Tuesday, December 8, 2009

SILAJ

Para penternak digalakkan membentuk satu perancangan terhadap bekalan dan pengeluaran pastura dan foder berdasarkan keluasan yang ada. Kebanyakan penternak kecil mempunyai keluasan tanah yang terhad untuk membekalkan bahan hijauan secukupnya sepanjang tahun.

Program penyimpanan foraj ini giat diperkenalkan terutamanya secara silaj kerana menyedari penternak-penternak masa kini menghadapi masalah untuk menyediakan rumput yang bermutu dan mencukupi sepanjang tahun. Kekurangan bekalan rumput segar begitu ketara semasa musim kemarau dan musim banjir. Di kawasan yang dilanda banjir berpanjangan, rumput akan mati dan perlu ditanam semula yang tentunya akan mengambil masa yang lama. Masalah ini lebih mendesak bagi kawasan-kawasan yang mengalami kedua-dua musim kemarau dan juga banjir.

Beberapa kajian telah dijalankan bagi menentukan teknologi yang sesuai untuk penyimpanan foraj di kalangan penternak-penternak kecil di Malaysia. Pada amnya, foraj boleh disimpan pada paras kelembapan yang berlainan dimana silaj pada tahap 65-75% manakala hay pula pada paras di bawah 15%, pada perkiraan berat basah.

Program penyimpanan foraj sangat digalakkan bagi tujuan berikut:

1. Satu cara menyimpan foraj semasa pengeluaran yang berlebihan dengan itu boleh digunakan semasa terdapat kekurangan bekalan.
2. Penggunaan tanah yang lebih efisien.
3. Mengurangkan ragutan dan pemotongan semasa musim kemarau.
4. Membolehkan pemotongan dilakukan semasa had umur yang ditetapkan.

Silaj

Silaj adalah makanan ternakan ruminan yang terdiri daripada bahan rufaj yang berkelembapan tinggi diantara 35% hingga 75% kandungan air yang diperolehi melalui proses penapaian dan disimpan dalam keadaan kedap udara (anaerobik). Silaj sebagai salah satu sumber bekalan makanan ternakan berkualiti untuk ruminan mempunyai kelebihan berbanding dengan rumput segar dan hay kerana silaj dapat dikeluarkan sepanjang masa, proses pengeluarannya tidak bergantung kepada keadaan cuaca dan dapat dihasilkan daripada berbagai jenis bahan rufaj seperti rumput, batang jagung, pelepah kelapa sawit dan lain –lain bahan. Silo (bekas simpanan silaj) terdiri daripada berbagai bentuk seperti bunker, stack, tower, tong plastik dan lain-lain. Faktor yang penting ialah bekas yang digunakan seharusnya praktikal daripada segi pengendalian dan mesti dalam keadaan kedap udara।

Bentuk silo yang digunakan untuk pembikinan silaj


Prinsip dan keperluan asas membuat silaj

Prinsip utama dalam membuat silaj ialah mempastikan keadaan yang kedap udara dan kandungan karbohidrat larut air yang mencukupi. Keadaan kedap udara diperolehi dengan memadatkan bahan tanaman dengan segera bagi mengelakkan berlakunya proses pereputan bahan hijau dan separa hijau yang memerlukan udara.

Foder yang mempunyai bahan kering lebih daripada 35% akan menyebabkan keadaan silaj menjadi kurang mampat dan ini akan menggalakkan pertumbuhan kulat. Bagi foder yang terlalu lembap (kurang 25% bahan kering) pula akan menghasilkan silaj yang masam, disamping kehilangan air dan nutrien yang banyak. Keperluan air ialah 65-75% (25-35% bahan kering). Masa yang sesuai untuk mendapatkan kandungan air pada peratus tertentu bergantung kepada jenis tanaman. Foraj jagung perlu dipotong semasa berumur 75 hari manakala rumput gajah pula hendaklah dipotong pada umur tidak melebihi 40 hari.

