Saturday, December 5, 2009

POKOK VANILLA

POKOK VANILLA

Vanila adalah sejenis orkid tropika yang memanjat, dengan batang yang berisi, panjang dan berwarna hijau. Mempunyai tunas akar yang melekap pada pokok tumpang. Menghasilkan bunga berwarna kuning dan oren, berjambak, satu bunga sahaja akan mekar dalam sehari selama dua bulan. Vanila adalah tanaman tropika yang tidak boleh tumbuh dengan semula jadi pada suhu yang tinggi. Untuk penanaman, vanila memerlukanvanilla - tropical climbing orchid pokok pelindung untuk mengawal suhu.

Secara semula jadi, vanila hanya didebungakan oleh kumbang Mexico dan burung madu yang mampu memecahkan membran yang membahagikan pistol dan stamen. Usahawan Eropah telah memindahkan vanila untuk ditanam di lokasi tropika lain tetapi tidak menghasilkan buah. Sehingga tahun 1836, apabila seorang botanis dari Belgium, Charles Morren, menyatakan bahawa bunga vanila ini tidak didebungakan dan memerlukan tenaga manusia. Pada tahun 1841, Edmond Albius seorang bekas hamba dari Kesatuan Pulau French, mengesyorkan cara pendebungaan tiruan dengan menggunakan pencucuk buluh untuk memecahkan membran dan menyapukan debunga dengan ibu jari. Cara ini telah mendorong dalam perkembangan pertanian vanila dan cara ini juga telah diguanakn hingga sekarang.

Buah vanila akan mengambil masa kira – kira sembilan bulan untuk matang dan akan mula dituai apabila hujung buah vanila mula bertukar warna kehitaman. vanilla flowerHingga sekarang proses pengeluaran buah vanila memang memerlukan masa yang panjang dan sangat rumit. Selepas dituai, buah vanila akan dibalut dan disimpan ditempat yang bersuhu tinggi dan kering untuk mengelakkan pembiakan bakteria. Seterusnya vanila akan dikeringkan di bawah cahaya matahari selama sehari dan akan disejukkan pada waktu malam untuk beberapa hari. Pada peringkat ini buah vanila akan berwarna kehitaman, berminyak dan mudah lentur. Kemudian buah vanila akan dibiarkan mengering dalam kawasan terlindung selama dua bulan. Buah vanila kemudianya akan dipilih mengikut gred dan akan ditempatkan dalam kotak untuk proses seterusnya dalam masa tidak melebihi dua bulan.

FAKTA RINGKAS

Vanila adalah satu – satunya buah yang boleh dimakan dalam famili orkid, iaitu famili tumbuhan berbunga yang terbesar di dunia.

pokok vanila

bunga vanila
Ia adalah orkid jenis Tropical Orchidtropical dan terdapat lebih kurang 150 variasi, tetapi hanya dua jenis sahaja yang dikomersialkan iaitu vanila Bourbon dan Tahitian.

Vanila tumbuh di 20 darjah Carribbean, seluruh Equator dan ianya berasal dari Amerika. Vanilla planifolia (juga dikenali sebagai fragrans) tumbuh di Gulf Atlantik salah satu kawasan di Mexico, dari sekitar Tampico ke hujung utara Amerika Selatan dan dari Colima Mexico ke Ecuador di sebelah Pasifik. Ia juga tumbuh di Carribbean.

bourbon and tahitian

totonaca people
Orang – orang Totonaca dari pantai Gulf Mexico, dijangka orang pertama yang menanam vanila. Mereka melatih ramai orang untuk menanam vanila pada zaman MesoAmerika. Mereka menganggap vanila sebagai anugerah dari Tuhan.

Vanila mula berpindah dari Mexico pada awal 1500 ke negara Sepanyol. Dipercayai Hernando Cortes hanya menggunakan vanila sebagai minyak wangi, sehingga tahun 1519 beliau mendapati ianya juga boleh dijadikan sebagai bahan perisa.

hernando cortes

Sehingga akhir abad ke 19, Mexico memonopoli penanaman vanila, tetapi kini Madagascar dan Indonesia menguasai tanaman vanila dunia. Negara lain yang menanam vanila termasuk Guatemala, Costa Rica, Uganda, China, India, Papua New Guinea, Tonga, Fiji, Tahiti dan Filipina.

Vanila merupakan tanaman pertanian yang menggunakan intensif buruh terbesar didunia, menyebabkan harga vanila sangat mahal. Ia akan mengambil masa tiga tahun selepas ditanam sebelum ia mula berbunga. Buah vanila yang pada mula berwarna hijau dan lebih besar, akan mengambil masa selema sembilan bulan untuk matang dan mula mengeluarkan aroma. Bagaimanapun, apabila buah sudah dituai, ia akan tetap mengeluarkan haruman dan rasa yang lunak. Ciri – ciri tersendiri vanila ini akan bertambah lagi semasa proses pemeraman.

