Friday, November 13, 2009

RUMPUT GAJAH

Rumput gajah (Pennisetum purpureum)Rumput gajah atau rumput napier adalah antara rumput yang biasa ditanam di negara ini sejak tahun 1950-an. Rumput ini banyak terdapat di kawasan penternak kecil yang menanam menggunakan keratan batang yang telah tua. Pertumbuhannya cergas dan hasil bahan keringnya tinggi. Hasil ini berkurangan pada musim kemarau.Rumput gajah ialah rumput tahunan yang tegap, menyerupai tebu dan boleh tumbuh setingg 2 - 5 m. Rumput ini mempunyai umbisi yang mudah merebak dan mengeluarkan tiler. Daunnya agak lebar, nipis dan mempunyai tulang daun yang tegap. Bunga berbentuk silinder, berwarna kuning keemas-emasan tetapi biji benihnya tidak subur.Rumput ini memerlukan tanah yang subur untuk pertumbuhan yang baik. Tanah yang paling sesuai ialah tanah perio. Ia memerlukan baja yang banyak terutamanya nitrogen untuk pertumbuhan yang baik. Boleh ditanam di kawasan tanah berpasir yang diberi baja najis ternakan atau ditanam bersama kekacang. Ternakan gemar rumput gajah yang muda kerana batangnya lembut.Rumput gajah dipotong setiap 4 - 6 minggu dan hasil bahan kering ialah 20 - 30 ha/tan setahun dan kandungan protein kasar sebanyak 10%. Kekacang yang boleh ditanam bersama rumput gajah ialah centro dan puero.


Rumput Gajah / Napier Pennisetum purpureum


Penanaman Rumput Napier Secara Tampang

Mengunakan keratan batang, jalaran/stolon atau mengunakan anak. Cara ini biasa dilakukan ke atas pastura yang tidak berbunga atau berbunga tetapi biji yang dikeluarkan tidak boleh bercambah.

Menanam rumput napier/gajah (Pennisetum pupureum) biasanya mengunakan keratan batang,
batang yang digunakan mestilah cukup tua. Keratan-keratan ini juga dibiarkan terdedah kepada cahaya matahari dan ditanam sebeberapa segera selepas diambil.

Ada beberapa cara menanam mengunakan keratan batang:-
1. Menanam secara cucuk
2. Menanam secara baring
3. Menanam tidak mengunakan baris

Menanam secara cucuk
Batang-batang napier dikerat anggaran 3-5 ruas/buku, 3/4 daripada panjang keratan tadi dicucuk kedalam tanah dengan menyerong 45ยบ condong, jarak tanaman pula ialah 30 sm. X 50-60 sm.

Menanam secara baring
Batang napier biasanya panjang, keratan-keratan dibaringkan mengikut baris dan dikambusdengan kemas sedalam 6-10 sm. Jarak antara baris pula ialah 60 sm.

Menanam tidak mengikut baris
Keratan napier yang pendek atau lain-lain jenis pastura (contoh: Brachiaria decumben) ditabur rata-rata diatas pemukaan tanah yang telah siap disediakan, kemudian dengan mengunakan pencakar atau "rotary tiller" yang dijalankan dengan trektor, lalu dikawasan tersebut secara teratur.

Kebaikan cara ini;
a) Sesuai untuk kawasan yang luas
b) Cara termudah, menjimatkan masa

Keburukanya
a) Pertumbuhan tidak teratur
b) Sebahagian akan mati kerana tidak semua keratan tertimbus.

Menuai dan memotong rumput.

Pemotong Pertama
Waktu pemotongan pertama bergantung kepada beberapa faktor seperti jenis dan kesuburan pastura. Pemotongan yang terlalu awal akan merosakan rumput kerana sistem akar rumput tersebut belum cukup kukuh. Secara umum ianya boleh dilakukan beberapa hari sebelum berbunga atau terdapat beberapa rumpun yang telah mula mengeluarkan bunga dalam kumpulan tersebut


Pemotongan seterusnya
Kadar pertumbuhan semula (selepas dipotong) adalah lebeh cepat mencapai takat optima berbanding dengan rumput yang baru ditanam. Pembungaan adalah penunjuk yang baik untuk menentukan masa pemotongan/ragutan. Melalui kajian dan pengalaman, berikut adalah jangka masa rehat atau jangka waktu diantara setiap pemotongan atau ragutan beberapa jenis pastura/foder yang dianggap sesuai untuk diamalkan bagi memudahkan pengurusan:-

