Pada mulanya aku memang ingat senang nak tanam cili. Tapi bila dah merasa tanam macam-macam pulak perkara yang terjadi. Mula-mulanya memang subur la cili tersebut,tapi selang beberapa lama nak berbuah tiba-tiba daunnya mengkerekot. Cuba la guna racun apa yang patut samapai kelas 2 punya racun. Tapi apakan daya, kalau serangan yang mengakibatkan daun mengerekot ni, memang susah nak dielakkan.
Seperti artikel dibawah ni, kalau dah kena serang binatang hulk hogan berkepala runcing kat bawah ni memang “innallilah” untuk cili tersebut.
Buah yg dimamah oleh kulat ini
Kulat ini hasil enzim yang dikeluarkan oleh Anilo-pyrimidine , Benzimidazole , Dicarboximide. Dalam bahasa org2 sains…penyakit nie dikenali sebagai botrytis cinerea. Penyakit nie byk meyerang pokok tomato…oleh sebab dalam susur galur pokok, pokok tomoto nie adalah sepupu kepada pokok cili maka tempias nie terkena le gak.
Tangkai Pokok pun terkena gak Penyakit nie meyerang seluruh tubuh badan pokok cili…x kira r daun ke..btg ke..buah ke..sume die blasah…Kalau kita tgk pokok cili tu cam ada debu putih (cam debu letusan gunung berapi)…jaga2 le…pokok cili tu dah terkena penyakit nie..Buah yg terkena penyakit nie akan lembik dan rosak…serangan nie paling aktif masa musim hujan dimana keadaan angin dingin dan lembab (patut le org angkat bendera putih utk tanam cili musim nie<—byk sgt musuh yg aktif).
Dahan dan ranting pokok pun dia blasah gak
Penyakit Pokok Cili (6) —> Hawar Pucuk
Orang indonesia panggil penyakit patah batang…org kita panggil hawar pucuk…Mat salleh cakap wet rot @ shoot blight…tapi penyakit nie sama je…Dalam bahasa sains nama die
choanephora cucurbitarum. Ianya disebabkan oleh kulat…Amaranthus…kulat nie lak terdiri daripada 15 spesis…Dia menyerang kat pucuk…Kesan dia pucuk akan menjadi hitam dan layu…ada kalanya spora2 hitam nie juga merebak ke ranting dan juga putik bunga…
Penyakit Pokok Cili (5) —> Lecur Anak Benih
Lecur anak benih nie bukan bermaksud anak benih nie kena air panas…emm org putih sebut penyakit nie Damping off…Ada ke penanam chili pernah terkena penyakit nie?…aku check kat internet..penyakit nie byk serang anak benih kacang soya…anak benih gingseng pun ada…power root betul kulat pembawa wabak nie…Kulat apa tu yeak…antara nama2 mrk ialah Pythium, Rhizoctonia, Fusarium..cam nama bahan2 chemical lak.. Peyakit nie merebak melalui air dan penggunaan tanah yg pernah terkena penyakit nie..Anak benih akan melecur dipangkal batang…cuba tgk gambar bawah nie…
Bahagian batang yg kena penyakit nie akan berair dan melecur..Bila batang anak pokok dah kecut…maka dengan relanya anak pokok nie menumbangkan dirinya sendiri…sian dia… Tu le sebabnya mengapa ada benih perlu dikenakan racun kulat terlebih dahulu sebelum disemai..tujuan dia utk mencegah dari penyakit nie rrr…cam budak2 pompuan kena suntik rubela tue…mencegah sebelum terkena…faham x?
