Friday, November 13, 2009

CARA TANAM RUMPUT NAPIER

Penanaman Rumput Napier Secara Tampang
Mengunakan keratan batang, jalaran/stolon atau mengunakan anak. Cara ini biasa dilakukan ke atas pastura yang tidak berbunga atau berbunga tetapi biji yang dikeluarkan tidak boleh bercambah.
Menanam rumput napier/gajah (Pennisetum pupureum) biasanya mengunakan keratan batang,batang yang digunakan mestilah cukup tua. Keratan-keratan ini juga dibiarkan terdedah kepada cahaya matahari dan ditanam sebeberapa segera selepas diambil.

Ada beberapa cara menanam mengunakan keratan batang:-
1. Menanam secara cucuk
2. Menanam secara baring
3. Menanam tidak mengunakan baris

Menanam secara cucuk
Batang- batang napier dikerat anggaran 3-5 ruas/buku,
3/4 daripada panjang keratan tadi dicucuk kedalam tanah dengan menyerong 45ยบ condong, jarak tanaman pula ialah 30 sm. X 50-60 sm.

Menanam secara baring
Batang napier biasanya panjang,
keratan-keratan dibaringkan mengikut baris dan dikambus dengan kemas sedalam 6-10 sm. Jarak antara baris pula ialah 60 sm.
Menanam tidak mengikut baris
Keratan napier yang pendek atau lain-lain jenis pastura (contoh: Brachiaria decumben) ditabur rata-rata diatas pemukaan tanah yang telah siap disediakan,
kemudian dengan mengunakan pencakar atau "rotary tiller" yang dijalankan dengan trektor, lalu dikawasan tersebut secara teratur.

Kebaikan cara ini;
a) Sesuai untuk kawasan yang luas
b) Cara termudah, menjimatkan masa

Keburukanya
a) Pertumbuhan tidak teratur
b) Sebahagian akan mati kerana tidak semua keratan tertimbus.

Menuai dan memotong rumput.
Pemotong Pertama
Waktu pemotongan pertama bergantung kepada beberapa faktor seperti jenis dan kesuburan pastura.
Pemotongan yang terlalu awal akan merosakan rumput kerana sistem akar rumput tersebut belum cukup kukuh.
Secara umum ianya boleh dilakukan beberapa hari sebelum berbunga atau terdapat beberapa rumpun yang telah mula mengeluarkan bunga dalam kumpulan tersebut

Pemotongan seterusnya
Kadar pertumbuhan semula (selepas dipotong) adalah lebeh cepat mencapai takat optima berbanding dengan rumput yang baru ditanam.
Pembungaan adalah penunjuk yang baik untuk menentukan masa pemotongan/ragutan.
Melalui kajian dan pengalaman, berikut adalah jangka masa rehat atau jangka waktu diantara setiap pemotongan atau ragutan beberapa jenis pastura/foder yang dianggap sesuai untuk diamalkan bagi memudahkan pengurusan:-Pastura/foder

Jangkaan masa rehat (minggu)

  1. RumputNapier 5 - 6
  2. Rumput Para 3 - 4
  3. Rumput Kuda/Guinea 4 - 5
  4. Rumput Signal 4 - 5
  5. Rumput Setaria 4 - 5

ARKIB : 03/07/2008

Rumput ternakan bawa pulangan lumayan


SEBAHAGIAN daripada pemandangan rumput Napier Taiwan yang ditanam oleh Mustafa Ahmad di Kampong Senawar, Kuala Kangsar subur menghijau.


KUALA KANGSAR 2 Julai - Keberanian seorang bekas ketua kampung, Mustafa Ahmad, 41, memajukan tanah terbiar seluas 4.5 hektar dengan tanaman rumput jenis Napier Taiwan kini mula berbaloi dan membuahkan hasil lumayan.

Walaupun tanah yang terletak di 'pulau jadian' di Sungai Perak di Kampung Senawar itu mengandungi 80 peratus pasir, tetapi ia tidak menghalang hasrat menebal usahawan ini untuk menjadikannya sebagai sebuah ladang yang subur.

Berbekalkan keyakinan tinggi terutama sekali selepas melupakan dunia kontraktor kelas F, beliau mengikuti pelbagai kursus pertanian dan haiwan termasuk tanaman rumput ini.

Menurut Mustafa, rumput Napier Taiwan yang diusahakan sejak empat tahun lalu itu menunjukkan hasil memberangsangkan kerana tumbuhan itu cepat membesar dan boleh dituai dalam masa 30 hingga 40 hari sahaja.

