Makanan ternakan alternatif (Silaj Jagung)
Ukaru Group adalah sebuah syarikat 100% milik bumiputera yang mengeluarkan dan memasarkan produk-produk berasaskan bioteknologi . Ia telah ditubuhkan pada bulan Oktober 2008 oleh sekumpulan bumiputera yang berpengalaman dari pelbagai bidang kepakaran dalam penternakan, penyelidikan bioteknologi dan pengurusan syarikat-syarikat gergasi.
Sehingga ini, Ukaru Group mempunyai dua buah syarikat yang beroperasi untuk mengeluar dan memasarkan produk-produk kami. Ukaru Farm adalah anak syarikat yang kini mengeluarkan produk-produk seperti makanan tenakan ruminan silaj (silage) dan baja organik melalui kilang yang terletak di Kampung Kundur Hilir, Rembau, Negeri Sembilan. Manakala Ukaru Marketing pula, adalah anak syarikat yang menjalankan pemasaran produk.
Kejayaan memulakan perniagaan di dalam bidang ini adalah hasil dari wawasan, kegigihan dan iltizam pihak pengurusan dan warga kerja Ukaru Group sendiri. Bantuan, khidmat nasihat, kerjasama dan sokongan padu yang diberikan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Rembau dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan juga telah memudahkan dan mempercepatkan lagi untuk kami mencapai objektif perniagaan syarikat.
Teknologi :
Kaedah pembuatan silaj secara anarobik (anaerobic) mengunakan bakteria baik (mikrob) tempatan (jaminan jangka pendek & jangka panjang serta bersih dan suci). Teknologi yang mengutamakan mesra alam.
Kelebihan teknologi :
Penambahbaikan produk ( silaj )
Penambahan zat nutrien seperti kandungan protin dan tenaga metabolisma yang lebih tinggi.
Penyediaan yang mengambil masa yang singkat. Produk boleh digunakan selepas 5hari proses penapaian (fermentasi).
Dapat mengurangkan kehilangan nutrien sewaktu perubahan kimia ketika proses fermentasi.
Kelebihan Produk :
Berupaya meningkatkan kegemaran serta pengambilan makanan oleh ternakan.
Rasanya adalah lebih enak dengan aroma yang harum.
Merangsang kadar penghadaman yang lebih tinggi pada ternakan.
Meningkatkan daya tahan ternakan terhadap serangan penyakit.
Boleh disimpan lama apabila tidak terdedah kepada udara.
Pengunaan silo ( bekas simpanan silaj ) – tong plastik kedap udara.( Mudah dikendalikan berdasarkan saiz dan beratnya & kualiti bahan plastIk yang mampu bertahan mengikut keadaan cuaca persekitaran).
Berupaya menghilangkan atau menghindarkan bau najis ternakan.
************************************************************************************************************
Berita sangat baik untuk penternak ruminan kambing / lembu. Kini masaalah makanan ternakan
sudah dapat ditangani. Sudah sampai masanya untuk kita berhenti dari bergantung kepada pellet
atau dedak yang harganya kian meningkat setiap hari. Ukaru Group mengeluar dan membekal makanan
ternakan kambing/lembu (silaj jagung dan silaj campuran TANPA UREA) yang berkualiti tinggi (setanding atau
lebih dari nutrien atau zat protin dedak biasa) namun harganya lebih murah (50% lebih rendah) dari dedak.
Pengangkutan dan penghantaran boleh diuruskan. Ejen atau wakil penjual amat dialu-alukan.
Untukk perkhiidmatan segera, sila hubungi kami di alamat emel marketing@ukarugroup.com atau hubungi En Izzuddin di nombor telefon 019-7795679. Untuk maklumat lanjut, lawati website kami di www.ukarugroup.com. Semoga berjaya.ARKIB : 13/06/2009
Silaj bantu penternak Boer
|
|
BACHOK 12 Jun - Menternak kambing Boer secara komersial yang mula menarik perhatian ramai di negeri ini menelan kos pengurusan makanan yang tinggi dan bekalan pula kerap tidak menentu.
Justeru para penternak dinasihatkan turut terlibat sama dalam projek pertanian jangka pendek seperti tanaman jagung, keledek dan kacang tanah yang boleh membantu mereka mengurangkan kos itu dan mempelbagaikan punca rezeki.
Langkah mengintegrasi bidang penanaman dan penternakan haiwan ini akan mengurangkan pergantungan sepenuhnya terhadap makanan proses di pasaran yang melibatkan kos yang tinggi dan membebankan, sekali gus mempelbagaikan punca pendapatan mereka.
Timbalan Ketua Setiausaha (Usahawan) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Hashim Abdullah berkata, teknologi penternakan ini boleh diperoleh dengan memanfaatkan peranan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI).
MARDI sedia membimbing mereka bagaimana mengatasi masalah itu yang dapat membantu meningkatkan keuntungan mereka.
Beliau berkata, langkah yang menguntungkan perlu diteroka dengan mengoptimumkan sumber sedia ada seperti tanah, tenaga kerja dan infrastruktur ladang serta berkeupayaan untuk kitar semula bahan sampingan yang terhasil dari komponen tanaman yang diusahakan.
