Tuesday, December 1, 2009

BURUNG WALET

Rezeki ‘emas putih’

Oleh Norfaisal Jahuri
am@hmetro.com.my

INDUSTRI sarang burung walet bukan baru di negara ini tetapi tidak ramai pengusahanya, terutama Bumiputera disebabkan kekurangan informasi mengenainya walaupun mampu memberi pulangan jutaan ringgit setiap tahun.

Atas alasan itu, Presiden Persekutuan Persatuan Pedagang Sarang Burung Malaysia (PPPSBM) dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengadakan pameran sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2009 di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh, Melaka, baru-baru ini.

Timbalan Presiden Persekutuan Persatuan Pedagang Sarang Burung Malaysia (PPPSBM), Datuk Tok Teng Sai, berkata PPPSBM buat julung kalinya bersama JPV mengadakan pameran perusahaan sarang burung walet di HPPNK.

Menurutnya, orang ramai dapat melihat sendiri dengan lebih dekat demonstrasi membersih sarang burung walet serta kaedah memelihara haiwan itu.

“Perusahaan ini mempunyai potensi untuk memperolehi keuntungan besar kerana sarang burung walet boleh mencecah RM4,000 bagi setiap satu kilogram yang belum dibersihkan dan RM7,000 yang sudah dibersihkan.

“Sebab itulah pengusaha sarang burung walet menggelar sarang unggas itu sebagai ‘emas putih’ kerana nilainya tinggi dalam pasaran tempatan dan antarabangsa.

“Dengan hanya menjadikan tempat perlindungan burung untuk bersarang pada saiz sebesar rumah, pengusahanya mampu memperolehi sarangnya pada jumlah antara tiga hingga 10 kilogram setiap bulan,” katanya kepada Metro Ahad.

Pada masa ini, kata Tok, perusahaan terbabit dimonopoli masyarakat Cina membabitkan 99 peratus.

Disebabkan pembabitan orang Melayu boleh dikira dengan jari, beliau hanya mengenali seorang pengusaha sarang burung Melayu di Kuantan, Pahang.

“Dia hanya mempunyai satu rumah untuk pembiakan burung itu, namun keuntungan diperolehi setiap tahun RM1.2 juta,” katanya.

Menurutnya, jika seseorang pengusaha mempunyai rumah sarang burung yang banyak, sudah tentu mampu memungut keuntungan lebih besar.

Katanya, perusahaan sarang burung walet tidak memerlukan modal besar seperti pekerja serta kos penyelenggaraan.

“Mereka hanya perlu bersabar untuk menarik burung bersarang di tempat disediakan dan hanya menuai hasilnya selepas itu,” katanya.

Setakat ini, Malaysia hanya menyumbangkan 10 peratus kadar pengeluaran sarang burung walet untuk pasaran antarabangsa berbanding Indonesia (70 peratus) dan Thailand (20 peratus).

Beliau berkata, jika diperluas dan dilakukan dalam skala besar, industri sarang burung walet mampu menjadi penyumbang utama kepada ekonomi negara dan setanding dengan pengeluaran kelapa sawit dan getah.

“Setakat ini, ada 50,000 rumah dijadikan sebagai tempat perusahaan itu di seluruh negara. Jumlahnya masih sedikit berbanding perusahaan dijalankan di Indonesia serta Thailand,” kata Tok.

Beliau menjelaskan masih ramai tidak mengetahui burung walet berbeza dengan burung layang-layang.

Walaupun fizikalnya hampir sama, tetapi burung layang-layang membuat sarang dengan bahan seperti rumput atau daun.

“Burung walet membuat sarangnya daripada air liur dan ia dibuat bukan untuk burung berkenaan tinggal di situ. Ia adalah untuk anaknya bertelur dan membesar saja,” katanya.

Sarang burung walet mempunyai pasaran luas di peringkat antarabangsa dan antaranya China, Hong Kong, Taiwan, Jepun, Amerika Syarikat dan Kanada.

Menurut Tok, sarang burung walet mempunyai pelbagai khasiat untuk membantu menjaga kesihatan seperti awet muda dan kecergasan.

Majlis perasmian HPPNK 2009 disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Khamis lalu.

Selain pameran, aktiviti lain dijalankan adalah pertandingan menghias akuarium antara sekolah di seluruh negara, demonstrasi dan pertandingan masakan makanan hasil keluaran pertanian.

Acara lain membabitkan pameran sektor swasta, haiwan ternakan, ikan, jentera, Forum Perdana Hal Ehwal Islam dan Konvensyen Peladang, Penternak dan Nelayan 2009.

Sebanyak 340 gerai dan kios disediakan membabitkan penyertaan daripada agensi kerajaan selain usahawan tani dan peniaga untuk mempamerkan teknologi pertanian serta produk baru untuk dipromosikan.

TERNAKAN WALIT JANJI PENDAPATAN LUMAYAN

KULIM, 15 Ogos (Bernama) — Usahawan pertanian digesa menceburi industri ternakan burung walet bagi menghasilkan sarang burung yang mendapat permintaan tinggi dan menjanjikan pulangan lumayan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukriz Tun Mahathir berkata teknologi penternakan burung walet kini sudah berubah yang membolehkannya diternak secara penetasan telur.

Sebagai contoh, sebanyak 8,000 ekor burung walet boleh menghasilkan keuntungan RM120,000 sebulan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persatuan Usahawan Pertanian dan Industri Asas Tani(PUSHPIAM) dan Projek Bangunan Burung Walet di sini, hari ini.

Projek ternakan burung walet oleh PUSHPIAM itu diusahakan di sebuah bangunan berharga RM4.5 juta di Kampung Sungai Tengas dekat sini.

Katanya sebuah syarikat tempatan Syarikat Aeroswift Sdn Bhd juga akan menjalankan penyelidikan dan pembangunannya (R&D) untuk mencari kaedah pengeluaran sarang burung lebih efektif.

– BERNAMA

INDUSTRI TERNAKAN WALET

PENGENALAN

Industri Sarang Burung Layang-Layang hari ini telah mencetuskan satu lagi industri yang berpotensi besar bagi semua usahawan untuk merealisasikan kehidupan mewah selain dari bidang-bidang perniagaan yang lain.

Pada tahun 2004, industri sarang burung layang-layang di Malaysia telah diiktiraf oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai penyumbang kepada tukaran mata wang asing bagi Negara ini. Sehubungan dengan itu, pihak kementerian telah mewujudkan satu Garis Panduan Penternak Burung Layang-Layang untuk semua pihak berkuasa tempatan di peringkat daerah, majlis tempatan dan majlis bandar raya di seluruh negara.

Sebagai tambahan, Jabatan Perkhidmatan Haiwan juga mempunyai garis panduan untuk pembiakkan burung layang-layang. Sarang burung dipercayai kaya dengan kalsium, zat besi, potassium, dan magnesium yang amat berguna kepada kesihatan. Industri burung layang-layang di Malaysia telah menyaksikan lantunan serta lonjakan pertumbuhan dalam tempoh lima tahun ini.

Akan tetapi ianya amat berkurangan di kalangan usahawan bumiputra kerana itulah industri ini disifatkan sebagai industri yang dirahsiakan, ianya telah lama dimonopoli oleh usahawan bukan bumiputra yang melihat potensi kekayaan yang wujud dari bidang ini, mereka sanggup mengeluarkan modal jutaan ringgit untuk dilaburkan. Kebanyakkan rumah-rumah burung dibina di bandar- bandar kecil di mana sumber makanan yang banyak pada tahap pencemaran yang masih rendah.
Kerajaan negeri Perak misalnya, menawarkan 10 kawasan berpotensi untuk dibangunkan industri ini, manakala negeri Johor mencadangkan sebuah taman eko burung layang-layang di Endau dan Desaru.

