Saturday, December 26, 2009

TERNAK IKAN HIASAN

ARKIB : 02/07/2008

Bekas lombong jadi pusat ternak ikan hiasan


Phan Yew Mun menangkap ikan-ikan hiasan yang diternak terutama Ikan emas (gambar kecil) di Kampung Nakhoda, Gopeng, semalam.


GOPENG 1 Julai - Sebaik sahaja era kegemilangan industri perlombongan bijih timah berakhir di negeri Perak pada tahun 80-an, rakyat di negeri itu mula beralih kepada bidang ekonomi lain untuk menjana sumber pendapatan.

Selain sektor perniagaan, perkhidmatan dan pelancong, bidang pertanian merupakan antara kegiatan ekonomi yang digemari oleh penduduk terutamanya bagi mereka yang mempunyai tanah yang boleh diusahakan.

Namun, bagi yang tidak mempunyai tanah sendiri, mereka masih mempunyai peluang untuk berkecimpung dalam bidang pertanian dengan membuka ladang atau kawasan penternakan di atas tanah yang dipajak daripada kerajaan negeri.

Ramai yang tidak kisah mengusahakan ladang tanaman dan ternakan di kawasan tanah pajakan kerana menyedari bidang pertanian menjanjikan pendapatan lumayan, di samping didorong oleh minat mendalam untuk menceburi bidang tersebut.

Salah seorang yang berani mencuba nasib dalam bidang pertanian walaupun tanpa memiliki sebarang pengalaman ialah bekas kontraktor binaan, Phan Yew Mun, 50, yang kini merupakan penternak ikan hiasan yang berjaya di Kampung Nakhoda di sini.

Menurut Yew Mun, beliau tiada langsung pengetahuan dalam bidang ternakan ikan hiasan, tetapi tertarik hati menceburkan diri dalam industri tersebut apabila melihat rakan-rakan yang terlibat dalam perniagaan itu memperoleh keuntungan besar.

''Berbekalkan modal permulaan RM20,000, saya mencuba nasib memulakan perniagaan dalam industri ternakan ikan hiasan pada 1983.

''Memandangkan saya tiada pengalaman asas dalam bidang ini, maka saya tidak segan bertanya kepada rakan-rakan yang sudah berjaya mengenai teknik-teknik menternak ikan hiasan.

''Peringkat permulaan, saya hanya menternak ikan dalam beberapa kolam simen dan mula membesarkan pusat ternakan sedikit demi sedikit sehinggalah menjadi seluas 5.2 hektar ketika ini,'' katanya ketika ditemui di pusat ternakan ikan hiasannya di kampung itu, baru-baru ini.

Walaupun ikan hiasan terdiri daripada pelbagai jenis, Yew Mun memilih hanya menternak empat spesies iaitu Lily, Tiger, Emas dan Lucy kerana ia mendapat permintaan baik di pasaran.

Katanya, ikan Emas mempunyai harga paling tinggi iaitu RM1 seekor diikuti Lily dan Lucy yang berharga 30 sen, manakala Tiger dijual 12 sen.

Ikan hiasan keluaran Yew Mun dipasarkan di sekitar Ipoh dan dieksport ke Singapura.

Beliau yang mendapat bekalan ikan dari China untuk dibiakkan di pusat ternakannya bagaimanapun menghadapi masalah dengan agen-agen pembeli dari Singapura yang menawarkan harga rendah.

Masalah harga rendah ditawarkan oleh pembeli dari Singapura merupakan masalah utama dihadapi oleh lebih 160 penternak ikan hiasan di daerah Gopeng.

''Agen-agen pembeli dari Singapura ini berperanan sebagai orang tengah. Mereka membeli ikan hiasan dari Malaysia dengan harga rendah, tetapi mengeksport semula ikan-ikan itu ke luar negara dengan harga berkali ganda.

''Paling mengecewakan, mereka turut mengisytiharkan ikan-ikan itu sebagai produk keluaran negara mereka," katanya.

Justeru, kata Yew Mun, beliau dan rakan-rakan penternak lain amat berharap agar kerajaan dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut bagi memastikan industri akuakultur negara dapat terus berkembang maju.


