Sunday, December 13, 2009

PANDUAN MENANAM PASTURA & FODER

PANDUAN MENANAM PASTURA DAN FODDER

PENDAHULUAN

Faktor paling utama yang perlu difikirkan sebelum memelihara ternakan ruminan ialah makanan yang mana sebahagian besarnya adalah makanan hijau terdiri daripada rumput pastura dan foder,ataupun rumput yang disipan sebagai hay atau silag. Ternakan perlu mendapat makanan bermutu dan seimbang secukupnya yang akan menentukan kesihatan, kadar pembesaran, kebolehan membiak dan penghasilkan daging atau susu.

Oleh itu rumput pastura dan foder dari jenis yang boleh mengeluarkan hasil lumayan dan bermutu tinggi perlu dihasilkan untuk diberikan kepada ternakan. Perancangan yang teliti tentang pemakanan ternakan akan dapat meningkatkan kecekapan dalam pengurusan menternak dan menjaga tahap serta mutu pengeluaran dengan kadar yang menguntungkan.

PASTURA/FODER BERMUTU

Ciri-ciri Pastura / foder yang diingini

  • Hasil yang tinggi sepanjang masa (iaitu kandungan bahan kering)

  • Nilai zat makanan yang tinggi, terutama kandungan protin kasar

  • Mempunyai nilai penghadaman yang baik

  • Tahan lasak, iaitu tahan kepada keadaan-keadaan yang buruk seperti kemarau dan ragutan berlebihan serta mudah pula penjagaannya

  • Kadar pembesaran dan pertumbuhan semula (selepas dipotong / diragut) yang cepat

  • Kadar daun berbanding dengan batang adalah lebih tinggi

  • Mudah bercampur dengan spesis lain terutama kekacang

  • Berekonomik untuk diusahakan

  • Lazat, iaitu digemari oleh ternakan.

SENARAI PASTURA / FODER DAN KEKACANG

Pastura / Foder

Nama Biasa Nama Saintifik
Rumput Star Cynodon plectostachyus
Rumput Signal Brachiaria decumbens

Brachiaria humidecola
Rumput Para Brachiaria mutica
Rumput Kuda / Guinea Panicum maximum

cv.- Colonio

cv. Hamil

cv. -Typica
Rumput Gajah / Napier Pennisetum purpureum
Rumput Kazungula Setaria sphacelata cv. kazungula
Rumput Splendida Setaria sphacelata var. splendida
Rumput MARDI Digit/Pangola daun Lebar Digitaria setivalva

Kekacang

Nama Biasa Nama Saintifik
Centro Centrosema pubscens
Stylo Stylosanthes guyanensis
Puero / Kudzu Tropika Pueraria phaseoloides
Calapo Calapogonium mucunoides
Petai Belalang /Ipil-ipil Leucaena leucocephala

Pemilihan jenis pastura/foder dan kekacang yang hendak ditanam adalah bergantung kepada:-

  • Jenis ternakan (lembu, kambing/bebiri)
  • Keadaan topografi dan jenis tanah
  • Kegunaan samada untuk diragut atau dipotong

PENYEDIAAN TANAH
Sebelum kerja menyediakan tanah untuk menanam rumput dijalankan, adalah perlu kawasaan berkenaan dibersihkan terlebih dahulu dari sebarang tumbuhan, kawasan hutan ditolak dan belukar ditebang-tebas. Segala batang-batang pokok, tunggul kayu, akar-akar dan sebagainya dilonggokkan kemudian dibakar dan diperun sehingga menjadi abu.
Jika kawasan tersebut berair adalah disyorkan agar dibuat perparitan untuk mengalirkan air dan sekiranya kawasan tidak rata seperti terdapat banyak busut atau longgokan tanah, perlu diratakan terlebih dahulu.

Kerja-kerja penyediaan tanah boleh dibuat dengan mengunakan jentera atau tenaga manusia sahaja, iaitu dengan mengunakan cangkul dan parang jika kawasan tersebut kecil. Traktor dan lain-lain jentera pertanian biasanya digunakan untuk kawasan yang luas. Kerja-kerja ini sebaik-baiknya dibuat di awal musim kering/kemarau.

