Saturday, December 5, 2009

TANAMAN VANILLA

PENGENALAN

Pokok vanila merupakan sejenis tumbuhan orkid yang berasal dari negara Mexico merangkumi 110 spesis yang telah dikenal pasti. Salah satu spesis yang dikesan mempunyai nilai komersial adalah vanilla planifolia andrew. Kini pokok vanila boleh ditemui di vanilla planifolia andrewbeberapa negara seperti Mexico, Madasgacar, Indonesia, Comoro, Uganda, India dan Tahiti. Mempunyai banyak kegunaan termasuk sebagai bahan aroma untuk minyak wangi, rokok dan likur. Di Eropah mereka lebih gemar untuk menggunakan buah vanila asli, sementara Amerika Utara selalu menggunakan hasil ekstrak buah vanila ini. Dalam masakan pula, vanila digunakan sebagai perasa serta haruman untuk makanan manis seperti puding, kek, kastad, krim, souffel dan semestinya ais krim. Perisa vanila juga boleh ditemui dalam cokelat, barangan konfeksi dan beberapa likur seperti Cr̬me de Cacao dan Galliano. Tiga suku daripada pengeluaran vanila dunia adalah daripada Madagascar diikuti oleh Indonesia dan Comoro masing Рmasing sebanyak 21% dan 9%. Pada tahun 2004, pengeluaran vanila dunia lebih kurang 4,500 tan setahun, dan jumlah ini telah meningkat pada tahun berikutnya. Jadual di bawah menunjukan pengeluar utama vanila dunia.

Permintaan pasaran antarabangsa kini dikuasai secara dominan oleh Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan juga Jepun. Pada tahun 2004 sahaja ketiga – tiga negara tersebut telah mengimport 4,000 tan vanila.

VANILLA BEAN - WORLD PRICE per KG
1998 US$19.26
1999 US$20.16
2000 US$33.55
2001 US$86.03
2002 US$145.45
2003 US$156.13
2004 US$400.00

Amerika syarikat menguasai dua per tiga daripadanya sementara Eropah dan Jepun masing – masing 30% dan 6%. Pertumbuhan pesat indsutri Makanan dan Minuman mendorong kepada peningkatan permintaan vanila.

Dua sektor utama yang menjadi sasaran pengeluaran adalah sektor pembuatan ais krim dan minuman berperisa. Pengenalan Vanilla Coke oleh Coca – Cola merupakan satu peluang keemasan untuk indsutri vanila.

Vanilla Coke mempunyai kandungan vanila asli, ini membolehkan permintaan terhadap vanila asli meningkat serta merta. Menurut sumber Coca – Cola memerlukan kira – kira 200 tan vanila setahun untuk menampung pengeluaran Vanilla Coke. Dijangkakan permintaan vanila akan meningkat 10% lagi sekiranya permintaan produk meningkat disamping kewujudan pesaing (seperti Pepsi dan Virgin). Permintaan vanila dunia untuk Vanilla Coke boleh meningkat sehingga 400 tan setahun.

VANILLA -MARKET SHARE
Madagascar 63%
Indonesia 21%
Comoros 9%
Uganda 3%
India 1%
Jamaica 1%
Papua New Guinea 1%
Others 1%

Selepas kartel pengeluaran yang mengwal harga pasaran vanila dimansuhkan pada tahun 1995, harga vanila pada mulanya menurun. Tetapi bermula tahun 2001 peningkatan harga vanila sangat ketara, disebabkan oleh kekurangan pengeluaran. Harga vanila terus menunjukkan peningkatan drastik pada 2002, 2003 dan 2004. Pada penghujung tahun 2003 harga buah vanila mencapai USD180 per kg (FOB), meningkat daripada USD20 pada tahun 1999. Pada disember 2004, harga vanila pernah meningkat sehingga USD380. Kini harga pasaran vanila ditentukan pada kadar USD150 hingga USD250 berdasarkan kualiti buah vanila. Harga ini dijangka tidak akan mengalami penurunan meskipun dengan kemunculan beberapa negara pengeluar baru seperti India dan Uganda.

Asli dan Sintetik

Vanila sintetik kini digunakan secara meluas namun saingan dalam pasaran berlaku apabila harga vanila asli meningkat. Penggunaan vanila sintetik dunia adalah sejumlah 12,000 hingga 15,000 tan setahun manakala vanila asli hanya 4,500 tan. Menurut laporan 97% daripada penggunaan vanila dunia adalah sintetik dan 88% penggunaan vanila di Amerika adalah sintetik. Nisbah harga antara vanila sintetik dan vanila asli adalah pada purata 1:10.

