Tuesday, December 8, 2009

TANAMAN TEBU

Monday, June 1, 2009

Prospek Penanaman Tebu Di Malaysia

Tebu merupakan tanaman yang jarang dibincangkan dikalangan petani Bumiputra, sedangkan potensinya cukup besar untuk dikomersilkan. Saya mula tertarik dengan projek penanaman tebu disebabkan proses penanaman tanaman ini (tebu) lebih kurang sama dengan benih napier india IKN091.
Berikut adalah beberapa pengiraan ringkas daya maju projek penanaman tebu seluas 10 ekar.
Fakta Kos, Masa & Hasil1 pusingan : 8 bulan
Harga anak benih : RM1-1.50/benih
1 ekar (penuh) : 42,000 ruas/ekar
Hasil 1 ekar : 42 tan1 ekar (selingan dengan getah/sawit) : 500 ruas/ekar
Hasil 1 ekar : 7 tan
Berat 1 batang: 2-3kg
Jualan & Pasaran: - Batang : 1 Batang RM 1-2- Kg : 1kg RM0.50
Pasaran : Kemuncak sewaktu Bulan Ramadhan
- jadi kena rancang jadual betul2, jika nak dapatkan hasil tahun depan, bulan Jan dah kena start tanam.
Hasil kasar bagi 10 ekar tanam tebu
Selingan dengan getah/ sawit;
7 tan x RM0.50 = RM3,500/ ekar x 10 ekar = RM35,000/10 ekar - sementara pokok getah dapat mengeluarkan hasil (getah boleh mula toreh bila mencecah umur 7 tahun), lebih baik petani/penoreh kita membuat tanaman intergrasi getah dengan tebu, ia mampu menjana RM245,000/ 7 tahun. - daripada 'tanam' rumput dan lalang, baik sesiapa2 yg ada tanah getah yg buat projek tanam semula tanam tebu dan mana2 tanaman yg boleh mengeluarkan hasil yg lumayan kepada kita semua.
Tanam Penuh
42 tan x RM0.50 = RM21,000/ ekar = RM210,000/10 ekar.
Diharapkan maklumat diatas dapat membantu sahabat2 membuat perancangan bijak dalam mengusahakan tanah masing-masing, saya doakan semoga semua berjaya dan doakan kejayaan saya juga. Amin

Monday, June 15, 2009

Perbezaan Tebu Morris dengan Tebu Telur

Tebu Kuning/Morris VS Tebu Telur
-Kulit keras - Kulitnya sangat lembut
-Ruas panjang-panjang - Ruasnya pendek-pendek saiz mcm telur
-Airnya warna hijau gelap & keruh - Airnya warna hijau muda
-Rasanya sangat manis - Sederhana manis
-Ada miang pada pucuk - Tak de miang
-Klu dah tua keluar bunga - Tak de bunga, blh panjang lbh 10 kaki
-Harga RM 1.00 sebatang / rm0.50 sekilo - Harga ikut gred. A=rm1.80 B=rm1.60 C=rm1.40

Gambar ialah air tebu telur..warnanya hijau muda..klu tebu morris warnanya gelap keruh.


Gambar tebu yg berbunga ialah tebu morris..dah tua monopouse..berbanding dgn tebu telur tak de bunga..gambar tebu telur ketinggiannya lbh 12 kaki

Gambar ialah perbezaan batang tebu morris dgn tebu telur..tebu morris batangnya keras dan mempunyai ruas yg panjang-panjang berbanding tebu telur..ruasnya pendek-pendek dan kulitnya lembut.




Gambar bawah ialah tebu morris/kuning ( kt kampung aku panggil tebu madu ).Tebu ini ada miang pada pucuknya..Lg satu tebu telur..x de miang pada pucuk




Sumber:http://www.tebu-daengnusantara.blogspot.com

Sunday, May 17, 2009

Jus tebu telur ke Singapura


RAMLI Ahmad memikul seikat tebu telur yang baru ditebang di ladangnya di Kampung Sungai Buluh, Simpang Durian, Jelebu, baru-baru ini.


JELEBU Mei - Mungkin ramai yang tidak tahu tanaman tebu telur yang diusahakan di sekitar kawasan Simpang Durian dekat sini menjadi pilihan utama sebuah syarikat pengilang air tebu di Johor untuk dibotol serta dipasarkan sebagai jus di Singapura.

Kadar kemanisan tinggi, warna hijau keemasan serta aroma harum air yang dihasilkan merupakan antara faktor utama tebu telur dari kawasan tersebut mendapat permintaan tinggi.

Faktor persekitaran yang sangat sesuai seperti iklim panas berpanjangan serta tanah liat berpasir di kawasan itu menyumbang kepada kualiti tinggi jus tebu telur yang dihasilkan.

Seorang pengusaha tanaman tersebut, Ramli Ahmad, 38, berkata, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri banyak memberi bantuan dari segi memasarkan air tebu telur keluaran ladangnya untuk dieksport ke Singapura.

Katanya, permintaan tinggi terhadap air tebu telur dari Simpang Durian di negara jiran itu sememangnya satu kejayaan yang boleh dibanggakan.

''Saya sangat gembira bila mengetahui FAMA negeri membekalkan tebu telur yang diusahakan di ladang saya kepada pengilang jus tebu untuk dieksport ke Singapura," ujar Ramli ketika ditemui di ladangnya di Kampung Sungai Buluh, Simpang Durian dekat sini baru-baru ini.

