Baka kambing
Pemilihan baka kambing sangat penting kerana segala pengurusan yang terlibat dalam penjagaannya bergantung pada bakanya.
Kambing-BOER
Jurusan pedaging
Warna putih dan coklat di kawasan leher dan kepala
Baka asli dengan campuran kambing European, angora danindian.
Bertanduk pada jantan dan betina.
Sangat popular di masa kini.
Berat
Jantan–110kg -135kg
Betina-90kg -100kg
Beranak3 kali dalam masa2 tahun
Cepat matang-biasanya 6 bulan untuk jantan dan 10 –12 bulan untukbetina.
Kambing Katjang
Berasal dari Malaysia dan Indonesia
Kegunaan untuk daging
Warna bulu biasanya hitam, coklat
kadang-kadang terdapat tompok putih di kaki dan badan.
Telinga tegak disisi
Purata ketinggian 50-60 cm
Berat lahir 1 - 2 kg
Berat dewasa 20 - 25 kg
Berat dewasa jantan 25 - 30 kg
Kambing Jamnapari @ Ettawah
Berasal dari India
Kegunaan untuk daging & susu
Muka cembung (Roman nosed)
Warna bulu campuran hitam dan kekuningan
Telinga panjang dan melampai ke bawah dan berlipat
Purata ketinggian 91 -127 cm
Berat lahir 3 -4 kg
Berat dewasa ♂ 68-91 kg, ♀ 36-63 kg.
Kambing Anglo Nubian
Berasal dari England - campuran baka Zariby (Mesir dan Jamnapari)
kegunaan untuk daging & susu (2 kg/hari)
Muka cembong (Roman nosed)
Warna bulu coklat kemerahan, putih, cokelat gelap atau kombonasi warna
Telinga panjang dan melampai kebawah dan merapati kepala, biasa tidak bertanduk
Purata ketinggian 80 cm
Berat lahir 3 - 3.5 kg
Berat dewasa ♂ 70 - 85 kg. ♀ 55 - 70 kg.
Kambing Saanen
Berasal dari Lembah Saanen, Switzerland
Kegunaan untuk susu
Bulu pendek berwarna puteh/krim
Telinga sederhana dan tegak
Ekornya tipis & pendek
Penghasilan susunya di antara 500 kg – 1200 kg dalam tempoh 250 hari (purata 800 kg)
Berat Lahir: Jantan – 3.0 kg & Betina – 3.3 kg
Berat Dewasa: Jantan – 68 – 91 kg & Betina – 36 – 63 kg
Kambing Saanen
Kambing Toggenberg
Negara Asal – Toggenberg Valley, Switzerland.
Baka susu yang tertua. Terkenal dengan pembentukan umbing susu yang terbaik. (Ujian purata lemak 3.7)
Bersaiz sederhana, tegap, bertenaga, sentiasa“alert”. Kecil dari baka Alpine.
Berbulu pendek atau sederhana panjang, lembut, halus & rata.
Berbagai warna dari “light Fawn” ke perang gelap dengan tanda putih yang ketara. Telinga berwarna putih dengan tompokan gelap di bahagian tengah, dua jaluran putih di muka hingga ke muncung
Kaki belakang berwarna putih dari pergelangan kaki hingga ke tapak sama seperti kaki depan. Prestasi baik di tempat sejuk.
Berat jantan – sekurang-kurangnya 50kg, betina - 45kg
Kambing Toggenberg
Kambing British Alpine
Dwiguna, tenusu dan daging
Berwarna dari putih bersih dan bayangan warna“Fawn”, Kelabu, perang, hitam, merah, “Bluff”, ”piebald”, atau bayangan dan campuran warna ini.
Bulu pendek. Jantan mempuyai jaluran bulu yang panjang di bahagian tulang belakang,
Janggut jantan ketara
Saiz telinga sederhana dan tegang
Muka yang tegak.
Berasal dari Banjaran Alps
Berat jantan - 75kg, betina - 55kg
Kambing British Alpine
Penternakan adalah suatu perniagaan. Jadi adalah penting untuk menentukan model perniagaan ("business model") anda dalam memulakan sesuatu projek penternakan kambing. Sekiranya anda memilih untuk memelihara kambing dalam kuantiti yang sedikit (misalnya kurang dari 100 ekor), produk anda haruslah bernilai tinggi, iaitu ladang anda harus mengeluarkan produk yang berkualiti dan bersifat "niche". Ini bermakna anda harus memilih baka yang betul-betul tulen ("Fullblood).
Dalam konteks Malaysia, baka Boer, Saanen, Jamnapari dan Anglo-Nubian tulen dapat meraih harga pasaran yang tinggi, terutamanya pejantan. Anak berusia kira-kira 6 bulan dapat dijual dengan harga RM1ribu ke atas, manakala yang berusia 1 tahun dapat dijual dengan harga RM2 ribu ke atas. Ini berbanding dengan harga baka kacukan yang hanya dijual dengan harga kira-kira RM600 bagi yang berusia 6 bulan, manakala yang berusia 1 tahun pula dapat mencapai harga RM1ribu.
Pejantan Saanen yang masih muda, berusia kira-kira 12 bulan
Induk Saanen merupakan pengeluar susu yang terbaik
Walau bagaimanapun, harus diingat bahawa baka tulen adalah produk terhad ("niche"), dan pasarannya adalah pasaran untuk pembakaan semata-mata. Anda mungkin mengalami masaalah pemasaran jika menternak baka tulen dalam kuantiti yang besar, melainkan jika anda bersedia menjual dengan harga yang rendah. Walau bagamanapun, jika anda memilih baka tulen kambing tenusu seperti saanen, anda boleh juga memasarkan produk tenusu anda selain dari menjual kambing untuk baka.
Penternakan Berskala Besar
Sekiranya anda memang bercadang untuk memelihara kambing dalam kuantiti yang besar, misalnya dengan mempunyai 300 ekor atau lebih induk betina, anda harus memilih baka kambing pedaging, kerana daging merupakan produk kambing yang mempunyai pasaran terbesar. Baka kambing pedaging terbaik adalah baka Boer. Ia berangka besar dan beratnya boleh mencapai lebih 100 kilogram, serta mempunyai nisbah daging yang tinggi berbanding tulang.
Pejantan Boer tulen (Fullblood)
Antara baka kacukan yang sesuai di kahwinkan dengan pejantan Boer adalah baka kambing kampung kacukan, baka koplo dll. Kambing kampung kacukan yang senang diperolehi di dalam pasaran kini adalah hasil kacukan antara induk kampung dan pejantan Anglo-Nubian. Koplo pula merupakan anak kacukan pejantan jamnapari dan induk kampung, biasanya diimport dari Indonesia. Harga pasaran bagi induk kacukan sebegini adalah di antara RM500 hingga Rm700, bagi yang berusia di antara 8-12 bulan.
Kambing induk kampung kacukan (generasi awalnya dihasilkan dari kacukan antara induk kambing kampung iaitu kambing katjang dengan pejantan Anglo-Nubian)
Kambing induk Koplo yang dihasilkan dari kacukan antara induk kambing kampung dan pejantan jamnapari.
No comments:
Post a Comment