UTARA

ARKIB : 17/12/2009

Rezeki si ikan kelisa


Ahmad Don menunjukkan jenis-jenis ikan kelisa di pejabat urusannya di Bukit Merah, Perak. - utusan/AHMAD SYAKIR SAZILI


BAGAN SERAI 16 Dis. - Ikan kelisa atau nama saintifiknya arowana merupakan ikan hiasan yang menjadi kegilaan ramai orang.

Walaupun harganya mencecah ribuan ringgit seekor namun penggemar kelisa tidak kisah. Mereka akan tetap membelinya demi kepuasan diri.

Ramai yang akan garu kepala jika dimaklumkan bahawa harga anak ikan kelisa bersaiz antara tujuh hingga sepuluh sentimeter (cm) mencecah RM2,000. Paling murah harga anak ikan kelisa ialah RM12 seekor.

Salah seorang pengusaha ialah Ahmad Don, 55. Hasil usahanya, dia mempunyai sebanyak 1,400 ekor pelbagai jenis induk ikan kelisa.

Apa yang membanggakan, usaha gigihnya yang bermula sejak 2001 itu kini dalam proses untuk membina 680 buah kolam lagi di Kuala Kangsar dan sekitar Bukit Merah, dekat sini.

''Sebenarnya saya mula terlibat dalam penjualan ikan kelisa ini pada 1975. Masa itu harga seekor cuma RM12 tetapi kini harganya sangat memberangsangkan.

''Pada 2001 barulah saya serius menternak dan menjual ikan kelisa dengan membina sebanyak lima buah kolam. Malangnya, oleh kerana tiada pengalaman saya rugi bila banyak induk ikan kelisa mati waktu itu," katanya di sini baru-baru ini.

Pada penghujung 2002, katanya, barulah dia dan rakan kongsinya mengetahui punca kematian ikan tersebut.

''Rupa-rupanya ikan induk itu mati disebabkan air kolam bercampur dengan air dari luar kolam. Jadi, selepas dua tahun rugi barulah kami merasa hasilnya sampailah sekarang," katanya.

Bagi menternak ikan kelisa, kata Ahmad, seseorang itu perlu membeli lima induk jantan dan sepuluh induk betina bagi setiap kolam supaya menghasilkan anak ikan kelisa yang banyak dan berkualiti.

''Harga induk ikan kelisa bergantung kepada jenisnya, kalau kelisa Malaysian Gold, harganya ialah RM14,000.

''Tetapi hasilnya memang cukup lumayan. Setiap dua bulan sekali kita akan tuai anak ikan. Jadi kiralah sendiri kalau dalam tempoh itu kita boleh dapat sehingga 200 anak ikan kelisa Malaysia Gold yang setiap ekor bernilai RM2,000," katanya.

Selain ikan kelisa Malaysian Gold, Ahmad turut menternak kelisa Green Base, Chilli Red, Super Red, Banjar Red serta High Back yang jumlah jualan secara keseluruhannya kini adalah 20,000 ekor setahun.

''Syarikat saya mensasarkan untuk menjual sehingga 30,000 ekor setahun pada tahun depan. Buat masa ini, kita sudah menembusi pasaran antarabangsa iaitu Singapura, China, Jepun, Vietnam dan Thailand.

Sementara itu, seorang lagi penternak, Zailani Osman berkata, hasil ternakan ikan kelisa memang cukup lumayan dan menguntungkan.

''Berdasarkan pengalaman saya, hasil bagi separuh kolam ikan kelisa adalah sama dengan hasil kelapa sawit seluas 24 hektar.

''Pasaran memang cukup bagus, kadang kala kita sudah dapat tempahan awal bernilai ratusan ribu ringgit. Jika penternak bernasib baik, mereka sudah boleh untung dalam tempoh tidak sampai setahun," katanya.

Rakannya, Mat Latip Mohd. Amin pula memberitahu, walaupun hasil ternakan ikan kelisa amat lumayan, ia tetap memerlukan komitmen tinggi untuk menjayakannya.

''Kita mesti tahu cara-cara membela ikan kelisa dengan betul termasuk pemakanan serta pengambilan benih anak ikan bagi mengelak kerugian.

''Apa yang menarik, ikan kelisa yang diternak di sini mempunyai kualiti lebih baik berbanding kawasan lain kerana ikan kelisa khususnya Malaysian Gold berasal dari Tasik Bukit Merah," katanya.


