INDUSTRI KAMBING
Pengenalan
Menurut bancian 1998 populasi ternakan kambing ialah sebanyak 25,420 ekor dalam Negeri Perak, tahap sara diri pada tahun tersebut hanyalah sebanyak 26.6 %. Memandangkan bekalan yang rendah manakala permintaan yang tinggi, Unit Kambing di LIT memainkan peranan sebagai Pusat Pembiakan Kambing Baka yang bermutu terutamanya kambing susu.
Industri komoditi ternakan kambing tenusu semakin lama mendapat perhatian yang sangat menggalakkan, khususnya terhadap pengeluaran dan pemasaran susu kambing.
Luas kawasan Unit adalah 60 ekar yang ditanam dengan rumput Guinea, S.Kazungula, Napier dan African Star. Baka utama yang dibiakkan adalah Toggenburg dan Saanan. Kini sejumlah 380 ekor kambing susu terdapat di LIT.
Objektif
-
Membekalkan kambing baka tulin dan kacukan yang bermutu kepada penternak dalam usaha menambahkan populasi kambing di Negeri Perak.
-
Mewujudkan sebuah pusat yang boleh membekalkan susu segar sebanyak 200 liter setiap hari serta menambahkan stok nukleus kambing baka tenusu. Ianya juga sebagai memenuhi permintaan susu kambing semasa.
Memperkenalkan kaedah penternakan kanbing secara intensif.
Mengembangkan pengetahuan pengurusan kambing tenusu kepada penternak-penternak dan pengusaha-pengusaha yang berminat.
Sebagai pemangkin dalam bidang ternakan kambing tenusu.
Sistem Pemeliharaan/Pengurusan
Semi-intensif
Kambing parentstok ( 5 - 9 tahun) dibiar meragut dalam 10 buah padok mengikut sistem "rotational grazing". Kambing dibiar dalam setiap padok yang luasnya diantara 2 - 4 ekar selama 3 hari. Rumput yang diperolehi adalah pada umur 31 hari. Cara ini adalah untuk mengatasi serangan cacing. Dedak sebanyak 800gm diberi kepada setiap kambing selepas ragutan.
Intensif
Kambing yang lain disimpan dalam kandang dan diberi makanan dari segi rumput dan dedak. Sebanyak 4 - 6kg rumput Napier dan Guinea diberi setiap hari kepada ternakan yang berumur 50 - 60 hari. Dedak kambing sebanyak 800 gm/hari diberi bersama dengan jagung 200 gm dan 100gm BOSPRO sejenis "yeast culture" dicampur untuk membantu menghadam makanan dengan sepenuhnya.
Pengurusan Padok/Foder
Baja Complehumus ditabur sebanyak 100kg/ekar selepas setiap 3 ragutan dan sebanyak 250kg/ekar baja urea ditabur selepas 5 ragutan. Untuk rumput foder pula selepas setiap potongan, baja urea ditabur oleh Unit Agronomi. Juga sistem "sprinkle" dipasang ke dalam padok supaya mendapat air yang secukupnya pada musim panas.
Pemerahan Susu
LIT mempraktikkan sistem "two milking" dimana dengan masa yang cukup ( 7 - 8 jam) pengeluaran harian bertambah sebanyak 25% - 35%. Pemerahan yang dibuat adalah dengan sistem "line milker" di mana 9 ekor diperah pada satu masa. Makanan dedak diberi sebanyak 200gm supaya tiada gangguan berlaku semasa memerah susu.
Pengeluaran Susu Semasa
-
Jumlah pengeluaran: 142 liter
-
Purata seekor: 1.51 liter/ekor
-
Kerap pemerahan: 2 kali sehari
-
Purata jualan: 69 % @ RM10.00 seliter
-
Susu untuk anak: 31%
Keperluan Makanan
Dari segi keperluan seekor kambing memerlukan makanan (kuantiti) sebanyak 4% daripada berat badan berdasarkan bahan kering. Dari segi kualiti pula perlu memperolehi rumput pada umur yang sesuai supaya bahan kering, protin, serat dan "metabolisable energy" ada pada tahap yang sesuai seperti berikut:-
Bil | Jenis makanan | Umur(hari) | Bahan kering (%) | Protin (%) | Serat kasar (%) | M.energy (mj/kg) |
1 | Napier | 40-45 | 19.80 | 11.60 | 28.60 | 8.63 |
2 | Guinea | 35-40 | 20.70 | 11.40 | 38.10 | 6.75 |
3 | Setaria | 25-28 | 16.00 | 12.90 | 29.00 | 7.38 |
4 | Dedak | - | 86.20 | 16.80 | 5.50 | 11.42 |
Contoh: (makanan yang diperlukan bagi seekor kambing berat badan 45kg)
Keperluan makanan 4% dari berat badan berdasar berat kambing
- Rumput 6000 gm x 19.8 = 1,188.00 gm DM
- Dedak 700 gm x 86.2 = 602.00 gm DM
- Jagung 200 gm x 89.7 = 179.40 gm DM
1,969.40 gm DM
No comments:
Post a Comment