3 Peringkat Penyediaan Tanah

  • Membajak
  • Menyikat / memecah
  • Memutar

Membajak
Bertujuan untuk memecah tanah, membalikkan permukaan tanah yang diatas kebawah dan mendedahkan tanah yang dibawah keatas, supaya akar-akar tumbuhan dan rumpai terdedah kepada cahaya matahari.

Alat pertanian yang digunakan ialah bajak 2 piring atau 3 piring (2 disc/ 3 disc plough)

Terdapat 2 peringkat pembajakan

  • Membajak kali pertama
  • Membajak kali kedua atau membajak silang

Jarak masa yang diperlukan diantara dua peringkat tersebut adalah anggaran 2 - 4 minggu bergantung kepada keadaan cuaca, tanah dan lain-lain. Ini untuk membolehkan akar-akar rumpai dan lain-lain musuh tanaman cukup terdedah kepada cahaya matahari dan musnah serta memberi cukup masa untuk melembutkan tanah dan mendapatkan ketulan/leraian (texture) tanah yang baik.


Menyikat/memecah

Bertujuan untuk memecahkan ketulan-ketulan tanah yang besar tadi kepada ketulan yang lebih kecil. Alat yang biasa digunakan ialah "disc harrow". Ini dilakukan lebih kurang 2-3 minggu selepas siap pembajakan silang.

Memutar
Peringkat terakhir ini dilakukan sebaik sahaja kerja-kerja menyikat/memecah tanah selesai. Peringkat ini bertujuan untuk mendapatkan struktur yang lebih halus terutama dilapisan permukaan, sesuai untuk pertumbuhan akar-akar rumput. Sekiranya tanah adalah gembur, peringkat ini mungkin tidak perlu dibuat. Alat pertanian yang digunakan ialah "Rotovator / Rotary Tiller"

Adalah disyorkan agar segala saki-baki kayu, tunggul akar-akar rumpai, batu dan sebagainya dibuangkan semasa menjalankan setiap peringkat penyediaan tanah tadi dan kerja-kerja disetiap peringkat dilakukan dengan sempurna. Ini penting untuk memastikan agar:-

  • Mendapatkan permukaan tanah yang baik, tiada tunggul atau batu yang menjadi halangan dan boleh merosakkan peralatan pertanian dalam kerja-kerja seterusnya atau sebagai punca kecelakan/kemalangan
  • Mendapatkan struktur (texture) tanah yang sesuai, agar mempunyai ruang-ruang udara yang mencukupi dan daya pemegang air dapat dibaiki. Faktor ini penting untuk perkembangan akar dan pertumbuhan seterusnya
  • Segala baki rumpai yang tidak dikehendaki dapat dihapuskan.

Menabur Kapur
Kadangkala kemasaman (pH) tanah tidak begitu sesuai untuk tujuan penanaman pastura terutamanya apabila kekacang ditanam.

Kebanyakan tanah-tanah di Semenanjung Malaysia adalah jenis masam iaitu nilai pH adalah rendah. Nilai pH tanah yang dikehendaki adalah diantara 5.0 - 7.0 Serbuk batu kapor yang biasa digunakan ialah Calcium Magnesium Carbonate (CaMgCO3)

Kadar penaburan kapur bergantung kepada nilai pH tanah yang dianalisakan. Sebanyak lebih kurang 2-3 tan metrik kapur/hektar atau 1 tan metrik/ekar diperlukan dan dijangka dapat menaikkan nilai pH sebanyak 0.5 Sebarang bentuk pembajaan tidak digalakkan sebelum kemasaman diperbaiki kerana tanah yang masam akan mengganggu penyerapan baja oleh tumbuhan.

Mengapur dibuat sebaik kerja-kerja penyediaan tanah siap atau dilakukan serentak pada peringkat memutar tanah, iaitu 2 minggu sebelum menanam. Mengapur boleh dibuat dengan mengunakan "Spinner broadcaster" atau dengan tangan. Penutup hidung dan mulut serta sarung tangan hendaklah dipakai untuk mengelakkan gangguan penafasan dan melecur.

