Tuesday, December 8, 2009

RUMPUT GUATEMALA

Tuesday, May 29, 2007

RUMPUT GUATEMALA MAKANAN TERNAKAN RUMINAN

Rumput Guatemala atau nama saintifik 'Tripsacum Laxum' adalah sejenis rumput makanan ternakan. Sesuai untuk ternakan ruminan seperti lembu,kerbau dan kambing.Boleh dijadikan pastura,foder atau silaj.Harga RM1.80 /polibag. Cara membiak melalui anak pokok .akarnya berwarna merah,senang ditanam dan cepat membesar jika cukup air dan pembajaan.Beli borong dapat murah..sementara stok masih ada.








TIMUR

ARKIB : 13/06/2009

Silaj bantu penternak Boer


Mohd. Hashim Abdullah (kiri) melihat sisa tanaman jagung yang dijeruk menjadi silaj mengikut kepakaran MARDI yang boleh dijadikan bahan makanan kambing.


BACHOK 12 Jun - Menternak kambing Boer secara komersial yang mula menarik perhatian ramai di negeri ini menelan kos pengurusan makanan yang tinggi dan bekalan pula kerap tidak menentu.

Justeru para penternak dinasihatkan turut terlibat sama dalam projek pertanian jangka pendek seperti tanaman jagung, keledek dan kacang tanah yang boleh membantu mereka mengurangkan kos itu dan mempelbagaikan punca rezeki.

Langkah mengintegrasi bidang penanaman dan penternakan haiwan ini akan mengurangkan pergantungan sepenuhnya terhadap makanan proses di pasaran yang melibatkan kos yang tinggi dan membebankan, sekali gus mempelbagaikan punca pendapatan mereka.

Timbalan Ketua Setiausaha (Usahawan) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Hashim Abdullah berkata, teknologi penternakan ini boleh diperoleh dengan memanfaatkan peranan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI).

MARDI sedia membimbing mereka bagaimana mengatasi masalah itu yang dapat membantu meningkatkan keuntungan mereka.

Beliau berkata, langkah yang menguntungkan perlu diteroka dengan mengoptimumkan sumber sedia ada seperti tanah, tenaga kerja dan infrastruktur ladang serta berkeupayaan untuk kitar semula bahan sampingan yang terhasil dari komponen tanaman yang diusahakan.

''Pada masa yang sama kawasan untuk tanaman makanan ternakan seperti penanaman pokok petai belalang dan rumput berzat perlu diusahakan bagi penghasilan makanan konsentrat yang diperlukan sebanyak 200 hingga 300 gram bagi setiap ekor kambing," katanya di sini hari ini.

Mohd. Hashim berkata, kepelbagaian usaha perlu dilakukan bagi menjimatkan kos dan pada masa yang sama ia akan memberi keuntungan pendapatan yang lebih berbanding melaksanakan penternakan yang tidak menggunakan teknologi pertanian yang terkini.

''Teknologi untuk menghasilkan silaj (tumbuhan yang dijeruk) boleh dipelajari di MARDI Telong di mana sisa tanaman jagung dipotong semasa berusia 60 hari selepas hasilnya dituai," ujar beliau.

Katanya, sisa tanaman itu dipotong pendek antara 3 hingga 15 sentimeter menggunakan mesin pemotong dimasukkan dan dipadatkan dalam dram plastik yang dialas dengan plastik sepenuhnya dan ditutup rapat supaya kedap udara.

''Ia disimpan selama satu bulan sebelum dijadikan bahan makanan kepada kambing. Bahan ini mempunyai nilai pH kurang daripada 4.5 dengan kandungan asid laktik antara 3 - 13 peratus dan asid butirik kurang daripada 0.2 peratus di mana nilai zatnya adalah sama dengan tumbuhan asalnya sebelum dijeruk.

''Ia boleh bertahan hingga beberapa tahun lamanya manakala sisa tanaman keledek dan kacang tanah boleh diberi terus kepada ternakan," ujarnya.

Mohd. Hashim berkata, permintaan daging kambing Boer amat tinggi dan ia perlu direbut peluang oleh petani yang mengusahakan projek penanaman jangka pendek untuk menternak dengan sistem yang lebih sistematik.

Beliau berkata, sisa buangan atau najis ternakan itu pula seharusnya diproses oleh petani untuk dijadikan baja organik bagi menyuburkan tanaman yang mereka usahakan.

Menurutnya, mereka yang berminat untuk menjadi usahawan ternakan ini boleh menghubungi mana-mana agensi pertanian yang berdekatan dan mendapatkan pembiayaan Agro Bank menerusi pinjaman kredit Mikro atau mendapatkannya daripada Tabung Ekonomi Usahawan (Tekun) tanpa perlu mengemukakan penjamin atau cagaran.

''Apa yang penting setiap projek yang dilaksanakan akan memberi impak yang menguntungkan pengusaha dan pemberi pinjaman. Agensi pertanian hanyalah agen pemudah cara, pembimbing dan pembekal kepakaran," katanya.

Utusan Malaysia difahamkan seekor kambing Boer yang matang boleh menjangkau harga jualannya melebihi RM1,000 bergantung kepada saiz dan jantinanya.

Sementara itu, para petani lega dan berterima kasih dengan bimbingan khidmat nasihat dalam bidang penternakan, kepakaran dan pelbagai bantuan dari beberapa agensi pertanian terhadap usaha penternakan kambing yang dilaksanakan.

Pengerusi Persatuan Penternak Kambing Negeri Kelantan Cawangan Bukit Awang, Razali Mamat berkata, penubuhan persatuan turut membolehkan aktiviti pemeliharaan dilaksanakan secara sistematik dengan menggunakan teknologi pertanian terkini yang boleh didedahkan secara menyeluruh.

Beliau berkata, usaha yang dilaksanakan oleh Pejabat Pembangunan Kawasan Pertanian (IADA) Kemasin Semerak yang membantu penternak di kawasan operasinya menyediakan kemudahan bangsal pemeliharaan, baja rumput dan enjin pam air turut memberi semangat kepada penternak dalam meningkatkan kapasiti projek yang diusahakan.

''Malah penyediaan induk secara pawah oleh agensi berkenaan dan Jabatan Veterinar yang banyak membantu membangunkan kaedah pembenihan baka, ubatan dan rawatan serta khidmat kepakaran adalah rentasan penting yang akan mendidik penternak kambing negeri ini untuk berdikari mengusahakan projek penternakan secara komersial," katanya.

Razali yang turut menternak 350 kambing Boer dan Jamnapari dalam kawasan seluas 0.92 hektar di Kampung Gong Guchil di Pasir Puteh sejak empat tahun lalu yakin usaha penternakan secara berkelompok akan menjadikan negeri ini sebagai pembekal daging dan baka kambing yang produktif pada masa akan datang.

Beliau berkata, penternak mempunyai dua pilihan sama ada ingin menjual daging atau mendapat sedikit keutungan dengan menjual baka yang berkualiti kepada pembeli atau mereka yang berminat untuk menternak kambing.


1 comment:

  1. idup lagi ke blog nie! nak beli benih rumput kambing. ternak lepas.. Tq

    ReplyDelete