Kaedah membuat silaj

Foder untuk silaj hendaklah dipotong pendek diantara 3-15 cm supaya mudah dipadatkan. Foder di dalam silo hendaklah dipadatkan dengan secepat mungkin dalam masa dua hari selepas dipotong bagi menghindarkan udara daripada terperangkap. Keadaan ini akan mengurangkan pernafasan sel dan aktiviti enzim. Foder yang telah dipadatkan hendaklah diperam selama sebulan bagi menghasilkan silaj yang baik. Silaj yang baik boleh disimpan bertahun-tahun lamanya jika tidak diganggu.

Bahan silaj yang mengandungi kurang karbohidrat perlu ditambah dengan asid bukan organan (sulfurik, hidroklorik, fosforik) atau boleh juga diguna asid organan (formik, propionik), tetapi bahan-bahan tersebut mahal adalah mahal. Untuk mengurangkan kos pengeluaran silaj, ianya boleh dicampur dengan jenis-jenis karbohidrat yang boleh didapati dengan lebih murah seperti gula merah dan bijirin.

Semasa proses pemeraman perubahan bahan kepada produk tertentu dalam silaj akan berlaku. Secara am, karbohidrat dalam bahan hijau/segar yang diperam ditukarkan menjadi asid laktik atau asetik. Proses penukaran dilakukan oleh bakteria anaerobik dengan bantuan haba yang dihasilkan oleh sel tanaman yang masih hidup. Asid-asid yang dikeluarkan, terutamanya asid laktik akan merendahkan pH dan ini menyebabkan proses biokimia yang terjadi pada bahan silaj terhenti. Dengan itu, bahan yang diperam akan dapat disimpan dengan baik dan kualiti pemakanannya dapat dikekalkan.

Kenapa silaj diperlukan

Kefahaman mengenai asas keperluan ternakan ruminan terhadap unsur asid lemak beruap (volatile fatty acid) mendorong pengusaha kepada menjalankan aktiviti pembuatan silaj. Tenaga yang diperlukan oleh ternakan ruminan diperolehi dalam bentuk asid lemak berwap daripada jenis asid asetik dan propionik dan bukan glukos seperti ternakan monogastrik. Asid lemak berwap ini digunakan oleh ruminan untuk tumbesaran, penghasilan susu dan lain-lain fungsi metabolik.

Pemeraman silaj

Silaj boleh diperam di dalam silo atau tanpa silo. Silo merupakan struktur kedap udara atau separa kedap udara yang digunakan untuk memeram silaj.

Faktor utama kerosakan silaj adalah disebabkan kehadiran udara di dalam silo. Udara menyebabkan bahan silaj rosak akibat tindakan bakteria aerobik. Bila kerosakan berlaku, silaj tersebut tidak boleh lagi digunakan sebagai makanan ternakan kerana tercemar oleh kulat, aromanya tidak enak dan mendatangkan mudarat kepada ternakan.

Kualiti silaj dapat diukur berdasarkan kepada beberapa parameter. Silaj dianggap rosak bila warna menjadi kehitaman serta berbau tengik. Nilai pH yang rendah menunjukkan tahap fermentasi asid laktid dalam silaj yang baik. Nilai pH antara 3.8 hingga 4.2 adalah silaj yang berkualiti baik manakala pH melebihi 4.5 dianggap kualiti yang kurang baik. Nilai pH melebihi 5 adalah dianggapa rosak।

Rupa silaj yang ROSAK

silaj yang BAIK

Sehingga kini teknik-teknik penghasilan silaj dengan menggunakan tower, stack dan bunker silo tidak menunjukkan kejayaan yang membanggakan dalam situasi di negara ini. Jenis-jenis silo tersebut menghasilkan peratusan silaj rosak yang tinggi. Masalah utama yang dihadapi ialah cara pemampatan serta sistem penutupan silo yang tidak sempurna yang menyebabkan keadaan erobik. Disamping itu jenis silo yang digunakan kini tidak boleh dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain.