Kata beliau, tanaman kontan berkenaan telah mendapat kebenaran daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Kuala Kangsar bagi tujuan penghasilan makanan binatang ternakan.

''Dengan menggunakan teknologi Thailand serta baja berprotein tinggi, saya berjaya menghasilkan rumput Napier yang mempunyai daun selebar 2.5 sentimeter walaupun saiz biasa cuma 1.5 sentimeter.

''Melihat hasil tanaman yang begitu subur ini saya rasa cukup puas kerana pengorbanan menumpukan usaha ini sudah mula membawa pulangan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini kelmarin.

Mustafa memberitahu, tanaman berkenaan kini sudah mula dijual di pasaran yang semakin meluas dengan batangnya dijual pada harga RM1.60 sekilogram dan daun hijaunya berharga 10 sen sekilogram.

Menurutnya, dengan harga tersebut beliau kini boleh tersenyum lebar apabila sudah mampu memperoleh pendapatan sekitar RM12,000 sebulan.

Kata beliau, rumput Napier yang ditanamnya itu mempunyai protein antara 13 hingga 14 peratus berbanding dengan rumput tempatan yang cuma mengandungi antara 9 hingga 10 peratus protein.

Jelas beliau, ia menjadikannya sebagai tanaman yang cukup sesuai untuk makanan binatang ternakan seperti kerbau, lembu, kambing, rusa, ayam belanda dan burung unta.

Katanya, benih dan daun Napier yang ditanamnya bukan sahaja mendapat pasaran di sekitar negeri Perak malahan juga mendapat tempahan dari Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Kelantan.

''Pada peringkat awal memang agak sukar bagi saya mengusahakan tanaman ini kerana keadaan tanah berpasir dan penuh dengan tumbuhan liar.

''Saya terpaksa mengeluarkan perbelanjaan agak besar iaitu sekitar RM20,000 untuk modal keseluruhan termasuk membersihkan tanah ini tetapi berbaloi kerana sekarang ia sudah jadi ladang rumput yang begitu menghijau," katanya.

Mustafa berkata, oleh kerana projek tanamannya itu telah mula menunjukkan kejayaan maka beliau sedang berusaha memperkembangkan usaha penanaman rumput itu di satu lagi kawasan seluas 4.5 hektar di Kampong Jerlun tidak jauh dari projek pertamanya.

Katanya, ia bagi membolehkan beliau mencapai hasrat sebenarnya iaitu untuk menghasilkan palet makanan ternakan daripada rumput Napier.

''Saya guna bahan campuran terdiri daripada Napier Taiwan, sagu rumbia, hampas kacang soya, gula merah, garam galian, 20 jenis rumput tempatan, starbio, protein ikan dan beberapa campuran lain.

''Daripada kajian yang saya lakukan palet ini mampu mencegah penyakit kerana mempunyai daya tahan berprotein asli," ujarnya yang mendapat bantuan kewangan sebanyak RM131,000 daripada Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana bagi membina kilang tersebut di Talang.

Katanya, dengan menggunakan mesin yang diimport dari China, kilangnya itu nanti mampu menghasilkan palet bermutu tinggi dengan harga 35 sen sekilogram berbanding dengan palet lain berharga 55 sen.

Jelasnya, palet tersebut lebih istimewa kerana boleh juga digunakan untuk makanan ternakan ikan dan sesiapa yang berminat bagi mendapatkan bekalan palet itu rumput Napier boleh menghubunginya di talian 012-5049000.


Benih Rumput Napier India Untuk Dijual


Ghaz |

Prof Zaki & penemuannya. Artikel ini keluar akhbar SINAR HARIAN, Jumaat 27 Feb 2009.

Hasil pertemuan terkini, rumput Napier India mampu untuk mengantikan pengambilan makanan ternakan/ dedak bagi kambing, berbiri dan lembu. Ini adalah disebabkan kandungan proteinnya sangat tinggi iaitu antara 16 hingga 19% (Analisis % Protein daripada MARDI. Kandungan protein perlu bagi kambing adalah hanya 14% sehari sahaja). - kenyataan dari saya, yg merupakan pengeluar & penjual makanan ternakan (kambing, kuda & itik) & isteri seorg Dr Veterinar.

Satu kajian juga telah dijalankan oleh institusi penyelidikan tempatan, yang jelas menyatakan bahawa Napier India lebih tinggi kandungan proteinnya berbanding Napier Taiwan.

Justeru itu, sesiapa yang berminat untuk menanam rumput Napier India bagi mengantikan dedak yang ada sekarang, bolehlah menghubungi saya untuk tempahan
ANAK BENIH. Gambar di sebelah kiri adalah gambar benih napier india yg saya tanam. Malah bagi meninggikan hasil & kualiti Napier India yang dihasilkan, saya juga turut menjual BAJA KHAS untuk rumput Napier India.