Kerajaan Negeri Sembilan juga menunjukkan minat yang sama untuk membina sebuah taman bagi tujuan tersebut. Bank Pertanian Malaysia atau kini dikenali sebagai AgroBank menawarkan pembiayaan sehingga 85% berikutan industri sarang burung kini menjadi sebahagian daripada industri berasaskan tani.

Suruhanjaya Koperasi Malaysia pula telah mengiktiraf enam buah syarikat industri sarang burung layang-layang bagi menjalankan usahasama perniagaan di bawah program pemadanan perniagaan.
Sehingga akhir tahun 2006, terdapat hampir 36000 buah rumah burung layang-layang di seluruh Negara dengan kadar purata pertumbuhan sebanyak 35% setahun sepanjang tempoh lima tahun lepas.

Jumlah nilai pengambilan sarang burung diseluruh dunia pada tahun 2006 dianggarkan RM8 billion sehingga RM12 billion. Hong Kong merupakan pembeli sarang burung terbesar iaitu 50% manakala China 8% ,Taiwan 4% dan Macau 3% dengan jumlah pengambilan kira-kira 160 tan pada tahun 2006.

Akan tetapi permintaan ini tidak termasuk negara-negara Eropah dan Arab disebabkan pembekalan yang tidak mencukupi. Harga sarang burung putih yang belum diproses dijual pada harga RM4500 hingga RM6000 sekilogram pada 2006.

Harganya berganda lebih tinggi di China dan Hong Kong. Malaysia kini merupakan pengeluar sarang burung dengan nilai pembekalan kasar sebanyak 7% selepas Indonesia 60% dan Thailand 20%.


Burung Walet merupakan burung pemakan serangga yang bersifat aerial dan suka meluncur. Burung ini berwarna gelap, terbangnya cepat dengan ukuran tubuh sedang / kecil, dan memiliki sayap berbentuk sabit yang sempit dan runcing, kakinya sangat kecil begitu juga paruhnya dan jenis burung ini tidak pernah hinggap di pohon. Burung walet mempunyai kebiasaan berdiam di gua-gua atau rumah-rumah yang cukup lembab, remang-remang sampai gelap dan menggunakan langit-langit untuk menempelkan sarang sebagai tempat beristirahat dan berbiak.

Hasil dari perternakan walet ini adalah sarangnya yang terbuat dari air liurnya (saliva). Sarang walet ini selain mempunyai harga yang tinggi, juga dapat bermanfaat bagi dunia kesihatan. Sarang walet berguna untuk menyembuhkan paru-paru, panas dalam, melancarkan peredaran darah dan penambah tenaga.
Sifat-sifat yang ada pada sarang burung adalah rasa manis, lembut dan sesuai untuk penyakit yang berkaitan paru-paru, perut dan hati. Fungsi sarang burung menghasilkan yin untuk mengurangkan kekeringan, menghasilkan tenaga dan menguatkan fungsi SPLEEN perut.

Penggunaan sarang burung ini untuk mengubat masalah penghadaman, tuberculosis, batuk, phlegm-dyspnea (kesusahan bernafas), asma, hemotysis (batuk berdarah), hematoma (penyakit berkaitan sel-sel darah), prolonged dysentery, demam malaria yang kronik, dysphagia (masalah menelan), lemah secara umum, batuk kering, batuk berdarah, muntah darah, berpeluh malam, masalah dada, dahaga dan lain-lain lagi.

Bagi masalah kurus, kurang selera makan , masalah perut berpunca dari sakit berpanjangan. - Rebus sarang burung dengan susu atau dengan ayam atau jus daging.
Keringkan sarang burung di dalam air sejuk, tukar air sekali dan rendam dalam air selama 5 ke 6 jam. Bersihkan bulu dan bahan-bahan lainyang terdapat pada sarang tersebut, alihkan bagi mengeringkannya. Kemudian kerat dan letakkan didalam mangkuk yang besar dengan secawan air bagi setiap 20 gram. Rebus dengan kepanasan yang sederhana selama 15 minit, kemudian tambah gula batu atau garam secukup rasa.

