GONG DATUK - Rumput Napier (NPI-209) yang kaya dengan serat dan vitamin sesuai untuk dijadikan produk makanan ternakan yang mempunyai prospek baik ketika ini.
Pengarah Operasi Global Venture Sdn Bhd, Dr Mohd Zalami Razak berkata, teknologi daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Mardi mendapati rumput terbabit cukup sesuai untuk proses tumbesaran ternakan.
Katanya, rumput itu diproses untuk dijadikan makanan ternakan seperti untuk lembu, kambing, ayam kampung dan itik daging.
“:Kami mula memproses sejak sebulan lalu dengan menghasilkan 9.5 tan metrik produk siap sehari, kami mensasarkan pengeluaran sehingga 15 hingga 20 tan metrik sehari mulai Januari tahun depan apabila kilang kami di Beris Kubor Besar, Bachok beroperasi sepenuhnya.
“Tempoh matang rumput Napier hanya dua bulan membolehkan kami membelinya lima kali setahun yang memberi jaminan bahan itu tidak mudah terputus,” katanya.
Dr Mohd Zalami berkata, produk yang dihasilkan bukan sahaja bermutu malah menjimatkan kos ternakan sehingga 30 peratus kerana penternak tidak perlu lagi menggunakan vitamin tambahan, dedak atau garam.
“Tempoh baik untuk tuaian ialah antara 50 hingga 60 hari ditanam, protein cukup tinggi dan begitu juga dengan bahan lain seperti serat, vitamin dan mikrob,” katanya ketika ditemui di kawasan penanaman seluas 1.38 hektar yang diusahakan pesara guru, Abdul Ghani Ibrahim, 72, di sini.
Abdul Ghani merupakan peserta IADA Kemasin Semerak yang mengusahakan tanaman rumput Napier untuk diberikan kepada ternakan melalui program menambah pendapatan petani.
Menurutnya, lebihan daripada kegunaan, memberi hasil kepada Abdul Ghani untuk meraih pendapatan sampingan.
“Saya mengakui kelebihan rumput Napier apabila setiap seekor lembu yang saya ternak menghasilkan lima kilogram baja organik dalam masa sehari,” katanya.
Sementara itu Pembantu Veterinar IADA Kemasin Semerak, Mohd Nizam Ghazali berkata, rumput Napier terbukti memberi manfaat kepada penternak di bawah agensi terbabit.
“Pada asanya, kami menggalakkan penanaman rumput itu untuk peserta memberi makan kepada ternakan mereka dan hasil pengeluaran 40 tan metrik sehektar membolehkan peserta meraih pendapatan daripada usaha tersebut,” katanya.
NAPIER NPI 209/IKN091
Rumput ini berasal dari keluarga Nepier Grass. Pihak SEPAKAT GLOBAL VENTURE SDN BHD dengan kerjasama Uitm dan IADA KEMASIN SEMERAK telah melakukan kajian dan R&D untuk membangnkan tanaman ini, dan sebagai hasilnya kami telah berjaya menghasilkan sejenis rumput Napier yang kami namakan dengan NPI/209.
Berat rumput ini boleh mencecah sehingga 700grm / batang, dan dalam satu-satu perdu terdapat 20 – 80 batang dan boleh mencecah 56kg satu rumpun. Rumput jenis NPI/209 ini matang dan boleh mula dituai selepas 3 bulan dari tarikh penanamannya, dan untuk tuaian II & III & IV & V Cuma mengambil masa 45 - 60 hari selepas setiap kali dituai, dengan syarat penjagaan dan pembajaannya hendaklah mengikut jadual sebagaimana kami cadangkan.
AIDA Kemasin Semerak memainkan peranan penting dalam menyediakan kumpulan usahawan yang terlibat dalam penternakan. Kumpulan usahawan ini akan menanam tanaman rumput nepier NPI/209 ini ditempat masing-masing dan lebihan dari kegunaan sendiri, akan dijual kepada syarikat SGVSB. Syarikat akan membeli kesemua hasil tanaman rumput mereka secara berjadual dengan harga Rm 0.05 – Rm 0.10 / kg.
