Tuesday, December 1, 2009

MAKANAN TERNAKAN

ARKIB : 27/03/2008

Minat baru Mohd. Hanief hasilkan pendapatan lumayan

PONTIAN 26 Mac - Pada awalnya Mohd. Hanief Salim, 23, ingin menceburi bidang penternakan lembu, namun menyedari kos bahan makanan ternakan yang tinggi, dia akhirnya mengubah fikiran dan mengusahakan aktiviti menghasilkan makanan ternakan.

Nyata langkah berani anak muda ini menghasilkan makanan ternakan berasaskan pertanian yang dinamakan silaj mula membuahkan hasil yang menggalakkan.

Menurutnya, antara bahan-bahan yang digunakan untuk membuat silaj adalah bahan buangan pertanian seperti batang dan buah jagung, sekoi, petai belalang, turi dan rumput napier (rumput gajah).

Katanya, ketika ini dia banyak menggunakan batang dan buah jagung gred C yang dibeli daripada para petani di kawasan Pontian dan Simpang Renggam untuk membuat silaj.

Pihaknya telah mengenal pasti kawasan seluas 1,600 hektar kebun jagung yang boleh menyumbangkan bekalan bahan tersebut selain kebun jagung yang diusahakannya sendiri.

"Kami menggunakan mesin hasil teknologi daripada MARDI, berjenama OTOSIL untuk melakukan kerja-kerja memotong, mengisar dan memampat batang dan buah jagung tersebut.

"Kini kami mempunyai dua mesin yang setiap satu berharga RM32,000 dengan berkemampuan meracik sisa tanaman bersaiz 15 hingga 25 milimeter," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di kilangnya di Kampung Parit Dua, Jalan Parit Makasar, Ayer Baloi di sini semalam.

Hanief sebelum itu menerima kunjungan Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan.

Mohd. Hanief yang juga Pengarah Syanergyecnts Sdn. Bhd. berkata, kilangnya kini mempunyai 10 pekerja tempatan dan beroperasi selama 20 jam sehari.

"Ini bagi memastikan kita mampu memenuhi tempahan daripada pelanggan dengan anggaran keperluan kira-kira 100 tan silaj dalam tempoh dua minggu," ujarnya.

Katanya, silaj yang siap diproses akan dicampur dengan beberapa bahan tertentu sebelum diperam di dalam tong besar dengan setiap satu beratnya 90 kilogram.

"Antara pelanggan kami ketika ini ialah Permodalan Nasional Berhad (PNB), Felcra, Marditech, Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) dan dua buah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di Melaka yang terlibat dengan aktiviti menternak lembu.

"Penternak komersial Lembu Bali di Pagoh, Muar juga menggunakan silaj untuk ternakan mereka selain penternak tempatan," jelasnya.

Menurutnya, selain lembu, silaj juga sesuai dijadikan makanan kambing kerana ia mempunyai kelebihan berbanding rumput segar kerana silaj dapat dikeluarkan sepanjang masa.

Rumusan Makanan Kambing & Biri-biri


Sebahagian besar keperluan makanan kambing dan biri-biri diperolehi daripada foraj.
Ternakan boleh dibiarkan meragut di waktu siang dan dikandangkan di waktu malam. Kambing biasanya menyuakai foraj dari berbagai jenis tumbuhan dan penternak sebaik–baiknya menanam pokok berdaun banyak yang disukai oleh haiwan ini, seperti pokok bunga raya, ubu kayu, dan petai belalang.
Pokok-pokok ini boleh ditanam sebagai pokok pagar. Apabila menguna rumput pilihan penternak janganlah menanam jenis rumput Signal (Brachiaria decumbens) sebab dia telah didapati mengandungai bahan yang boleh menyebabkan kambing dan biri-biri mengidap penyakit kuning dan sensitive kepada cahaya (Abas Mazni dan Sharif, 1980).

Kambing dan biri-biri biasanya boleh memakan sebanyak 5 kg rumput sehari. Apabila pemberian rumput terhad bolehlah diberi makanan tambahan seperti dedak padi sebanyak 0.6 kg/hari/ekor (Jaafar, 1987). Makanan tambahan yang lain seperti hampas isirong kelapa sawit dan hampas kopra boleh juga digunakan. Dalam satu kajian di daerah Sepang dan Ulu Langat kambing membesar dengankadar 71g sehari dalam system di mana ternakan dikandang dan diberi foraj bersama hampas isirong kelapa sawit atau hampas kopra (Rahman dan Khusahry, 1986). Foraj yang digunakan termasuk daun ubi kayu (70 – 80%) dan rumput gajah, air dan batu garam galian jilat juga dibekalkan. Dalam kajian yang sama didapti kambing yang dibiar meragut bebas dan dikandang di waktu malam membesar dengan kadar 51g sehari.