Bagi saya, tanaman alternatif seperti ini sangat perlu bagi mengantikan makanan ternakan yang sedia ada dipasaran sekarang. Saya juga percaya, kesan daripada krisis ekonomi yang melanda dunia sekarang, harga makanan ternakan juga akan meningkat naik, semua penternak akan cuba untuk mengecilkan kos operasi (makanan ternakan dsbnya) dan pengurusan. Justeru itu saya memberikan
JALAN PENYELESAIAN kepada semua penternak, iaitu dengan menanam rumput napier india dan jadikan ia sebagai makanan utama ternakan anda.

PERBEZAAN NYATA: Napier India Lebih Tinggi % Protein & Hasil/Ha/Tahun


KADAR PERTUMBUHAN NAPIER INDIA/ HARI.

UMUR POKOK

GAMBAR

CATITAN

1 hari

100 ruas benih napier india perlu disimpan dalam guni lembab bagi memastikan keluar mata tunas baru


Anak benih yang sudah dipotong & disemai baru mengeluarkan mata tunas

4 hari

Mata tunas yang berumur 4 hari.

6 hari


Mata tunas yang sedia untuk ditanam. Saiz pangkal batang lebih kurang batang pensil.

1 minggu


Napier india yang sudah ditanam didalam tanah. Siraman cukup perlu diberikan. Pembajaan hanya dengan 150g baja khas.

2 minggu


Napier india cepat membesar dengan mengunakan baja khas dan air yang cukup.

2 bulan +


Ketinggian sudah melebihi 5 kaki. 1 batang napier India mampu mencapai berat 1kg. Pembajaan 150g lagi perlu sebelum harvest.


Setiap ruas/ benih akan mengeluarkan minimum 13 hingga 20 mata tunas baru. Berbanding napier taiwan antara 4-7 mata tunas sahaja. Bandingkan saiz pangkal batang dengan saiz business card.


Saiz batang yang besar, dibandingkan dengan saiz business card.


Daun hijau pekat dan melebar menandakan ia tinggi kandungan protein dan subur. Sedia untuk dijadikan makanan ternakan. Protein 16-20% berbanding napier taiwan hanya


PERBANDINGAN PERATUS PROTEIN DALAM RUMPUT MENGIKUT JENIS RUMPUT

JENIS RUMPUT

PERATUS PRTEIN

HASIL/HA/THN

ANALISIS DARIPADA

Napier India

16-20%

100 tan

Keputusan daripada analisis pihak MARDI & Penyelidikan Prof Zaki

Rumput Kerbau

13.6%

6 – 12 tan

Keputusan daripada analisis pihak JPV

Rumput Setaria

12.4 %

16.6 – 18.6 tan

Keputusan daripada analisis pihak JPV

Rumput Kuda

11.9 %

20 – 26 tan

Keputusan daripada analisis pihak JPV

Rumput Humidicola

10.2 %

11 – 18 tan

Keputusan daripada analisis pihak JPV

Napier Taiwan/ Gajah

10.0 %

20 – 30 tan

Keputusan daripada analisis pihak JPV

Rumput MARDI Digit

9.0 %

16 – 23 tan

Keputusan daripada analisis pihak JPV & MARDI

Rumput Signal –beracun kepada kambing

8.5 %

14 – 26 tan

Keputusan daripada analisis pihak JPV

Rumput Para

8.1 %

15 – 20 tan

Keputusan daripada analisis pihak JPV

Rumput Parit

7.5.%

6 – 10 tan

Keputusan daripada analisis pihak JPV

Berikut adalah FACT & FIGURE pertumbuhan Napier India dan Perbandingan dengan jenis rumput yang lain.

KELEBIHAN NAPIER INDIA:

# Protein lebih tinggi berbanding Napier Taiwan & Dedak Haiwan.

# Kadar tumbesaran sangat cepat, 25 hari tanam sudah boleh harvest.

# Matang pada umur 4 bulan, untuk buat benih.

# Saiznya lebih besar berbanding Napier Taiwan.

# Kadar pertumbuhan mana tunas lebih tinggi, 1 benih mengeluarkan 20+/- mata tunas.

# Paling PENTING: HARGANYA MURAH & PROTEIN TINGGI.

PENGIRAAN

# 1 ekar boleh ditanam 3,200 benih pokok, sistem 4'x 4'= 3,200 pokok seekar.

# 1 benih mampu mengeluarkan 20+/- mata tunas

# 1 mata tunas, purata berat dalam 1kg/pokok.

# 1 ekor kambing perlu makan
3kg sehari.

# Andaikata, dianggarkan
Minimum 1 ruas (20 pokok) mampu mengeluarkan berat sebanyak 12kg/ruas. bermakna untuk 1 ekar pokok rumput Napier India mampu mengeluarkan hasil sebanyak 38,400kg rumput. Maksimum yg kami mampu buat mengunakan baja kami ialah, 20kg/ ruas ~ 64,000kg/seekar!

