Saturday, January 9, 2010

JUARA- RM 80 000

TIMUR

ARKIB : 04/05/2009




Perluas ternakan secara sistematik

HULU TERENGGANU 3 Mei - Kerajaan Terengganu yakin ternakan ayam serama mampu menjadi salah satu industri ternakan baru di negeri ini sekiranya ia diusahakan secara sistematik.
Ini kerana serama boleh dijual dengan harga antara RM1,000 hingga RM80,000 seekor.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Rozi Mamat berkata, pihaknya yakin usaha itu bakal menjadi kenyataan kerana bidang ternakan itu sudah diceburi oleh segelintir rakyat di negeri ini sejak 10 tahun lalu.
Katanya, menternak ayam serama mampu mengaut pendapatan lumayan kerana ada sesetengah kes seekor serama boleh dijual antara RM1,000 hingga RM80,000 seekor.
''Yang penting bidang ini seharusnya digalakkan secara lebih meluas dan penternakan pula secara sistematik," katanya semasa berucap pada majlis penutup pertandingan Raja Serama Tasek Kenyir, di Pengkalan Gawi, Tasek Kenyir di sini baru-baru ini.
Hadir sama ialah Pengurus Besar Ketengah, Hamzah Ngah dan Presiden Kelab Keluarga Ketengah, Mohd. Rosli Ngah.
Mengulas lanjut Rozi berkata, kerajaan negeri dengan kerjasama Ketengah bersetuju untuk menganjurkan pertandingan Ayam Serama peringkat negara-negara ASEAN di tasik tersebut pada 1 Mei tahun depan.
Katanya, pertandingan itu bukan sahaja menggalakkan industri pelancongan malah mempopularkan ayam serama sebagai satu industri asas tani negeri yang kian berkembang.
Ayam serama yang ingin dipopularkan itu dikatakan berasal dari Kelantan.
Ayam Serama itu adalah hasil daripada kacukan baka itu dengan beberapa ekor burung eksotik seperti burung hutan, bantam dan juga merpati dan ayam kerdil Thai.
Kecantikan fizikal ayam itu telah menawan pelbagai lapisan masyarakat.
Selain menghiburkan hati pemiliknya, ia juga sangat mudah dan murah untuk dipelihara. Sering dikatakan bahawa ayam serama tidak dapat dinilai dengan wang.
Ada kisah yang menceritakan bahawa terdapat seorang penggemar yang menolak tawaran untuk menjual ayam miliknya itu walaupun diberi cek kosong.
Anak ayam dari baka juara boleh dijual pada harga RM1,000 hingga RM2,000 seekor manakala anak ayam yang dewasa antara RM2,000 dan RM10,000.
Harga pasaran bagi ayam bergelar juara pula antara RM10,000 dan RM80,000.

No comments:

Post a Comment