Pastura/foder

Jangkaan masa rehat (minggu)

RumputNapier

5 - 6

Rumput Para

3 - 4

Rumput Kuda/Guinea

4 - 5

Rumput Signal

4 - 5

Rumput Setaria

4 - 5




CONTOH KEPADA PETANI / PENTERNAK

Luas tanaman jagung manis - 1 ekar

Hasil jagung : 10,000 tongkol

Pendapatan semusim : ( @ 0.30 / tongkol )

= RM 3,000.00

atau

= RM 936.00 / bulan

Hasil daripada batang jagung

Silaj : 6.4 m.t

atau

Boleh menternak 6 ekor lembu untuk tempoh 8 bulan

Pendapatan dari jualan lembu : RM 387.00 X 6 ekor = RM 290.25 / bulan
8 bulan

  • Pendapatan Petani Sebulan : RM 936.00 + RM 290.25 = RM 1226.25
    (tidak termasuk kos buruh)

Kos Pengeluaran Jagung per ekar

Tenaga : Membajak =

Input : Baja, Benih & Racun = RM 64.00 x 3 bulan RM 192.00

PEMILIHAN LEMBU FIDLOT

Anak lembu Jantan

Umor > 12 bulan

Berat badan 150 - 200 kg.

Baka disyorkan :

  • Fresian sahiwal
  • Brahman
  • Hereford
  • Draughtmaster
  • Kacukan tempatan

Tempoh pemeliharaan 8 bulan

KEPERLUAN MAKANAN (saekor lembu)

Silaj : Purata Kadar = 5.0 kg. sehari
atau
1,200 kg untuk 8 bulan

PKC : Purata kadar = 4.5 kg. sehari
atau
1,080 kg. untuk 8 bulan

Nisbah : PKC : Silaj
1,080 : 1,200
47 % : 53 %

PROJEK FIDLOT DI INSTITUT PERTANIAN

Baka FS, DM
Bil 10 Ekor
Mula Julai 1998
Makanan PKC + SILAJ
Berat badan ( 1 ekor )

1. Julai 1998 180 kg.
2. Mac 1999 345 kg

Kadar pertambahan berat badan 0.82 kg. sehari (purata)

KANDUNGAN NUTRIEN JAGUNG MANIS VS RUMPUT NAPIER

Nutrien Silaj Jagung Manis Rumput Napier
Bahan Kering 23.3 (25.0) 31.6
Protein Kasar 8.2 (9.6) 8.6
Crude fibre 33.8 (34.5) 46.9
Crude fat 1.6 (1.6) 1.9
Total Ash 8.2 (8.2) 6.9
N-free extract 48.2 (46.1) 35.7
Phosphorus 0.22 (0.15) 0.16
Calcium 0.46 (0.46) 0.36
Metaboliszable (energy) 5.86 (7.28) 6.45

TANAMAN JAGUNG MANIS

Umor 70 - 75 hari

Hasil Jagong
25,000 tongkol / ha

10,000 tongkol / ekar

2,500 tongkol / ¼ ekar

Silaj
16 m.t / hektar (6.4 m.t / ekar)

1.6 mt / ¼ ekar

ANGARAN PENDAPATAN (Bagi saekor lembu berat - 300 kg.)

Pendapatan Kasar :



RM

Daging (30 %) 90 kg. x 14.00 1260.00
Tulang (7.5 %) 25 kg. x 9.00 225.00
Organ dalam 10 kg. x 8.00 80.00
DLL
50.00
Jumlah
1,615.00


KOS PENGELUARAN


RM

Anak Lembu 130 kg. @ RM 5.60 328.00
Makanan (PKC + dll 500.00
Jumlah 1,228.00

Pendapatan Bersih:

RM 1,615 - 1,228 = RM 387.00

2 comments:

  1. salam sejahtera En Adam,
    Adakah rumput gajah inisesuai di tanam di kawasan sekitar effluent pond palm oil mill? Mengikut artikel tuan, tanaman ini memerlukan nitrogen yang banyak.

    Emailkan reply tuan ke wanizzul05@gmail.com ya.

    ReplyDelete
  2. Tuan Admin..macam mana kita nak memusnahkan pokok ini(pokok tebrau) selain menggunakan back hoe?Ada racun yang sesuai?

    ReplyDelete