Menanam
Menanam rumput sebaik-baiknya dilakukan pada awal musim hujan. Oleh itu

taburan hujan di satu-satu kawasan perlu di ketahui sebelum penanaman dilakukan. Kelembapan yang mencukupi/sesuai diperlukan untuk pencambahan atau pertumbuhan yang berkesan. Pengairan mengunakan " Irrigator" dan "sprinkler" juga sangat membantu untuk mendapatkan kelembapan yang baik tanpa terlalu bergantung kepada hujan. Bagi kawasan yang terlalu berair, saliran pula perlu untuk mengalirkan keluar air yang berlebihan.

Kadar kuantiti biji benih sehektar ataupun jarak menanam perlu diberi perhatian kerana faktor ini akan menentukan pertumbuhan dan kepadatan yang baik serta mengelakkan pertumbuhan rumpai yang tidak diingini.

Ada 2 cara menanam :-

  • Mengunakan biji benih
  • Menanam secara tampang/keratan batang

Menanam Mengunakan Biji Benih

Kuantiti biji benih yang diperlukan bagi sehektar bergantung kepada jenis, kualiti dan cara menanam. Jika peratus percambahan baik, kadar yang digunakan adalah kurang dan begitulah sebaliknya.

Berikut adalah kadar kuantiti biji benih beberapa jenis rumput dan kekacang (sekiranya kualiti biji benih digunakan adalah baik serta telah disimpan dengan sempurna) :-

Benih rumput

Biji benih rumput

Kadar semaian (kg/hektar)

Rumput Kuda/Guinea 2 - 6
Rumput Para 2 - 6
Rumput Setaria 2 - 5
Rumput Brachiaria decumben 3 - 6
Rumput Brachiaria humidecola 5 - 7

Kadar di atas adalah sesuai jika biji benih tersebut betul-betul bermutu tinggi dimana peratus percambahannya lebih kurang 60 % . Jika percambahan rendah iaitu kurang daripada 30 % maka lebih baik kadar diatas diberi 2 kali ganda.

Kekacang

Biji Benih Kekacang

Kadar semaian (kg/hektar)

Centro 3 - 5
Stylo 2 - 5
Puero 1 - 3
Calapo 1 - 3
Petai belalang / epil-epil 4 - 6

Dalam pastura campuran (rumput/kekacang) nisbah haruslah tidak melebihi 40%
CARA-CARA MENENAM RUMPUT, KEKACANG DAN POKOK RENEK

Jenis Benih kg/ha Dengan keratan tampang/anak

Jarak tanaman
(sm)

Rumput Signal

2 - 4

tunggul

50 x 50
Brachiaria humidecola

3 - 5

tunggul

50 x 50
Rumput Setaria


- kazunngula

2 - 5

tunggul 30 - 50
- splendida

-

tunggul

30 - 50
Rumput Guinea

2 - 6

tunggul 30 - 50
Rumput Napier

-

keratan 30 - 50
Rumput African Star

-

keratan/jalaran 50 -50
Rumput Para

-

keratan/jalaran 50 -50
Rumput Digitaria

-

tunggul 30 - 50




Kekacang


Calapo 1 - 3

-

-

Centro 3 - 5

-

-

Stylo 2 - 5

-

-

Desmodium 1 - 2

-

-





Pokok Renek


Petai Belalang 2 - 6

keratan

50 x 50

Turi -

keratan

50 x 50

Glirisidia -

keratan

50 x 50

Ubi Kayu

-

keratan

50 x 50

MENUAI/MEMOTONG PASTURA DAN FODER

Pemotongan Pertama
Waktu pemotongan/ragutan pertama bergantung kepada beberapa faktor seperti jenis dan kesuburan pastura. Pemotongan/ragutan yang terlalu awal akan merosakan pertumbuhan rumput kerana sistem akar belum cukup kukuh. Secara umumnya ia boleh dilakukan beberapa hari sebelum berbunga. Ragutan awal secara terkawal (light garzing) selalunya digalakkan bagi rumput yang berstolon seperti Brachiaria decumbens dan rumput Setaria. Pijakan ternakan boleh membantu stolon masuk kedalam tanah dan boleh mengalakkan pertumbuhan.

Bagi rumput yang berumpun pula seperti guinea, pangola ragutan awal tidak digalakan. Jika ragutan awal dibuat ternakan akan mencabut keluar rumput bersama-sama dengan akarnya sekali dari tanah. Biasanya bagi rumput guinea, ternakan mula dibenarkan meragut selepas 3 bulan ditanam. Pada ketika ini rumput tersebut telah mulai kuat akar-akarnya dan biji benih telah mula gugur.