Penyakit Pokok Cili (4) —> Bintik Daun
Daun pokok yang terkena penyakit nie Bintik Daun yang dikenali sebagai cercospora leaf spot @ bacterial leaf spot yang berpunca dari kulat Xanthomoas.Nama saintifik penyakit nie adalah Cercospora capsici… Kulat nie akan bermati2 an menghisap cecair dari daun pokok cili sehingga daun pokok cedera parah…Kekadang petani tu comfius gak…adakah sbb kena lebihan racun maka pokok jadi lubang2 cam nie…. Kalu jumpa atas daun berbentuk bulat atau berbintik2 kecil perang..mmg x syak laie…nie le punca dia…Apabila daun dah cedera parah…bintik2 semakin besar dan bahagian tengahnya akan menjadi kelabu..Akibatnya daun2 akan gugur w/pun kelihatan warna hijau..
Tangkai Buah Cili Yang Dijangkiti oleh Kulat Nie
l
Kulat nie juga serang pada tangkai daun dan tangkai buah…Penanam pokok cili tok sah risau….kalu pokok nie kena penyakit nie…pokok nie masih dianggap “Pesakit Luar”…bahasa simple dia…masih boleh sembuh bila di rawat…
Perosak Pokok Cili (2) —> Hamama (Mites)
Nie le hamama (Polyphagotarsonemus latus)…patut le die ni gemuk gedempol…kalu cite star wars die leh ganti watak Jabba The Hutt…Pokok cili kalu kena serangan dia..terus maut.. Antara ciri2 pokok cili yg kena serang penyakit nie adalah daun jadi kerekot, kerinting, mengecil dan pokok leh terbantut.Daun yang kerekot tu akan melengkung ke bawah..Daun akan bertukar warna menjadi perak dan luruh…waktu yg paling digemari oleh makhluk nie ialah masa cuaca panas..Pokok ni kalu dah kena serang makhluk nie…maka pokok nie cam kena Aids r…tiada ubat…hanya tunggu ajal bila2 masa je…Sape penanam cili yg pokok die kena serang penyakit nie…harap jangan le kechewa ye…
**artikel sumbangan nagaliar**
Mula mulanya kecewa jugak, tapi apakan daya mungkin cubaan dari Allah. Tapi aku tetap tidak akan berputus asa.. Tetap aku akan tanam cili. Aku punya jiran masa tanam dulu dapat banyak jugak la cili yang dia harvest, tapi sekarang ni jadi macam aku jugak. Jadi aku boleh agak yang serangan makhluk ni bermusim, dapat la jugak pengalaman nak handle menatang ni.. Dah nasib, aku tanam ketika datang serangan hamama ni. Kalau tanam setahun sebelum tu meungkin dapat tuai sekali dua kali, tapi elok-elok dah berbuah tetiba musim serangan… Nak wat cam ne tawakal jaer la.. Ujian ni Allah nak bagi tengok aku sabar ke tidak.
THUMB UPS.. SAYA PERCAYA ANDA BERKONGSI PENGALAMAN DAN PENYELIDIKAN INFO..
ReplyDeleteTAHNIAH !!!1
boleh nyatakan bagaimana rawatan pemulihan dan pencegahan
ReplyDeleteNak tanya.pokok cili berbunga dengan banyak.tapi lepas tu bunga tu kering atau gugur.kenapa macam itu.minta nasihat sikit terima kasih
ReplyDeletePeyakit lain aq tak risau tp peyakit hawar pucuk ni ada penawar tak . pokok dah 100 pokok pening dah ni......
ReplyDeleteAda cara tak untuk merawat nya. ladang saya dah 1000 pokok kene serangan pucuk kerinting. Dah naik 3 kali kene serangan yang sama tak ada cara lain ke selain cabut bakar.. boleh gile ni..
ReplyDeleteAda cara tak untuk merawat nya. ladang saya dah 1000 pokok kene serangan pucuk kerinting. Dah naik 3 kali kene serangan yang sama tak ada cara lain ke selain cabut bakar.. boleh gile ni..
ReplyDeleteracun ape yg sesuai yea
ReplyDeleteSembur racun serangga boleh mengawal penyakit keriting nie boss
ReplyDelete