Khasiat penyembuhan propolis
|
|
JOHOR BAHRU 7 April – Mungkin ramai yang tidak mengetahui khasiat propolis yang dikatakan mempunyai keupayaan menyembuh pelbagai penyakit.
Menjengah di pasaran, propolis kini diproses secara saintifik dan antaranya dikenali dengan jenama Propolis Active iaitu satu produk pemakanan kesihatan.
Bagi Pengurus Stokis produk itu, Jumaidah Sarbini, propolis atau damar lebah adalah zat yang dihasilkan lebah apabila bahan itu dikumpulkan oleh serangga tersebut daripada pucuk daun-daun muda.
Menurutnya, bahan itu kemudian dicampur enzim di dalam tubuh lebah bagi digunakan untuk menampal dan mensterilkan sarangnya.
Propolis yang terhasil daripada damar tumbuhan dan campuran minyak essential, pollen dan rangkaian mineral, asid amino selain bioflavonoids bersifat anti bakteria bagi membunuh semua kuman yang masuk ke sarang lebah.
“Propolis akan membolehkan lebah-lebah melindungi sarang daripada serangan kuman, virus atau bakteria.
“Sifat antibakteria semula jadi yang terkandung dalam propolis sangat ampuh dalam membunuh kuman dan terbukti dengan penemuan seekor tikus dalam sarang lebah yang telah mati selama lima tahun dalam keadaan tidak membusuk,” katanya semasa ditemui Utusan Malaysia di gerainya di Tesco Plentong, baru-baru ini.
Jumaidah berkata, propolis turut mengandungi antibiotik semula jadi tanpa toksik dan amat berkesan untuk melawan semua jenis mikrob termasuk bakteria, virus dan kulat.
Katanya, setitik propolis menyamai khasiat 500 biji oren dari segi kandungan flavonoids atau Vitamin P untuk melawan banyak penyakit dengan mengurangkan kesakitan.
“Ia mampu mengawal keseluruhan fungsi badan termasuk penyerapan zat makanan dan menambah sistem kekebalan terhadap penyakit.
“Hasil kaji selidik mendapati, propolis yang berperanan sebagai antibiotik juga tidak mempunyai kesan sampingan serta mengurangkan kepanasan,” katanya sambil memberitahu Propolis Active mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan.
Sebagai pengguna produk itu, Jumaidah berkata, penyakit resdung yang dihidapinya sejak sekian lama sembuh selepas enam bulan menggunakan Propolis Active.
Ibu kepada empat orang anak itu berkata, penyakit lututnya turut mengalami perubahan besar selepas menggunakan lima botol produk itu manakala sakit tumit pula hilang selepas tiga hari.
“Bagi pengguna Islam, penyakit datang dengan izin Allah dan penyembuhan juga datang dengan izin-Nya.
“Insya-Allah, dengan kehendak-Nya, penawar daripada lebah ini telah dijanjikan untuk menyembuhkan setiap penyakit.
“Lantas, setiap kali sebelum meminumnya, kita hendaklah memulakannya dengan bacaan bismillah dan selawat sebanyak tiga kali serta berdoa agar penyakit yang dihidapi sembuh,” katanya.
Bagaimanapun Jumaidah memberitahu, perubatan sains moden tidak boleh dipinggirkan dan tidak menjadi kesalahan untuk menggabungkan perubatan itu dengan amalan pemakanan Propolis Active.
Bagi mereka yang ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai produk tersebut boleh menghubungi Jumaidah di talian 019-7839122.
Pengguna merasai perubahan positif
JOHOR BAHRU 7 April - Kehebatan khasiat Propolis Active kini mula diakui para penggunanya dalam menyembuhkan pelbagai penyakit.
Menerusi pengalaman mereka, produk itu mampu memberi kesan menakjubkan terhadap penyakit yang dihidapi sama ada melibatkan bahagian kepala, tubuh, perut dan kulit.
Seorang pengguna, Nor Aishah Suleiman, 47, mendakwa, tekanan darah tingginya kembali ke tahap normal selepas dua bulan menggunakan produk berkenaan.
Katanya, pada masa sama berat badan juga turun sebanyak enam kilogram selain kesakitan lututnya semakin berkurangan.
Ibu kepada lapan orang anak itu memberitahu, dua saluran jantungnya yang tersumbat sebelum ini kembali normal apabila menjalani pemeriksaan di Hospital Sultanah Aminah baru-baru ini.
"Sewaktu mula mencubanya, sepanjang minggu pertama saya berasakan tindak balas tubuh yang aktif dan tidak lesu selain badan yang sering berpeluh.
"Namun apa yang menarik, saya tidak perlu berpantang ketika mengambil propolis dan masih boleh meneruskan pengambilan ubat-ubatan doktor," katanya ceria.
Nor Aishah berkata, sebagai manusia tidak salah kalau berusaha mencari penawar ke atas penyakit yang dihidapi dan mungkin makanan tambahan itu serasi dengan tubuh badan.
Seorang lagi pengguna, Hazizah Sarbini, 42, berkata, dia mengambil propolis sejak setahun lalu.
Ibu kepada enam anak itu berkata, hasil yang diperoleh amat mengejutkan apabila berat badannya turun daripada 96 kilogram kepada 56 kilogram.
Katanya, empat bulan pertama, berat badannya turun kepada 64 kilogram manakala penyakit migrain dan sakit tumit yang dialaminya turut sembuh.
"Insya-Allah, sebelum mengamalkan propolis, kena perlu yakin dengan kuasa Allah yang akan menyembuhkan selain membaca bismillah dan selawat tiga kali.
"Bagi saya, Propolis Active amat sesuai dijadikan amalan pemakanan warga emas dalam memberi kesihatan badan yang lebih aktif," katanya.
No comments:
Post a Comment