Keadaan ini dapat dijangka dengan pemerhatian apabila sebahagian kecil rumput dikawasan tersebut mula berbunga. Pada ketika ini peratus kandungan bahan kering adalah ditahap tertinggi dan peratus kandungan protein kasar juga tinggi.
Kandungan protein kasar rumput berkurangan mengikut umur, tetapi kandungan protein kasar rumput yang optima boleh didapati untuk rumput pada umur seperti dibawah ini :-

Jenis Rumput Umur (hari)
Brachiaria decumbens 18 - 21
Para 18 - 21
Guinea 18 - 21
Setaria 18 - 21
Napier 35 - 42

Tinggi Pemotongan
Umumnya untuk semua jenis pastura, ketinggian pemotongan dari paras tanah ialah antara 10 - 15 cm dari paras tanah, manakala ketinggian bagi rumput Napier ialah 7 cm dari paras tanah.

Pemotongan seterusnuya.
Kadar pertumbuhan semula (selepas dipotong) adalah lebih cepat mencapai takat optima berbanding dengan rumput yang baru ditanam. Pembungaan adalah penunjuk yang baik untuk menentukan masa pemotongan/ragut. Melaluai kajian dan pengalaman, berikut adalah jangka masa rehat atau jangka waktu diantara setiap pemotongan atau ragutan beberapa jenis pastura/foder yang dianggap sesuai untuk diamalkan bagi memudahkan pengurusan;

Jenis pastura/foder

Jangk masa rehat (minggu)

Rumput Signal (Brachiaria decumben) 4 - 5
Rumput Para (Brachiaria mutica) 3 - 4
Rumput Kud/Guinea (Panicum maximum) 4 - 5
Rumput Setaria 4 - 5
Rumput Napier 5 - 6

Selain dari faktur baja yang disyorkan secara umum kepada kebanyakan jenis pastura dan kekacang yang tumbuh mengalak ialah 10-15 cm. dari paras tanah. Untuk Napier, pemotongan pertama adalah 7 cm. dari paras tanah, untuk membolehkan lebeh banyak tunas baru tumbuh. Pemotong berkuatnya boleh dilakukan setiggi 10-15cm. dari paras tanah.

Hasil Bahan Kering
Berikut adalah purata hasil bahan kering (tan/hektar/tahun) beberapa jenis pasture/foder yang dipotong setiap 6 minggu dari dua siri tanah;

Rumput Pastura/FoderPurata

DM (tan/hektar/tahun)

Rumput Signal

25.5

Rumput Para

12.1

Rumput Star 16.2
Rumput Guinea - -
cv. Colonio 18.6
cv. Hamil 17.6
Rumput Napier - Local 23.2
- Uganda 16.9
Rumput Splendida 17.6
Rumput Kazungula 18.2

(Lapuran MARDI No.76.P.13)

ZAT PEMAKANAN TUMBUHAN
Terdapat lebih kurang 17 zat pemakanan yang perlu untuk tumbuhan zat-zat tersebut ialah karbon (C), Hidrogen (H), Oksigen (O), Nitrogen (N), Posforus (P), Kaliam (K), Kalsium (Ca), Magnesium (Mg), Sulfur (S), Ferum (Fe), Mangganan (Mn), Kuperum (Cu), Kobalt (Co), Zingkom (Zn), Boron (Bo), Kloran (Cl) dan Molibdenum (Mo). Zat pemakanan ini dibekalkan oleh tanah, air dan udara.

Melalui proses fotosintesis zat pemakanan seperti Karbon, Hidrogen dan Oksigen dibekalkan udara dan air kepada tumbuhan.
Zat pemakanan selain dari Karbon, Hidrogen dan Oksigen dibekalkan oleh tanah.

