Burung Walit
Penuaian sarang burung Walit dari gua-gua secara komersal telah dijalankan sejak lebih 100 tahun dahulu di Malaysia. Hasil penuaian pertama adalah dari Gua Niah, Sarawak pada tahun 1878. sejak sedekad kebelakangan ini, pengusaha telah cuba menerokai halaman baru dalam penuaian burung Walit ini. Ianya dari perspektif perladangan yang berperikemanusiaan, mesra haiwan, ekonomi, lestari pada populasi burung Walit serta bersifat mesra alam berbanding cara tradisi. Spesis dan bilangan burung Walit telah banyak berkembang dan berhijrah dari hutan ke desa dan bermastautin di bandar. Semenjak itu, industri burung Walit ini telah berkembang.
Burung Walit berada di dalam Order Apodiformes bermakna tiada berkaki dan ini tidak berupaya di tanah. Burung ini mempunyai kuku mencengkam yang kuat. Burung ini cekap berterbangan di udara ( areal ability ) dan saiz burung Walit adalah kecil. Ukuran panjangnya adalah 13sm dan yang terkecil 7.5sm. burung Walit berkelompok besar dan suka pada kawasan di mana ada banyak cerok-cerok bukit dan gua. Ia membiak di dalam gua atau premis yang berkeadaan seakan-akan gua. Sesetengah spesis ini menggunakan ekolokasi ( echolocation ) seumpama kelawar, untuk terbang ( navigate ) dalam gelap.
Sarang burung Walit berharga dan diterokai sebab ianya mengandungi sedikit sahaja bulu atau bahan yang tidak boleh dimakan. Tuaian berjuta-juta ringgit dihasilkan setiap tahun di Malaysia daripada beberapa buah premis penternakan burung Walit.
Burung Walit dapat menyesuaikan diri dengan iklim dan habitat yang tertentu. Sarang burungb Walit adalah sarang burung yang paling dikagumi. Sarangnya tidak berliku-liku, berwarna-warni atau menawan. Masyhurnya sarang burung Walit disebabkan ianya adalah ramuan asas sup sarang burung di merata dunia.
Kehidupan ala-bandar:
Makanan asas burung Walit adalah serangga yang ditangkap semasa ia berterbangan. Aktiviti harian seterusnya, membuat sarang di antara batu-batan dan simen di dalam atau di sisi bangunan di Bandar dan kota raya. Burung-burung ini akan terbang pantas sambil mengkilas serta menebusi ruang udara di antara liku-liku jalan dan rumah mencecah dinding, mencelah antara ruang kecil dan terus terbang kea wan. Pada masa yang sama, ia akan mengeluarkan kicauan yang bernada tinggi ( high pitched ). Dari pandangan burung Walit pada pandangan aras terbangnya, dinding perumahan adalah seakan-akan ‘permukaan batu-batan’, dan ruang di antara dinding atau atap membuka peluang untuk membuat sarang di dalam ‘gua’. Oleh kerana persekitaran bandar sanagat sesuai dan selesa, ini menjadikan sedikit sahaja burung Walit yang membiak di habitat semulajadinya di hutan rimba.
Di dalam mencatatkan Amalan Baik Penternakan Haiwan, beberapa perkara diambil kira iaitu :
1. Keperluan fizikal dan perilaku haiwan pembiak dan bukan pembiak;
2. Perlakuan berperikemanusiaan;
3. Keselamatan manusia;
4. Keselesaan pengurusan haiwan, dan
5. Keuntungan yang baik bagi premis.
‘Lima Kebebasan’ , sebagai kayu pengukur bagi kebajikan haiwan adalah :
• Bebas dari lapar dan dahaga.
• Bebas dari ketidakselesaan, kehangatan dan fizikal.
• Bebas dari kesakitan, kecederaan dan penyakit.
• Bebas dari keresahan.
• Bebas mempamerkan perilaku dan fisiologi yang semulajadi.