Terdapat pelbagai cara untuk menyediakan sarang burung ini dan ia bergantung kepada citarasa masing-masing.

Cara yang biasa dilakukan ialah dengan merebus sarang burung ini sebanyak dua kali di dalam porcelain pot.

Pada awalnya proses soaked dilakukan selama satu jam didalam air panas untuk membolehkan sarang mengembang. Untuk penyediaan sarang ini kepada orang dewasa, sarang kering yang mempunyai berat 4 ke 5 gram adalah disyorkan.

Sarang ini hendaklah di masak sebanyak satu setengah cawan sekurang-kurangnya 2 jam bergantung kepada gred sarang burung yang digunakan. Sarang yang berkualiti tidak memerlukan masa yang lama untuk dimasak. Gula batu ditambah bagi bagi menambahkan rasa semasa 10 minit terakhir masakan tersebut. Sesetengah orang gunakan daun pandan ataupun ginseng bagi menambahkan lagi rasanya.

Cara pemasakan ini disyorkan bagi mereka yang telah melalui proses pemulihan terapi.Sarang burung yang dikukus perlu dihidang semasa masih panas dan sudu porcelain digunakan sebelum tidur dan disyorkan diambil pada awal pagi untuk kesan maksimum.

TERNAKAN BURUNG WALET

PENGENALAN



Burung Walet merupakan burung pemakan serangga yang bersifat aerial dan suka meluncur. Burung ini berwarna gelap, terbangnya cepat dengan ukuran tubuh sedang/kecil, dan memiliki sayap berbentuk sabit yang sempit dan runcing, kakinya sangat kecil begitu juga paruhnya dan jenis burung ini tidak pernah hinggap di pohon. Burung walet mempunyai kebiasaan berdiam di gua-gua atau rumah-rumah yang cukup lembab, remang-remang sampai gelap dan menggunakan langit-langit untuk menempelkan sarang sebagai tempat beristirahat dan berbiak.

Klasifikasi burung walet adalah sebagai berikut:
Superorder : Apomorphae
Order : Apodiformes
Family : Apodidae
Sub Family : Apodenae
Tribes : Collacaliini
Genera : Collacalia
Species : Collacaliafuciphaga

Hasil dari penternakan walet ini adalah sarangnya yang terbuat dari air liurnya (saliva). Sarang walet ini selain mempunyai harga yang tinggi, juga dapat bermanfaat untuk kesihatan. Sarang walet berguna untuk menyembuhkan paru-paru, panas dalam, melancarkan peredaran darah dan penambah tenaga.

PERLADANGAN BURUNG WALET


Bermula sedekat yang lalu apabila burung layang-layang berhijrah dari gua ke bandar menjadikan bangunan lama yang mempunyai suasana hampir sama dengan keadaan dalam gua sebagai habitat barunya Akibat mempunyai nilai pasaran yang tinggi banyak premis dalam kawasan bandar telah diubahsuai untuk perladangan burung layang-layang.

Pengubahsuaian premis asasnya ialah menjadikan suasana dalamannya sama dengan gua. terutamanya gelap dan lembab. Antara ubahsuai utama dilakukan ialah :-

  • Penutupan pintu dan tingkap
  • Pembinaan lubang pengudaraan
  • Penyediaan pintu masuk
  • Penyusunan bluti di siling sebagai tempat pembiakan
  • Sistem irigasi dalam dan luar bangunan bagi mengawal suhu
  • Memasang sistem audio

Suasana persekitaran yang diperlukan dalam rumah burung ialah suhu yang stabil antara 25 hingga 28 darjah celsius, kelembapan antara 80 hingga 90 peratus dan kegelapan kurang dari 1 lux. Bumbung bangunan hendaklah dibuat daripada bahan-bahan yang dapat menahan kepanasan matahari.Pembinaan persekitaran yang sesuai telah menyebabkan burung walet sesuai dengan habitat barunya dan memberi pulangan yang tinggi kepada pemiliknya.

