Wednesday, December 9, 2009

PANDUAN MENTERNAK KAMBING

INDUSTRI KAMBING

Pengenalan

Menurut bancian 1998 populasi ternakan kambing ialah sebanyak 25,420 ekor dalam Negeri Perak, tahap sara diri pada tahun tersebut hanyalah sebanyak 26.6 %. Memandangkan bekalan yang rendah manakala permintaan yang tinggi, Unit Kambing di LIT memainkan peranan sebagai Pusat Pembiakan Kambing Baka yang bermutu terutamanya kambing susu.

Industri komoditi ternakan kambing tenusu semakin lama mendapat perhatian yang sangat menggalakkan, khususnya terhadap pengeluaran dan pemasaran susu kambing.

Luas kawasan Unit adalah 60 ekar yang ditanam dengan rumput Guinea, S.Kazungula, Napier dan African Star. Baka utama yang dibiakkan adalah Toggenburg dan Saanan. Kini sejumlah 380 ekor kambing susu terdapat di LIT.


Objektif

  • Membekalkan kambing baka tulin dan kacukan yang bermutu kepada penternak dalam usaha menambahkan populasi kambing di Negeri Perak.

  • Mewujudkan sebuah pusat yang boleh membekalkan susu segar sebanyak 200 liter setiap hari serta menambahkan stok nukleus kambing baka tenusu. Ianya juga sebagai memenuhi permintaan susu kambing semasa.

  • Memperkenalkan kaedah penternakan kanbing secara intensif.

  • Mengembangkan pengetahuan pengurusan kambing tenusu kepada penternak-penternak dan pengusaha-pengusaha yang berminat.

  • Sebagai pemangkin dalam bidang ternakan kambing tenusu.

Sistem Pemeliharaan/Pengurusan

Semi-intensif

Kambing parentstok ( 5 - 9 tahun) dibiar meragut dalam 10 buah padok mengikut sistem "rotational grazing". Kambing dibiar dalam setiap padok yang luasnya diantara 2 - 4 ekar selama 3 hari. Rumput yang diperolehi adalah pada umur 31 hari. Cara ini adalah untuk mengatasi serangan cacing. Dedak sebanyak 800gm diberi kepada setiap kambing selepas ragutan.

Intensif

Kambing yang lain disimpan dalam kandang dan diberi makanan dari segi rumput dan dedak. Sebanyak 4 - 6kg rumput Napier dan Guinea diberi setiap hari kepada ternakan yang berumur 50 - 60 hari. Dedak kambing sebanyak 800 gm/hari diberi bersama dengan jagung 200 gm dan 100gm BOSPRO sejenis "yeast culture" dicampur untuk membantu menghadam makanan dengan sepenuhnya.

Pengurusan Padok/Foder

Baja Complehumus ditabur sebanyak 100kg/ekar selepas setiap 3 ragutan dan sebanyak 250kg/ekar baja urea ditabur selepas 5 ragutan. Untuk rumput foder pula selepas setiap potongan, baja urea ditabur oleh Unit Agronomi. Juga sistem "sprinkle" dipasang ke dalam padok supaya mendapat air yang secukupnya pada musim panas.

Pemerahan Susu

LIT mempraktikkan sistem "two milking" dimana dengan masa yang cukup ( 7 - 8 jam) pengeluaran harian bertambah sebanyak 25% - 35%. Pemerahan yang dibuat adalah dengan sistem "line milker" di mana 9 ekor diperah pada satu masa. Makanan dedak diberi sebanyak 200gm supaya tiada gangguan berlaku semasa memerah susu.

Pengeluaran Susu Semasa

  • Jumlah pengeluaran: 142 liter

  • Purata seekor: 1.51 liter/ekor

  • Kerap pemerahan: 2 kali sehari

  • Purata jualan: 69 % @ RM10.00 seliter

  • Susu untuk anak: 31%

Keperluan Makanan

Dari segi keperluan seekor kambing memerlukan makanan (kuantiti) sebanyak 4% daripada berat badan berdasarkan bahan kering. Dari segi kualiti pula perlu memperolehi rumput pada umur yang sesuai supaya bahan kering, protin, serat dan "metabolisable energy" ada pada tahap yang sesuai seperti berikut:-

Bil Jenis makanan Umur(hari) Bahan kering (%) Protin (%) Serat kasar (%) M.energy (mj/kg)
1 Napier 40-45 19.80 11.60 28.60 8.63
2 Guinea 35-40 20.70 11.40 38.10 6.75
3 Setaria 25-28 16.00 12.90 29.00 7.38
4 Dedak - 86.20 16.80 5.50 11.42

Contoh: (makanan yang diperlukan bagi seekor kambing berat badan 45kg)

