Sunday, December 13, 2009

MENGENALI BAKA KAMBING BOER


Boer Fullblood
FB ini adalah kambing boer yang dibawa daripada Afrika Selatan berbadan tegap. Warna kambing boer tulen keseluruhan kemerah-merahan atau hampir hitam.



Feral
Feral Kambing liar Australia. Petani di sana menangkapnya disekitar hutan dan menjualnya keseluruh dunia, termasuk Malaysia.


Boer F1
Boer FB jantan yang di kacukkan dengan kambing feral betina yang berwarna putih. Menghasilkan boer F1. Berwarna putih keseluruhan dan bentuk badan masih bercirikan feral.


Boer F2
Boer FB dikacukkan denga boer F1 menghasilkan boer F2. Ciri-ciri utamanya ialah kepala berwarna coklat tetapi agak kabur warnanya. Bentuk badannya juga masih kurang ciri-ciri boer yang berkualiti.


Boer F3
Boer F3 adalah kacukan antara boer FB dengan boer F2. Ciri-ciri utamanya ialah kepala berwarna coklat kemerah-merahan. Bentuk badan menyerupai kambing boer FB. Kualitinya
sangat baik dan banyak dibawa masuk ke Malaysia.

Boer F4
Begitu juga boer F4. Ia juga merupakan kacukan antara boer FB dengan F3. Kepalanya berwarna coklat lebih gelap berbanding boer F3. Keseluruhan kepalanya coklat kemerah-merahan dan kehitam-hitaman. Bentuk badan menyerupai kambing boer FB juga.

Boer F5 -F7
Boer F5-F7 juga di kenali sebagai Boer Purebreed Kacukan ini memperlihatkan pengaruh gen boer yang kuat.
Secara keseluruhannya, kelihatan boer purebreed hampir sama dengan boer FB. Cuma terdapat tompok-tompok putih atau tompok-tompok coklat di badannya. Warna coklat kemerah-merahan bukan hanya terdapat di kepala tetapi turut terdapat di badan. Boer generasi ini juga sangat berkualiti untuk dijadikan baka (pejantan).

BOER GOAT CROSS BREEDING GUIDE

Guide to cross bred percentages.

What does F1, F2 etc mean?

F1 = ½ or 50% (50% Boer genetics + 50% *Rangeland)

F2 = ¾ or 75%
F3 = 7/8 or 87.5%
F4 = 15/16 or 93.75%
F5 = 31/32 or 96.88%
F6 = 63/64 or 98.84%
F7 = 127/128 or 99.22%
F8 = 255/256 or 99.61%
F9 = 511/512 or 99.80%
F10 = 1023/1024 or 99.90%
F11 = 2047/2048 or 99.95%
*also known as Feral (wild goats)

2.1 Boer Fullblood (FB)
- adalah kambing boer keturunan asal dari Africa yang tidak dicampur dengan mana-mana baka kambing lain. Kambing ini mempunyai ciri Boer yang sebenar, iaitu cepat membesar dan membiak. Kat Malaysia harga untuk jenis ini paling kurang RM2,000 seekor.


2.2 Boer F1 - adalah anak kambing yang lahir hasil dari perkahwinan antara Boer Fullblood (FB) dengan kambing jenis lain.

2.3 Boer F2 - adalah anak kambing yang lahir hasil dari perkahwinan antara Boer Fullblood (FB) dengan Boer F1

2.4 Boer F3 - adalah anak kambing yang lahir hasil dari perkahwinan antara Boer Fullblood (FB) dengan Boer F2

2.5 Boer F4 - adalah anak kambing yang lahir hasil dari perkahwinan antara Boer Fullblood (FB) dengan Boer F3

2.6 Purebreed - adalah gelaran bagi F4 (bagi betina) dan F4 keatas bagi jantan.


GOAT TERM ( Bahasa yg sering digunakan bagi Goat Breeder )
  • Buck: Male Goat

  • Sire : Pejantan

  • Dam : Induk Betina

  • Doe: Female Goat

  • Doeling: Young female goat

  • Buckling: Young male goat

  • Kid: Newborn

  • GoatsMale offspring : Anak Jantan

  • Female offspring : Anak Betina

  • Wether: Castrated male goat

  • Capretto: Meat that comes from kids

  • Chevon: Meat that comes from adult goats

No comments:

Post a Comment