PEMBINAAN RUMAH BURUNG

Mengikut buku "Amalan Baik Untuk Perladangan Burung layang-layang/ Aerodramus dan Perumahannya" terbitan Jabatan Perkhidmatan Haiwan, premis hendaklah dibina di atas tanah pertanian atau perusahaan pada jarak minima 100 meter dari kawasan kediaman. Disamping itu kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu diperolehi.

Reka bentuk bangunan perlulah berdasarkan kepada kehendak dan keperluan burung bagi menjamin burung walit akan menetap dan terus menetap. Rumah walit perlu disediakan Roving room kerana semasa memasuki bangunan burung walit akam berputar-putar dulu mengikut putaran jam sebelum menuju ke sarangnya. Resting room perlu disediakan sebagai tempat burung walit beristerehat dan membina sarang. Lubang keluar masuk burung sesuai diletakan di bahagian atas bangunan dengan arah bertentangan daripada matahari naik atau jatuh bagi menjaga kegelapan dalam bangunan. Antara ciri-ciri lain rumah walit yang perlu diambil kira dalam pembinaannya ialah ;-

  • Sistem ventilasi bagi mengawal suhu
  • Bahagian dalam terlindung dari cahaya matahari
  • Ketinggian ideal melebihi 15 kaki dengan keluasan melebihi 20 kaki persegi
  • Penyediaan beluti untuk burung bersarang
  • Kalis tikus, ular, biawak dan pemangsa.
  • Pemasangan sistem audio
  • Notis amaran di lokasi sesuai.

Keluasan minima 20 X 30 kaki. Lebih ekonomik jika dibina bertingkat. Ketinggian dari lantai ke bumbung antara 6 hingga 15 kaki. Bahagian dalam bangunan diplaster dengan campuran pasir, kapur dan simen. Bahagian luar dengan campuran pasir dan simen sahaja.

Tempat burung layang-layang berehat dan membuat sarang dibuat petak-petak daripada papan yang kuat serta dilekatkan di bahagian siling bangunan.

Sistem paip jaringan (sprinkle) diletakan pada bahagian bumbung dan dalam bangunan. Bila cuaca panas paip dipasang bagi menjamin suhu sentiasa rendah dan kelembapan tinggi.

Pintu keluar masuk burung berukuran 20 X 20 cm dibina dibahagian atas bangunan.

PEMASANGAN SISTEM AUDIO

Sistem audio dipasang bagi dimainkan suara burung pada waktu tertentu bertujuan bagi memanggil burung masuk kedalam bangunan , membuat sarang dan seterusnya meningkatkan pengeluaran. CD dengan suara burung yang berlainan digunakan untuk memanggil burung , membuat sarang dan meningkatkan pengeluaran.

Pada pintu masuk dipasang minima 2 buah tweeter dan dimainkan pada awal pagi dan petang bertujuan memandu burung masuk kedalam bangunan. Bagi bangunan berukuran 20 X 30 kaki, minima 10 buah tweeter dipasang pada bahagian siling bangunan secara tersebar bertujuan untuk mengundang burung bersarang dalam bangunan.

Jika audio sistem dipasang secara yang betul mengikut nasihat perunding, kemungkinan burung akan masuk kedalam rumah walit dalam jangka masa dua hingga tiga bulan adalah tinggi. Audio sistem sebenarnya berfungsi untuk menarik perhatian walit menuju kearah sumber suara.