PEMBAJAAN
Bererti menambah atau mengganti balik bahan-bahan makanan yang diperlukan oleh tumbuhan(nitrigen,phosphorus,kalium) kepada tanah agar bahan-bahan ini dapat diambil dan digunakan untuk memenuhi kehendak tumbuhan itu sendiri. Selain dari itu pembajaan juga bertujuan untuk mendapat;

  • Hasil dan mutu yang sentiasa tinggi
  • Jangkamasa hidup yang panjang

Jenis Baja

  • Baja asli (najis ternakan dan kompos)
  • Baja kimia

Jenis Pembajaan

  • Pembajaan Permulaan
  • Pembajaan Pengurusan

Pembajaan Permulaan
Pembajaan permulaan ialah pembajaan awal, biasanya dibuat beberapa hari sebelum menanam atau pada masa menanam. Bertujuan mengalakkan perkembangan akar dan pertumbuhan permulaan yang sihat dan tegap untuk pembesaraan dan perkembangan seterusnya.

Kadar Pembajaan
Kadar yang disyorkan secara am bagi rumput tulin (tidak bercampur kekacang) mengikut keadaan di Semenanjung Malaysiaialah;

N: P: K = 60 : 30 : 30

60 kg. Nitrogen/hektar

30 kg. P2O5/hektar

30 kg. K2O/hektar

Berapa banyakkah baja UREA, TSP dan MOP diperlukan untuk menghasilkan campuran baja tersebut ?

Urea : Setiap 100 kg Urea terdapat 46 kg. N
untuk 60 kg. N = 100 x 60 = 130 kg. Urea/ha
46

TSP : Setiap 100 kg. TSP terdapat 46 kg. P2O5
untuk 30 kg. P2O5 = 100 x 30
= 65 kg TSP/ha
46

MOP : Setiap 100 kg MOP terdapat 60 kg. K2O
untuk 30 kg. K2O = 100 x 30
= 50 kg. MOP/ha
60

Kadar baja permulaan sebenarnya bergantung kepada beberapa faktor. Jika tanah yang hendak ditanam adalah berasal dari kawasan hutan baru dibuka biasanya mempunyai zat makanan (baja) yang tinggi. Oleh itu keadaan serupa ini hanya perlu ditambah baja phosphate untuk mengalakan pertumbuhan akar dan baja yang biasa digunakan ialah TSP,CIRP,GRP . Jika T.S.P digunakan kadarnya ialah 245kg/hektar atau 100kg/ekar.

Kadar baja permulaan yang disyorkan bagi pastura campuran dengan kekacang ialah;-

P : K = 30 : 30

Iaitu 30 kg. Phosporus/hektar (65 kg. T.S.P/hektar)

30 kg.Kalium (Potash)/hektar (50 kg. Muriate of Potash/hektar)

Penaburan kapur adalah dimestikan untuk memperbaiki kemasaman (pH) tanah sekiranya pastura campuran rumput & kekacang ditanam.

Pembajaan pengurusan
Pembajaan ini dilakukan setiap tahun dengan kadar tertentu dan boleh dilakukan sekali atau beberapa kali. Namun bagitu pembajaan setiap selepas setiap pemotongan atau ragutan adalah disyorkan. Kuantiti setiap kali pembajaan diperolehi dengan membahagikan baja yang diperlukan dalam setahun dengan bilangan pembajaan. Pengunaan semula najis ternakan dan air basuhan kandang sangat digalakan. Ia bukan sahaja berkesan malah tanpa sebarang kos.

BAJA NITROGEN
Nitrogen (N) adalah zat pemakanan yang terpenting, ia adalah komponen utama protein. Nitrogen bertanggungjawab didalam pengeluaran klorofil, seterusnya terlibat didalam proses-proses tumbesar serta didalam pembinaan struktur vegetatif dan buah.

Kebanyakan Nitrogen yang diserap oleh tumbuhan dalam bentuk Nitrat, manakala sebahagian yang lain dalam bentuk ion Amonium dan urea. Setelah diserap Nitrat diturun menjadi Amonium N (NH4±N) NH4±N yang terbentuk menghasilkan asid glutamik, seterusnya membentuk lebih 100 jenis asid amino. Rangkaian asid amino ini membentuk protein.

Protein yang terbentuk didalam sel-sel tumbuhan kebanyakannya berfungsi sebagai enzim yang mengatur tugas-tugas tertentu didalam tumbuhan.

Bekalan Nitrogen yang mencukupi membolehkan tumbuhan tumbuh dengan cepat dan hijau. Kuantiti N yang berlebihan boleh melanjutkan tempoh kematangan pokok.

