Kota raya burung walet
|
|
KOTA BHARU 2 Okt. - Walet merupakan sejenis spesies burung layang-layang yang pantas terbang, memintas serangga makanannya di udara dan tidak pernah hinggap di pohon.
Unggas liar bersaiz kecil, berwarna hitam ini memiliki kelebihan itu dengan sayapnya berbentuk sabit runcing dan sering dijadikan lakaran dan visual artis untuk mengindahkan gambaran suasana remang petang.
Air liurnya yang membeku mampu membentuk sarang yang begitu berharga dan mempunyai nilai 'emas' kerana mendapat permintaan yang tinggi di peringkat antarabangsa.
Kalangan masyarakat antarabangsa yakin sarang burung itu mempunyai khasiat besar dari sudut kesihatan termasuk bagi melancarkan peredaran darah, penambah tenaga serta merawat paru-paru dan meredakan panas badan.
Justeru di Kelantan, semakin ramai tertarik untuk terlibat dalam perusahaan ini apabila mereka disedarkan terhadap peluang yang terbuka luas sekiranya mempunyai kesungguhan.
Keadaan di negeri ini juga cukup sesuai bagi pembiakan haiwan itu yang gemarkan kawasan yang tidak tercemar akibat pembangunan atau kemajuan teknologi.
Jika ia menjadi kenyataan, Kelantan akan mempunyai sebuah 'kota raya' burung walet melalui projek pemusatan unggas itu dan menjadikan negeri ini kelak sebagai salah satu pengeluar utama sarang burung pada masa depan.
Ia dianggarkan melibatkan pelaburan RM200 juta dan akan dimajukan oleh sebuah syarikat tempatan Sabrina Properties Sdn. Bhd., itu melalui usahasama dengan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI).
Projek yang akan dilaksanakan mulai tahun depan akan dilakukan di tapak seluas 16.8 hektar di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), dekat sini.
Pengarah Eksekutif Sabrina Properties Sdn Bhd., Azlan Mohd. Yusoff berkata, projek yang diusahakan syarikat itu kini dalam proses pengambilan tanah.
Melalui projek itu, syarikatnya akan membangunkan sebanyak 515 unit rumah bagi haiwan itu yang berbentuk teres, kluster, semi-D dan banglo yang menarik dengan harga bermula RM400,000.
Projek akan dilakukan secara berperingkat dalam tempoh tiga atau empat tahun dan buat permulaan melibatkan 200 unit yang dijangka siap akhir 2009. Sebanyak 30 peratus daripadanya sudah ditempah.
"Selain itu kita merancang membina sebuah hotel dengan beberapa kemudahan rekreasi untuk menjadikan bandar raya walet yang pertama seumpamanya di negara ini sebagai daya tarikan pelancong," ujarnya.
Pembanguan projek yang dinamakan Taman Agro Walet akan direka bentuk bercirikan kota dengan mencorakkan suasana romantik era silam.
"Selain menyediakan hotel dan medan selera, persekitaran kawasan itu akan diawasi dengan sistem keselamatan lengkap 24 jam," katanya ketika ditemui selepas majlis menandatangani perjanjian usahasama itu di Hotel Renaissance di sini, baru-baru ini.
Potensi besar
Ia ditandatangani oleh Azlan yang mewakili Sabrina manakala MPKB-BRI diwakili Yang Dipertuanya, Shafie Ismail dan disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan.
Azlan yakin projek ini akan mendapat sambutan meluas apatah lagi institusi kewangan juga bersedia menyalurkan pinjaman tanpa perlu membayar balik dalam tempoh dua tahun pertama.
"Segala urusan penyelenggaraan unit-unit, pembersihan dan kutipan hasil untuk jualan dan pemasaran akan diuruskan oleh sebuah anak syarikat sekiranya pemilik memberi persetujuan," ujarnya.
Beliau berkata, perusahaan ini mempunyai potensi besar kerana hasilnya tidak dapat memenuhi permintaan di pasaran dalam dan luar negara selain pengusaha tidak perlu bimbang dengan pemasaran.
Dijangkakan hasil ternakan boleh mula dipungut selepas tahun kedua dengan peringkat awal sekitar RM10,000 sebulan bagi setiap unit kediaman.