# Minimum 1 ekar (38,400kg) rumput napier india mampu memberikan 100 ekor kambing makan selama 128 hari! @ 4 bulan!

HARGA

Harga A: Anak benih yang telah sedia dipotong halus

# 1 benih = RM0.20/pokok - sudah ada mata tunas dan tidak termasuk kos penghantaran. Dihantar melalui lori/bas/corrier.

Ciri-ciri;

i. Anak benih yg dihantar dalam unit 5 ruas setiap satu (RM1.00/5 ruas), ia bagi memastikan anak benih dapat mengekalkan kandungan air dalam batang rumput, supaya lambat mati kekeringan.
ii. Terdapat mata tunas yang sedia tumbuh cuma menanti untuk ditanam sahaja.
iii. Ia dapat bertahan selama 3 hari tanpa ditanam dan diletakkan dibawah tempat redup dengan siraman air setiap hari.

# 1 benih dalam polibeg dalam media semaian baja khas = RM0.50/pokok

Ciri-ciri;

1. Anak benih dipotong halus menjadi setiap ruas bagi satu polibeg.
ii. Anak benih telah disemai dalam media penanaman khas yang diformulasikan oleh Prof Zaki.
iii. Lebih tahan kepada perubahan cuaca kerana sudah sedia disemai dan kadar % hidup lebih tinggi.

Ciri-ciri;

i. Rumput dipotong sebatang-sebatang.
ii. Setiap batang minimum 10 ruas.
iii. % hidup tinggi kerana batangnya yang panjang mampu membekalkan air yang baik.
iv. Boleh disimpan selama 5 hari dengan diletakkan ditempat redup +siraman air.


MANUAL PENANAMAN RUMPUT NAPIER IKN 091

BIL

TINDAKAN

GAMBAR

CATITAN

1

Gali lubang pada tanah sedalam 5cm

Baca BismilLah & seelok-eloknya benih ditanam pada waktu awal pagi atau petang.

Bagi keadaan biasa, tanah perlu dibajak. Batas wajib dibuat bagi tanah yang tengelam bila waktu hujan.

2

Letak 150g baja bio-organik

Baja bio-organik/ baja khas adalah wajib diletakkan di dalam lubang sewaktu tanam kedalam tanah.

3

Letak benih yang sudah bercambah

Benih diletakkan dalam keadaan mendatar. Sekiranya benih dipacak ia akan meninggikan % kematian anak benih.

4

Timbuskan dengan tanah

Timbus dengan kedalaman - tidak tengelam sepenuhnya mata tunas

5

Siraman air yang secukupnya. Terutamanya waktu musim panas.

Siap dan siraman air perlu dilakukan sewaktu cuaca panas.

6

Rumput subur dengan baja yang cukup

Rumput Napier IKN 091 yang berumur 3 minggu yang subur dengan baja khas. Sudah mampu mengeluarkan 4 mata tunas.

7

Rumput tidak subur tanpa pembajaan.

Rumput Napier IKN 091 tanpa baja (kawalan). Daun halus, pucat dan tiada mata tunas baru yang keluar pada umur 3 minggu.


6 comments:

  1. Arnab boleh makan tak rumput napier nie?

    putra_black@hotmail.com

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. adakah boleh diberi terus pada arnab. atau dijadikan pallet dulu.

      Delete
  3. Saya sebenarnya berminat nk bisnes kecik2..nak tanya dulu,Napier ni perlu disiram selalu tak?

    ReplyDelete
  4. salam,sy bru menceburkan diri dlm bidang ternakan kambing boer.tp skang ni masih dlm fasa 1 iaitu pembinaan tapak.skang ni ingat mo tanam pokok napier. kalo d sabah di mana bole dapat benih anak pokok napier india ini?sekiranya teda,adakah encik suply juga hingga ke sabah.
    tq.
    pn.anisah,sabah

    ReplyDelete
  5. nak tanya, kalau nak bagi makan 10,000 ekor lembu, berapa luas tanah yang diperlukan untuk menanam rumput napier ni?

    ReplyDelete