Tumbuhan yang mengalami kekurangan N akan terencat dan berwarna kuning, warna kuning atau klorosis biasanya bermula di bahagian bawah daun. Simptom ini bermula pada hujung daun merebak ketulang daun.

Kuantiti N didalam daun dikira dalam peratus (%) dan kuantiti protein kasar (PK) boleh dikira dengan formula PK (%) = 6.25 x % N.

BAJA POSFORUS
Keperluan Posforus (P) oleh pokok adalah sedikit jika dibandingkan dengan N dan Kalium (K). Kebanyakan P diserap dalam bentuk ion ortofodfat primer H2PO4 Manakala selebihnya adalah ion ortofodfat sekunder HPO4, ion pirofosfat dan ion metafosfat. Penyerapan ion-ion ini dipengaruhi oleh pH medium di keliling akar. Jika pH rendah ion H2PO4 diserap manakala ion HPO4 diserap pada pH tinggi.

P adalah juzuk asid muklik, fitin dan fodfolipid, P diperlukan pada peringkat awal pertumbuhan bagi perkembangan primordia terutamanya akar. P juga boleh mempercepatkan kematangan tanaman., bekalan P juga boleh menambah keliatan tanaman bijirin serta meningkatkan ketahanan kepada serangan penyakit.

Amalan biasa bagi penanaman pastura, pembajaan P diberi secukupnya sebagai baja permulaan, dan unsur P biasa diperolehi dari baja CIRP, GRP, TSP dan sebagainya yang menpunyai kandungan P yang berbeza-beza.

BAJA KALIUM (K)
Unsur Kalium (potassium) ialah ketiga pentingnya, unsur ini diserap sebagai ion K, Baja kimia kalium yang digunakan ialah garam kalium larut seperti kalium kelorida, kalium sulfat, kalium nitrat, kalium magnesium silfat.

Tidak seperti N,P dan S. Kalium tidak merupakan juzuk utama protoplasma dan selulos, tetapi ia bertindak sebagai mangkin fungsi-fungsi fisiologi tertentu seperti:-

1. Metabolisma karbohaiderat, pembentukan, penguraian dan pengaliran kanji
2. Metabolisma nitrogen dan sintesis protein

3. Pengawalan serta pengaturan unsur-unsur mineral tertentu

4. Peneutralan asid-asid organik penting

5. Pengaktifan enzim

6. Perkembangan tumbesaran tisu meristem

7. Penyelarasan pergerakan stomata dan pengaliran air

Tumbuhan memerlukan banyak kalium, simptom kekurangan unsur ini biasanya ditunjukkan pada daun disebelah bawah. Kekurangan kalium juga menyebabkan jerami pada tanaman bijirin menjadi rapuh, menyebabkan tanaman tersebut rebah.
Satu perkara yang penting ialah peranan kalium dalam mengekalkan bekalan air yang cukup bagi tumbuhan. Pengekalan kesegaran tumbuhan adalah perlu supaya proses-proses fotosintesis dan metabolisma berfungsi dengan baik

Fungsi yang tidak kurang pentingnya juga ialah kalium didalam metabolisma haiwan ialah didalam penghasilan arus bioelektrik. Hasil daripada metabolisma sel menyebabkan ion-ion kalium K didalam sel mempunyai kepekatan yang lebih tinggi berbanding dengan ion-ion Na diluar membran sel. Bezanya kepekatan ion ini akan menghasilkan arus bioelektrik yang akan melibatkan utusan saraf.

Kadar Baja Pengurusan

Jenis tanaman dan pengurusan

Kadar baja(kg./hektar/tahun)

Rumput tulen :
Pengurusan secara ragutan 150-200 N (326-435 UREA)

40-60 P (87-130 TSP)

50-100 K (83-166 MOP)

Jenis tanaman dan pengurusan

Kadar baja(kg./hektar/tahun)

Rumput tulen :
Pengurusan secara potong dan angkut 200-300 N (435-652 UREA)

40-60 P (87-130 TSP)

100-150 K (166-250 MOP)

Jenis tanaman dan pengurusan

Kadar baja(kg./hektar/tahun)

Rumput & Kekacang :
Pengurusan secara ragutan 40-50 P (87-108 TSP)