Permintaan tertinggi di seluruh dunia untuk vanila adalah daripada industri pembuatan makanan sehingga menyebabkan permintaan melebihi pengeluaran. Ini mendorong syarikat pembuat makanan menukar penggunaan vanila asli kepada perasa tiruan (sintetik). Sebenarnya terdapat perbezaan yang sangat signifikan antara dua produk ini. Vanila asli bukan hanya mengandungi vanilin tetapi juga mengandungi beberapa sebatian aromatik yang lain membuatkan vanila asli lebih bernilai berbanding vanila sintetik yang hanya mengandungi aroma vanilin.

SEJARAH EMAS HIJAU

Ketika zaman purbakala, bangsa Totonaco Indians dari Mexico merupakan peyimpan pertama rahsia vanila. Apabila mereka dikalahkan oleh puak Aztecs, mereka diminta untuk meninggalkan buah eksotik iaitu buah vanila.

Apabila zaman berubah, puak aztecs telah dikalahkan oleh orang Sepanyol yang berpengaruh, Hernando Cortez, beliau kemudian kembali ke Sepanyol bersama rampasan yang bernilai iaitu buah vanila. Masyarakat Sepanyo mencampurkan buah vanila dan koko untuk dijadikan minuman yang amat menyegarkan. Minuman istimewa ini hanya menjadi hidangan untuk orang- orang atasan selama lapan tahun. Totonaco Indians of MexicoPada tahun 1602, Hugh Morgan, apotekari kepada Queen Elizabeth 1, mencadangkan supaya vanila dijadikan sejenis vanila asli tanpa mencampurkannya dengan perisa lain. Di sini la bermulanya versatiliti penggunaan vanila.

Kini vanila tumbuh di empat buah kawasan utama di dunia. Setiap kawasan mengeluarkan vanila dengan ciri – ciri dan struktur yang berbeza.

Madagascar, sebuah kepulauan di Afrika, merupakan pengeluar terbesar vanila di dunia. Vanila daripada negara ini dikenali dengan nama vanila Madagascar Bourbon. Perkataan Bourbon merujuk kepada vanila yang tumbuh di Kepulauan Bourbon (Madagascar, Comoro, Seychelle dan Kesatuan). Pada masa itu, tiada berlaku hubungan perniagaan dengan pengeluar likur di Kentacky, Amerika Syarikat. Vanila Madagascar Bourbon dianggap sebagai vanila asli yang paling berkualiti dengan ciri – ciri berkrim, manis, lembut dan rasa yang lunak.

Indonesia merupakan negara pengeluar vanila yang kedua, dengan jenis vanila yang berkayu, lebih harum dan mnegandungi unsur fenolik. Madagascar dan Indonesia mengeluarkan 90% tanaman vanila dunia. Negara asal vanila, Mexico, kini hanya mengeluarkan sejumlah kecil hasil tuaian. Vanila Mexico mempunyai ciri – ciri berkrim, manis, lembut dan mempunyai haruman rempah. Negara keempat pengeluar vanila adalah Tahiti. Vanila Tahitian tumbuh daripada genus orkid vanila yang berbeza. Vanila Tahiti mempunyai bunga buah yang banyak, seperti herba dan lembut.vanilla vanille

Vanila yang terkenal sebagai perasa yang menarik, boleh dijadikan sebagai bahan tambahan untuk pelbagai jenis produk. Ia merupakan salah satu perisa yang paling banyak digunakan di dunia, terutama sekali dalam pembuatan ais krim. Di Mexico vanila dijadikan sebagai sos sementara di Swedeen vanila banyak digunakan dalam masakan. Vanila juga dijadikan sebagai jus buah di Polynesia dan sebagai haruman minyak wangi di Paris. Di mana sahaja ada keperluan untuk bahan haruman, perisa, manisan atau hiasan, vanila pasti ada di sana.

Vanilla Planifolia (*vanila sebenar)(Fragrans, nama asal)

Vanilla planifolia merupakan tumbuhan pribumi Mexico yang didebungakan oleh burung madu dan sejenis kumbang yang dipanggil Melipona. Apabila vanila berpindah ke kawasan lain di dunia, ia tidak mengeluarkan buah sehingga kajian menunjukkan pendebungaan boleh dilakukan oleh tenaga manusia.