PEMILIHAN LOKASI

Persyaratan lingkungan lokasi rumah adalah:

  • Dataran rendah dengan ketinggian maksimum 1000 m dari aras laut.
  • Daerah yang jauh dari jangkauan pengaruh kemajuan teknologi dan perkembangan masyarakat.
  • Daerah yang jauh dari gangguan burung-burung buas pemakan daging.
  • Persawahan, padang rumput, hutan-hutan terbuka, pantai, danau, sungai,rawa-rawa merupakan daerah yang paling tepat.
Bagi kejayaan pembinaan rumah walit, ujian kesesuaian lokasi perlu dijalankan terlebih dahulu. Tujuannya menentukan kawasan tersebut sesuai atau tidak untuk dibina rumah walit. Alat pengesan khas digunakan, walit akan mendekati alat pengesan jika bilangannya banyak. Ujian diperlukan bagi mengurangkan risiko pelaburan. Ujian dijalankan dikawasan tapak cadangan rumah burung atau pun di premis yang dicadang untuk di jadikan rumah burung. Ujian kesesuaian dijalankan pada awal pagi dan lewat petang. Kehadiran burung walit yang banyak semasa ujian akan dijadikan penunjuk kawasan itu berpotensi dibangunkan rumah burung walett.

MATERIAL SOKONGAN

Material

Spesifikasi

Mp3 Cd Suara Burung Layang-Layang

Satu set mengandungi 3 MP3 CD yang masing-masing berfungsi untuk menarik wallet masuk kedalam rumah baru, mendiami dan membuat sarang serta meningkatkan pengeluaran.

Audio Cd Suara Burung Layang-Layang

Satu set mengandungi 3 CD yang masing-masing berfungsi untuk menarik walet masuk kedalam rumah baru, mendiami dan membuat sarang serta meningkatkan pengeluaran

Player Mp3 dan Amplifier

Satu set mengandungi MP3/CD plyer dan amplifier yang masing-masing berfungsi untuk memasang lagu bagi menarik Walet kedalam rumah baru, mendiami dan membuat sarang serta meningkatkan pengeluaran.

Water Spry

Water spry perlu untuk menarik minat wallet.

Penyukat Suhu & Kelembapan

Satu set mengandungi 2 unit yang masing-masing berfungsi untuk menyukat suhu dan kelembapan dalam rumah burung layang-layang dan unit yang lebih besar diletak dalam bilik kawalan tanpa wayar, untuk bacaan suhu dan kelembapan. Amat berguna untuk memantau suhu dan kelembapan rumah burung.


Sarang Tiruan

Perlu untuk peringkat awal menarik minat walet datang bersarang

Speaker Utama

Satu set mengandungi 2 unit yang masing-masing berfungsi untuk menarik walet masuk kedalam rumah baru. Dipasang pada lubang/pintu keluar masuk di tingkat paling atas. Minima 2 unit dipasang pada pintu keluar masuk.

Tweeter

Satu set mengandungi 10 unit untuk yang masing-masing berfungsi untuk menarik walet masuk kerumah baru mendiami dan membuat sarang serta meningkatkan pengeluaran. Minima 10 buah dipasang pada setiap ruang bersaiz 60 meter persegi.


ANCAMAN MUSUH DAN CARA MENCEGAH

Mengawal bangunan daripada tikus, semut, cicak ,kelawar, biawak, burung hantu dan helang yang samada akan merosakan atau menakutkan burung untuk terus tinggal dalam bangunan.

Musuh dan Penyakit

Cadangan Atasi

1. Tikus

  • Tikus memakan telur, anak burung walit bahkan sarangnya. Perosak ini juga mendatangkan suara dan kotoran yang merosakkan persekitaran rumah walet

Cara pencegahan tikus dengan menutup semua lubang, tidak menimbun barang bekas dan kayu-kayu yang akan digunakan untuk sarang tikus.

2. Burung Hantu dan Helang

  • Memakan burung layang-layang.