50-100 K (83-166 MOP)

(tanpa baja Nitrogen)

Jenis tanaman dan pengurusan

Kadar baja(kg./hektar/tahun)

Rumput & Kekacang :
Pengurusan secara potong dan angkut 50-60 P (108-130 TSP)

150 200 K (250-333 MOP)

(tanpa baja Nitrogen)

Jenis tanaman dan pengurusan

Kadar baja(kg./hektar/tahun)

Pembajaan petai belalang/ipil-ipil 40-60 P (87-130 TSP)

50-100 K (63-166 MoP)

PASTURA CAMPUR KEKACANG

Tujuan menanam kekacang bersama dengan rumput bermutu:

1. Mengurangkan kos membaja,
Kekacang mempunyai bintil-bintil akar yang boleh mengikat nitrogen diudara iaitu anggaran 50-250 kg/hektar/tahun.

2. Protein kasar (crude protin) kekacang adalah lebih tinggi daripada pastura. Dengan adanya kekacang didalam pastura dapat meningkatkan peratus nilai protin kasar, bererti menambah kelazatan dan ini akan menambahkan pengambilan bahan kering oleh ternakan.

Ada beberapa cara menanam rumput bermutu bercampur kekacang. Jika kedua-duanya ditanam dengan biji benih:-

1. Kekacang boleh ditanam bersama rumput dalam baris yang sama

2. atau, kekacang boleh ditanam diantara baris rumput.

Setiap 2-3 tahun mengikut keadaan, biji benih kekacang perlu ditabur dipetak campuran untuk memperbaiki peratus kandungan kekacang. Ini kerana kadar pertumbuhan kekacang adalah lambat berbanding dengan rumput dan kesuburan rumput boleh menyekat perkembangan kekacang, malah boleh menghapuskan sama sekali sekiranya tiada usaha dibuat untuk memperbaiki keadaan.

PEMULIHAN PEDOK DAN PENANAMAN SEMULA
Padang Ragut atau pedok juga memerlukan pemerhatian yang khusus. Dalam jangkamasa yang lama biasanya sesuatu pedok perlu dibuat pemuliharaan atau penanaman semula.

Pemulihan (renovation) dan penanaman semula (recultivation) adalah dua kerja yang berbeza. Pemulihan ialah melibatkan kerja-kerja pemulihan tanah samada untuk memulihkan sifat fizikal tanah atau kesuburan tanah itu sendiri. Manakala penanaman semula ialah melibatkan kerja-kerja penyediaan tanah secara keseluruhan seperti plough, Harrow dan rotovate.

Pemulihan Pedok
Pemulihan pedok dibuat bila kualiti pertumbuhan rumput tidak lagi elok. Pertumbuhan yang tidak baik ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti peringkat kepadatan tanah oleh traktor, kekurangan pembajaan dan pertambahan pertumbuhan rumpai.

Baikpulih (renovation) kawasan pastura dibuat beberapa cara:-

  • Pembajakan ringan (Light/lenient total area 'tillage') - diikuti dengan penaburan biji benih

  • Pembajakan ringan terpilih sepenuhnya (Full/complete spot tillage) - diikuti dengan penaburan biji benih

  • Pembajakan ringan sepenuhnya (Full/complete strip - tillage) - diikuti dengan penaburan biji benih

  • Menabur biji benih tanpa penyediaan tanah - Overseeding without tillage

Cara diatas sesuai bagi rumput yang senang bercambah atau merebak seperti rumput Brachiaria decumbens atau rumput guinea.
Tillage atau bajak ringan dibuat dengan mengunakan Harrow, biasanya kerja-kerja ini dibuat pada awal musim hujan.

Penanaman semula
Penanaman semula dibuat bila pemulihan tidak lagi boleh dibuat. Bila kuantiti rumput kurang dari 35 % , maka penanaman semula perlu dibuat. Penanaman semula melibatkan kos yang tinggi, kerana pembajaan atau penyediaan tanah dibuat pada keseluruhan kawasan.

Note: Rujukan dari Unit Pemakanan Ternakan
Ibu Pejabat Perkhidmatan Haiwan & Institut Haiwan (Panduanpasture&Foder.html)

No comments:

Post a Comment