Bagi mengelakkan udara terperangkap di dalam silo, bahan silaj mesti dipadatkan semasa mengisi ke dalam silo. Bila bahan diisi dengan padat, udara terperangkap berkurangan. Semakin kurang udara terperangkap, semakin baik kualiti silaj yang dihasilkan. Dua jenis silo yang lebih praktik digunakan adalah seperti berikut:-

Tong plastik

Penggunaan tong plastik sebgai silo mula diterima oleh penternak kerana mudah dikendalikan. Tong plastik adalah yang paling sesuai digunakan berdasarkan saiz dan beratnya yang mudah dikendalikan, kualiti bahan plastik yang mampu bertahan cuaca persekitaran, boleh digunakan berulang kali, harga lebih murah dan mudah diperolehi. Pada masa ini, teknik ini telah diterima pakai dan digunakan oleh penternak di Malaysia.

Penghasilan silaj menggunakan tong plastik sebagai silo, adalah dengan memadatkan bahan silaj di dalam silo, menggunakan tenaga manusia, dimana seseorang pekerja masuk ke dalam silo dan memijak bahan silaj dengan kakinya supaya padat. Semakin kuat pijakan semakin padat bahan silaj dihasilkan. Biasanya kualiti silaj yang dihasilkan dengan cara ini akan mengalami sedikit kerosakan kerana tenaga pijakan manusia tidak menjamin udara di dalam silo dikeluarkan sepenuhnya (Gambar). Memampat bahan silaj melalui pijakan manusia juga menggunakan banyak tenaga dan aktiviti ini amat meletihkan dan

Memampatkan rumput dalam tong

kurang praktikal. Akibatnya kuantiti silaj yang dihasilkan sangat terhad dan kurang berkualiti.

Bagi mengatasi masalah memampatkan bahan silaj di dalam tong plastik, JPH telah merekacipta sebuah mesin pemampat mekanikal yang merupakan kombinasi daripada alat pemampat, alat penyedut udara serta tong plastik yang diubahsuai.

Mesin tersebut terdiri daripada alat pemampat yang digerakkan oleh motor elektrik bagi menghasilkan tekanan kepada pam hidrolik. Satu plat dipasang di hujung pam untuk menekan bahan silaj supaya lebih padat. Plat ini boleh ditukar bergantung kepada saiz tong plastik yang digunakan. Lazimnya apabila bahan silaj diisi penuh, ia selalunya akan terkeluar melebihi paras muka tong plastik. Untuk menutup tong plastik dalam keadaan ini, kaedah menggunakan tangan adalah sangat sukar (Gambar). Dengan menggunakan mesin berkenaan bahan silaj boleh diisi dengan kuantiti yang banyak kerana mampatan yang lebih serta menjimatkan jumlah tong yang digunakan dan udara di dalam tong dapat diminimumkan. Selain daripada itu, penutup tong dapat ditutup dengan kemas

Mesin Pemanpatan rumput untuk membuat silaj

dan seterusnya menjamin tiada kebocoran udara agar proses fermentasi silaj berlaku dengan sempurna (Gambar).

Penutupan tong dengan lebih sempurna

Mesin ini juga dilengkapi dengan alat penyedut udara yang direka khusus bagi menyedut udara daripada tong plastik yang diubahsuai dengan memasang injap pada penutup tong.

Mesin pemampat mekanikal berpotensi besar untuk dikomersilkan kerana mempunyai ciri-ciri kecekapan tinggi dimana kerja-kerja menghasilkan silaj menjadi lebih mudah, cepat dan kualiti silaj yang dihasilkan terjamin.

Modus Operandi Mesin Pemampat Mekanikal

Bahan foraj yang dipotong dengan saiz yang sesuai, diisi ke dalam tong plastik dengan menggunakan penyodok (spade). Tong plastik yang hampir penuh ditolak di atas roller conveyor sehingga di bawah plat dan ditekan dengan mengawal suis pam. Dua orang pekerja diperlukan untuk menjalankan kerja ini. Seorang untuk mengawal suis alat pemampat manakala seorang lagi mengisi bahan foraj ke dalam tong plastik. Bahan foraj ditekan dan diisi berulangkali sehingga tong plastik betul-betul penuh. Apabila penuh, penutup tong plastik diletak di atas tong dan ditekan dengan plat kemudian dilklip. Udara lebihan di dalam tong disedut keluar dengan menggunakan alat penyedut udara melalui injap (Gambar )।

Bandela berbungkus (silawrap)

Silawrap atau bandela berbungkus adalah teknik baru dalam pembuatan silaj. Silaj berbungkus ini boleh dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain dengan mudah sekali jika dibandingkan dengan kaedah-kaedah sebelumnya.