Keperluan makanan 4% dari berat badan berdasar berat kambing
  • Rumput 6000 gm x 19.8 = 1,188.00 gm DM
  • Dedak 700 gm x 86.2 = 602.00 gm DM
  • Jagung 200 gm x 89.7 = 179.40 gm DM
    1,969.40 gm DM


KAMBING KATJANG (KACANG)

Ciri-ciri:-
  • asal dari Malaysia dan Indonesia.
  • badan yang kecil dan pendek
  • tanduk melentur ke atas dan ke belakang.
  • Telinga tegak ke sisi, janggut pada jantan dan jarang pada betina.
  • Dari sisi, muka kelihatan lurus dan tirus.
  • Leher pendek dan bahagian belakang lebih tinggi dari bahu purata ketinggiannya ialah 50-60 cm
  • Kulit badan nipis, bulu yang kasar. Warna hitam, coklat kadangkala terdapat tompok-tompok putih di kaki atau badan.
  • Kelahiran kembar .
  • Pengeluaran susu 0.3 kg sehari dalam masa 3 bulan pertama dan 0.2 kg dalam masa 4 - 6 bulan.
Berat Lahir Berat Dewasa
Jantan 1.6 kg Betina 20 - 25 kg
Betina 1.8 kg Jantan 25 - 30 kg


JAMNAPARI/ETTAWAH

Ciri-ciri:-
  • Badan lebih besar dan tinggi dari kambing kacang
  • tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang,
  • bulunya agak lebat di bahagian punggung dan daerah leher. Bulunya agak kusut dan bewarna campuran hitam dan kekuningan.
Berat Lahir Berat Dewasa
Jantan 3 - 4 kg Jantan 68 - 91 kg
Betina 3-4 kg Betina 36-63 kg

ANGLO NUBIAN


  • tahan lasak dan mudah sesuai dengan alam sekitar.
  • Dwiguna-daging/pengeluaran susu .
  • Berbadan besar, telinga panjang dan melampai ke bawah.
  • Hidung melengkung ke bawah dan kaki yang panjang dengan purata ketinggian badannya 80 cm.
  • Kebiasaannya tidak mempunyai tanduk, bulu badan yang pendek.
  • Bulu coklat kemerahan tompok-tompok kemerahan seperti warna rusa, coklat putih, warna gelap atau kombinasi warna-warna tersebut.
Berat Lahir Berat Dewasa
Jantan 3.5 kg Jantan 70 - 85 kg
Betina 3.9 kg Betina 55 - 70 kg


KAMBING KACUKAN

Ciri-ciri:-
  • Hasil dari kacukan kambing Kacang dan baka-baka luar negara seperti Anglo Nubian, Jamnapari dan juga kacukan dengan baka-baka yang boleh mengeluarkan susu seperti Saanen, Toggenburg dan British Alpine.
  • Kebanyakan kambing yang dilihat di kampung-kampung adalah kambing kacukan, cuma 40% dari jumlah kambing di negara ini ialah kambing kacang.
  • Rupa bentuk mirip kedua induk dan baka, tidak mempunyai ciri-ciri sendiri.
  • Berat badan 18 - 25 kg. dalam lingkungan umur setahun.
  • Kambing kacukan dewasa juga mempunyai berat badan yang lebih tinggi dari kambing kacang.

Berat lahir Berat dewasa
Jantan 2 - 2.5 kg -
Betina 2 - 2.5 kg -


KAMBING SAANEN

Ciri-ciri:
  • berasal dari Lembah Saanen di Switzerland.
    Bulunya pendek berwarna putih atau krim dengan titik
    hitam di hidung, telinga dan di kelenjar susu.
  • Hidungnya lurus ,muka berupa segitiga.
  • Telinganya sederhana dan tegak ke sebelah dan ke depan.
  • Ekornya tipis dan pendek.
  • Tanduk pada kedua jantina
  • Kekacang di leher
  • Hasil Susu-500kg-1,200 kg dalam tempoh 250 hari
Berat Lahir Berat Dewasa

Jantan 3.0 kg

Jantan 68-91 kg

Betina 3.3 kg

Betina 36-63 kg

CARA PEMILIHAN BAKA YANG BAIK

  • Baka dan Keturunan
  • Bentuk Badan atau konformasi:
    • Teknik pengamatan
    • Teknik perabaan
    • Teknik berdasarkan penilaian (pemberian markah)
PENGURUSAN TERNAKAN

Bermula dari kelahiran sehingga bunting dan beranak kembali. Pengurusan ternakan dibahagikan kepada
  • Lahir hingga cerai susu (3 atau 4 bulan)
  • Cerai susu hingga bunting
  • Pengurusan Kambing dewasa
  • Pengurusan kambing bunting hingga lahir
  • Pengurusan baka jantan
  • Pengurusan semasa penggemukan untuk dijual
  • Lahir hingga 3 bulan
PENGURUSAN AM

Merupakan satu aspek yang perlu diutamakan juga, ia meliputi pengurusan:
  • Kawasan
  • Buruh
  • Jadual Pengurusan
  • Pengenalan Ternakan
  • Pengasian
  • Mematikan Tanduk
  • Memotong Kuku
  • Menggunting Bulu
  • Kawalan Kutu

SISTEM BERKURUNG

SEPARA INTENSIF

  • Kambing dilepaskan pada siang hari dan dikurung di dalam kandang pada waktu malam.
  • Faedah perlindungan pada malarn hari dan dari cuaca yang buruk, ianya juga memberi kebebasan untuk meragut rumput dan herba-herba yang lebih baik.
  • Cara ini juga memberi kesempatan kepada anak kambing untuk bersenam dan mendapatkan cahaya matahari yang secukupnya.
  • Permeriksaan terhadap penyakit boleh dijalankan apabila kambing-kambing ini masuk ke kandang pada petang hari.
RAGUT LEPAS

  • kawasan ragutan yang luas.
  • Kambing meragut sepanjang masa
  • Kos yang tinggi
  • Pengurusan rumit-ternakan merayau

PEMILIHAN KAWASAN & PERUMAHAN

Kawasan-kawasan yang dipilih sepatutnya:

  1. Mempunyai tempat teduh dan redup seperti pokok-pokok besar dan juga pokok yang boleh dijadikan pemecah angin.
  2. Kawasan tanah yang tinggi dan dataran serta mempunyai sistem pengaliran air dan udara yang baik.
  3. Jauh dari jalan raya yang sibuk.

Keperluan-keperluan penting untuk pembinaan kandang

  1. Sistem pengudaraan yang baik bagi menyejukkan udara di dalam kandang
  2. Membenarkan cahaya matahari yang cukup untuk masuk ke dalam kandang terutama matahari pagi. Kedudukan kandang arah Utara-Selatan
  3. Tidak mudah menjadi lembab. Sistem perparitan yang baik di sekeliling kandang
  4. Tidak terkena angin yang kencang
  5. Terpelihara dari hujan dan panas
  6. Kotoran/najis dapat dikumpulkan dan diangkut keluar
  7. Ruang makan dan minum mencukupi
  8. Lantai adalah sesuai dan ticlak membahayakan ternakan, seperti terseliuh atau patah tulang.ketara membawa kesan buruk kepada karnbing contohnya sebaran penyakit

PEMBIAKAN

Pembiakan dilakukan dengan dua cara iaitu:

  1. menggunakan baka jantan
  2. melalui permanian beradas

Jangka Masa Bunting
Tempoh kebuntingan selama 145 - 155 hari atau puratanya 151 hari


MAKANAN DAN MINUMAN

Makanan adalah perkara yang paling penting dalam pemeliharaan. Makanan diperlukan untuk pembesaran, pembiakan, kesihatan dan juga akan menentukan untung ruginya sesuatu perusahaan ternakan. Makanan hijauan mempunyai kandungan air yang tinggi, ia merupakan sumber tenaga, vitamin dan mineral. Konsentrat mempunyai kandungan bahan kering yang tinggi, ia kaya dengan protein, lemak, mineral dan menjadi sumber tenaga.

Makanan yang seimbang mengandungi zat-zat berikut:

  • protein

  • karbohidrat (kanji)

  • lemak

  • vitamin

  • zat galian

Jika zat-zat ini tidak mencukupi dan tidak seimbang ianya boleh menyebabkan penyakit kepada ternakan. Zat protein adalah penting untuk membina otot-otot yang kuat dan juga untuk proses pemulihan. Karbohidrat atau zat kanji penting untuk pembesaran. Vitamin walaupun diperlukan sedikit sahaja tetapi penting. Jika ianya tidak seimang atau kurang, boleh membawa gejala-gejala penyakit yang ketara. Kekurangan vitamin juga boleh menyebabkan ternakan tersebut lebih peka kepada sesuatu penyakit.

Garam galian diperlukan untuk pertumbuhan tulang, gigi dan kesihatan. Ini termasuklah garam galian seperti kalsium, phosphorus, natrium dan sebagainya. Garam-garam galian ini boleh didapati dari:

  • garam biasa

  • garam jilat

  • dicalsium fosfat

  • tepung tulang

  • tepung ikan

Air juga adalah penting dalam pemakanan, ia bukan sahaja perlu untuk kawalan suhu badan, tetapi juga perjalanan zat dan membantu di dalam pengambilan zat oleh badan.