Antara spesis Burung Walit
1. Collocalia esculenta cyanoptila.
2. Collocalia linchi dodgie.
3. Aerodramus fuciphagus vestitus.
4. Aerodramus fuciphagus amechanus.
5. Aerodramus fuciphagus fuciphagus.
6. Aerodramus maximus lowi.
7. Aerodramus maximus tichelmani.
RENCANA UTAMA
Wajarkah walit di bandar?
Pengubahsuaian rumah kedai di bandar menjadi rumah untuk burung walit menjanjikan pulangan pendapatan lumayan, bagaimanapun ramai penduduk yang merungut ia menimbulkan gangguan termasuk pencemaran bunyi, bau dan menjejaskan kesihatan.
TANPA diketahui umum, industri sarang burung walit kini mencecah RM1 bilion setahun selepas migrasi besar-besaran spesies burung itu dari Indonesia, kira-kira 10 tahun lalu.
Jumlah itu dijangka meningkat ekoran permintaan berterusan dari negara China memandangkan sup sarang burung sangat popular dalam kalangan rakyatnya, selain turut menjadi 'pengukur' status individu.
Malaysia merupakan negara pengeluar sarang burung ketiga terbesar di dunia selepas Indonesia dan Thailand dengan purata lebih 12 tan sarang burung dihasilkan dalam sebulan.
Malah, sarang burung walit atau aerodramus fuciphagus (edible-nest swiftlet dan black-nest swiftlet atau aerodramus maximus yang terdapat di Malaysia adalah yang terbaik dari segi kualitinya.
Isu pelesenan
Namun, beberapa isu timbul sejak kebelakangan ini termasuk masalah perlesenan kira-kira 1,500 rumah burung walit di Sarawak. Masalah itu menjejaskan perkembangan industri yang berpotensi besar ini.
Jika di Semenanjung Malaysia, premis burung walit dibenarkan dibina di rumah kedai dan lot komersial di bandar mengikut syarat tertentu, premis yang sama tidak dibenarkan di kawasan bandar di negeri itu.
Ini kerana Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 Sarawak tidak membenarkan burung walit diternak di kawasan bandar.
Peraturan Perlindungan Hidupan Liar (Sarang Burung Boleh Dimakan) 1998 dan Peraturan Perlindungan Hidupan Liar 1998 juga menjelaskan bahawa spesies itu hanya boleh diternak di tanah pertanian di kawasan luar bandar, selain habitat asalnya seperti gua.
"Sepatutnya, kerajaan negeri menyokong industri ini dan bekerjasama dengan kerajaan persekutuan untuk mewujudkan garis panduan penternakan burung walit," kata Dr. Koh Ung Leong di Sibu baru-baru ini.
Doktor veterinar itu berkata, burung walit mempunyai nilai ekonomi tinggi, meningkatkan nilai hartanah setempat dan menjadi alternatif kepada petani dan nelayan untuk mengusahakannya secara serius.
Tinjauan Bernama mendapati terdapat banyak rumah burung dibina dan rumah kedai diubahsuai menjadi rumah burung di bandar berhampiran pesisir pantai seperti di Mukah, Sibu, Sarikei dan Bintulu.
Sebelum ini, persatuan pedagang sarang burung walit di negeri itu merayu campur tangan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk menyelesaikan masalah tersebut selepas tindakan penguatkuasaan bermula pada Oktober tahun lalu di Mukah.
Sehingga hari ini, daripada lebih 1,500 premis burung walit yang ada, hanya dua premis diberikan lesen oleh pihak berkuasa. Ini bermakna 99.8 peratus rumah burung walit di negeri itu adalah premis haram.
"Kami berharap kerajaan negeri akan menyediakan garis panduan yang sama seperti di Semenanjung. Kami akan memberikan kerjasama penuh kepada kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu ini," kata Pengerusi Protem Persatuan Perdagangan Sarang Burung Walit Sarikei, Wong Hua Ting.
Dalam isu ini, kerajaan negeri dilihat mempunyai dua pilihan sama ada memusatkan penternakan burung walit ke sesebuah kawasan melalui pembinaan taman eko atau mengadaptasi garis panduan penternakan burung walit.
