Friday, January 29, 2010

DARAH BELANGKAS RM 17500

Darah belangkas RM17,500 seliter
Oleh Khairul Anuar Abdul Samad
Berita Harian, 2 Jul 2007


KOTA BHARU: Harga darah belangkas yang mencecah RM17,500 seliter ekoran permintaan tinggi oleh industri farmaseutikal dunia, mendorong pengembangan usaha memelihara hidupan akuakultur itu di negeri ini.

Pengerusi Koperasi Industri Desa Islam Kelantan Berhad (KIDIKB), Datuk Dr Ilias Hussain, berkata KIDIKB akan mewujudkan sebuah makmal pembangunan dan penyelidikan (R&D) serta pemasaran belangkas.

Katanya, makmal dengan kos kira-kira RM10 juta itu akan turut membabitkan kerjasama dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) terutama dalam bidang R&D.

"Belangkas mempunyai potensi pasaran besar terutama dalam bidang perubatan menerusi pengambilan darahnya yang bernilai tinggi, mencapai harga RM17,500 seliter.

"Ekoran itu, kita berusaha mengembangkan usaha ini menerusi penyediaan sebuah makmal serta kerjasama dengan UMT bagi membolehkan produk belangkas dipasarkan pada masa depan," katanya selepas majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara KIDIKB dengan UMT yang disaksikan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed, di sini, semalam.

Pada majlis itu, UMT diwakili Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Sulaiman Md Yassin dan Ilias mewakili KIDIKB. Menerusi kerjasama itu, UMT akan membuat penyelidikan bagi menghasilkan baka belangkas yang cepat membesar menggunakan kaedah bioteknologi.
Bagi penghasilan di Sabah dan Sarawak, pengusaha memerlukan 45 ekor bagi menghasilkan satu liter


darah, manakala di Semenanjung memerlukan 115 ekor belangkas bagi jumlah darah sama.

Ketika ini, belangkas liar dijual pada harga RM5 seekor dan dua daripada tiga spesies belangkas yang ada di dunia, mudah ditemui di sekitar perairan negara ini.

Kajian UMT setakat ini mendapati darah biru pada belangkas di negara ini mempunyai bahan bioaktif yang boleh digunakan bagi mengesan bakteria berbahaya, tetapi potensi itu memerlukan kajian lanjut.

Ilias berkata, berdasarkan perkembangan itu, industri belangkas mampu menjadi sumber pendapatan sampingan lumayan kepada nelayan yang terbabit dengannya.

Katanya, pada peringkat permulaan, kira-kira 500 nelayan sekitar pantai Kelantan seperti Bachok dan Tok Bali terbabit dalam ternakan belangkas dengan masing-masing menternak 500 ekor.

"Mereka terbabit dalam industri ini dijangka menikmati pulangan minimum sehingga RM1,200 sebulan bagi setiap musim penuaian,” katanya.

“Setiap peserta akan diberi 500 ekor belangkas untuk dipelihara. Selain nilai komersial daripada segi perniagaan, projek ini secara tidak langsung membantu golongan memerlukan ini menambah pendapatan untuk membaiki taraf hidup mereka,” katanya.

13 comments:

  1. sy mkin boleh menjadi pembekal belangkas...

    ReplyDelete
  2. jika ingin menjadi pembekal darah belangkas saya dari sabah bagai mana ya menyimpan, membeku bagi darah tersebut dan dijual dimana

    ReplyDelete
  3. Sy pembekal belangkas..jika nk sy bekalkn boleh pm sy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam...boleh saya tahu,encik tinggal area mana ye?

      Delete
    2. Assalam...boleh saya tahu,encik tinggal area mana ye?

      Delete
    3. kalau tuan berminat dtn darah belangkas.. WhatsApp sy 0145026559

      Delete
  4. Saya ingin menjadi pembekal darah belangkas saya tinggal d swk Borneo.

    ReplyDelete
  5. saya ada darah belangkas lumayan banyak kalau minat harap hubungin saya : 085268980335

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya mahu belangkas punyai telur dlm bentuk sejuk beku..kalau ada email sy di adriikaresources@gmail.com

      Delete
  6. Saya mencari belangkas 0194366898

    ReplyDelete
  7. saya mencari belangkas frozen dlm kuantiti 2K

    ReplyDelete
  8. Ready stok tuan.. Kalau memerlukan darah ini sila call atau ws sy di no 0176840913

    ReplyDelete
  9. Ready stok area sabah..kalau memerlukan darah belangkas bole call / whtsapp 0122370289

    ReplyDelete