Setiap kilogram sarang yang dibersihkan dalam lingkungan harga RM3,000 hingga lebih RM5,000 (berdasarkan gred) dalam pasaran tempatan.
Projek ini adalah perintis bagi Sabrina Properties yang ditubuhkan dua tahun lalu dalam menggerakkan industri sarang secara besar-besaran di negeri ini.
"Lokasi yang dipilih itu adalah persekitaran dataran rendah dan sungai yang cukup sesuai untuk unggas itu," ujarnya.
NEGARA
8,000 burung, untung RM120,000
KULIM - Usahawan pertanian digesa menceburi industri ternakan burung walet bagi menghasilkan sarang burung yang mendapat permintaan tinggi dan menjanjikan pulangan lumayan.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, teknologi penternakan burung walet kini sudah berubah yang membolehkannya diternak secara penetasan telur.
Sebagai contoh, sebanyak 8,000 ekor burung walet boleh menghasilkan keuntungan RM120,000 sebulan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persatuan Usahawan Pertanian dan Industri Asas Tani (PUSHPIAM) dan Projek Bangunan Burung Walet di sini semalam.
ARKIB : 01/06/2009
'Hotel' burung walid
|
|
KOTA TINGGI 31 Mei - Ketika memandu di Jalan Johor - Kota Tinggi sebelum merentasi jambatan menuju ke Bandar Kota Tinggi di sini, pasti pemandangan anda terganggu dengan sebuah bangunan sembilan tingkat yang terbiar di kanan jalan berkenaan.
Kewujudan bangunan terbiar ibarat 'rumah hantu' itu bukan saja mencacatkan pemandangan bahkan menjejaskan imej Kota Tinggi di mata masyarakat terutama pengunjung luar yang pertama kali berkunjung ke sini.
Tinjauan Utusan Malaysia di sini baru-baru ini mendapati bangunan yang terbiar hampir sepuluh tahun itu seolah-olah sengaja dibiarkan usang tanpa penjagaan ditambah pula persekitarannya yang kotor menjadikan premis kelihatan seperti 'rumah hantu'.
Bangunan yang terkenal sebagai tempat penginapan pelancong itu sebelum ini adalah sebuah hotel.
Namun apa yang berlaku rupa-rupanya terdapat pihak yang berani mengambil kesempatan menjadikan bangunan tersebut seperti 'Hotel Burung Walid' apabila dijadikan lokasi sarang burung itu secara haram.
Ini kerana didapati ada pihak yang mengubahsuai secara haram sebahagian bangunan terbiar itu untuk tujuan tersebut dengan dilengkapi bekalan elektrik.
Persoalannya apakah pihak berkuasa atau pemilik premis tersebut tidak mengetahui atau sengaja memejamkan sebelah mata dengan membiarkan aktiviti itu dijalankan lebih tiga tahun lalu.
Justeru, orang ramai berharap langkah proaktif perlu diambil pihak berkaitan untuk memulihara semula bangunan berkenaan agar tidak menambahkan lagi kesuraman bandar ini.
Seorang penduduk berdekatan, Juffri Juraimee, 56, berkata, kewujudan bangunan terbiar itu boleh memberikan persepsi negatif mengenai bandar Kota Tinggi.
Katanya, paling menyedihkan, bangunan itu seakan 'penyambut tetamu' atau mercu tanda bagi pengunjung yang ingin ke bandar bersejarah ini.
''Selain itu, penduduk juga bimbang bangunan terbiar itu mungkin mengundang masalah lain seperti tumpuan penagih dadah atau menggalakkan aktiviti tidak bermoral.
''Bukan itu sahaja, dengan keadaan persekitarannya yang kotor itu juga dikhuatiri menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes," ujarnya.
Mohamad Fairus Yusof, 28, dari Felda Sungai Sayong, Kulaijaya berkata, keseluruhan suasana di bandar itu pasti akan berubah ceria jika bangunan terbiar yang ada dapat dipulihara semula.
Katanya, pihak berkuasa dan pemilik premis perlu bekerjasama mengatasi masalah itu kerana ternakan itu mengeluarkan bunyi bising yang mengganggu penduduk setiap hari.
No comments:
Post a Comment