Friday, December 25, 2009

PENGELUAR NANGKA

UTARA

ARKIB : 09/08/2008

Selama jadi pengeluar nangka


Mohd. Daud Mohd. Yusof (tengah) dan penduduk kampung teruja melihat nangka madu madura di Kebun Belia, Sungai Bayor, Perak, semalam.


SELAMA 8 Ogos – Daerah Selama akan menjadi pengeluar terbesar buah nangka madu madura berikutan permintaan yang tinggi serta kesesuaian penanaman buah-buahan tropika berkenaan di utara negeri Perak.

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Selama, Datuk Mohd. Daud Mohd. Yusof berkata, pada masa kini 100 hektar tanah di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selama telah ditanam dengan buah nangka dari spesies terbaik itu yang berpotensi untuk dikomersialkan.

Katanya, daerah Selama memilih buah nangka madu madura kerana ia antara buah nangka yang mudah ditanam serta mempunyai harga tinggi di pasaran dan tidak bermusim.

Beliau berkata, nangka madu ini mula mengeluarkan hasil pada usia satu setengah tahun dengan setiap buah beratnya antara 10 hingga 15 kilogram.

‘‘Selain menjualnya secara mentah kerana aromanya yang begitu menyenangkan, melalui kerjasama dengan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Lembaga Pemasaran Persekutuan (FAMA), nangka madu madura Selama ini boleh dijadikan cip, halwa dan dibuat jus dan pelbagai penghasilan lain yang bukan sahaja untuk pasaran tempatan tetapi juga untuk dieksport.

‘‘Selain produk nangka yang sedia dimakan terus iaitu yang mengalami pemprosesan minimum segar dan diproses berbentuk cip, kajian menunjukkan kedua-dua produk tersebut mengandungi khasiat yang tinggi dan sesuai untuk dijadikan sebagai makanan kesihatan berbanding kebanyakan buah-buahan import,” katanya semasa melawat Ladang Nangka Madu Madura di sini hari ini.

Ladang seluas dua hektar ini diusahakan oleh dua orang belia iaitu Azam Shahuri Mohd. Daud dan Mohd. Ridzuan Bahari yang kini mampu menghasilkan sebanyak 500 kilogram nangka madu sebulan.

Mohd. Daud berkata, bagi memperluaskan tanaman tersebut di seluruh daerah, pihaknya akan memastikan sekurang-kurangnya setiap rumah akan menanam sekurang-kurangnya sepokok buah nangka untuk mencukupkan bekalan.

Katanya, ia berikutan hasrat PPK untuk membina sebuah kilang khusus untuk memproses buah nangka menjadi produk hiliran yang lain.

‘‘Kita akan menggalakkan belia mengusahakan tanaman ini kerana ia boleh mendatangkan pendapatan tinggi dan kita akan memastikan pasarannya terjamin,” katanya.

Sementara itu Azam Shahuri Mohd. Daud berkata, beliau memilih untuk menanam buah nangka madu madura kerana dalam tempoh setahun setengah sahaja tanaman ini telah berbuah.

Katanya, setiap biji buah tersebut mempunyai saiz yang besar. Pada masa kini harga pasaran ialah RM1.20 sekilo dan ia semakin meningkat.

‘‘Penanaman buah nangka ini tidak mempunyai banyak masalah dan ia boleh diusahakan secara mudah dan nangka madu ini juga keistimewaannya mempunyai banyak isi.

‘‘Kami menjangkakan dapat menghasilkan pendapatan sebanyak RM4,000 hingga RM6,000 sebulan melalui ladang ini,” katanya yang mengusahakan ladang tersebut dengan rakannya Mohd. Ridzuan Bahari di tanah seluas 5.6 hektar di daerah ini.

9 comments:

  1. Bolehkah dapat anak pokok nangka madu madura?

    ReplyDelete
  2. Adake nangka jenama madura. Yang saya penah dengar nangka MASTURA adalah..yg dikeluarkan oleh prof dari USM dulu

    ReplyDelete
  3. sy ada kebun nangka madu di selama. dulu eladang yg usahakan..sekarang terbiar je, buah punyalah banyak smpai tak termakan..siapa ada cadangan mcmana nak komersialkan nangka madu ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukak gerai tepi jln...jual seniri, cari lokasi yg ramai org....xpun jual di pasar minggu @ pasar mlm....insyaAllah bleh berhasil....

      Delete
    2. assalamualaikum ade jual buah nangka lagi ke cik

      Delete
  4. Mne nk dpt stok nangka madu area k.kangsar.perak

    ReplyDelete
  5. Mne nk dpt stok nangka madu area k.kangsar.perak

    ReplyDelete
  6. mana nak dapatkan biji nangka...utk semai dlm polybeg

    ReplyDelete