Friday, December 4, 2009

PUSAT LATIHAN TERNAKAN KAMBING

PDRK Jadi Pusat Latihan Pemeliharaan Kambing PDF Cetak Emel
Ditulis oleh Administrator
Isnin, 01 Disember 2008
ImageTANAH MERAH, 2 Zulhijjah 1429 – Projek D’Raja Kelantan (PDRK) Jajahan Tanah Merah yang memberi penumpuan kepada penternakan kambing jenis Boer telah berjaya muncul sebagai pusat latihan pemeliharaan kambing di negeri ini. Projek PDRK yang telah dilaksanakan akhir 2003 di Kampung Domis dalam Dun Bukit Panau atas tahan rizab haiwan seluas 32 ekar telah disempurnakan perasmiannya oleh Raja Perempuan Kelantan pada 7 Julai 2004.

Projek ternakan kambing Boer ini telah berjaya melalui tiga fasa perkembangan sebagaimana dirancang iaitu fasa penggemukan, fasa penggemukan dan pembiakan seterusnya fasa penggemukan, pembiakan dan pusat latihan.

Ketua Jajahan Tanah Merah, Mohd Faudzi Che Mamat berkata, secara umumnya PDRK Jajahan Tanah Merah telah berjaya mencapai tiga tahap perkembangan projek seperti dirancang iaitu penggemukan, pembiakan dan pusat latihan ternakan kambing kepada rakyat Kelantan.

Katanya, pelaksanaan projek bagi fasa pertama dan kedua pada Julai 2004 hingga Januari 2008 diuruskan oleh RISDA sebagai agensi pelaksana yang melibatkan 17 peserta terdiri daripada pekebun kecil getah yang menerima bantuan aktiviti ekonomi tambahan.

”Manakala pelaksanaan untuk fasa ketiga telah diambil alih sepenuhnya oleh Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah dengan turut dibantu agensi dan jabatan kerajaan negeri dan Pusat,” katanya ketika menyampaikan taklimat perkembangan projek kepada Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dan rombongan di tapak projek baru-baru ini.

Turut serta dalam lawatan itu, Anggota-anggota Exco, Che Abdullah Mat Nawi dan Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman, Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman, pegawai-pegawai Jabatan Haiwan, Jabatan Veterina, Jabatan Pertanian, JPS dan PMBK.

Menurut Mohd Faudzi lagi, pada September tahun ini Projek D’Raja Tanah Merah telah berjaya melahirkan peserta yang sudah mampu berdikari melalui sistem pawah di mana mereka telah mendapat 111 ekor kambing untuk diternak sendiri dan tidak lagi menjadi peserta PDRK.

Dalam usaha memantapkan lagi projek pihak pengurusan PDRK dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Jabatan Veterina telah mengadakan kursus secara bulanan kepada kakitangan Pejabat Tanah Jajahan Tanah Merah (Bahagian Pembangunan) bersama dengan peserta projek.

”Kursus secara bulanan ini juga menjadi modul latihan kepada orang ramai yang berminat untuk menternak kambing secara sistematik serta bagi memberi panduan tentang amalan pengurusan baik (APB) bagi ternakan,” katanya.

Katanya lagi, konsep baru turut dijalankan iaitu dengan melantik ’rakan pemasaran’ yang bertanggungjawab menjaga kualiti ternakan kambing dan membangunkan pasaran jualan kambing.

Ketika ini terdapat 10 peserta yang terpilih menyertai PDRK Jajahan Tanah Merah, dimana tujuh daripadanya adalah peserta program pertanian dan mereka hanya menjadikannya sebagai program sampingan selain sebagai penoreh getah.

”Hanya tiga peserta sahaja yang dipilih menyertai kumpulan pengurusan ternakan kambing, mereka dipilih kerana boleh memberikan tumpuan sepenuhnya kepada penternakan kambing PDRK,” jelasnya.

Walaupun ternakan kambing merupakan projek utama namun peserta juga didedahkan dengan perusahaan sampingan seperti menghasilkan baja organik dariapad najis kambing, mengusahakan tanaman jangkan pendek seperti sayur-sayuran, tanaman betik dan perusahaan cendawan tiram.

Ketika ini terdapat kira-kira 280 ekor kambing, daripada jumlah itu 236 adalah jenis Boer, 29 ekor jenis Saanen (kambing susu), 6 ekor jenis Jamnapari dan terbaru 7 ekor kambing jenis Black Bengal serta 2 ekor hasil kacukan Boer dan Black Bengal.

PDRK Jajahan Tanah Merah turut mencatat sejarah apabila buat pertama kali berjaya menghasilkan kacukan antara kambing jenis Boer dan Black Bengal.

Kejayaan menghasilkan dua ekor anak kambing kacukan antara kambing Boer dan Black Bengal menjadikan PDRK Jajahan Tanah Merah merupakan pusat ternakan pertama berjaya menghasilkannya di negara ini malah di dunia.

Black Bengal merupakan spesis kambing yang berasal dari negara Bangeladesh dan ia merupakan hadiah daripada Raja Perempuan Kelantan sendiri kepada PDRK Jajahan Tanah Merah.

Jumlah kelahiran anak kambing sepanjang 2008 adalah sebanyak 135 ekor.

Dalam usaha mengembangkan projek, PDRK turut mendapat sokongan dana Petronas sebanyak RM240,000.

Peruntukan ini digunakan bagi membina satu unit kilang baja organik, satu unit mesen pengisar tinja, dua unit mesin pembancuh tinja, membina satu unit kandang termasuk membaik pulih kandang pembelian kambing susu, dana pusingan serta peralatan di Kiosk.

Pada lawatan itu Menteri Besar dan Anggota Exco serta rombongan berpeluang melihat sendiri aktiviti penternakan dan pertanian yang dijalankan peserta projek

1 comment: