/100 x 20
= 0.2ml EM / 20 L air
Kos = RM10 per Liter
= RM10/1000ml
= RM0.01 per ml
= RM0.01 x 0.2
= RM0.002 per 20 Liter air
Isipadu = 6”/12” x 20 L = 10 L
Luas = 672 kaki persegi
Kos = 0.002/20 Liter x 10 Liter
= RM0.001 per 672 kaki persegi
10 kali semburan = RM 0.01 @ 5 tong semburan
- Semburan silaj (daun kelapa sawit yang diperam)kambing
Nisbah = 1 L EM : 1 L Molasses : 50 L air
1 pam = 20 Liter
1 Liter = 1000ml
EM/Air = 1/50 x 20
= 0.4ml EM / 20 Liter Air
Kos EM= RM10 per Liter
= RM10/1000ml
= RM0.01 x 0.4ml
= RM0.004 per 20 L air
Kos EM = 0.004/20 L x 60 L = RM0.012
Isipadu = 3 x 20 L = 60L
Kos Molasses = RM1.40 per Liter
Penggunaan 1 tong = 0.1 Liter
Kos Molasses 1 tong = RM1.40 x 0.1 Liter
= RM0.14 per tong semburan
= RM0.14 x 3
= RM0.42 per tong silaj
26 beg silaj (daun kelapa sawit yang diperam) boleh diberi kepada 800 ekor kambing.
Kos Silaj = RM0.682 / 800 ekor
= RM0.000853 per ekor
100 ekor kambing = RM 0.0853
Jumlah kos penggunaan EM untuk 100 ekor kambing :
Air minum : RM 0.0057
Sembur kandang : RM 0.0275
Semburan tahi kambing : RM 0.0025
Silaj kambing : RM 0.0853
Jumlah Kos = RM 0.121
Aplikasi EM untuk cendawan
Dibancuh bersama bahan-bahan mentah seperti molasses dan Magnesium Sulfate. Disembur cendawan dengan bancuhan EM.
Kelebihan EM untuk cendawan
• Hasil keluaran meningkat sehingga 15%. • Kurang jangkitan kulat dan serangan serangga
• Jumlah tuaian meningkat sehingga 7-8 kali untuk satu beg cendawan
• Rasa lebih kenyal dan cantik.
• Tahan lebih lama selepas tuaian.
Aplikasi EM pada pokok limau nipis
Kaedah yang digunakan adalah dengan menyembur EM pada pokok limau nipis. Semburan tersebut perlulah pada buah, bunga dan juga daun pokok limau tersebut. Semburan pada pokok buah limau bertujuan mengelak dan merawat pokok limau nipis daripada fungus hitam. Semburan ini juga bertujuan menggalakkan pengeluaran bunga dan buah.
Nisbah = 1 liter EM : 100 Liter air
1 pam = 20 Liter
1 Liter = 1000ml
EM / Air = 1/100 x 20
= 0.2 ml EM / 20 L Air
Kos = RM 10 per Liter
= RM 10 / 1000ml
= RM 0.01 per ml
= RM 0.01 x 0.2
= RM 0.002 per 20 Liter Air
Satu tong boleh digunakan untuk 40 pokok limau nipis.
Contoh lain aplikasi EM
- Perikanan
- Pengomposan
- Rawatan bau
- Rawatan tanah
- Pembersihan
- Kegunaan isi rumah
- Produk kesihatan
- Rawatan sisa buangan
No comments:
Post a Comment