Tuesday, July 23, 2013

PERIA LANCARKAN PEREDARAN DARAH


Nama botaninya Momordica Charantia L daripada keluarga Cucurbitaceae.
  • Ia mempunyai batang yang lembut dan memanjat dengan melilit menggunakan sulurpaut. 
  • Pokok ini dipercayai berasal dan ditanam di Timur India, Selatan China dan Caribbean. 
  • Ketika ini, ia terdapat di semua kawasan tropika dan digemari oleh penduduk Asia Tenggara dan China.
    Foto

  • Peria mengandungi 140ug karatenea beta untuk penglihatan, zat besi (6.1mg), fosforus (10mg) dan kalium (116mg), ketiga-tiganya garam galian untuk metabolisma yang mengekalkan fungsi badan.

  • Khasiat buah mudanya sebagai tonik untuk membersih dan melancarkan peredaran darah. 
  • Peria yang dimakan mentah sebagai ulam baik untuk merawat sakit darah tinggi, kencing manis dan mengubati cirit-birit. 
  • Buah peria juga bertindak sebagai antiradang, menurunkan suhu panas badan, menyegarkan tubuh dan mematikan cacing. 
  • Tanaman peria memerlukan air yang banyak dan saliran yang baik, selain mendapat cahaya matahari mencukupi. 
  • Suhu kawasan yang sesuai untuk penanaman ialah 28 hingga 32 darjah Celsius dengan taburan hujan 168 milimeter (mm) sebulan. 
  • Antara kultivar yang disyorkan untuk ditanam ialah varieti Peria tempatan. 
  • Ia mempunyai permukaan yang menggerutu, berwarna hijau muda, berbentuk silinder memanjang dan rasanya pahit. 
  • Selain itu, ia mempunyai permintaan yang baik, pengeluarannya juga agak tinggi sehingga 15 hingga 20 tan sehektar. 
  • Perubahan gaya hidup dan kehendak pengguna masa kini meningkatkan cabaran kepada pengeluar hasil pertanian untuk mengeluarkan produk yang bukan saja menepati kehendak dari aspek fizikal dan cita rasa, malah juga selamat untuk dimakan. 
  • Selain dibungkus dengan sempurna, hasil pertanian perlu bebas daripada sisa baki racun perosak dan memenuhi tahap kualiti fizikal dikehendaki pasaran. 
  • Untuk mencapai tahap kualiti ini, peria perlu dikendalikan dengan sebaiknya bermula daripada amalan ladang, pengendalian lepas tuai hingga ke peringkat pemasaran. 
  • Penuaian perlu dilakukan pada tahap optimum iaitu antara lapan hingga sembilan minggu selepas ditanam. 
  • Buah dikutip dengan memotong tangkai sebaik-baiknya pada waktu cuaca agak sejuk untuk mengelakkan kecederaan disebabkan suhu tinggi. 
  • Suhu yang disyorkan untuk simpanan sementara ialah lima hingga tujuh darjah Celsius dengan kadar kelembapan relatif antara 85 hingga 90 peratus. 
  • Tahap kematangan peria dibahagikan kepada empat indeks seperti agak matang, matang, lebih matang dan terlalu matang. 
  • Agak matang merujuk kepada kulit berwarna hijau muda atau pekat mengikut varieti, lurah-lurah di permukaan kulit belum sempurna kembang, ruang biji mengandungi gabus dan biji berwarna putih kekuningan. 
  • Indeks matang pula merujuk kepada kulit berwarna hijau muda atau pekat serta sedikit kuning mengikut varieti, ruang biji mengandungi gabus dan biji berwarna putih kekuningan serta sedikit kemerahan, manakala keadaan gabus mengecut. 
  • Indeks lebih matang pula kulit berwarna hijau muda atau pekat yang kekuningan mengikut varieti, ruang biji mengandungi gabus mengecut, biji berwarna putih kekuningan dan merah dan keadaan permukaan kulit agak lembut bila dipicit. 
  • Indeks terlalu matang pula warna kulit kuning oren melebihi dari hijau muda atau pekat mengikut varieti. 
  • Empulur pula mengandungi sedikit gabus yang mengecut, biji keseluruhan berwarna merah dan keadaan permukaan kulit mulai kecut dan lembut bila dipicit
  • No comments:

    Post a Comment