Adalah dianggarkan hasil tuaian bagi seekar boleh mencecah 149.5 metrik tan / setahun, dengan nilaian Rm 14,950.00. Anggaran keperluan kepada rumput segar (mentah) untuk projek silaj kami sekarang adalah 15 mt / hari (450 mt / bln).
Pihak Syarikat melalui pasukan penyelidik dan R&Dnya yang diketuai oleh Prof. Madya Zaki Zakaria dan Drs Mohamad Zalami telah berjaya membangunkan satu teknologi pembuatan Silaj Probiotik yang pertama di Malaysia. Silaj ini mempunyai banyak kelebihan-kelebihannya khususnya dalam proses penggemukan ternakan secara Feedlot. Dari kajian yang telah dijalankan, penggunaan silaj probiotik dalam menu ternakan dapat mengurangkan kos penternak sebanyak 30-40%.Kandungan nutriennya yang lengkap dan cara penggunaannya yang mudah sangat sesuai untuk digunakan oleh para penternak.
Objektif utama projek ini adalah untuk mambantu meringankan beban dan membantu menjana ekonomi kumpulan sasar. Bagi petani dan penternak yang terlibat dalam industri penternakan, samada secara kecil-kecilan atau besar-besaran, masalah utama mereka adalah kos yang tinggi dalam operasi, terutama kos bahan makanan ternakan (PKC). Harga runcit PKC mencecah RM 23 / Bag (50kg). keperluan PKC untuk seekor lembu adalah antara 7 - 10 kg / hari dan terpaksa ditambah pula dengan penggunaan rumput sebanyak 10-15kg / hari. Berikut adalah perbezaan pengiraan kos antara penggunaan Silaj Probiotik dengan PKC:
BIL | PERKARA | SILAJ | PKC |
PROBIOTIK | |||
1. | Harga Kilang | RM 10.00 (25 Kg) | RM 23.00 (50Kg) |
RM 0.40 / Kg | RM 0.46 / Kg | ||
2 | Anggaran Keperluan / Hari | 10 Kg - 15 Kg | 5 Kg - 7 kg |
Rumput | 0 | 7 Kg - 10 Kg | |
3 | Kos / hari | RM 6.00 | RM 3.22 + RM 3.00 = RM 6.22 |
4 | PURATA PENINGKATAN BERAT BADAN / 2 BULAN | 1.3 Kg - 1.8 Kg | 0.8 Kg - 1.2 Kg |
1.55 Kg x RM 6.20 | 1.2 Kg x RM 6.20 | ||
NILAI KENAIKAN BERAT | RM 9.61 | RM 7.44 | |
KEUNTUNGAN (2 Bln) | RM 3.61 x 60 Hari = RM 216.60 | RM 1.22 x 60 Hari = RM 73.20 |
P/S : Menu yang berasaskan kepada silaj probiotik sudah tidak memerlukan kepada supliment tambahan seperti garam jilatan & antibiotik.
: Manakala menu PKC sangat memerlukan kepada supliment tambahan seperti, garam jilatan, antibiotik dan vitamain.
Untuk penggunaan harian ternakan, cukup dengan 10-15kg silaj probiotik / ekor. Boleh diberikan secara kering atau lembab. Proses penghadaman lembu lebih baik kerana silaj probiotik dibangunkan diatas asas penggunaan dan kerja mikrob organisma yang baik. Penjimatan yang sangat ketara adalah dalam penyeliaan kesihatan ternakan, mesra alam sekitar (penurunan pencemaran bau 70-80%), Qualiti daging yang baik, pejal dan lembut dan proses peggemukan ternakan yang cepat.
SY INGIN MEMBELI SILAJ DARIAPA SYARIKAT EN..SY TINGGAL DI MELAKA..BOLEH BG NO FON...SILA SMS/CALL SY AZHAN KAMIS 012 2500306..
ReplyDeleteTERIMA KASIH