Pasang perangkap elektrik atau tangkap dan pindahkan

3. Semut

  • Semut api dan semut gatal memakan anak walet dan mengganggu burung walet yang sedang bertelur.

Cara pencegahan dengan memberi umpan agar semut-semut yang ada di luar sarang mengerumuninya. Setelah itu semut disiram dengan air panas.

4. Cicak dan biawak pasir

  • Binatang ini memakan telur dan sarang walet. Tokek dapat memakan anak burung walet. Kotorannya dapat mencemari raungan dan suhu yang ditimbulkan mengganggu ketenangan burung walet.

Cara pencegahan dengan diusir, ditangkap sedangkan penanggulangan dengan membuat saluran air di sekitar pagar untuk penghalang, tembok bagian luar dibuat licin dan dicat dan lubang-lubang yang tidak digunakan ditutup.


TUAIAN HASIL

Cara rampasan iaitu sarang yang telah siap dibina tetapi belum sempat Walet bertelur diambil. Cara ini akan menyebabkan kepupusan burung walit kerana tidak dapat membiak.

Cara buang telur iaitu setelah Walet bertelur, sarangnya diambil sementara telurnya dipindah kesarang seriti atau incubator untuk penetasan. Kadar penetasan yang rendah dan kadar kehidupan yang rendah juga tidak menjamin perkembangan jumlah burung walet. Cara ini diamal di Indonesia kerana jumlah seriti banyak disana tetapi jarang kedapatan di Malaysia.

Cara penetasan iaitu sarang diambil setelah telurnya menetas dan anak Walet terbang. Ini merupakan cara yang terbaik menjamin populasi burung walet terus meningkat dan industri ini akan terus berkembang.

RANCANGAN KEWANGAN

A. MODAL PERMULAAN*
(Mendirikan Bangunan Baru tidak termasuk tanah; cth 20’X60’ -3 tkt)

*kesemua alatan perlu merujuk kepada harga semasa. Harga yang dipaparkan hanya sebagai contoh sahaja

1. Bangunan dan kelengkapan/material

a. Bangunan (RM70.00 sekaki persegi)
RM70X1200=RM84000.00 X 3 =RM252,000.00

b. Sistem Audio dan Alarm sistem
RM30,000.00

c. Kayu papan(sirip) burung bersarang (meranti merah ) RM3500 satu tan
RM3500.00 x 5 =RM17500.00

d. Lain-lain(Elektrik dan Air)
RM10,000.00

JUMLAH
RM309,500.00

B. Pulangan

Harta Tetap
Bangunan dan kelengkapan/material = RM 309,500.00

Modal Pusingan Setahun

Kos tenaga buroh = RM 7,200.00
Eletrik dan air =RM 1,000
Kos Permulaan Setahun = RM 317,700.00

Anggaran Hasil Sarang burung (minima):

Akhir tahun 1, 0.5 kg X RM 3,000 = RM 1,500.00
Akhir tahun 2, 4 kg X RM 3,500 =RM 14,000.00
Akhir tahun 3, 8 kg X RM 4,200 =RM 33,600.00
Akhir tahun 4, 20 kg X RM 4,200 =RM 84,000.00
Akhir tahun 5, 30kg X RM 4,500 =RM 135,000.00
Akhir tahun 6, 35kg X RM 4,500 = RM 157,500.00

Keuntungan Tahunan

Tahun 1, RM 1,500 - (RM 317,700.00) =(- ) RM 316,200.00
Tahun 2, RM 14,00 - (RM 316,200.00) =(-)RM 302,200.00
Tahun 3, RM 33,600 - RM 302,200=(-)RM 268,600.00
Tahun 4, RM 84,000 - RM 268,600=(-)RM 184,600.00
Tahun 5, RM 135,000 - RM 184,600=(-)RM 49,600.00
Tahun 6, RM157,500 - RM 49,600.00 = RM107,400.00

Di akhir tahun keenam modal di perolehi sepenuhnya.


No comments:

Post a Comment