Sunday, December 13, 2009

SOALAN LAZIM MENGENAI BIRI-BIRI

1. APAKAH DASAR KERAJAAN DALAM PERKEMBANGAN TERNAKAN BIRI-BIRI?

Bersesuaian dengan Dasar Pertanian Negara, keutamaan telah diberikan kepada pemeliharaan ruminan kecil secara komersial. Bagi mengurangkan kos pengeluaran, menternak secara integrasi di dalam kebun atau ladang getah, kelapa sawit atau tananian utama lain.

Aktiviti ini akan dan sedang ditumpukan di kawasan berpotensi seperti ladang-ladang FELDA, FELCRA, RISDA dan termasuk ladang-ladang swasta serta kebun persendirian.

2. APAKAH KEBAIKAN SISTEM INTEGRASI INI ?

Dapat menyuburkan tanaman di ladang, mengurangkan kos pengawalan rumpai antara 20-30%, memberikan hasil pendapatan sampingan yang lumayan.

3. BOLEHKAH BIRI-BIRI DIPELIHARA DI KAWASAN SELAIN DARIPADA GETAH DAN KELAPA SAWIT ?

Boleh, asalkan mempunyai kawasan meragut dan biri-biri tidak merosakkan tanaman utama berkenaan; contohnya di kawasan tanaman kelapa, kebun buah-buahan dan koko.

4. APAKAH SAIZ EKONOMIK PENTERNAKAN BIRI-BIRI ?

Pulangan yang berpatutan, diperolehi dengan memelihara sekurang kurangnya 100 ekor biri-biri betina. Matlamat ini boleh dicapai jika kadar kelahiran 150% setahun dan kematian tidak melebihi 5% setahun.

5. BERAPA BANYAKKAH BIRI-BIRI DAPAT DIPELIHARA SECARA INTEGRASI?

Ini bergantung kepada umur tanaman utama dan kesediaadaan rumput/rumpai di bawah tanaman utama. Amnya getah atau kelapa sawit berumur 2-3 tahun dapat menarnpung 3-4 ekor biri-biri setiap ekar. Semakin tua tanaman berkenaan, semakin kurang bilangan biri-biri boleh dipelihara.

6. APAKAH JENIS TERNAKAN BIRI-BIRI YANG SESUAI DIPELIHARA SECARA KOMERSIAL?

Biri-biri import jenis Polled Dorset atau Dorset Horn didapati dapat menyesuaikan diri dengan baik di kawasan kelapa sawit dan getah. Ternakan kacukan Dorset Horn atau Polled Dorset deiigaii biri-biri tempatan sedang digalakkan dipelihara secara besar-besaran berdasarkan ketahanannya terhadap penyakit dan pertumbuhan yang lebih baik daripada biri-biri tempatan.

7. APAKAH JENIS BIRI-BIRI YANG TERDAPAT DALAM NEGARA KITA ?

Ada 3 kumpulan:-
1. Biri-biri Tempatan (MALIN);
2. Jenis Exotic (asal dari luar negeri);

  • Dorset
  • Wiltshire
  • Romney
  • Suffolk
  • Corriedale
  • Border Leicester

3. Kacukan-kacukan di atas.

8. BAGAIMANA CARA MENDAPATKAN BAKA KACUKAN ?

Terdapat 2 cara:

  • Penternak boleh membeli baka kaeukan dari pihak swasta, agen pembekal atau ladang-ladang kerajaan.
  • Penternak bolehjuga menghaslikan sendiri dengan mengahwinkan biri-biri pejantan import dengan betina tempatan atau betina import dengan pejantan tempatan.

9. MENGAPA MALAYSIA PERLU MENGIMPORT TERNAKAN BIRI-BIRI DARI LUAR NEGERI?

Bagi mencapai matlamat satu juta biri-biri dalam tahun 2000. Populasi biri-biri Negara mesti ditingkatkan ke paras sekurang-kurangnya 130,000 pada tahun 1990. Pengimportan bukan sahaja boleh meningkatkan populasi juga boleh meningkatkan produktiviti ternakan tempatan melalui program pengacukan.

10.SAYA ADA MEMPUNYAI KAWASAN DAN INGIN MENJADI PENTERNAK BIRI-BIRI TETAPI TIDAK MEMPUNYAI MODAL YANG CUKUP, BAGAIMANA CARANYA?

Tuan boleh memohon pinjaman bank untuk membina kandang, membeli biri-biri dan membeli makanan tambahan serta mendapatkan khidmat nasihat percuma daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan.Atau tuan boleh menyediakan segala infrastruktur dan memohon biri-biri pawah daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan.

11. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SISTEM PAWAH BIRI-BIRI ?

Sistem di mana penternak diberi ternakan biri-biri betina untuk dipelihara, dan bagi setiap ekor biri-biri yang dipawahkan penternak wajib memularigkan kepada Kerajaan seekor anak berumur tidak kurang 9 bulan dan ianya harus diselesaikan dalam masa 36 bulan.