Kajian di Sumatera menunjukan pemberian makanan tambahan berupa hampas isirong kelapa sawit kepad kambing biri-biri di samping foraj dapat meningkatkan tumbesar berat badan daripada 28g sehari (tanpa makanan tambahan) kepada 70g sehari (Ginting dll., 1987). Kadar hampas isirong kelapasawit yang disyorkan ialah 1.35% daripada berat badan haiwan iaitu lebih kurang 160g seekor.

Penggunaan makanan tambahan akan juga meningkatkan prestasi pembiakan kambing. Dalam satu kajian di Serdang (Rahman dan Khusahry, 1982) kambing betina yang diberi makanan tambahan berasaskan hampas kopra, hampas isirong kelapa sawit atau kulit kopi mendapat 55% adak kembar manakala yang tidak diberikan makanan tambahan hanya mendapat 33% . Berat badan anak kambing yang dilahirkan lebih tinggi untuk yang diberikan makanan tambahan. Campuran makanan tambahan ditunjukkan dalam jadual 9. dan ini diberikan dengan kadar 2% berat badan.

Bahan Makanan

Rumusan 1
(kg)

Rumusan 2
(kg)

Hampas dan kulit kopi
Hampas isirong Kelapa Sawit
Hampas Kopra
Cip ubi kayu
Bungkil Soya
Urea
Molas

-
20.0
40.0
10.0
10.0
-
20.0

20.0
-
20.0
10.0
9.2
0.8
20.0

(disunting dari Rahman dan Khusahry, 1982)

KADAR MUATAN HAIWAN

Satu perkara yang perlu dipertimbangkan bagi penternak yang mengunakan foraj sebagai asas makanan ternakan ialah bilangan ternakan yang bolih dimuatkan bagi sesuatu hektar kawasan foraj. Sekiranya bilangan ternakanmelebihi keupayaan kawasan membekalkan makanan maka hasil dan tumbesar ternakan akan terjejas. Di samping itu rumput dan kekacang yang terdapat di kawasan itu mungkin sukar hidup dengan ragutan yang terlalu rapi. Di samping itu rumput dan kekacang yang terdapat di kawasan itu mungkin sukar hidup dengan ragutan yang terlalu rapi. Di sebaliknya pula bilangan yang terlalu rendah akan mengurangkan pendapatan yang dapat diperolehi dan pembaziran foraj akanberlaku. Kadar muatan haiwan ini bergantung kepada hasil foraj yang dapat dibekalkan. Oleh itu kawasan rumput yang dibaja dapat menampung kadar muatan yang lebih tinggi daripada yang tidak dibaja . Saiz haiwan juga mempengaruhi kadar muatan , lebih banyak lembu jenis Kedah-Kelantan (KK) yang boleh dimuatkan dibandingkan dengan lembu kacokan. Jadual 10 memberikan panduan kadar muatan foraj. Panduan ini berasaskan kajian-kajian yang telah dijalankan di Malaysia dan di Negara-negara tropika lembab. Kadar muatan yang dinyatakan bolih ditingkatkan sekiranya penternak makanan tambahan.

Jaduai 10 Kadar Muatan Haiwan Untuk Sistem Ternakan Berasaskan Foraj Di Malaysia

Jenis Ternakan

Foraj

Bilangan sehektar

Tumbeser atau susu sehari

Lembu Pedaging




Lembu Tenusu

Kambing dan biri-biri

Rumput + 300 kg baja nitrogen (‘N’)


Rumput + Kekacang


Rumput tanpa ‘N’
Rumput + Kekacang
Rumput + ‘N’

Rumput tanpa ‘N’
Rumput + ‘N’

4 – 5 (kacukan)
6 – 7 ( K-K)

2 – 3 (kacokan)
3 – 4 (K – K)

1 (S/F)
2 (S/F)
2 – 4 (S/F)

10
30 - 40

400 – 450 g
300 – 350 g

300 – 350 g
300 – 350 g

6 – 7 kg
12 – 13 kg
7 – 10 kg

30 – 80 g
30 – 80
















K-K : Kedah – Kelantan
S/F : Sahiwal Friesian

KESIMPULAN

Foraj bolih digunakan sebagai makanan asas dalam pengeluaran ternakan ruminant di Malaysia. Kekurangan-kekurangan zat pemakanan daripada foraj boleh diatasi dengan mengunakan hasil-hasil sampingan daripada perusahan kelapa sawit, kelapa, kopi dan padi selain daripada bahan-bahan yang di import seperti jagung dan kacang soya. Yang pentingnya makanan tambahan yang digunakan ini mestilah murah dan mudah diperolihi di samping berkeupayaan membekalkan keperluan ternakan. Selain daripada makanan, factor-faktor seperti kesihatan ternakan serta penggunaan baka haiwan yang sesuai mestilah dititikberatkan untuk mendapatkan hasil yang baik.

No comments:

Post a Comment