DALAM NEGERI

ARKIB : 08/12/2009

Awas pelaburan ikan kelisa haram

BUKIT MERAH 7 Dis. - Awas! Jangan percaya sekiranya ada pihak tertentu yang mengajak anda melabur dalam kolam ikan kelisa yang kononnya diuruskan oleh Jabatan Perikanan kerana anda mungkin menjadi mangsa penipuan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, pihaknya mengesan ada pihak tertentu pergi ke Kota Bharu, Kelantan dan menjual konsep tersebut dengan mengaitkan Jabatan Perikanan sedangkan jabatan tersebut tidak terlibat.

Beliau berkata, konsep tersebut memang wujud tetapi ia diuruskan oleh individu atau pihak swasta.

''Siapa hendak melabur kita galakkan tetapi ia urusan perniagaan biasa antara pelabur dengan pengusaha dan mereka perlu berani mengambil risiko.

''Saya tegaskan hal ini kerana tidak mahu apabila berlaku perkara tidak diingini, pelabur salahkan Jabatan Perikanan dan menuntut gantirugi daripada kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan pelan pengurusan ikan kelisa emas dan melepaskan anak-anak ikan tersebut di Tasik Bukit Merah di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, Noh melepaskan 110 ekor anak ikan kelisa emas bernilai RM200,000 di Tasik Bukit Merah sebagai salah satu usaha pemuliharaan ikan kelisa yang kini semakin terancam akibat aktiviti penangkapan yang berleluasa sejak 70 tahun lalu.

Ikan tersebut telah disenaraikan sebagai spesies ikan kawalan untuk perdagangan antarabangsa di bawah Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Flora dan Fauna Terancam (CITES).

Noh berkata, orang ramai yang berminat melabur dalam industri tersebut diminta berurusan secara terus dengan pengusaha kolam ikan di Bukit Merah bagi mengelakkan mereka ditipu pihak tidak bertanggungjawab.

''Industri tersebut sedang berjalan dengan baik sehinggakan anak ikan dalam perut pun tidak cukup kerana sudah ditempah awal-awal lagi.

''Oleh kerana hasilnya lumayan, ada pengusaha kolam ikan tawarkan kepada orang ramai untuk melabur dalam kolam mereka," katanya.

Harga seekor induk ikan kelisa emas biasanya bernilai RM13,000 dan kos untuk sebuah kolam ikan tersebut menelan belanja sehingga RM260,000.

Menurut beliau, industri ikan hiasan merupakan antara tiga industri bukan makanan baru bernilai tinggi yang diberi penekanan oleh kerajaan di samping rumpai laut dan burung walit.

''Sebab itu, kerajaan melalui Jabatan Perikanan bagi bantuan peralatan, prasarana, anak benih dan induk kepada pengusaha kolam ikan hiasan.

''Agro Bank juga beri pinjaman pelaburan kepada mereka yang ingin melabur dalam industri ikan kelisa ini," katanya.

Dalam pada itu, Noh berkata, perlu adanya zon akua bagi mengelakkan orang ramai menjual semua kawasan sawah padi untuk dijadikan kolam ikan kelisa.

Katanya, ekoran permintaan tinggi terhadap industri ikan kelisa, harga sawah padi kini meningkat sehingga RM300,000 berbanding RM15,000 sahaja untuk 0.4047 hektar sebelum ini.

''Kita akan bincang dengan kerajaan negeri bagaimana untuk menjadikan kawasan zon akua kerana tidak semua kawasan sawah padi boleh menjadi kolam ikan dan ini akan menjejaskan usaha negara memperluaskan kawasan sawah padi," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Perikanan Malaysia, Datuk Ahamad Sabki Mahmood berkata, industri ikan hiasan di negara ini berkembang pesat dan sebanyak 733 juta ekor ikan hiasan bernilai RM759 juta telah dikeluarkan pada tahun 2008.

"Ini merupakan peningkatan sebanyak 31.4 peratus dari segi pengeluaran dan 17.3 peratus dari segi nilai jika dibandingkan dengan 2007," katanya.