12. BAGAIMANA PULA DENGAN LATIHAN ?

Latihan ada disediakan di Institut Haiwan Kluang selama 5 hari dan peserta boleh ditempatkan di asrama Institut tersebut.Atau tuan-tuan boleh mernohon mendapatkan latihan setempat (in situ) iaitu di kawasan projek Jabatan, kursus/latihan sebegini hanya boleh diberi 1-2 hari sahaja.

13. APAKAH LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL SELEPAS SAYA MENERIMA BIRI-BIRI IMPORT ?

  • Memberi makan dan minum secukupnya.
  • Memberi perhatian yang rapi.
  • Lapor kepada Pejabat Haiwan jika ternampak sebarang tandatanda sakit atau sebarang keganjilan.
  • Kurangkan gangguan dalam minggu pertama.
  • Dicampurkan ubat 'anti stress'dalam air minuman.
  • Selepas 2 minggu baru diasingkan kumpulan bunting sarat, sakit dan kumpulan ibu bersama anak.

14. APAKAH CARA PEMELIHARAAN PALING BAIK DALAM PROJEK INTEGRASI ?

  • Sistem separuh bebas.
  • Meragut di waktu teduh dan dikandangkan di waktu panas dan malam.
  • Petang diberikan sedikit dedak dan malam sedikit rumput potong untuk bekalan hingga ke pagi sebelum dilepaskan.
  • Air minum bersih di sepanjang masa.
  • Kandang di antara tanaman utama perlu mempunyai cukup pengudaraan dan ruang lantai.
  • Kandang mudah dibersihkan.
  • Mempunyai kandang/petak berasingan bagi biri-biri sakit, bunting dan anak.

15. APAKAH CIRI-CIRI KANDANG YANG SESUAI ?

  • Kandang mestilah kukuh.
  • Mempunyai pengaliran udara yang baik termasuk ruang bumbung yang terbuka.
  • Terletak di kawasan kering dan berhanipiran dengan kawasan ragutan.
  • Ruang lantai yang cukup, sekurang-kurangnya 7 kaki persegi (0.65 meter persegi) bagi setiap ekor

16. PERLUKAH RUMPUT POTONG DISEDIAKAN DALAM KANDANG ?

Perlu sekah terutama untuk biri-biri yang tidak dilepaskan. Juga sebagai tambahan di waktu malam dan pagi semasa biri-biri berada dalam kandang.

17. BERAPA BANYAKKAH RUMPUT YANG HARUS DIBERI ?

Anggaran berat kering 3-5% daripada berat badan. Contohnya bagi biri-biri seberat 40 kg dan kandungan berat kering rumput 20%, berat rumput segar perlu diberikan.tall kurang daripada 10 kg sehari.

18. BERAPA LAMA DAN BILA MASAKAH BIRI-BIRI SEBAIKNYA MERAGUT ?

Minimum 6 jam sehari, bermula di sebelah pagi sebaik sahaja rumput tidak terlalu basah. Kebiasaannya pukul 9 atau 10 pagi hingga 3 atau 4 petang untuk kawasan ladang/Estet. Kawasan padang ragut terbuka, mungkin perlu dibahagikan waktu meragut kepada dua; contohnya antara 8-11 pagi dan 3.30 - 6.30 petang.

19. APAKAH NISBAH BIRI-BIRI JANTAN DAN BETINA YANG DIANJURKAN OLEH JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN ?

Kadar 1 jantan bagi tiap 20-25 ekor betina adalah disyorkan.

20. BAGAIMANA CARA MEMILIH BAKA BIRI-BIRI BETINA DAN JANTAN YANG BAIK UNTUK KUMPULAN PEMBIAK ?

Betina

  • Umur 1 tahun
  • Tidak cacat dan sihat tubuh badan.
  • Keturunan yang baik seperti pandai menjaga anak dan dapat rnengeluarkan susu yang cukup untuk anak.

Jantan:

  • Umur 2 tahun atau lebih.
  • Tidak cacat, berbadan tegap dan mempunyai otot-otot bahagian belakang yang besar dan kuat.
  • Buah zakar yang sederhana besar dan sama saiz nya.

21. BAGAIMANA MENGURUSKAN ANAK YANG BARU DILAHIRKAN ?

  • Pastikan ia mendapat susu awal (kolostrum), kalau perlu ianya harus dibantu.
  • Asingkan anak dan ibu daripada kumpulan lain.
  • Bagi anak yang lemah, badannya perlu dikeringkan dari diletakkan di tempat kering dan diperkenalkan kepada ibunya.
  • Tali pusat disapu dengan iodin atau sebarang antiseptik.

22. MENGAPA KITA PERLU MEMOTONG BULU BIRI-BIRI IMPORT SETIAP 6 BULAN ?

Untuk menyejukkan badan dan juga mengelakkan kekotoran atau Ialat bertelur di celah-celah bulu yang mungkin lembap di keadaan cuaca seperti Malaysia ini,

23. BERAPA KERAPKAH UBAT CACING PERLU DIBERIKAN ?

Setiap 3 minggu sekali. Tetapi selepas 2 minggu diberi ubat cacing, clok kalau diuji selidik najisnya bagi melihat cacing atau telur cacing untuk tindakan rawatan selanjutnya.

