Monday, July 15, 2013

BAKA AYAM KAMPUNG BARU -MARDI


SERDANG — Seiring dengan peningkatan permintaan terhadap ayam kampung, Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) memperkenalkan baka baharu ayam kampung yang lebih baik daripada ayam kampung asli dari segi pertumbuhan, kadar peneluran dan keseragaman warna bulu.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharom berkata, baka baharu itu diperoleh melalui kajian Mardi di seluruh negara, di mana baka terbaik dipilih dan dikacukkan.
"Ayam ini boleh mencapai berat 1.5 kilogram dalam masa tiga bulan, mempunyai tekstur seperti ayam kampung dan lebih tahan lasak yang menjadikan ia lebih mudah diternak,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan baka ayam itu di Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2012 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), di sini hari ini.
Sementara itu, Pengarah Pusat Penyelidikan Ternakan Strategik Mardi, Dr. Azizan Ab Rashid berkata, golongan penternak yang ingin mendapatkan benih itu boleh berhubung dengan Stesen Mardi Muadzam Shah, Pahang di mana pada ketika ini kira-kira 700 ekor benih dihasilkan setiap minggu. — BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1129&pub=kosmo&sec=Terkini&pg=bt_18.htm#ixzz2ZBVEO3NF 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment