Wednesday, December 9, 2009

TANAMAN VANILLA

EKONOMI

ARKIB : 18/03/2009

5,000 peneroka Felda dijangka ceburi penanaman vanila


PEMANDU rali pasukan GSR Pennzoil, Gunaseelan Rajoo (kiri) dan Karamjit Singh (kanan sekali) menunjukkan produk minyak pelincir Pennzoil terbaru sambil diperhatikan oleh Mohd. Ruslan Abdul Ghani (dua dari kiri) dan Ibrahim Abu Bakar, semalam.


KUALA LUMPUR 17 Mac - Rentak Timur Sdn. Bhd. (Rentak Timur) menyasarkan seramai 3,000 hingga 5,000 peneroka menyertai projek perladangan vanila menjelang tahun 2010 menerusi perjanjian belian balik yang dimeteraikan dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), baru-baru ini.

Menurut satu kenyataan, perjanjian itu bertujuan meluaskan kepakaran dan khidmat nasihat urus niaga dalam perladangan vanila, sekali gus menyaksikan Malaysia bakal menjadi antara negara pengeluar vanila utama.

Menerusi perjanjian itu, Rentak Timur mempunyai hak eksklusif untuk membeli balik semua buah vanila daripada peneroka Felda pada harga yang ditetapkan, katanya.

Pengeluar vanila di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) itu akan memproses buah tersebut untuk dikeringkan dan menghasilkan produk-produk hiliran bagi tujuan eksport.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syed Isa Syed Alwi berkata, setakat ini pihaknya telah menjalankan usahasama dengan seramai 150 orang peladang kontrak yang melibatkan 60 hektar pokok vanila di seluruh negara

Di bawah kontrak perladangan berkenaan katanya, Rentak Timur akan membekalkan pokok-pokok vanila yang bernilai antara RM10 hingga RM14 sebatang, bergantung kepada kualiti.

"Kita akan membeli semula hasil tanaman pada harga antara RM35 hingga RM50 sekilogram (kg).

"Dengan hanya keluasan tanah 0.08 hektar, sebanyak 1,000 pokok vanila boleh ditanam bagi menjana pendapatan sebanyak RM60,000 setahun. Ini bermakna para peneroka Felda mampu memperoleh pendapatan dalam RM3,000 sebulan," katanya dalam kenyataan itu.

Pada Februari 2006, Rentak Timur telah menandatangani perjanjian dengan Kolej Universiti Teknologi Malaysia (Kuktem) bagi penyelidikan dan pembangunan (R&D) ekstrak vanila dan teknologi berkaitan.

Buat masa ini, syarikat itu juga menjalinkan kerjasama dengan Malaysian Herbal Corporation, yang membantu usahasama dengan Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi R&D untuk meneroka aktiviti hiliran industri vanila.

Syed Isa berkata, aktiviti R&D termasuk aspek teknikal penanaman, pengurusan perladangan, bioteknologi, biokimia dan kejuruteraan.

"Penyelidikan dan pengujian telah mewujudkan satu sistem penanaman bersepadu, penuaian dan pemprosesan vanila asli.

"Pokok vanila yang ditanam adalah daripada jenis Vanilla planifolia Andrews, iaitu yang berkualiti tinggi dan sesuai untuk perladangan komersial," ujarnya.

Rentak Timur memiliki rumah hijau di Lanchang, Pahang yang berfungsi sebagai pusat pembenihan dan penyemaian vanila yang mampu menampung sebanyak 200,000 pokok pada satu masa.

Beliau menjelaskan, pusat itu membekalkan benih bagi penanaman vanila dan memastikan ia dibekalkan secara konsisten dalam persekitaran terkawal sekali gus mengurangkan kos mengimport tanaman berkenaan pada masa depan.

"Kami juga menyediakan latihan dan khidmat sokongan kepada para peladang bermula daripada peringkat pembenihan sehingga penuaian," katanya.

Rentak Timur juga mempunyai kilang pemprosesan bernilai RM14 juta bagi menghasilkan produk keluarannya yang dikenali sebagai Malaya Spice.

Jenama berkenaan menghasilkan produk halal ekstrak vanila organik pertama di dunia, selain produk lain seperti minyak pati dan ekstrak asli serta perasa lain.

Malaya Spice dieksport ke 40 buah negara termasuk Singapura, Brunei, Indonesia, Thailand, Eropah Barat dan Jepun.

No comments:

Post a Comment