Thursday, December 17, 2009

KEJU SUSU KERBAU

VARIA

Mozarela susu kerbau

Menggunakan susu kerbau sebagai bahan asas, Mohamed Zamberi mencipta resipi keju mozarela sendiri untuk dipasarkan.


DADIH yang dihasilkan daripada susu kerbau mengandungi banyak vitamin dan rendah kolesterol.



KEJU mozarela yang siap untuk dijual.



MOHAMED ZAMBERI menyediakan keju mozarela secara tradisional.



MENGISI keju mozarela ke dalam bekas kedap udara untuk dipasarkan di Buffalo Park.


BIDANG pengajian yang berbeza berbanding kerjaya yang diceburi bukan penghalang bagi seseorang itu untuk mencapai kejayaan. Apa yang penting ialah minat dan keazaman.

Itulah yang dipegang oleh usahawan Mohamed Zamberi Abd Razak, 38, yang kini merupakan seorang penternak kerbau. Pada masa yang sama, beliau juga berjaya menghasilkan keju mozarela.

Beliau yang merupakan graduan pelukis pelan Institut Latihan Perindustrian (ILP) berjinak-jinak dengan bidang penternakan apabila merasakan dirinya lebih gemar bekerja sendiri dan bebas dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

Beliau memulakan kerjaya dalam bidang penternakan dengan menternak kambing di Abi, Perlis pada tahun 2002.

Enam tahun kemudian, beliau mengambil alih ladang ternakan kerbau, Buffalo Park, Langkawi yang diswastakan oleh Jabatan Haiwan dan Veterinar Kedah.

Kerbau Murrah

Beliau yang merupakan Pengerusi Koperasi Usahawan Ternak Ruminan Utara Berhad kemudian mengkormersialkan ladang tersebut dengan memasukkannya ke dalam peta dan majalah pelancongan Langkawi.

"Pada awalnya, pusat ternakan itu mempunyai 60 ekor kerbau yang diambil dari Perak. Namun apabila diperiksa tahap kesihatannya, hanya 31 ekor sahaja berada dalam keadaan baik.

"Kita juga ada mengambil kerbau jenis Murrah dari India kerana kerbau jenis ini sangat popular di sana dan mudah didapati," katanya ketika ditemui di ladang ternakannya di Buffalo Park, Kampung Nyior Chabang, Langkawi.

Mohamed Zamberi memberitahu, memelihara haiwan memerlukan kesabaran yang tinggi kerana haiwan ini berdepan dengan kemungkinan menghidap pelbagai penyakit dan memerlukan pemantauan kesihatan secara kerap.

"Saya juga percaya sekiranya kita melayan haiwan peliharaan dengan baik dengan memberi makanan yang cukup dan sentiasa membelainya pasti ia akan membalas jasa kita," ujarnya.

Khasiat susu kerbau

Selain memelihara ternakan itu, beliau mengembangkan perniagaannya dengan mengeluarkan produk hiliran berasaskan kerbau.

Ini kerana katanya mungkin ramai yang tidak mengetahui khasiat sebenar susu kerbau yang lebih tinggi berbanding susu lembu. Susu kerbau kaya dengan kalsium, karbohidrat dan rendah kolesterol mampu memberikan tenaga yang lebih kepada manusia.

"Susu kerbau, dadih dan ais krim adalah produk awal yang dijual di Buffalo Park dengan menggunakan bahan asasnya iaitu susu kerbau tanpa dicampur dengan sebarang bahan pengawet. Lebih istimewa produk yang dihasilkan itu menggunakan resipi sendiri," katanya.

Lebih menarik, sejak 1 Julai lalu beliau turut mencuba sesuatu resipi unik iaitu menghasilkan keju mozarela.

Walaupun penghasilan keju bukan sesuatu perkara yang mudah apatah lagi Malaysia bukan merupakan pengeluar keju, namun bagi Mohamed Zamberi itu bukan halangan baginya untuk menghasilkan sesuatu perkara yang baru.

Keju

Menurut Mohamed Zamberi, dalam sehari sebanyak 20 kilogram (kg) susu diperah bagi menghasilkan keju dengan setiap satu kg keju memerlukan lima kg susu kerbau. Ia dijual pada harga RM100 bagi satu kg keju manakala 200 gram keju pula berharga RM25.

Beliau juga mahu Buffalo Park dijadikan sebagai salah satu pusat agro-pelancongan dengan merancang idea-idea baru seperti menghasilkan coklat berasaskan susu kerbau, membina calet di sekitar kawasan itu dan menghasilkan baja kompos daripada najis haiwan tersebut.

Kepada yang berminat untuk menikmati keju asli buatan Malaysia, anda bolehlah berkunjung ke Buffalo Park yang terletak di Kampung Nyior Chabang, Mukim Bohor, Langkawi atau menghubungi 012-430 0971.


1 comment:

  1. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..��

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay����
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ��Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..����


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ��kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete