ARKIB : 12/01/2010
Golongan muda disaran ternak ketutu
|
|
MELAKA 11 Jan. - Ketutu merupakan antara spesies ikan yang dikenal pasti mempunyai potensi pasaran yang cukup besar.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan berkata, menyedari perkara itu kerajaan negeri berharap lebih ramai individu terutama golongan muda menceburi bidang penternakan ikan tersebut.
Menurutnya, hasil penternakan ikan berkenaan mampu membawa pulangan yang lumayan.
''Mengikut pasaran, harga spesies ikan ketutu ini boleh dijual sekitar RM80 hingga RM95 sekilogram.
''Ini membuktikan ternakan ini mempunyai nilai yang tinggi dan mendapat permintaan di restoran-restoran," katanya.
Beliau berkata demikian selepas melawat dua pusat ternakan ikan ketutu dan arowana yang turut dihadiri Pengarah Perikanan negeri, Rosmawati Ghazali di Tiang Dua, Jasin di sini baru-baru ini.
Kata Mohamad Hidhir, permintaan yang tinggi dari luar tidak dapat dipenuhi berikutan kekurangan pengusaha yang menternak spesies ikan itu.
''Justeru, kita mengharapkan lebih banyak penternak ikan khususnya golongan muda menceburi bidang penternakan ikan ketutu.
''Hasil yang cukup lumayan ini dapat membantu golongan muda memperkembangkan lagi perusahaan mereka dan sedikit sebanyak membantu negara meningkatkan pasarannya.
''Kita mahu mengeksport makanan ke negara luar dan ikan ketutu adalah antara spesies makanan yang menjadi kegemaran orang ramai," kata beliau.
Katanya, setakat ini permintaan terhadap ikan ketutu mencecah enam tan metrik sebulan sedangkan kemampuan pengeluaran rendah daripada itu.
''Kita mendapat permintaan yang tinggi dari China, Singapura, Indonesia, Taiwan, Hong Kong, Korea dan beberapa negara Eropah.
''Untuk tujuan itu, kerajaan negeri menerusi Jabatan Perikanan bersedia membantu mereka yang berminat untuk menceburi bidang berkenaan," katanya.
No comments:
Post a Comment