''Pada masa yang sama kawasan untuk tanaman makanan ternakan seperti penanaman pokok petai belalang dan rumput berzat perlu diusahakan bagi penghasilan makanan konsentrat yang diperlukan sebanyak 200 hingga 300 gram bagi setiap ekor kambing," katanya di sini hari ini.
Mohd. Hashim berkata, kepelbagaian usaha perlu dilakukan bagi menjimatkan kos dan pada masa yang sama ia akan memberi keuntungan pendapatan yang lebih berbanding melaksanakan penternakan yang tidak menggunakan teknologi pertanian yang terkini.
''Teknologi untuk menghasilkan silaj (tumbuhan yang dijeruk) boleh dipelajari di MARDI Telong di mana sisa tanaman jagung dipotong semasa berusia 60 hari selepas hasilnya dituai," ujar beliau.
Katanya, sisa tanaman itu dipotong pendek antara 3 hingga 15 sentimeter menggunakan mesin pemotong dimasukkan dan dipadatkan dalam dram plastik yang dialas dengan plastik sepenuhnya dan ditutup rapat supaya kedap udara.
''Ia disimpan selama satu bulan sebelum dijadikan bahan makanan kepada kambing. Bahan ini mempunyai nilai pH kurang daripada 4.5 dengan kandungan asid laktik antara 3 - 13 peratus dan asid butirik kurang daripada 0.2 peratus di mana nilai zatnya adalah sama dengan tumbuhan asalnya sebelum dijeruk.
''Ia boleh bertahan hingga beberapa tahun lamanya manakala sisa tanaman keledek dan kacang tanah boleh diberi terus kepada ternakan," ujarnya.
Mohd. Hashim berkata, permintaan daging kambing Boer amat tinggi dan ia perlu direbut peluang oleh petani yang mengusahakan projek penanaman jangka pendek untuk menternak dengan sistem yang lebih sistematik.
Beliau berkata, sisa buangan atau najis ternakan itu pula seharusnya diproses oleh petani untuk dijadikan baja organik bagi menyuburkan tanaman yang mereka usahakan.
Menurutnya, mereka yang berminat untuk menjadi usahawan ternakan ini boleh menghubungi mana-mana agensi pertanian yang berdekatan dan mendapatkan pembiayaan Agro Bank menerusi pinjaman kredit Mikro atau mendapatkannya daripada Tabung Ekonomi Usahawan (Tekun) tanpa perlu mengemukakan penjamin atau cagaran.
''Apa yang penting setiap projek yang dilaksanakan akan memberi impak yang menguntungkan pengusaha dan pemberi pinjaman. Agensi pertanian hanyalah agen pemudah cara, pembimbing dan pembekal kepakaran," katanya.
Utusan Malaysia difahamkan seekor kambing Boer yang matang boleh menjangkau harga jualannya melebihi RM1,000 bergantung kepada saiz dan jantinanya.
Sementara itu, para petani lega dan berterima kasih dengan bimbingan khidmat nasihat dalam bidang penternakan, kepakaran dan pelbagai bantuan dari beberapa agensi pertanian terhadap usaha penternakan kambing yang dilaksanakan.
Pengerusi Persatuan Penternak Kambing Negeri Kelantan Cawangan Bukit Awang, Razali Mamat berkata, penubuhan persatuan turut membolehkan aktiviti pemeliharaan dilaksanakan secara sistematik dengan menggunakan teknologi pertanian terkini yang boleh didedahkan secara menyeluruh.
Beliau berkata, usaha yang dilaksanakan oleh Pejabat Pembangunan Kawasan Pertanian (IADA) Kemasin Semerak yang membantu penternak di kawasan operasinya menyediakan kemudahan bangsal pemeliharaan, baja rumput dan enjin pam air turut memberi semangat kepada penternak dalam meningkatkan kapasiti projek yang diusahakan.
''Malah penyediaan induk secara pawah oleh agensi berkenaan dan Jabatan Veterinar yang banyak membantu membangunkan kaedah pembenihan baka, ubatan dan rawatan serta khidmat kepakaran adalah rentasan penting yang akan mendidik penternak kambing negeri ini untuk berdikari mengusahakan projek penternakan secara komersial," katanya.
Razali yang turut menternak 350 kambing Boer dan Jamnapari dalam kawasan seluas 0.92 hektar di Kampung Gong Guchil di Pasir Puteh sejak empat tahun lalu yakin usaha penternakan secara berkelompok akan menjadikan negeri ini sebagai pembekal daging dan baka kambing yang produktif pada masa akan datang.
Beliau berkata, penternak mempunyai dua pilihan sama ada ingin menjual daging atau mendapat sedikit keutungan dengan menjual baka yang berkualiti kepada pembeli atau mereka yang berminat untuk menternak kambing.
Kambing kampung untuk aqiqah ada tak
ReplyDeleteKambing kampung untuk aqiqah ada tak
ReplyDelete