Pokok vanila akan menjalar pada pokok besar dan apabila bunga gugur, pembesaran buah akan terbantut. Sebab itu penting untuk memastikan bunga daripada gugur. Di Mexico, vanila di tanam di hutan kanopi untuk menghalang tiupan angin dan ribut kecil. Penting juga untuk tidak terlalu melakukan pendebungaan kerana ianya akan membuatkanya buah vanila kering dan mati.

Orang – orang Totonacas di Mexico masih lagi pokok vanila ini kerana mereka menganggap ia sebagai satu anigerah dari Tuhan. Sudah menjadi kebiasaan bagi mereka untuk menanam pokok vanila di sekeliling rumah, dimana mereka akan siram setiap hari. Mereka juga menghasilkan kraftangan daripada buah vanila kering, seperti frogs, bakul, rumah kecil dan sebagainya. Mereka akan menggantungnya pada cermin belakang kereta sebagai penapis udara dengan ukiran yang menarik. Bagi kaum Veracruz, biasa ditemui beberapa buah vanila dalam bilik tidur mereka. Sarung bantal daripada bilik tidur tersebut mempunyai haruman yang menyegarkan dan memberahikan apabila orang – orang yang disayangi telah meninggal dunia.

Selama beberapa abad, vanila menjadi salah satu perisa pilihan dalam masakan. Vanila seringkali digunakan dalam bahan pencuci mulut, minuman, produk susu dan kopi. Vanila telah menjadi salah satu perisa yang paling digemari dalam masakan barat.

Dipercayai bahawa orang – orang Totonaca di Mexico merupakan yang pertama membuat penanaman vanila semasa zaman Mesoamerican. Mereka percaya bahawa Tuhan telah menganugerahkan buah eksotik ini kepada mereka. Vanila seterusnya ditanam di bahagian barat tropika Mexico.

vanilla plantPada abad 14, orang – orang Sepanyol yang dikuasai oleh puak Cortez, menyaksikan Montezuma, seorang Maharaja Aztecs, mengisar buah vanila untuk dicampurkan dengan cokelat dan dijadikan sebagai minuman untuk tetamu kehormat.

Orang- orang Sepanyol mnguasai pengeluaran vanila dengan pantas. Pada abad ke 15 Sepanyol telah mengeksport vanila ke Eropah yang digunakan sebagai perisa dalam pembuatan cokelat.

Melalui penerokaan dan pengumpulan bahan dari hutan Amerika Selatan dan Amerika Tengah oleh botanis, vanila menjadi semakin serasi di Eropah. Orang – orang Eropah mengikut jejak langkah puak dalam Dunia Baru dan menggunakan vanila dalam penghasilan ubatan seperti perangsang saraf dan afrodisiak.

Awal tahun 1800 tanaman vanila mula hidup dalam pusat pengumpulan botanikal di Jerman dan Perancis. Ahli hortikultur telah membuat kajian untuk menetukan kondisi yang sesuai untuk pertumbuhan vanila. Dari Eropah vanila mula berhijrah ke Kesatuan Mauritus dan Replubik Malagasy. Dalam era jajahan tropika baru, para hamba abdi telah menemui bahawa pendebungaan menggunakan tangan manusia diperlukan untuk menghasilkan buah vanila.

Bermula dari sini, pokok vanila telah dibawa ke Indonesia, Seychelles dan Pulau Comoro. Dianggarkan pada mas yang saman juga, vanila telah diperkenalkan sebagai tanaman di Martinique dan Guadeloupe, Caribbean.

6 comments:

  1. sy nak tau..macam mane nak mulakan penanaman pokok vanilla ni..dan sy bercadang untuk mulakan penanaman...ada x sebarang bantuan yg boleh diberi atau sebarang motivasi...

    ReplyDelete
  2. Sya pyn nak tahu jugak .ADA sape gg tahu whassup saya 0165243326

    ReplyDelete
  3. Sya pyn nak tahu jugak .ADA sape gg tahu whassup saya 0165243326

    ReplyDelete
  4. Di mana benih boleh didapati Di malaysia ini?

    ReplyDelete
  5. Saya beli dekat sini https://s.lazada.com.my/s.e9iY4

    ReplyDelete