ARKIB : 07/08/2009
Ternak ketam dalam 'peti surat'
|
|
JOHOR BAHRU 6 Ogos - Pertama kali melihat sistem ternak ketam padat yang terletak di hadapan rumah Ismail Osman di Kampung Melayu Majidee di sini, pasti ada yang tertanya kenapa banyak sangat peti surat.
Sebenarnya 'peti surat' sebanyak 252 kotak atau tempat bagi sistem ternak ketam padat itu boleh digunakan untuk menambah pendapatan.
Ismail, 45, memberitahu, sistem tersebut adalah hasil rekaan abangnya, Musa, 46, untuk memudahkan orang ramai menternak ketam secara komersial.
Beliau yang mula menternak ketam menerusi sistem itu sejak tiga minggu lalu mendakwa, ketam nipah yang diternak dengan cara moden itu lebih manis dan berlemak rasanya.
''Kaedah ternakan cara ini dijamin bersih dan halal kerana ketam-ketam peliharaan itu diberi makan kek ikan yang dipotong dalam bentuk dadu sekali setiap hari.
''Ketam-ketam ini tidak tercemar kerana air masin yang digunakan mengikut piawaian tertentu. Saya hanya menggunakan air paip yang dicampur dengan kandungan garam mengikut sukatan tertentu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau yang melabur sebanyak RM7,000 untuk set sistem ternakan tersebut berkata, setiap ketam akan ditempatkan dalam satu kotak berbeza.
Menurutnya, ketam-ketam tersebut boleh dipelihara dengan air laut tetapi disebabkan air laut di sini tercemar, maka dia lebih senang menggunakan air biasa.
''Kalau ketam-ketam tersebut ada masalah sekalipun, ia tidak mengganggu yang lain. Pemeliharaan cara ini lebih sistematik dan kemas,'' katanya yang membeli benih ketam nipah dari Perlis.
Ismail berkata, dalam tempoh tiga bulan ternakan tersebut dapat dituai dan boleh dijual dengan harga RM30 sekilogram terutamanya kepada pengusaha restoran.
Memandangkan pemeliharaan ketam dengan kaedah itu tidak memerlukan kos tinggi dan penyelenggaraan rapi, Ismail bersedia berkongsi pengalaman dengan sesiapa yang berminat.
"Bagi yang berminat boleh membuat tempahan set daripada abang saya.
''Selain menyediakan set, abang saya juga ada menganjurkan kursus menternak ketam," katanya.
Bagi yang berminat untuk menternak ketam menggunakan kaedah itu boleh menghubungi Ismail (013-7344629) atau Musa (017-6877096).
apa makanan yang diberikan kepada ketam tersebut???
ReplyDeleteADA X JADUAL PENJAGAAN KETAM..??
ReplyDeletekos permulaan untuk 200kotak berapa??
ReplyDeletekat mana nak beli kotak ternakan tu? TQ.
ReplyDeleteSaya arman dari tawau sabah,berminat membeli set akuarium fiber utk ternakan ketam.sila hubungi saya 0128393943.
ReplyDelete