Apabila buah telah dituai, ia akan dirawat dengan air panas atau dipanaskan dan diletakakn di bawah cahaya matahari selama dua minggu sehingga saiz buah vanila berkurang 20% dari saiz asal. Selepas proses ini, buah vanila akan dipilih mengikut saiz dan kualiti. Kemudian ia akan dibiarkan selama sebulan atau dua bulan untuk melengkapkan penghasilan haruman dan rasa vanila. Kemana sahaja vanila dihantar atau dibawa, aromanya tetap akan sentiasa asli.

Oleh kerana vanila dilihat sebagai suatu yang amat bernilai, ia juga sering menjdai tumpuan kuasa jahat atau rampasan. Di Madagascar, kecurian vanila adalah suatu masalah yang besar. Para penanam akan membuat tanda pada vanila ketika buah masih hijau dan tanda ini akan kekal sehingga buah vanila kering. Sesiapa yang kehilangan vanila boleh mengenal pasti buah vanila tersebut melalui tatoo pada buah vanila mereka sendiri.

Vanila Bourbon dinamakan sempena nama pulau yang kini dikenali sebagai negara Comoro dan Kesatuan., tetapi pada awal abad ke 19 ia di kenali sebagai Pulau Bourbon. Pokok vanila Bourbon berasal dari Mexico, dimana vanila Bourbon dan vanila Mexico adalah jenis yang sama.

Vanila Tahitian juga berasal dari Mexico, tetapi ianya mengalami mutasi pada lima puluh hingga enam puluh tahun yang dulu dan akhirnya ia menjadi spesis yang baru. Terdapat perbezaan yang signifikan antara vanila Bourbon dan vanila Mexico.

Amerika Syarikat adalah negara terbesar yang menggunakan vanila, diikuit oleh Eropah terutama sekali Perancis. Kira – kira 1400 tan vanila kering dikeluarkan setipa tahun di seluruh dunia. Beberapa tahun kebelakangan ini, permintaan terhadap vanila asli meningkat dan hingga kini permintaan tahunan adalah 2200 tan.

Vanila bukan sahaja digunakan sebagai perasa makanan dan minuman, tetapi juga digunakan dalam minyak wangi. Ianya juga banyak digunakan dalam industri pembuatan seperti sebagai perisa dalam ubatan dan haruman dalam tayar, cat dan produk pencuci.

Industri makanan banyak menggunakan vanila dalam pembuatan ais krim, yogurt (asli atau beku) dan lain – lain produk. Walaupun banyak terdapat perisa lain untuk ais krim, ramai penggemar aiskrim menyatakan, “Beri saya vanila!”.
Oleh kerana vanila mempunyai permintaan yang sangat tinggi juga dengan harga yang tinggi, vanila sintetik sering digunakan untuk menggantikan vanila asli. Fakta menunjukan 97% vanila yang digunakan sebagai perisa dan haruman adalah sintetik.

Oleh kerana vanila mempunyai permintaan yang sangat tinggi juga dengan harga yang tinggi, vanila sintetik sering digunakan untuk menggantikan vanila asli. Fakta menunjukan 97% vanila yang digunakan sebagai perisa dan haruman adalah sintetik.

FAKTA MENARIK

Imbasan Sejarah

Thomas Jefferson telah menjadi kaya dengan memperkenalkan vanila ke Amerika Syarikat pada tahun 1700. Semasa menjadi utusan kepada Raja Loius XVI Perancis, beliau mula mengenali vanila dan telah membawa 200 biji buah vanila apabila beliau kembali ke Amerika Syarikat.

Ais krim menjadi sangat popular sebelum Perang Revolusi dan menjadi hidangan di kedai - kedai konfeksi, di New York City.

George Washington menyukai ais krim dan menyimpan dua pasu ais krim sebagai barangan hiasan di Gunung Vernon semasa pemerintahan beliau pada tahun 1789 – 1797.

Dolly Madison telah menjadi sensasi apabila beliau menghidangkan ais krim sebagai pencuci mulut untuk Rumah Putih semasa mesyuarat kedua pada tahun 1812.

Kon ais krim yang pertama telah dikeluarkan di New York City pada tahun 1896 oleh Italo Marchiony, seorang yang berpindah dari Itali pada akhir 1800. Acuan tersebut telah dijadikan paten pada Disember 1903. Pada tahun 1904, kon ais krim telah diperkenalkan kepada St. Louis World’s Fair apabila pembuat wafel dari Syria bernama E.A. Hamwi mula membuat wafel dalam bentuk kon untuk kegunaan pengeluar ais krim yang bekerjasama. Kon ini telah digunakan sehingga sekarang dimana berbilion kon dikeluarkan setiap tahun.

No comments:

Post a Comment