"Mustahil untuk memindahkan burung-burung ini. Burung walit bukannya seperti ayam atau itik yang boleh kita tangkap dan pindahkan. Burung-burung ini sudah jadikan rumah burung sebagai hotel tempat bersarang," kata pengerusi Persekutuan Persatuan Pedagang Sarang Burung Malaysia, Datuk Beh Heng Seong.
Difahamkan sehingga hari ini, belum ada kaedah memindahkan burung walit yang juga spesies yang dilindungi di bawah Akta Hidupan Liar 1972. Ini menjadikan usaha memindahkannya, terutama anak burung, adalah mustahil tanpa risiko 'membunuh' burung itu.
Persoalannya, bagaimanakah kerajaan negeri terutama Jabatan Hutan Sarawak dan Perbadanan Perhutanan Sarawak akan menangani isu ini tanpa mengenepikan kepentingan semua pihak termasuk pemilik rumah burung?
Mengganggu penduduk
Ketua Pengarah Jabatan Hutan Sarawak yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Perhutanan Sarawak, Datuk Len Talif Salleh, menegaskan bahawa pembangunan industri ini perlu dilakukan secara sistematik mengikut undang-undang yang sedia ada.
"Kebanyakan yang minta lesen adalah di bandar yang mengikut definisi undang-undang, mereka tidak layak," kata Len Talif mengenai risiko epidemik seperti selesema burung menyebabkan kenapa kerajaan negeri tidak membenarkan penternakan burung itu di bandar.
Beliau berkata, pihaknya juga menerima aduan daripada orang ramai mengenai masalah bau dan bunyi bising pembesar suara yang dipasang di premis burung itu bertujuan memanggil burung walit singgah bersarang.
Len Talif juga mendakwa pembinaan rumah burung di kawasan bandar turut menjejaskan perniagaan sesetengah pihak terutama mereka yang menjual makanan di restoran atau gerai berdekatan.
"Sepatutnya, pembinaan rumah burung di bandar tidak dibenarkan kerana melanggar undang-undang," katanya sambil menjelaskan bahawa kerajaan negeri akan membina taman eko dan memberi lesen kepada individu berminat membina rumah burung di tanah pertanian di luar bandar.
Kebanyakan pemilik rumah burung melihat masalah birokrasi memohon lesen melibatkan agensi berkaitan seperti pejabat tanah, pihak berkuasa tempatan, Sarawak Planning Autority (SPA) dan Perbadanan Perhutanan Sarawak merumitkan keadaan.
Ketiadaan jaminan burung bersarang di taman eko dan premis burung baru juga menyebabkan kenapa mereka mahu kerajaan negeri mengguna pakai garis panduan mengikut Amalan Baik Penternakan Haiwan (GAHP) untuk burung walit, Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
GAHP, yang merupakan antara syarat lesen di Semenanjung, menetapkan spesifikasi tertentu bagi memastikan premis burung walit dibina kondusif dan mesra alam, selain menetapkan had bunyi tidak melebihi 40 desibel dengan corong 60 darjah menghala ke langit bagi mengatasi masalah bunyi. - Bernama
Cubaan seludup sarang burung bernilai RM357,000 ke Malaysia tumpas
NEW DELHI: Pegawai Kastam Sri Lanka menahan dua warga negara berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike semalam ketika
cuba menyeludup keluar sarang burung bernilai RM357,000 ke Malaysia.
Kedua-dua suspek itu dipercayai membawa 44kg Wehilihiniya (sarang burung
layang-layang Sri Lanka yang boleh dimakan) atau 15,000 sarang dalam tiga
beg namun menjadi panik apabila melihat pegawai Kastam, menurut laporan akhbar Daily Mirror.
Kedua-dua suspek berkenaan ditahan reman sehingga 29 Dis ini.
Menurut Jabatan Kastam, seorang daripada suspek itu ditahan Ogos lepas ketika cuba menyeludup keluar 38kg sarang burung Wehilihiniya bernilai hampir RM300,000.
Dia bagaimanapun didenda dan kemudian dibebaskan.
No comments:
Post a Comment