Silaj boleh diperam dengan membungkuskannya. Mesin pembungkus bandela digunakan untuk kaedah ini (Gambar). Walau bagaimanpun, kaedah ini tidak sesuai untuk rumput gajah, jagun/sisa tanaman jagung dan sekoi kerana bahan yang besar dan keras akan mewujudkan rongga dan boleh memecahkan plastik pembungkus.

Sebelum membungkus, mesin pembendela mini digunakan dahulu untuk memungut bahan silaj. Mesin ini akan memungut dan memadatkan rumput serta mengikatnya supaya menjadi bandela yang berbentuk slinder. Bandela ini dikeluarkan dari bahagian depan mesin. Bandela ini kemudiannya disiram dengan molas atau urea sebagai bahan tambah sebelum dibungkus dengan mesin pembungkus. Untuk simpanan yang lama, perlu dipastikan supaya tiada tebukan atau pecahan pada bahagian plastik bungkusan ini. Penggunaan kaedah ini memerlukan kos yang tinggi kerana prosesnya melibatkan beberapa mesin dan peralatan yang lain.

Silaj Batang Jagung Manis

Jagung manis jenis Thai Super Sweet merupakan satu tanaman kontan atau tanaman jangka pendek yang popular oleh kerana ia mempunyai niali jual dan pasaran yang baik. Projek tanaman jagung manis boleh ditambahnilai jika ianya dapat diintegrasikan dengan pemeliharaan lembu fidlot. Gabungan kedua-dua aktiviti penternakan dan tanaman akan dapat mengoptimumkan sumber tanah, gunatenaga dan sisa tanaman sebagai makanan asas penggemukan lembu. Kos pembajaan akan dapat dikurangkan jika tinja daripada kandang lembu dapat disalurkan ke kawasan tanaman jagung.

Pokok jagung adalah satu tanaman yang berpotensi untuk dibuat silaj. Di negara barat silaj jagung dibuat bersama dengan jagungnya sekali. Silaj yang dihasilkan adalah berkualiti tinggi. Di negara kita, jika silaj jagung bersama jagungnya sekali dibuat silaj, ia tidak mendatangkan keuntungan yang tinggi. Keuntungan yang optimum diperolehi bila batang jagung sahaja diproses untuk silaj dan hasil jagung boleh dijual secara berasingan. 20-25 kg silaj batang jagung manis diperlukan oleh seekor lembu tenusu untuk sehari bersama foraj lain dan konsentret.

Daripada kajian yang dijalankan didapati sebanyak 17 tan metrik silaj batang jagung dapat dihasilkan daripada sehektar tanaman setelah diambil kira kehilangan bahan kering semasa proses membuat silaj dijalankan.

Pokok-pokok jagung di potong dan dikumpul pada umur 75 hari selepas menanam. Pastikan sisa jagung tidak kering diladang supaya kandungan kelembapan batang jagung sediaada akan memudahkan kemampatan bahan-bahan hancur dan menggalakkan keadaan anaerobik. Ada dua cara pungutan dan pemotongan batang jagung iaitu:

  • potong batang jagung secara manual
  • angkut secara manual atau dengan treler
  • cincangkan batang jagung dengan shredder
  • potong dan hancurkan batang jagung dengan forage harvestor
  • angkut dengan treler

Kerja memotong batang jagung perlu dilakukan di dalam masa 3 hari selepas penuaian buah jagung dan diangkut dengan treler dari ladang ke kandang. Pemotongan batang jagung ke dalam keratan kecil untuk pemampatan dan proses pemeraman dijalankan dengan penggunaan forage chopper di tapak silo. Silaj yang dibuat dengan kaedah yang betul boleh digunakan selepas 3 hingga 4 minggu diawet tanpa terdedah kepada udara. Untuk meningkatkan mutu dan mempercepatkan proses fermentasi silaj sebanyak 1% cairan molas disiram ke atas batang jagung semasa pemampatan. Sebanyak 10 kg molas/tan metrik silaj digunakan dengan kadar pencairan 1kg molas dan 5 kg air.