Jika makanan tidak mencukupi, kambing-kambing akan menjadi tidak sihat, sakit, kecil dan tidak membiak.

Zat-zat makanan ini boleh didapati dari bahan makanan berikut:

10.1 Rumput dan Kekacang

Rumput dan kekacang adalah bahan hijauan yang penting di dalam pemakanan kambing dan lain-lain ternakan ruminan. Rumput dan kekacang pada umur yang sesuai, bukan sahaja mempunyai nilai pemakanan dan zat yang penting, tetapi juga mempunyai bahan gantian yang penting bagi mengeluarkan susu yang berlemak.

Kuantiti yang banyak di samping adanya gentian kasar dapat merangsang perut besar supaya menjadi lebih cekap dalam penghadaman.

Bagi bahan hijauan seperti rumput dan kekacang yang baik yang boleh digunakan sebagai bahan makanan kambing adalah:

i. rumput guinea (Panicum)
ii. rumput gajah (Panisetum purpureum)
iii. rumput setaria
iv. kekacang: Ipil-ipil/petai belalang
(Leucaenia leucocephala)

Rumput-rumput natif dan tanaman tempatan boleh juga digunakan sebagai sumber makanan untuk kambing di antaranya adalah:

i. daun ubi - hendaklah dilayukan dahulu sebelum
diberi makan untuk mengurangkan
kandungan racun ‘cyanide’ yang terdapat
pada daun tersebut.

ii. daun nangka - disukai oleh kambing sesuai untuk
penggemukan

iii. rumput nyonya - tidak boleh diberikan terlalu banyak
(akar ruas-ruas) kerana boleh
menyebabkan kembung

iv. daun turi

v. Glyriciddia maculata

vi. daun mengkudu (merinda citriplia)

vii.daun pisang - hijauan yang disukai oleh kambing
terutama yang muda dan bervitamin.

10.2 Makanan Penguat (Konsentrat)

Jika rumput atau kekacang tidak mencukupi, makanan tambahan adalah perlu. Makanan tambahan ini penting terutama sekali semasa bunting, sedang menyusu dan kepada anak kambing yang mengikut induknya. Ibu bunting atau yang mengeluarkan susu diberi sebanyak 1/2 - 3/4 kg sehari manakala ibu yang kering dan anak-anak membesar diberikan sebanyak 1/4 kg sehari.

Makanan tambahan juga penting semasa cerai susu di mana tekanan akibat penceraian susu dan penyesuaian makanan mungkin berlaku. Anak kambing boleh diberi makanan tambahan beransur-ansur mulai umur 1 - 1.5 bulan. Makanan penguat diperolehi dari dedak halus, jagung, bungkil kelapa, bungkil kacang tanah, hampas tauhu dan sebagainya. Sebagai panduan makanan tambahan ini boleh dibuat dengan campuran dedak dan bahan-bahan sampingan pertanian, seperti:

i. 2 bahagian jagung
1 bahagian sekam atau dedak
1 bahagian hampas kelapa kering

ii. 40 kg dedk halus
39 kg tepung jagung
18 kg bungkil kelapa
3 kg campuran mineral (garam galian)

10.3 Garam Galian (mineral)

Garam galian yang dibeli, bolehlah diikat pada dindingatau diletak di dalam bekas tertentu. Ini hendaklah sentiasa disediakan supaya kambing boleh mendapatinya bila-bila masa sahaja terutamanya pada induk kambing bunting.

10.4 Bekalan Air

Air yang bersih perlu disediakan di sepanjang masa. Bekas air yang digunakan mestilah berkeadaan bersih dan ditukar airnya setiap hari. Bagi kambing yang mempunyai berat badan di antara 18 - 20 kg memerlukan 450 - 680 gm air sehari. Keadaan cuaca yang panas akan menggalakkan pengambilan air yang lebih terutamanya kepada kambing baka susu. Banyaknya air yang diminum bergantung kepada beberapa faktor seperti pengambilan bahan kering (dry matter intake), cuaca sekeliling, jenis makanan, suhu air dan keadaan fisiologi kambing sendiri. Kebiasaannya nisbah bahan kering dan air ialah 1:4.

RINGKASAN 10

Kambing memerlukan makanan seimbang yang mengandungi unsur-unsur zat galian, air, vitamin, kabohidrat, protein dan lemak. Unsur-unsur ini boleh diperolehi dari tumbuhan hijau seperti rumput, kekacang, daun-daun rumpai, hasil sampingan pertanian dan juga konsentrat. Seekor kambing dewasa memerlukan antara 4 - 5 kg rumput segar sehari. Kekurangan zat makanan akan menyebabkan ternakan menunjukkan tanda-tanda penyakit yang mana boleh menjejaskan produksi ternakan.


No comments:

Post a Comment