24. APAKAH PENYAKIT YANG SERING DIJANGKITI OLEH BIRI-BIRI ?

Cacing - boleh menyebabkan kematian. Beban cacing yang tinggi inenyebabkan biri-biri kurus, kurang selera makan, lemah, berak cair dan pucat.

Puru - disebabkan oleh virus. Puru tumbuh di sekitar bibir, mulut dan hidung. Bahagian puru menyebabkan kulit pecah dan memudahkan jangkitan kuman-kuman lain. Jangkitan yang tidak serious membolehkan penyakit sembuh dan biri-biri laii dengan sendirinya.

Blue Tongue (Penyakit Lidah biru) - disebabkan oleh virus, mudah terkena ke atas biri-biri import. Bahagian kulit selaput lidah atau bahagian mulut, bibir dan gusi merah dan membengkak. Air liur keluar bertali-tali dan ia boleh menjadi tempang.

Kembong - biasa disebabkan olch memakan rumput muda dan banyak protein seperti kekacang. la dapat dielakkaii dengan memberi rumput yang cukup.

25. SEJAUH MANAKAH KESAN PENYAKIT LIDAH BIRU TERHADAP TERNAKAN BIRI-BIRI ?

Tidak boleh dirawat, tetapi boleh dielak dengan suntikan pelali dan boleh lab dengan sendiri. Kadar jangkitan rnencapai 30% dan kadar kematian antara 5 - 50% daripada biri-biri yang dijangkiti. Boleh dielakkan jika nyamuk pembawa virus ini Genis Culicoides) dapat dihindarkan, misalnya dengan cara mengasapkan atau semburan bahan kimia (contoh malathion).

26. APAKAH YANG PERLU DIAMBIL APABILA BIRI-BIRI MATI ?

Ternakan sendiri yang mati perlu diketahui sebabnya, dengan melaporkan kepada Pegawai Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Ini mustahak untuk langkah pencegahan kematian biri-biri lain atas sebah-sebab yang sama.

Pihak Jabatan Perkhidmatan Haiwan akan menyediakan sijil kematian, merekodkan dalam buku rekod pawah dan membuat bedah siasat. Bangkai tersebut kemudiannya boleh ditanam sekurangkurangnya 4 kaki dalam atau dibakar.

27. BAGAIMANA BIRI-BIRI BOLEH DIJUAL/PASARKAN ?

Biri-biri betina pembiak boleh dijual kepada ladang-ladang persendirian yang memerlukan dan jantan selain dijual sebagai baka pejantan,juga boleh dijual untuk sembelihan.

Buat masa ini belum ada badan yang menguruskan pemasaran biri. biri ini, tetapi sedang dirancang oleh beberapa agensi Kerajaan di bawah Kementerian Pertanian.

28. MENGAPA REKOD-REKOD PRESTASI TERNAKAN PERLU DISEDIAKAN ?

Berguna untuk rujukan setiap individu biri-biri peliharaan ketika:

  • jualan atau asing singkirkan
  • pemeliharaan baka atau pembiakan
  • membuat rawatan dan kawalan penyakit

29. BAGAIMANA CARA KAMI BOLEH MENDAPATKAN KHIDMAT NASIHAT DALAM PENTERNAKAN BIRI-BIRI KOMERSIAL INI ?

Beberapa orang pegawai peringkat Negeri telah dilatih secukupnya. Begitu juga buku-buku panduan telah diterbitkan.

Lawatan ke projek-projek sedia ada dapat diaturkan melalui Jabatan Perkhidmatan Haiwan.

30. DI MANA PERLU SAYA HUBUNGI UNTUK KETERANGAN LANJUT ?

Dipersilakan menghubungi kami di:

Ibu Pejabat Perkhidmatan Haiwan
Blok A Tingkat 8 & 9
Wisma Chase Perdana
Bukit Damansara
50630 Kuala Lumpur
Tel : 2540077

atau

Pejabat Perkhidmatan Haiwan
di kesemua Negeri-negeri
di Semenanjung Malaysia.

Catatan

1.Perkataan biri-biri boleh juga disebut bebiri
2.Bebiri tempatan telah diberi nama MALIN, Oleh itu nama MALIN hendaklah digunakan setiap kali ianya dikaitkan dengan bebiri tempatan.


1 comment:

  1. Salam saya baru belajar bela biri biri jenis malin. Tak banyak cuma dua ekor sahaja sebagai permulaan tambahan pula modal sedikit. Yang jantan nampak dah mula jinak dengan saya tapi yang betina dan baru dalam sebulan bunting asal tengok saya dia lari lintang pukang sampai terhumban kesian temgok. Baru dua hari saya beli dari orang kampung. Makanan saya kasik rumput hijau dan daun daun pokok. Air saya campirkan sedikit garam kasar. Saya akui saya tidak ada pengalaman. Kalau tidak keberatan mohon sedikit panduan terutama malin betina tu. Kalau encik sudi boleh tak what apps saya do nombor 01110313009. Nama saya Nikmat dan saya di kelantan.Nak ke pejabat haiwan tak lepas sekarang sbb pkp. Tolong ye encik

    ReplyDelete