Selepas tungkul jagung dituai, batangnya masih mengandungi sumber nutrien yang tinggi sesuai untuk ternakan. Semasa umur penuaian iaitu 75 hari kandungan protein kasar ialah 9.6% dan Tenaga ungkaibina (ME) adalah 7.82 MJ/kg boleh didapati dari batang jagung. Dengan kandungan nutrien yang agak tinggi pengawetan bahan tersebut perlu dijalankan bagi manampong kekurangan makanan ternakan semasa musim kurang baik।

Jadual Kandungan nutrien batang jagung manis segar dan silaj

NUTRIEN

SEGAR

SILAJ

40

hari

60

hari

75

hari

Silaj

Tanpa

molas

Dicampur

1% Molas

Dicampur

2% Molas

Bahan kering

16.4

16.5

25

23.3

28.1

26.8

Protein kasar

12.5

11.9

9.6

8.2

11.2

12.4

Serat kasar

30.8

32.4

34.5

33.8

29.7

31.9

Posforus

0.2

0.16

0.15

0.22

0.17

0.2

Kalsium

0.26

0.37

0.46

0.46

0.67

0.53

Tenaga Ungkaibina

(MJ/kg)

8.4

8.19

7.82

5.86

6.27

6.09


Silaj Napier ( rumput gajah)

Diantara beberapa spesis rumput terpilih yang didapati di negara ini, rumput gajah adalah yang paling sesuai untuk dijadikan silaj. Ini berasaskan kepada penghasilan dan kandungan karbohiderat yang tinggi. Daripada kajian dijalankan menunjukkan rumput gajah perlu dipotong pada peringkat umur 40 hari untuk mendapatkan zat nutrien yang optimum. Kandungan protein kasar dan tenaga ungkaibina akan menurun dengan mendadak pada peringkat umur 75 hari.

Jadual Kandungan nutrien rumput napier segar dan silaj

NUTRIEN

SEGAR

SILAJ

40

hari

60

hari

75

hari

40 hari

40 hari

dicampur

1% molas

75 hari

75 hari

dicampur

1% molas

Bahan kering

14.8

23.4

31.6

15.3

19.6

28.6

36.2

Protein kasar

15.6

8.6

7.8

13.5

12.4

6.2

7.4

Serat kasar

33.5

36.4

46.9

32.8

26.5

38.1

27.5

Posforus

0.18

0.15

0.16

0.36

0.19

0.14

0.14

Kalsium

0.30

0.41

0.36

0.40

0.67

0.34

0.72

Tenaga Ungkaibina

(MJ/kg)

7.92

6.46

6.45

7.43

7.57

5.95

7.12


Pengambilan silaj adalah dijangkakan ada kaitan dengan kandungan zat nutrien seperti bahan kering, peratus protein, kadar asid laktik dan asetik serta paras ammonia di dalam silaj (Seperti di Jadual). Keputusan kajian yang diperolehi menunjukkan pengambilan silaj oleh ternakan adalah lebih tinggi apabila peratus bahan kering melebihi 40.

Jadual : jumlah bahan kering di dalam silaj

Bahan

Bahan Kering Dalam Silaj (%)

22

40

45

80

pH silaj

Kandungan asid, % drpd bahan kering

Laktik

Asetik

Jumlah Asid Lemak Berwap (VFA)

Pengambilan bahan kering g/kg

Berat badan W

Kadar Penghadaman Bahan Kering (%)