6 comments:

  1. assalamualaikum....
    boleh berkongsi pengalaman dengan saya tentang penternakan ikan kelisa?
    adakah ianya sesuai jika saya ingin lakukan penternakan ini di negeri johor?
    saya dimaklumkan oleh kawan2 hanya air tasik bukit merah sahaja yang sesuai digunakan
    sekiranya tuan sudi berkongsi pengalaman, ini alamat email saya fairuz_samsudin@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...
    Bolehkan saya bertanya ?
    berapa Ratus bagi seekor anak kelisa emas ?

    ReplyDelete
  3. salam. boleh ajar x macam mna nk buka bisness ni??

    ReplyDelete
  4. Nama saya Yusri aisyah, saya dari malaysia, sila mendengar, beberapa pemberi pinjaman di sini tidak bersedia untuk membantu anda, semua mereka hanya mahu di sini adalah untuk merobek anda wang yang diperolehi keras anda. Suami saya dan saya, mendapatkan pinjaman daripada peminjam yang berbeza dalam talian tetapi pada akhirnya, kita telah ditipu dan ditipu wang kita dengan mendapatkan pinjaman kami dari syarikat-syarikat pinjaman yang berbeza dalam talian.
    Kami juga meminjam wang untuk membayar untuk pemberi pinjaman dalam talian ini tetapi pada akhirnya, kita mendapat apa-apa.
    Suami saya dan saya berada dalam hutang, dan kami tidak mempunyai sesiapa untuk lari ke tolong, perniagaan keluarga kami telah dimusnahkan dan kita di mana tidak dapat untuk mendapatkan wang untuk memenuhi perbelanjaan harian sehingga kita telah diperkenalkan kepada Puan Glory yang membantu kami dengan menawarkan kami jumlah pinjaman tidak bercagar $ 125,000 tanpa cagaran.
    Untuk maklumat lebih lanjut mengenai bagaimana untuk mencapai Puan Glory atau mengikuti prosedur pinjaman, hubungi saya melalui e-mel saya: aisyahyu7@gmail.com
    Atau anda boleh menghantar e-mel kepada Puan Glory Suci: gloryloanfirm@gmail.com

    ReplyDelete
  5. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami boleh juga membeli anda rumah anda pilihan dalam mana-mana anda pilihan lokasi.

    ReplyDelete
  6. Cucu Puan Mazili, Kanser Leukimia ALL B- Cell.
    Puan Mazili ada cucu lelaki berumur 3 tahun 8bulan yang dulu menghidap kanser Leukimia ALL B-Cell (Acute Precursor B-Cell All). Kalau dulu dia mengalami komplikasi limpa dan hati yang dah bengkak tapi sekarang syukur dia dah sembuh dengan rawatan doktor dan rawatan dari Jutawan Herbs.Sekarang dia menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sihat lain.
    ..................................................................

    ▪️Puan Roselawaty bt Jaafar, Kanser payudara tahap 2.
    Pada tahun 2019 doktor telah mengesahkan dia menghidap kanser payudara tahap 2. Sekarang ni dah sembuh dari kanser selepas membuat rawatan di hospital dan mengamalkan Jus Jutawan Herbs.

    .................................................................

    ▪️Puan Zalina bt Ismail, Kanser Payudara.
    Dia telah disahkan menghidap kanser payudara pada tahun 2018 dan kini dah sembuh setelah menjalani rawatan hospital dan merawat dengan rawatan Jus Jutawan Herbs.

    ..................................................................

    ▪️Puan Noraini Yusof, Kanser Payudara tahap 3.
    Pada tahun 2017 dia disahkan doktor menghidap kanser payudara tahap 3.size ketulan kanser Puan Noraini dalam 13.3 cm. Disamping meneruskan rawatan hospital, dia juga terus kekal minum Jus Neo Plus Jutawan Herbs yang juga merawat dan memastikan kesihatan terus baik. Keputusan ujian kesihatan semua bagus dan sekarang dah sembuh.

    ...............................................................

    Nanti boleh hubungi saya sendiri untuk testimoni2 td tu yer dan testimoni2 pesakit2 lain dan banyak lagi ..๐Ÿ˜‰

    Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap saya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


    Call order wasap@call saya- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap saya blas lambat (biasa nya sebab ramai yg wasap saya.)
    Tak pa nanti sy balas wasap pelan2 taw
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring
    En. Mohd Zuhairi ,Pengasas Jutawan Herbs- 017468 7570

    ReplyDelete