Beliau menambah, ladang yang diusahakan dengan bantuan dua pekerja itu mengeluarkan 500 ikat tebu telur sebulan khusus untuk dibekalkan kepada FAMA.

Secara purata, beliau memperoleh kira-kira RM10,000 setiap musim hasil jualan tebu telur keluaran ladang seluas 4.8 hektar yang disewa daripada penduduk setempat sejak tujuh tahun lalu.

Ujarnya, dia merancang untuk menambah keluasan ladang tebu sebanyak 2.4 hektar lagi menjelang pertengahan tahun ini bagi menampung permintaan yang semakin meningkat.

''Bagi memastikan kualiti tebu terjamin, saya mengambil langkah-langkah kawalan penyakit seperti semburan racun makhluk perosak mengikut jadual yang ditetapkan.

''Di samping itu, Pejabat Pertanian Simpang Durian banyak memberi khidmat nasihat berhubung kaedah-kaedah penanaman serta penjagaan tanaman," katanya.

Menurut Ramli lagi, kegiatan menanam tebu telur merupakan sumber pendapatan utama kepada keluarganya menjangkaui dua generasi.

Beliau memberitahu, bapanya, Ahmad Bidin, banyak memberi tunjuk ajar tentang ilmu yang diperlukan bagi menghasilkan tebu telur berkualiti tinggi.

''Kini, anak sulung saya, Mohd. Firdaus, 5, rajin menemani saya ke ladang. Dia turut membantu sekadar yang terdaya mengikut kemampuannya sebagai seorang kanak-kanak.

''Saya berharap Mohd. Firdaus akan mewarisi ilmu menanam tebu dan mengambil alih pengurusan serta memajukan ladang tebu telur yang sedang diusahakan ini apabila dia dewasa," ujarnya.

Sementara itu, Pembantu Ehwal Ekonomi FAMA Simpang Durian, Nor Effindi Liki, 32, berkata, Ramli merupakan salah seorang daripada 20 pengusaha ladang kontrak di kawasan berkenaan yang menghasilkan tebu telur khusus untuk dipasarkan oleh FAMA.

Katanya, secara keseluruhan, keluasan ladang kontrak tanaman tebu telur di sekitar kawasan tersebut adalah sebanyak 50 hektar dan FAMA Simpang Durian berhasrat menambah hingga 10 lagi pengusaha baru menjelang penghujung tahun ini.

Sumber :utusan Malaysia

17 comments:

  1. salam,ada x bahan bacaan mengenai proses penanaman mangga,jenis mangga yg sesuai di tanam dan anggaran modal yg diperlukan utk 3 ekar tanah,
    tq

    ReplyDelete
  2. Bisnis Online Yang Menjadikan Facebook Sebagai
    Media/Sarana Penghasil Uang Dengan System Terbaru
    Komisi 100% Untuk Anda ,dengan hasil yang luar biasa dan sangat mudah dijalankan,

    dan satu lagi,bagi yang mempunyai blog,blog anda akan bertambah fungsi sebagai mesin penghasil uang anda.

    Klik atau copy paste link berikut:

    http://tinyurl.com/bv5oe2e

    ReplyDelete
  3. berapa lama nk tunggu menuai hasil dan apakah ada penyakit yang boleh menyerang tebu...?

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. di mana saya boleh dapatkan benih tebu telur??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum tu. Nak tahu nurin lwana nak berapa bayak? Dah di mane lokasi nak di hanta.

      Delete
    2. En badri amirul ada jual ke tebu telur?sy berminat nk beli. No fon sy 0177971724 - hairani

      Delete
    3. En badri amirul ada jual ke tebu telur?sy berminat nk beli. No fon sy 0177971724 - hairani

      Delete
  6. Salam..sesuai tak tanam tebu dekat sawah padi..berbaloi tak tanam tebu pd tanah yg keluasannya setengah hektar

    ReplyDelete
  7. Salam..sesuai tak tanam tebu dekat sawah padi..berbaloi tak tanam tebu pd tanah yg keluasannya setengah hektar

    ReplyDelete
  8. Salam ....saya sedang usahakan tanah seluas 20ekar dan 14 ekar telah ditanam tabu telor.Masa bila perlu dibaja,mula tanam hujung bulan 11,bila masa untuk meracun? Bagaimana dgn mahluk perosak(monyet).Bagaimana dgn penyelengaraan,adakah perlu? Selepas nanam saya tak boleh kemana hanya tggu kebun dari monyet,sedangkan saya perlu buat kerja lain untuk keperluan keluarga,apa perlu saya buat? teriama kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Encik, ada stok tebu tak. Saya peniaga air tebu, sedang cari stok tebu untuk berniaga. Klu encik boleh supply tebu untuk kegunaan perniagaan sy, harap encik dpt hubungi saya ye .No phone saya 01162329667 @ email hazilafarizafauzi@gmail.com

      Delete
  9. Saya mencari tebu telur dalam kuantiti banyak untuk ditanam, sila hubungi saya 0179554802

    ReplyDelete
  10. Sy mencari benih tebu..boleh hubungi saya 0166621840-azmi ismail

    ReplyDelete
  11. Hi
    Sya Joe dari Perlis
    Sya nk cari benih tebu untuk tanam
    Mmb tanam siapa ada benih tolong pm sya tq
    W/app 0124478333

    ReplyDelete
  12. Encik ade stock tebu x.sy sedang mencari utk menyiagaair tebu

    ReplyDelete