Pengambilan N, g/hari

N kekal, g/hari

Kadar penghadaman N, %

Pengambilan air, g/g bahan kering

4.48

5.06

4.91

10.46

49.1

58.2

14.2

0.9

70.5

3.5

4.49

4.11

3.21

7.53

57.3

60.1

16.2

1.0

72.2

2.4

4.53

3.19

2.88

6.26

58.8

60.0

18.3

2.6

72.0

2.4

5.89

0.19

0.62

1.0

63.2

61.1

19.6

2.9

70.0

2.2

Unsur: D.R. Hawkins, et.al, 1970. J. Ani. Sci. 31:617

Satu kajian perbandingan telah dijalankan menggunakan batang jagung manis dengan rumput napier, dicampur dengan urea dan molas. Silaj batang jagung manis yang dicampur molas dan urea mengandungi Acid Detergent fibre (ADF), Neutral Detergent Fibre (NDF), hemiselulosa dan selulosa (beberapa peringkat serat) yang lebih rendah, kandungan protein dan tenaga metabolisma yang lebih tinggi, dibandingkan dengan silaj yang tidak dicampur molas dan urea. Keadaan yang sama juga berlaku ke atas rumput napier.

Satu kajian lain yang dijalankan di luar negara membuat perbandingan ke atas silaj jagung pada dua peringkat umur dan campuran urea adalah seperti di Jadual .

Perlakuan

Unit

Silaj jagung

Silaj jagung

(campur urea)

1

2

1

2

Nilai nutrien

Bahan Kering

Protein kasar

Karbohidrat mudah hadam

pH

Asid Laktik

Asid Asetik\

Pengambilan makanan

%

%

%

-

%

%

g/hari

26.0

9.6

14.5

3.7

7.3

1.9

881

39.1

7.7

16.4

3.7

4.7

1.1

816

26.1

13.5

14.0

3.7

7.9

1.9

844

38.8

11.2

16.0

3.9

5.3

1.3

1000

Petikan: Harmon, et.al. (1975). J. Ani. Sci. 40:144

Kajian tersebut menunjukkan nilai protein dan kegemaran serta pengambilan makanan tersebut oleh ternakan meningkat apabila silaj daripada bahan yang sama mengandungi campuran urea.

Silaj adalah kaedah pengawetan yang mudah dan praktikal apabila terdapat foraj yang berlebihan. Ianya boleh disimpan lama dan digunakan semasa terdapat kekurangan sumber makanan berasas foraj. Kualiti silaj adalah lebih baik jika dibandingkan dengan pengawetan menggunakan kaedah-kaedah lain. Rasanya lebih enak disamping terdapat penambahan zat nutrien seperti tenaga dan protein serta kadar penghadamannya yang lebih tinggi.

Soal Jawap Berkaitan Silaj

1. Apakah ciri-ciri hibrid jagung silaj yang baik?

Ciri-ciri jagung silaj yang baik ialah hibrid yang dapat menghasilkan bahan kering yang tinggi iaitu diantara 30-36% dan apabila 60-80% daripada biji jagung mencapai kematangan.

2. Manakah lebih baik diantara penuaian dilakukan pada peringkat awal daripada penuaian lewat?

Tanaman bijirin seperti jagung, sekoi dan gandum penuaian awal adalah lebih baik daripada lewat. Tetapi kehilangan nutrien hendaklah dielakkan (jangan menuai bahan tanaman yang mengandungi kelembapan melebihi 70%). Silaj yang dituai awal mempunyai pH yang rendah, kandungan asid yang tinggi dan berkemungkinan kehilangan bahan kering jika dibandingkan dengan penuaian lewat. Penuaian terlampau lewat akan merumitkan pemotongan dan pemadatan.

3. Bagaimana membuat silaj daripada rumput tropika yang mengandungi kelembapan yang tinggi?

Foraj yang dipotong hendaklah dilayukan sehingga mengandungi 30% bahan kering. Kemudian tambah 10-25 kg molas bagi setiap satu tan metrik foraj segar.

4. Berapakah saiz pemotongan yang sesuai?

  • 3/8 inci (10-12 mm) bagi jagung, sekoi dan gandum।
  • 1/2 hingga 1 inci bagi rumput
  • Saiz pemotongan yang lebih pendek diperlukan bagi foraj yang agak kering berbanding dengan foraj basah.

No comments:

Post a Comment